NUFFNANG

Saturday, January 29, 2011

Merahnyer Mak ngah

Haha... ni sempena raya cina ke apa ni? Tetiba plak blog jadi kaaer merah menyala... Haha... Dan tetiba plaks waner merah ni berkenan di mata... Aihhh penangan ibu mengandung ke ni? Apa2 kira ok je la ni yekkk layannnn kan je la :D

Keletahnya...

Takde entri baru nk ku kongsi kan... Dok rumah setiap hari mcm biasa jer. Nk ngadap pc ni lama2 pon xleh. Cepat pening. Tu yg kadang2 byk cerita yg kita termiss nk baca kan.. Ok kita layan je la gambar en. anak nih..



Tgh kusyuk tgok cd Gracie Lou & Friends. Mak dia psg sbb senang nk buat keje hihi.. Bukan main lg dia mmg tumpukan perhatian betollah.. Tgok la tu siap tolak bakul baju dia sbb nk berdiri..

Masa ni pulak sempat mak dia snap gambar.. Dia tgh jln mengundur nih , nmok cam tgh marah ajer kan hahahhaha :D


Emak asyik tangkap gambar je keje nyer pastu edit2 tah habis2 haha..

Friday, January 28, 2011

Kurangkan komplikasi semasa meneran

Kurangkan komplikasi semasa meneran

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.

Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.

Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.

Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.

“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
(Oppsss sy masih minum susu lg tau masa kandgn 39w.. Itu pun missi tnya sbb dia rasa kita minum susu smpi akhir yg menyebabkn baby kita besr)


Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

IBU hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.

Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.

“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.

Diet sumber asli

Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.

Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.



PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.



Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.


Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan. Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.


“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat. Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.


Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus. “Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah. Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.


IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian. --------------------------------------------------------------------------------



Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.


“Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin. “Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.


Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.



marilah kita minum susu dengan banyaknyer, susu bukan utk bayi shj k.. Adusss ku pun dh cabut sebtg gigi kuang kuang kuang... Sebab gg nyer pecah sudah, xbleh tampal ca alip ba wau ta hahahaha....

Friday, January 21, 2011

10W

Sepuluh minggu suda baby yg dlm pewot nih... Tp rasa cam tak ngandung kalo tak dipikirkn fenin pale 24/7 tuh la hahaha... Buat pertama kalinyer masa cek up smlm berat bdn ku turun.. Erkkkkk sebab apa???? Sebab berat ku masa ngandung aqil tak penah turun tau! Naaaaaaaaaaaaaikkkkkkkkkkk sajer okey!

Ha kali ni plak aku turun 0.4kg @ 400grm.. Haha mmg seronok gak tp biasa la missi dok tnya naper berat turun...? Ku ckp la skrg masih muntah lagi, n ku pun perlu diet okey... Mlm kalo nk mkn mesti sblm kul 8.. Mkn nasi jam 6@7 ptg.. Kalo mlm lapo, al-maklumlah aqill kdg dok ngempeng lagi tanak botol, maka ku minum nestum ajer, biskut meri @ roti. Kurma tu mmg jd gula2 aku la.. Hari tu beli RM4 dh nk abis pun ni tak smpi semgu haha.. Dok mengunyil-ngunyil je mulut ni.. Ku juga elak tido ptg.. Klu tertido pun xsmpi sejam.. Nap je la kan..

1st Preggy~32w


Ku buat sumer ni cam seksa bdn je kan. Tp ku tanak baby besar lagi dr aqil. Kalo leh turunkan kita turunkan tu pun dgn kuasa Allah Taala.. Ku planning ajer. Takleh dok diam2 ajer mesti aktif biar baby senang kuar.. Ermmm masa aqil pon senang juga tak sangkut pon even dia 4kg haha.. Lg satu nk ada tenaga tuk teran.. Masa 1st time dulu tak pandai kan... Missi smpi kata ku tak teran ni.. Takpe pasni teran sungguh2 dan nikmati kelahirannya hehehe..

Ptg2 lak layan aqill main kat luar rumah. Biasa la dh main kat luar tu sumer benda dia jakun nak pegang.. Tp dia ni hnya bermain dgn batu, daun dn lain2.. Maksudnye dia tak heran dgn brg permainan.. Hoh ni kalo dh dok kg ni abis dia masuk dlm semak, main dlm parit hahaha.. (Mcm ayah dia ni).. Adaaaaaaaaaaaaaa je yg dia main n benda yg kita sendiri tak sangka dia nk main n ambil tau!!! Tu yg kena watchout dia betul2..

Berlari-larian la mak dia ni kejor dia ke sana ke mari... Smlm smpi nk pitam, Ni bdn dh berpeluh sejuk dgn lapar lagi... Haishhh tak tertanggung rasanyer.. Masuk dlm rumah suruh en.somi lak amik turn jaga aqill.. Ku terus terbaringgggggggggggggg Arghhhhhhhhhhh kalo lmbat sikit mau tumbang aku kat luar tuh... Tak lama terus mkn nasi n berehat..

