NUFFNANG

Tuesday, November 26, 2013

Karya Aqil

Suatu pagi.. Selepas bersarapan, abg Aqil minta kertas dan pensel. Nak melukis katanya.. 
Okeylah. Abg dapat, adik pun mesti dapat juga kan.. mesti sama-sama. Tak lebih tak kurang..
Dan abg Aqil menunjukkan lukisannya sebelum meminta warna...


Tadaa..... Dapat teka tak gamba apa?
mesti tak kan.. sebab shima pun tak tahu dia lukis apa :P
Jom la tanya abg Aqil apa dia lukis tu...



"Aqil lukis apa tu?"
Dan dia menerangkan kesemua gambarnya...
Rupanya dia lukis Oggy, Jack, matahari, pokok, rumah Oggy, awan dan rumput... hehehehe..
penangan cerita Oggy & lipas tu la... 
Warna dah betul tapi badan oggy bulat-bulat pulak.. Jack aje yang jadi :)

Adik pun harus join :)
dedua belum mandi. Nampak tak air milo pun sorang sebotol tau...

Adik lukis apa? masih menconteng.
Bila dah boring dia telek pensel warna pulak

Haaaa ni dah boring la ni hahahahahaaa...
Tak lama boleh jadi gaduh ngan abg sebab berebut warna agagagagagaga!
Abg dengan suara halussss dia tu.. "Adik! jangan kacau!"

Buat kerja rajin-rajin tau

Dah siap! heheheheee..
Ini lukisan yang agak lengkap jugak dan penuh satu kertas A4...



Meh meh kita tampal kat fridge. Nanti Ayah boleh tengok!
Ni pun abg Aqil yang tampal sendiri dengan magnet numbers dia tu hihihiiii..
Keep it up a good work abg Aqil!


Thursday, November 21, 2013

Garapan abg Aqil














Sangat suka ambil gambar2 di kaca tv...
Gambar terakhir tu adalah botol 100plus hihihihiiii
Entah apa yang dia fikirkan masa ambil gambar2 ni semua.. Adik Afiq dan Atok jadi model sesuka hati hihiii.. Gambar lama ni sebab tu rambut adikAfiq togel di bahagian depan! hahaha :)

Wednesday, November 20, 2013

Allahuakbar! Learning Solat

Biar gambar berbicara.. Hemmmm adik aje? Abang tak join? hemmmm...

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Allahuakbar! Suara Mok di belakang. Afiq hanya gayakan aje..
Berdiri dan cangkung dan berdiri semula. Dia tak reti nak ikut gaya rukuk dan sujud lagi :)
Lepas tu, Mok kena pakai kupiah tu jugak. Bila Mok tanggal, dia datang ngomel2 dan pakai kan semula kupiah di kepala Mok berulangkali... heheheheeee... Lepas tu dia turun bawah pakaikan ke Ayah pulak ^__^ Bijak! Bijak!

Tuesday, November 19, 2013

Halba



HALBA - Ucap Selamat Tinggal Kepada Tongkat Ali
(M.Rizal)

Nasi Lemak yang sedap tambah enak dengan keharuman bau halba (Trigonella foenum-graecum) yang dikukus bersama nasi. Payah nak jumpa halba dalam masakan kerana saiznya yang kecil atau mungkin juga ramai yang tidak mengenali bagaimanakah rupa halba.

Halba kalau diperhatikan ia hampir berbentuk seperti sel darah merah. Kalau kita masih ingat semasa belajar mata pelajaran Sains/Biologi dahulu, fungsi sel darah merah atau eritosit adalah mengedarkan Oksigen ke seluruh tubuh, berperanan menjaga kekebalan tubuh dari serangan patogen dan melebarkan pembuluh darah bagi melancarkan alirannya.

Sebenarnya halba mempunyai nilai perubatan yang amat tinggi. Maha suci Allah yang telah menurunkan penyakit itu beserta penawarnya. Halba adalah merupakan penawar yang amat hebat kepada pelbagai penyakit. Dipercayai herba ini telah digunakan sejak zaman berzaman dan amat penting dalam perubatan islam ketika itu.

Rasulullah SAW pernah bersabda :

" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas " ( Books of Sufi Healing m.s.58)

" Gunakanlah Halba sebagai ubat"
( Qamus Al-Tibb i Ahad Qodamah-Mesir)

Lihat, Nabi SAW juga menyuruh kita memanfaatkan herba ini.Hebat bukan!

Menariknya herba ini kepada kaum lelaki, hormon testosterone lelaki meningkat dan ini merangsangkan keinginan seks, mengelakkan ejakulasi awal dan melegakan kesakitan di bahagian prostat.

