NUFFNANG

Sunday, July 29, 2012

Berdua Lebih Baik...

Selamat dah semua bersahur ye.. Hari ni bangun awal. Tapi terpaksa lewatkan juga waktu makan. Tetiap kali daku bangun nak siap apa yang patut, haaaa dak tecik sorang ni pun mesti ikut bangun tau! tau! Bukan sekali, tapi setiap hari bersahur dia bangun. Dah celik tu mestilah nangis dulu kan... Takkan lah ku nak balik ke pembaringan, alamat seperti orang mengantuk disorongkan bantal huhuhu.... Nak tak nak en.Ayah la tukang pujuknya.. Tetapi hari ini tak ada siapa nak pujuk dia... en.Ayah seawal 3pagi dah jalan gi kerja menuju ke kilang, sebab lori banyak menunggu giliran.. Ahad pulak kilang nak tutup. Sawit jem! Kalau kata minyak masak takde memang tipulah! hahahaha.. Harga skrg pun dah turun RM4 tau! minyak mentah la.. Eh.. apo masok bab sawit lak nih ekekeke :D

So, melalak sakan la adik afiQ, selagi tak didukung, dipujuk memang tak kuasa la dia nak diam. Dah kata anak emak kan... Manja lebih nih. Huwaaaa kalau dilayan memang tak leh buat keje. Maka memasaklah sambil mengendong dia.. Ala... goreng telur je pun huahuahua.. Malam tadi en.ayah dah habiskan ayam goreng salut tepung rangup daku itu! 3ketui lak tuh. Siap pesan lagi "Ayam dah habis, nanti awak masak lauk lain ye" sengih sengih ^_^... Sedap sangatlah tuh. Semalam pun sama, sedap sangat lauk ikan patin masak lemak cili api tu sampai nasi tinggal sesenduk aje kehkehkeh.. Alhamdulillah.. Bukan daku sorang aje yang terlewat semalam.. Malah ada yang tidak dapat bersahur langsung....


Susah juga sahur sorang2 nih. Sahur berdua kan lebih baik. Ada kawan omel-omel.. Ada tukang pujuk afiQ.. Disebabkan daku lambat pujuk, haa... nak makan pun kena dukung dia. Letak bawah aje nangis haih! Makan pun kena cepat2, pinggan tu kasi jejauh sikit kalau tak habis dicepuhnya dak afiQ grr... Sampai orang dah terahim adik tak lepas2.. hajat dihati omak nak jugak minum air barang seteguk dua.. tapi... adehhhh... Dah la dik meh tido meh... Dapat la bersolat dengan aman.... Ayah.. besok takyah la gi awal-awal sangat ye...Kelam-kelibut omak ehhh...

Anak manja mak... sebab tu suka hisap ibu jari 
wakakaka... iye ke?

6 comments:

Huda said...

pagi tadi lukman bangun time kami nak sahur..kena bf dia dulu pastu ingat dia terus tido..tiba2 lak dia bangun nak makan gak..suap nasi dia nganga :)

Cho Zila said...

masa anak kecik2 bayatu memang gituler.. dukungler.. dapat orang lain tak nak... teruk rasanya... sekaran ok dah...

IntaNBerliaN said...

susah gak bersahur bila ank nangis kan..

Papa Mifz said...

oo budak kecik tuh pun nak bersahur teman mak ayah nyer yer...hehe

Marya Yusof said...

As salam Shima,

Selamat berpuasa! meh cubit sikit anak manja mak tu! ;))

are_lin@yu said...

tecik2 pun bgun sahur ya ;-)

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.