Hemmmm itulah aktiviti setiap hari ngan aqill.. Smpi nk tumbang dibuatnyer huhu..Dulu sumer ckp ku kuat tido siang tu psl la ank besar! Ku telan je la kata2 tu. Tu yg nekad takleh tido dis time (baeh kalo dh tetido????? layan je la haha).. Tp Alhamdulillah syukur sebabnye... Walau berat ku naik 20/21kg masa peknen 1st, Ank besar 4.0kg... Tp segala lelemak cepat je surut. Maknanyer yg besar mmg baby.. Omak eh kocik jer cepat kurus hahaha... Tu yg suka tuh. Kira lemak ngandung tu tak kekal la kat tubuh bdn ni hahaha...

Ni la dak 4.0kg tu...


Harapan baby ni idok la besar lagi.. kurang sket la dr aqilll kalo blehhh :D Tunggu je la yekkk

(Huiiiiisssshh byk nyer ku membebel)




Thursday, January 20, 2011

Kisahnyerrr...

Udah berapa hr ku tak hupdate blog cuma blogwalking saja. Baca kisah2 di blog kwn2.. Kisah ku?

Takdak mood nk hupdate la.. Dok brmls-mlsan je ni.

Smlm pi klinik cek up rutin ibu mengandung. Okey je xde apa yg tak OK. Cuma... Tag (pelekat) kat buku pink ku dh 'dinaikkan pangkat' bak kata missi klinik huhuuuu..

Masa daftar dok warna HIJAU, la ni dh jadi kaler KUNING.. Emmm :( takpe la missi, kuning pun kuning la.. Cek aQiL sekali sbb kat leher dia ada 3biji kelenjar.. Tah mana dtg. Org tua2 kata kalu dak demam kdg2 mmg ada biji tu.. Tp la ni tak hilang2.. Tgok smpi 3biji tu yg pi cek skali.. Saper tak risau oiii..

Jd smlm ku tak perlu jumpa Doc. Yg jumpa cuba ankku je. Doc kata ok je tu xde paper, Lagi 4 bulan dtg cek up balik.. Doc kata kalo ada biji kat ketiak @ kat kelengkang baru kena cek betul2.. Huhu... Yelah Doc. Tp bila ku tekan2 atau aqil nk toleh2 kepala dia idok la dia nangis. Jadi ku rasa mungkin xde pape yg berlaku. Hopefully!

Selesema ku pun dh nk bertambah baik. Ubatnyer mmg kena mandi awal2 pagi sebab bdn ku ni cepat je kena panas badan. Klu dh kena panas bdn tu mula la ruam, bengkak gusi, sebab wap panas dlm bdn xleh keluar kehkehkeh... (Laki ku punya fakta la ni)

Len kali kita sambung citer lagi ekkk semua... Mata ni dah takleh lelama dok depan pc ni, layuuuuu jer... silau hahaha ni kes org dok pki mata empat la ni silau lak tinggi kuikuikui.. Ok salam :)







P/S: Cantekkkkk tak Banner saya ekekeke... Puas mengejas nk bg sama rata haha... Jadi la ni ekkk


Monday, January 17, 2011

Dia Datang Suda...

Hukhukhuk (kebatukkan)... Ha kelmarin kemain buat air milo mocha bagai hari ni rasakan terus nk kena selesema. Kepala yg dh mmg fenin 24jm ditmbah berat nk selesema, bengal ajer kan..Ku kalo dh nk kene seme ni lmbt nk baik sbb jarang sgt seseme. Sethn ada la 2kali kot.. Sbb takleh nk mkn ubat seseme maka ubat2 prgnt yg 4jenis tuh aku mkn mulai hr ni hahaha. Sblm ni tak mkn sbb masih muntah2 jd syg lak ubat tu dibuang gitu je kan..(cuma mkn acidfolic). Setiap sakit yg dtg ada sebabnyer..

"


"


"


En somi lak dua hr oi ikut kwnnyer ke kedah. Terus semput balik ruma. Sebabnyer dok dlm pajero tu 24jam berekon.. Bdn member2 sumer besar2. Jd dia takleh nk wat apa. Kitorng klu drive pon kerap buka tingkap dr ekon. Kecuali bila hujan la.. Aku ngndung dis time pun selalu sejuk, tiap2 hr tido pki stokin, pki bj sejuk Brrr... Masa aqil dulu panas ya amat hihi.. Biasaler ngndung, 8ank, 8 la ragamnyer.. Yg aku pelik dh tau sejuk bleh bantai minum air sejuk. Smpi en somi tegur.. (la ni dh kurangkan hihi...) Dolu2 bdn panas berpeluh ajer tp sgt tak suka air sejuk. Totap minum air panas hehehe.. En somi ckp, Ha! besok sorang tido ngan awak, sorang tido ngan sy... Apesal pulak? aku berkata... Yelah aqil kan panas cm awak kipas 24j.. Ha yg no2 ni plak mesti sejuk cam sy hahahhaa....

Tak kisah la cik abg oiiii.. Hemmm ni masing2 nk terlepek. Ku mls nk baring ajer, nk kasi bdn peluh biar cepat baik. Kang lagi lesu bdn ni ha dok baring ajer.. Ha nti nk cari sup la... Sup kambing ke.... AAaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhH

"

"

"Huishhhhhhhhhhhhhhhh sedapnyerrrrrrrrrrr

p/s: Br 10minggu nih! Bleh mkn ke sup kambing? Tak dpt kambing daging lembu pon layan je la... Yokkk cik jo yok mangan sup...

