Mengira Juzu' Al-Quran
Saya terjumpa satu tips menghafal "muka surat " Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini saya kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard saja.
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran...
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada serta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.
Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "
KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
Nurun Nubuwah
Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.
No comments:
Post a Comment