Manakala kepada kaum hawa, herba rempah ajaib ini dapat merangsangkan penghasilan hormon estrogen dan oleh yang demikian ia dapat merangsang pengeluaran susu ibu sehingga 900% dalam masa sehari dua sahaja. 


Antara lain Kelebihan & Khasiat Teh Halba adalah :-

Mencuci perut. 
Mencuci darah kotor
Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dlm badan. 
Membantu penggunaan kalori untuk meningkatkan tenaga secara semulajadi. 
Membantu masalah kegemukan
Menguatkan fungsi jantung. 
Merawat masalah sembelit & buasir. 
Melancarkan perjalanan darah. 
Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid). 
Melegakan masalah sakit kepala / migraine. 
Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim 
Mengetatkan & meremajakan rahim
Menghilangkan lendir & sakit tekak. 
Membantu mengatasi masalah kekurangan darah. 
Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah. 
Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan. 
Memperbanyakkan air susu ibu. 
Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi! 
Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan. 
Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual lelaki & wanita. 
Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan. 
Memelihara keanjalan kulit 

Cara-cara penyediaan halba sebagai penawar:

1. Teh - masukkan sesudu teh biji halba ke dalam 300ml air dan rebus. Halba boleh ditumbuk juga jika diingini. Minum semasa panas atau yang telah disejukkan. 
2. Beberapa biji halba ditelan terus dan minum air. 
3. Tumbuk biji halba sehingga menjadi serbuk dan letak pada bisul atau kulit yang bermasalah. 

Saya percaya selepas ini ramai yang 'buka mata' setelah mengetahui khasiat herba ini. Bagi saya inilah penawar yang paling ampuh dan memberikan kesan serta merta kepada pemakannya. Tak percaya? Cubalah!


CCM : Bukit Fraser - Lagi Gambar Bercerita


Clock Tower

Pejabat Pos

Puncak Inn Hotel


Puncak Inn Apartment



Playground

Bungalow


 



Monday, November 18, 2013

CCM : Bukit Fraser - Mercu Tanda

ChAaakkKK! hihi Ni namanya gambo syok sendiri =p


Bergambar di FH Clock Tower..
Berada di bulatan tengah-tengah jalan raya.. Kena berhati-hati sikit..
Aksi abg Aqil dan kakak Sarah. Afiq tamo join. Nak berkepit dengan mok je..

Kemain Sarah. Suruh Aqil tiru kakak dia pun tamo. Senyum-senyum aje dia.. 

Tadaaa... Kejap nampak selim, kejap nampak demok mok ni kan...
Mok memang suka pakai seluar besar ni. Yang ni seluar cotton slack. Kembo ku punya, dia dah tak muat katanya.. terus la ku pakai sebab muat... hahahaha... jangan membazir pakaian gitu kan.. Mentang2 EmakAbah nak pindah rumah ku hangkut segala benda yang mereka tamo hahahaha... aci tak ^_^


Uikkk tiger dengan org utan.. Lagi sekali, abg Aqil dan kakak Sarah je yang bergambo. Afiq takut! 
" Aqil tak takut? "
" Tak la. Aqil tak takut. Tu patung jer "
hihihihiiii...

Yang girls semua takde dalam gambar.. ehhh perasan girls ekk 
Kami duduk bawah teduhan pokok..
Belakang tu adalah taman bunga. Tak boleh petik ye. Nanti kena denda berapa RM tah kalau petik sekuntum.. Dalam RIBU jugak la uhuhhhuhuhuu... Tangan anak-anak kena jaga :)

Bunga yang sempat di snap.
Waktu ni masing2 dah nak kehabisan 'bateri' di badan..
Kami terus ke kereta untuk turun ke Kuala Lumpur, makan di Kuala Kubu Bharu dan terus balik ke rumah dengan selamatnya.. Alhamdulillah percutian yang seronok buat diriku yang bukan selalu dapat bercuti macam ni ^__^. Hari Selasa baru ku pulang ke pangkuan suami, ecehhhh... Rindu! Siapa tak rindu buah hati oii hihihiii.. Habis sudah cerita di FH ni... Terima kasih kerana membaca :)

Disamping nak ucap tahniah buat kesemua pelajar yang mengambil UPSR 2013 dan juga kakak Sarah Madihah yang dapat jadi pelajar perempuan terbaik pra-sekolah ^_^.


Thursday, November 14, 2013

Wira ku kena cium..?

AllahuAkbar!