Sunday, January 16, 2011

Ni nk cerita sikit.. Aku pelik tol ngan segelintir org/masyarakat yg masih xde kesedaran sivik, moral apatah lagi.. Bukan kata ku ni perfect tu idok le.. Tp berpada2 la kan lebih2 lagi bila kita duduk dlm satu kawasan kejiranan.. Aku mmg tak paham betul dgn org2 yg mcm ni la. Tak tahu apa yg mereka fikir, apa yg ada dlm pale wotak dia tuh..Sekadar suka2, seronok2 jer ke? Haish tak paham aku!

Ha ni bukan apa.. Nak kongsi la sikit ekk. Ada la jiran baru niar ku gelar 'G' dok br pindah selang 2rumah aku. Sejak dok sewa situ mmg dia tak campur masyarakat la aku pon xtau kenapa. Dr hr dia pindah sampai nk bukak sekolah hr tu ank kecik dia 2bln kot dok menangis ajer.. Kita ni kesian, tp bila bg salam xdijwb wat xtau aje, dunno je. Yg jaga baby tu lak akaknyer yg br drjh 3! Pernah satu hr jiran ku 'A' nmpk akaknyer letak adik dia atas meja lipat tu je.. Adoi ngeri tol.

Hal yg tu tak kisahla sgt kan, abes dh makbpk dia pun wat tak reti jer.. Psgn muda ni ank dh 4.. Yg aku geram tuh boleh plak dia buang kulit kupang tanpa dibungkus dgn plastik, dia dok tabur dekat atas tanah depan umah jiran aku 'B'.. Padahal tong sampah kat situ jugak!!!!! Sengaja ke apa ni? Dh jiran aku 'A' ni dok tnya jiran 'B' adakah dia yg buang.. Tp kitorg tau saper yg buat camtu. Bukan itu jer, sampah dlm plastik dia TAK PERNAH berikat (kesian kat org yg kutip smph) dgn kena selongkar anjing n kucing lg berterabur la... kawasan org len xplak sepah cenggitu.. Smlm lg best dia buat.. Pampes ank dia dok tepek kat pemegang tong sampah jiran 'A' jugak! Camtu jer! Xdibungkus ke hapa ke! Eeeee geram betol.. kalo korang geram tak?

Tp rasanye akaknyer yg selalu buang sampah dan aku tak tau la makbpk dia yg suruh ke apa ke.. Ya Allah, aku mmg tak paham betol pemikiran org yg mcm ni, mmg tak pegi sekolah betul! Org kampung pun nk jaga kebersihan keliling rumah. Ha ckp psl kebersihan lg satu kat rumah dia ni 'G' penuh dgn buah kelapa. Tak tau la dia niaga ke atau mmg suka air kelapa. Tp ku rasa wat minum sendiri. Korang bayangkan kelapa muda, ditebuk minum pastu dibelah ambil isinye, pastu senang2 dia buang camtu jer sebelah umah jiran aku 'B'.. Dia tak pk ke kelapa tu bleh jd tempat pembiakan nyamuk? Klu nk bakar pon kulit kelapa tu basah lagi berapa lama nk tgu dia kering?



Nasib la dpt jiran yg baik2 jd kitorang la yg kemas2 apa yg patut, bakar sampah.. Nk tgu dia yg kemas hoh berjanggut.. Org kampung pun nk kawasan sekeliling rumah bersih apa lagi bila duduk kawasan perumahan. Bertimbang rasa la sikit... Nak buat apa2 fikir dulu walaupun bende kecik cam buang sampah nih...

Saturday, January 15, 2011

Bayi Anda Yang Belum Lahir Perlu Penjagaan Pemakanan Awal

Bayi Anda Yang Belum Lahir Perlu Penjagaan Pemakanan Awal
Pemakanan yang betul sebelum dan semasa kehamilan adalah penting untuk
kesihatan anak anda, dari saat dia dilahirkan dan juga seterusnya.


Oleh Profesor Madya Dr Tan Ay Eeng, Pakar Obstetrik dan Ginekologi.


Ramai wanita sering mengabaikan keperluan pemakanan mereka sehinggalah mereka sedar yang mereka sedang hamil (selalunya setelah hamil enam minggu). Ianya adalah penting bagi anda untuk menyedari bahawa penjagaan pemakanan sebelum, semasa dan juga selepas kehamilan adalah kritikal untuk kesihatan anda dan juga bayi anda.

Mengapakah penjagaan pemakanan penting sebelum dan juga semasa kehamilan?

1.Wanita yang mengamalkan tabiat makan yang baik akan memulakan kehamilan dengan simpanansimpanan nutrien yang penuh dan berat badan yang sihat.

2.Pemakanan yang baik adalah penting bagi tumbesaran dan perkembangan bayi yang optimum serta memainkan peranan yang kritikal di dalam menentukan kesihatan mereka di kemudian hari.

Adakah ibu-ibu hamil hari ini mengamalkan pemakanan yang baik? Bagaimana pula dengan anda?.
Malang sekali, kekurangan zat makanan pada ibu masih merupakan satu masalah, samada sebagai pemakanan yang tidak mencukupi ataupun terlebih berat. Masalah-masalah sedemikian boleh berpunca daripada tidak memenuhi keperluan tubuh yang memerlukan pelbagai jenis makanan yang berbeza atau kekurangan nutrien-nutrien atau vitaminvitamin tertentu yang diperlukan oleh ibu dan bayi.

Tahukah anda?
Wanita yang kekurangan zat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan...

Bayi dengan berat badan yang tidak normal semasa lahir

1.Ibu-ibu yang kekurangan berat badan atau kekurangan nutrisi berkemungkinan melahirkan bayi yang rendah berat badan semasa lahir. Bayi-bayi ini lebih berkemungkinan untuk membentuk komplikasi-komplikasi yang akan menjejaskan organorgan penting dan juga akan lebih mudah terkena jangkitan.

2.Ibu-ibu yang mempunyai berat badan yang tinggi menghidapi risiko untuk menghidapi penyakit diabetes mellitus dan melahirkan bayi yang besar. Bayi-bayi ini pula berkemungkinan membesar menjadi kanak-kanak dan orang dewasa yang terlebih berat serta berkecenderungan menghidap penyakit-penyakit seperti diabetes jenis 2 di kemudian hari.

Bayi dengan kecacatan kelahiran
Satu daripada kecacatan kelahiran yang paling lazim adalah kecacatan tiub neural yang berpunca daripada pembentukan otak atau saraf tunjang yang tidak betul akibat daripada kekurangan nutrien-nutrien tertentu sebelum dan semasa kehamilan.

Bayi dengan kecacatan mental dan kerencatan akal
Bayi-bayi ini akan lebih berkemungkinan mempunyai IQ yang lebih rendah dan kerosakan otak serta deria.


DUGAAN SEMASA MENGANDUNG


Melihat dan menghidu bau makanan membuat saya muntah

Saya terpaksa makan roti kosong! Bukan mudah untuk mendapati makanan yang tidak menimbulkan rasa loya atau muntah (dikenali sebagai ‘penyakit pagi’). Namun begitu, perut kosong akan menyebabkan keadaan bertambah teruk. Makanlah beberapa sarapan kecil dalam sehari, bukan tiga sarapan besar. Anda perlu makanan lemak rendah dan tidak berbau serta mudah dihadam, seperti nasi kosong, roti bakar, ubi kentang rebus, bijirin, buah-buahan lembut dan sup jernih. Elakkan daripada makanan berlemak atau goreng. Untuk kelegaan, ambil air halia, teh halia, minuman isotonik, teh kosong atau air barli sejuk

~Ku idok le smpi cenggini cuma tgok tin susu tu jer dh loya huhu.. Bila nk start minum susu nih? Ntah lerrrr.... Dok minum fresh owennn jerk~

Saya sentiasa mahu makan gula.

Tiap-tiap kali pun macam itu. Gula hanya satu contoh. Ada wanita yang mengidamkan jeruk, acar, coklat, cili dan lain-lain makanan yang tidak pernah diidami. Tiada bahaya dalam memuaskan keidaman, asalkan jangan keterlaluan sehingga hanya makan itu sahaja dan mengabaikan makanan lain.

~Betol betol betol, tp la ni kena kurangkan eheh.. Coklat! Milo!~

Saya minum banyak air, tetapi masih sembelit.

Pergerakan sistem pencernaan pasti dipengaruhi kerana bayi bersandar atas usus anda. Betul pendapat anda untuk minum banyak air. Anda juga boleh memperolehi cecair daripada jus tidak manis dan sup. Memakan lebih makanan yang kaya dengan fiber akan mencegah dan meredakan sembelit. Makanan seperti bijirin, roti bijirin penuh, sayur-sayuran dan buahbuahan (terutamanya prun) baik untuk anda.

~Alhamdulillah sy tak ada masalah susah buang ayaq besaq nih! Sonang! Mak sy kata kalo masa ngandung senang 'buang' maka masa pantang pun kita senang nk 'membuang' insyaallah. Tp now kat klinik ada la cecair tuk melembutkan najis tuh mcm minyak sket~

Ibu mertuaku sentiasa beri saya makanan. Dia kata saya sedang “makan untuk dua”.

Tidak, anda tidak harus “makan untuk dua”. Pertambahan berat yang berlebihan ketika hamil mengakibatkan masalah kesihatan untuk anda dan bayi. Anda akan mendapati susah untuk mengurangkan berat selepas bersalin. Sebagai panduan am, jika berat badan sebelum hamil adalah
normal, berat badan anda sepatutnya meningkat sebanyak 12 – 16 kg.

~Ha yg ini den takleh nak kato apo la pasai den dah xde omak abah mertua huhuhu~

Saya dinasihatkan supaya menjauhi daripada makanan ‘sejuk’, ‘berangin’, ‘panas’ dan ‘beracun’. Tinggal apa lagi yang boleh dimakan?

Itu adalah pantang larang tradisional yang belum dibuktikan secara saintifik. Namun jika pantang larang tersebut (seperti tidak makan cili, nenas atau minum air kelapa) membawa sedikit kelegaan kepada anda, mengikutinya tidak mungkin berbahaya. Elakkan daripada keterlaluan seperti tidak memakan makanan yang mengandungi zat penting.