Ok la nak cerita sikit susulan kemalangan malam tadi 9Muharram @ 13/11/2013.
Bertempat di kedai makan JDT,sg.mati..
Selesai pelayan ambil order kami, dalam 1minit tu terus terdengar bunyi letupan.. Kami termasuklah pekerja2 kedai toleh ke jalan untuk melihat apa yang berlaku.. Astagfirullahal'azim.. Ada rider terlanggar bontot kereta kami yang diletakkan ditepi jalan. En.Ayah dan pekerja2 kedai segera melihat kemalangan untuk melihat rider tersebut.. Mok jaga anak2 la, bahaya sebab lokasi di tepi jalan utama. Tak lama tu en.Ayah duduk semula. Ku ni terus la tanya itu dan ini hahaha.. Mujur la rider tersebut hanya mengalami luka-luka ringan sahaja. Luka tetap luka sebab dah jatuh kan... Bumper kereta ku terbarai mencecah jalan.. tercabut di sebelah kanan.. Kereta kami je pun yang parking disitu.
Dalam pada melihat rider yg belum beredar tu, kami perlu makan dulu. Tiba2 seorang pelayan kedai datang dan beritahu yang rider tu dah nak cabut... cabut lari la... Tapi kami tak kisah terutama en.Ayah.. Dia kata, " Dah berjodoh rider tu dengan bumper kereta kita, nak buat macam mana. Lagipun rider tu tak salah sebab ada kereta yang menghimpit rider tu sewaktu nak potong lori. Dua-dua nak potong lori. Rider tu pun ok, tak cedera parah. Tak apalah" Bukan daku je dengar, brader kedai makan tu pun join dengar sekali hihihiii..No wonder masa kejadian, ku terdengar hon lori!

Marah? Ambil tindakan?
Ini adalah kejadian ke tiga melibatkan Wira kami, dalam keadaan parking.. 
Pertama - wira vs bajak
Kedua - kena gesel kereta lain sewaktu kami shoping di Giant.

Kalau ikutkan hati nafsu memang marah la kan. Tapi nak marah kat siapa? Marah pun bukan dapat duit. Kita anggap aje semua yang berlaku tu adalah perancangan dari Allah semata-mata. En.Ayah memanglah setenang air dikali, dan berharap diriku juga begitu..

Nak tahu tak? Sebelum kejadian.. Petang semalam, Shima bawa kereta dengan anak2 ke kedai kek dan ke bank. Dalam perjalanan ke bank hati ni memang rasa sesuatu.. macam ada yang tak kena. Rasa macam nak balik, takmo gi bank. Tapi shima tetap juga belok ke jalan menuju ke bank.. hemmm. Hanya tawakal aje. " Ya Allah janganlah berlaku apa2 dengan kereta ni sewaktu aku bersama membawa anak-anak. Selamatkanlah kami hingga kami selamat sampai dirumah " itu aje yang mampu ku ucapkan.. Alhamdulillah kami selamat. Tapi DIA kata kunfayakun.. Maka terciumlah rider dengan Wira kami pada malam harinya pulak..

1st - vs - bajak



Rider RXZ vs Wira

Kadangkala bila nak berlaku sesuatu, shima akan rasa tak sedap hati. Ada yang mengganggu. Macam darah gemuruh. Tapi shima tak pandai nak olah apa yang shima akan lihat @ apa yang akan berlaku nanti. Tak pandai nak berteka-teki... Dah berlaku, baru rasa gundah-gulana tu akan hilang... Sebab tu kami takmo salahkan siapa-siapa.. Masa kejadian tu pun, diri sendiri ni rasa macam tenang aje, relaks je, takde la rasa nak naik angin... kita terima aje. Lagipun kereta masih boleh jalan lagi.. En.Ayah pun dah ikat dengan dawai buat sementara waktu ni. Dawai memang ada dalam bonet kereta waktu tu., yelah takkan nak tinggal je bumper tu kat situ kan huhuhuuu.. Boleh je guna kereta sebelum dihantar ke bengkel... entah bila nak hantar ye hehehehehee... Untuk makluman, bumper wira ni pakai klip aje.. So lepas ni kita pasang yg sporty pulak. Lekat terus dengan body... Di bawah gambar yg ku tangkap pagi tadi.. Dah cerah barulah nampak segala kerosakkannya ^__^


nampak tak dawai tu hihihihiiii
(bahagian yg jatuh mencecah jalan)

Anak panah biru, parut lama vs bajak :)

 Dawai lagi! hahahahahaaa

Haaaa yang ni baru perasan, muncung ekzos dah hilang! kikikik..
Alololo terlopong dah dia.. takpe, nanti ada rezeki ayah tukar ekzos baru ekk, ekzos ni pun dah bocor!! erkkkkks! ^___^

Oh ya, yang langgar kami tu bawa motor RXZ.. Motornya pecah wizer depan yang dekat meter minyak tu.. apa namanya entah ye...
Bertahanlah wahai en.Wira. Lagi 2tahun habislah hutangmu dibank nun... Sihat sejahtera la kamu :D

Alhamdulillah kami pun selamat.

Besok sambung cerita Fraser's Hill lagi ye :) Insyaallah.










Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.