~Ada gak la yg tak mkn biasanyer utk trimester pertama kan kena jaga kan... Cuma hr tu taktau ngandung mkn nenas, tembikai, tapai huhuuuu alhamdulillah xde pape berlaku~

Talasemia ~ Kecacatan Darah

Baru2 ni sepupu belah suami prgnt(ank ke2) n dia asyik masuk spital n perlu masuk darah. Cek punya cek rupanye ada Talasemia.. Jom kita baca apa tu Talasemia ye.. Bahaya ke tak bahaya nyer...

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Jenis Talasemia
Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:

Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Pembawa Malaysia

Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;

— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)

Pesakit Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal




(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)

Tanda dan gejala penyakit Talasemia

Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.

Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.

Anemia yang serius bisa menyebabkan sulit bernafas.

Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).


Rawatan penyakit Talasemia

Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.

Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.

Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.

Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Saringan Talasemia

Saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.


Persatuan Talasemia Malaysia

Projek Persatuan Talasemia Malaysia untuk menghubungkan para pesakit talasemia, ibu bapa, dan penjaga dengan anggota komuniti terpinggir (contohnya, komuniti luar bandar). Tujuannya untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang penyakit berkenaan, mewujudkan hubungan dua hala yang interaktif dengan mewujudkan pangkalan data yang memudahkan kajian dan pembentukan polisi.



sumber ; Wikipedia



Bapa hempas bayi

Baca Tajuk Ajer Dh Ngeri nih! Jom teruskan baca....

IPOH: Akibat sikap panas baran melampau, seorang lelaki bukan saja memukul isterinya dengan tali pinggang ketika bertengkar dengan wanita itu tapi turut menghempas anaknya berusia 18 bulan ke atas tilam nipis hingga bayi itu patah tulang paha kanan.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Kampung Dato’ Ahmad Said, Manjoi di sini pada 7 Januari lalu, namun lelaki berusia 54 tahun itu ditahan polis kira-kira 4 pagi semalam selepas dia menyerah diri di Balai Polis Jelapang.

Akibat kecederaan itu, bayi lelaki berkenaan terpaksa menerima rawatan selama seminggu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini sebelum dibenarkan pulang ke rumah semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia 38 tahun di rumah selepas pulang daripada berniaga

“Siasatan awal kami mendapati, ketika pertengkaran itu, suspek dikatakan menghempas bayinya ke atas tilam hingga menyebabkan mangsa parah dan dirawat di HRPB.

“Selain itu, suspek juga dikatakan turut memukul isterinya dengan menggunakan tali pinggang hingga cedera selain mengugut wanita itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dzuraidi berkata, suspek yang bekerja sendiri kini direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

“Suspek kini disiasat atas tiga kesalahan termasuk Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah kepada anaknya serta Seksyen 323 dan 506 mengikut seksyen sama iaitu kerana mencederakan dan mengugut isterinya,” katanya.

Katanya, pihak hospital memaklumkan anak pasangan itu dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan pulang semalam.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan maklum balas daripada isteri lelaki itu gagal kerana dia enggan memberi kerjasama disebabkan masih kusut dengan masalah yang menimpa keluarganya.

Bagaimanapun, tinjauan mendapati bayi itu hanya mampu terlantar atas katil di rumahnya dengan keadaan paha kanan berbalut simen.

Malah, anak bongsu yang juga zuriat ketujuh pasangan suami isteri itu kerap menangis disebabkan kecederaan yang dialami.

sumber; Metro

Macam2 sekarang.. Metro smlm(14/01/11) kes ibu tumbuk mata bayi dia yg berumur sethn! smpi patah tulang mata & risiko buta lak mata baby tuh..
Haishhhh aku kalo marah anak pun , dh marah mesti aku peluk dia.. Hahaha!

Tip Bestari: Memulih dan meningkat kecerdasan akal

AKAL yang rosak boleh dipulihkan kecuali yang berpunca daripada ketagihan dadah yang kronik.

Abu Umamah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: "Luqman pernah berpesan kepada anaknya, hendaklah kamu selalu bergaul dengan golongan ulama dan mendengar perkataan hukamak (bijak pandai) kerana sesungguhnya, Allah s.w.t menghidupkan hati yang mati itu dengan cahaya ilmu dan kecemerlangan hikmah sebagaimana Dia menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan". (Hidayatul Mukhtar: 138)


>Penawar untuk memperbaiki hati dan menolak reraguan - Memakan makanan dan minuman yang halal

- Sentiasa menjaga diri daripada terbabit dengan perkara haram dan dimurkai Allah
- Memelihara anggota zahir seperti mata, telinga, tangan dan kaki daripada terbabit dengan perkara yang dilarang Allah
- Memelihara anggota batin iaitu hati dan akal daripada dosa dan maksiat batin
- Mengatur diri dengan pelaksanaan ilmu pengetahuan
- Menjaga rahsia
- Memohon dengan merendahkan diri kepada Allah agar Dia melindungi diri dan kemahuan anda daripada godaan syaitan

>Ubat hati

- Membaca al-Quran dengan memahami maknanya
- Sederhana dalam makan dan minum
- Selalu qiyamullail
- Bergaul dengan orang soleh
- Beristighfar di malam sebelum Subuh

>Menambah kecerdikan akal

- Sering berada di samping ulama
- Gigih mencari ilmu
- Bergaul dengan orang soleh supaya terdorong untuk menambah takwa
- Meninggalkan perkara yang sia-sia

(Dipetik dari buku: Bimbingan Kecemerlangan Diri - Panduan Mencerdaskan Minda tulisan Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood terbitan Telaga Biru)

Thursday, January 13, 2011

Layanzzzzz zassssssssss..

Lisa Surihani & Mia



Sazzy Falak Preggy



Kecewa Jejai Ke Jepun Bersama Nora Danish!


Pemergian Fasha Sandha bercuti ke Bali, Indonesia bersama rakan-rakannya baru-baru ini didakwa bukan untuk meraikan sambutan tahun baru 2011 seperti yang digembar-gemburkan, sebaliknya untuk melepaskan tekanan perasaan.

Kosmo! difahamkan, keputusan pelakon itu bercuti ke pulau peranginan berkenaan adalah kerana kekasihnya, Rizal Ashram Ramli, 35, atau Jejai menyertai keluarga serta bekas isterinya, aktres Nora Danish, 27, makan angin ke Jepun.

Menurut seorang rakan Fasha di sini, Jejai dikatakan pergi ke Jepun untuk meraikan hari jadi anak tunggalnya bersama Nora Danish, Putera Rayqal Rizal Ashram, 3, yang jatuh pada 7 Januari lalu.

“Jejai pergi ke Jepun selepas pemergian Nora, Rayqal dan keluarga Jejai terlebih dahulu sekitar awal Januari tahun ini.

“Fasha terasa hati, mungkin sebab itu dia membuat keputusan untuk bercuti ke Bali bersama rakan-rakannya itu selepas Jejai ke Jepun bersama bekas isterinya itu,” beritahu rakan Fasha itu.

Berita dicedok dari Kosmo.

Halamakkkk minah sorang nih. Dah kata nk sambut hr jd anak mesti lah bpk dia nk sambut.. Camtulah kalo bercintun ngan suami org aka duda yg ada anak.. Tak perlu la nk terasa2.. Amende la kan...

Lori tersekat bawah jejambat hempap teksi, motosikal


KUALA LUMPUR: Sebuah lori kawalan keselamatan yang gagal melalui bawah jejambat Bulatan Datuk Onn berhampiran Bank Negara, di sini, akibat melebihi had ketinggian ditetapkan terbalik sebelum menghempap sebuah teksi dan motosikal di laluan berkenaan, pagi semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, pemandu teksi dan pembonceng motosikal terbabit yang berusia 30-an cedera ringan dan sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari lori terbabit mula senget.


Penumpang dalam teksi itu, seorang lelaki warga Iran turut sempat menyelamatkan diri. Pemandu lori terbabit sebaliknya tidak cedera.


Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning ketika dihubungi, berkata kejadian itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.


Katanya, kemalangan itu menyebabkan polis menutup laluan berkenaan bagi membolehkan kerja mengalihkan lori terbabit dijalankan.


Ini la drebar lori yg baru dpt lesen kesahnyer... Agak2 dia ingat dia tgh bwk keta kancil ke.. Aiyooo kesian pd encik motosikal & teksi itu...

Ana Tercalon 3 Kategori

KUALA LUMPUR: Dalam diselubungi kontroversi kemenangan lagunya yang dikatakan tidak popular pada Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) yang baru berlangsung pada 9 Januari lalu, Ana Raffali, 26, berjaya membuktikan sebenarnya dia mempunyai pengaruh dalam industri muzik tempatan apabila tercalon dalam tiga kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010).

Ana atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali dicalonkan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular, Artis Duo/Berkumpulan Popular dan Artis Baru Wanita Popular. Dia yang ditemui pada majlis pengumuman senarai lima finalis ABPBH2010 di Holiday Villa Subang semalam, berkata dia amat bersyukur kerana tercalon dalam tiga kategori namun dia masih menyifatkan dirinya sebagai orang baru yang masih perlu banyak belajar.


“Saya masih baru dalam industri ini. Oleh itu, saya tidak mahu meletakkan harapan tinggi dalam ABPBH2010 ini. Bagaimanapun, daripada tiga kategori yang dicalonkan, saya lebih yakin kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular.


“Lagu yang saya nyanyikan bersama Sohaimi Meor Hassan dan Altimet, Kalau Berpacaran sedang popular. Saya pun suka gabungan kami bertiga itu. Apapun terima kasih kepada peminat kerana menyokong saya untuk membolehkan terus bertahan dalam arena seni tanah air,” katanya.


Sementara itu Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin atau Kak Engku yang kembali solo baru-baru ini turut tercalon dalam tiga kategori iaitu Artis Komedi Wanita Popular, Pengacara TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular.
Norkhiriah Ahmad Shafie yang kini hamil anak kedua pula mendapat dua pencalonan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Artis Komedi Wanita Popular.
Lisa Surihani yang menang Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 pula tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.


Pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi meneruskan keunggulan dengan mendapat dua pencalonan untuk kategori Pengacara TV Lelaki Popular dan Penyampai Radio Lelaki Popular.
Antara yang hadir pada majlis pengumuman itu, Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid, Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan, Hanizam Abdullah, Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar dan wakil penaja.

Org yg dok tak suka Ana tu ha, tengok melimpah2 rezeki dia tau!

Monday, January 10, 2011

Ragam aqil


Hai la anak... Umur dh setaon 5bln.. mgu depan siap sedia injet yek! Alkisah pagi2 aqil dh wat 'kek' (bagus ank buang pagi2 nih).. Aku bukan kira kalo dia yak jam tu jugak ku mandikan. Senang kan. Aku pun cebuk la dia... Biasa la saki-baki 'kek' tu ada melekat kat buntut dia kan.. Ada la sikit2 ikut air mengalir masuk lubang kat toilet tu... Dak tecik ni plak dok sebut fish, fish, fish.. Aku nengok la mana fish nyer.. Rupanyer dia nmpk saki-baki tuh la yg dia ingat fish psl mende tu kan ikut air mengalir.. Wakakaka.. ketawa tak ingat dunia la haku gelak adoiiiii nak, nak.. Pehtu nmpk semut ke, ulat gonggok ke pun dia bantai kata fish gak hahaha...

Selain tu tak byk pon perkataan yg dia bleh sebut.. Upin ipin -Pin pin je la, Bu - lori, bas, bird, Kalo pegang menan dia suruh kita ambil dia ckp la - me.. (mak) amik, me amik, amik.. hahaha! Tapi apa yg kita suruh dia paham la.. Pas basuh tgn kat sinki dia terus pi kat tuala lap tgn kikik.. Paling best tengok dia ketawa bila tonton kartun, dengar lagu rancak dan terus joget ( even malu, akan berhenti joget bila kita tgok dia) kuikuikui... Malu yer..

Hari ni dpt la jumpa mbahh ngan atok dia, dpt la mak mkn2 tak yah masak hehehe... Mkn nasi ambeng..Misi pun dtg gak td cek kat umah.. Jiran sebelah plak niaga tak abis dia bagi la donut & bihun goreng.. Donut dia mmg sodap! Murah rezeki hari ni ngan makanan...

itu je tuk entri hari ni ekkk.. Adoiii nk dok lama2 depan pc ni pon fenin.. ni nk termuntah plak, loya hukhukhuk... Bila2 sambung lagik citer





Oppssssssssss... Berita terbaru kwn baik sy juga YangMalina pregnant gak! Dia br 6mgu tp kena masuk spital pg td sebab asthma... Igt ye kengkawan saper2 yg ada lelah tu JGN MKN LIMAU ! Sebarang jenis keluarga limau tak leh makan yek! Info dr mak sy dpt dari pakar asma.. Nmpknyer kwn2 baik sy ngandung sama2 ngan saya weeeeeeeeeeeeeeeeee...

Sunday, January 9, 2011

Belajar bahasa bayi melalui Dunstan Baby Language



Satu sistem yang mengajar ibu bapa untuk memahami dan mentafsir makna tangisan bayiSistem ini meliputi 5 jenis “bunyi” rutin yang digunakan semua bayi semenjak lahir, untuk mengungkapkan keperluan harian mereka: lapar, mengantuk, ingin sendawa (burp), ketidakselesaan dan kembung perut.

“Bunyi-bunyi” ini terhasil akibat tindakan refleks. Contohnya, apabila bayi merasa lapar, iaitu apabila paras glukosa dalam badannya menurun, sistem dalaman bayi akan memulakan gerakan menyedut (sucking) sebagai tanda bersedia menerima makanan. Apabila bunyi ditambah kepada tindakan refleks ini, bunyi yang mewakili keperluan lapar akan terhasil.

Kajian selama lebih 10 tahun yang dilakukan oleh Priscilla Dunstan terhadap lebih 1000 orang bayi dengan lebih 30 jenis kerakyatan, latar belakang, keturunan dan bahasa ibunda mengesahkan bahawa bayi di seluruh dunia menghasilkan bunyi yang sama!. Ternyata bunyi ini bersifat universal dan kajian ini dipatenkan sebagai - THE DUNSTAN BABY LANGUAGE.

Bagaimana Dunstan Words dihasilkan?
Menangis adalah bentuk komunikasi asas (primary) bayi (malahan, satu-satunya cara bayi baru lahir "berkomunikasi"). Asasnya, penting untuk MENDENGAR TAHAP PRE-CRY BAYI SEBELUM TANGISAN MELALAK (HISTERICAL CRY) DIHASILKAN KERANA PRE-STAGE VOCAL YANG TERKANDUNG DALAM TAHAP PRE-CRY AKAN TENGGELAM DALAM JERITAN BAYI dan apabila tiba di tahap ini, menyukarkan ibu bapa memahami kehendak bayi apatah lagi untuk menenangkannya. Try & Error itu perkara biasa. Dapatkan DVD untuk membantu mendengar contoh-contoh lima jenis tangisan berulang kali!

Bunyi 1:

Terhasil dari “sucking” refleks

Tip: Tumpukan pada bunyi “N” yang dihasilkan.Bayi mengerakkan lidah ke sekeliling mulut.

Lapar "Neh" adalah bunyi yang terhasil sebagai tindak balas kepada refleksi menyedut (sucking reflex). Ingin menghasilkan bunyi "Neh" anda sendiri? Letakan lidah anda di bahagian belakang gigi atas dan tolak lidah ke "bumbung" mulut. Pada waktu ini, satu-satunya bunyi yang anda mampu buat, keluar melalui hidung seperti NNNNNNN. Sekarang, buka mulut anda sedikit dan gerakan lidah anda seperti menyedut. Ketika lidah menjauhi bumbung mulut, anda akan menyedari bunyi NNN tadi bertukar ke EH atau UH. Inilah bunyi "Neh/Nuh" yang kita cari!

Bunyi 2: Mengantuk

Terhasil dari refleks menguap (yawning)

Tip: Perhatikan mulut bayi berbentuk “O” ketika membuat bunyi ini.


Bunyi "Owh" adalah hasil refleksi menguap (yawn reflex) yang memberi isyarat bayi anda mengantuk. Cuba anda tolak rata lidah anda mengenai barisan gigi bawah serta buka mulut anda seluas-luasnya seperti ingin menguap dan tambah bunyi kepada gerakan anda itu. Sejurus sebelum menguap berakhir dan mulut anda ingin kembali tertutup, dapatkah anda dengar bunyi "owh" anda sendiri?

Bunyi 3: Ingin Sendawa

Terhasil dari pengecutan otot dada

Tip: kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar dengan bunyi "E" yang nyata


Bayi menyebut bunyi "Eh" kerana dadanya merasa tak selesa dan seperti "terjerut" dalam cubaan ingin sendawa (burp). "Eh" terhasil hasil pengecutan otot dada dan bunyi ini selalu kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar. Ingin pelajari beberapa teknik yang mampu membantu bayi sendawa? Dapatkan DVD Dunstan Baby Language untuk contoh praktikal yang dilakonkan semula.

Bunyi 4: Kembung Perut

Terhasil akibat tekanan abdomen perut

Tip: Sering kedengaran sebagai erangan panjang dan tertekan

Bayi membuat bunyi "eairh" kerana tekanan dalam abdomennya yang mengakibatkan bayi merasa sakit dan tak selesa. Tarikan otot-otot perut menjadikan bunyi yang keluar sebagai "air" dengan tambahan bunyi "r" yang nyata dan semakin nyata bila bayi semakin stress.


Bunyi 5: Tak Selesa

Terhasil akibat refleks pada kulit diiringi gerakan menggeliang-geliutkan(wriggle) badan dengan aktif.

Tip: Dengarkan bunyi “H” yang jelas seperti dihembus atautercungap-cungap.

Berbeza dengan bunyi "Eh" (ingin sendawa) yang mempunyai bunyi "E" yang nyata dan berangin "H" yang kuat, "Heh" pula mempunyai bunyi "H" permulaan yang kuat. "Heh" boleh menjadi bunyi yang agak sukar untuk difahami kerana tiada penyelesaian spesifik yang dapat disimpulkan. Bayi boleh merasa tidak selesa dengan 1001 perkara. Antara yang biasa ialah: terlalu panas atau sejuk, napkin yang kotor, tidak serasi dengan bedak yang digunakan atau merasa kulit merengsa dengan pilihan sabun pencuci pakaiannya.



Buah KiWi


Salah satu perkara paling menyeronokkan ketika hamil ialah menikmati makanan lazat semahu-mahunya tanpa rasa bersalah dengan pertambahan kalori yang diambil.

Walau bagaimanapun, harus diingat! Nikmat daripada semua makanan tersebut harus disertai dengan kandungan khasiat yang tinggi bagi menyokong perkembangan awal tumbesaran bayi dalam kandungan.

Ketahuilah! 3 nutrien penting di samping zat pemakanan lain yang diperlukan oleh bayi bagi tumbesarannya ialah vitamin C, asid folik dan kalsium. Anda tidak semestinya menggandakan kuantiti makanan, sebaliknya hanya menambah kuantiti nutrien makanan dan minuman kerana ia merupakan sumber khasiat utama yang diperlukan oleh bayi.

Cara paling mudah untuk mendapat kandungan nutrien yang cukup daripada pemakanan sepanjang kehamilan ialah melengkapkan pelan pemakanan dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kebanyakan buah merupakan sumber nutrien yang baik malah merupakan cara yang lebih sihat bagi meningkatkan jumlah kalori harian. Antara buah yang baik ialah buah kiwi. Rasa masam manis tropikanya bukan sahaja boleh mengurangkan rasa mual malah turut mengandungi nutrien-nutrien lengkap bagi bakal ibu seperti anda.

Buah kiwi datang dalam 2 jenis iaitu hijau dan kuning emas. Namun kedua-duanya penuh khasiat. Walaupun saiznya kecil, kebaikan yang terkandung di dalam buah kiwi sangat banyak. Lantas, menjadikannya sebagai buah yang paling padat dengan nutrien.

1. Kekalkan Sistem Imuniti
Pengambilan vitamin C secukupnya sewaktu hamil boleh disamakan seperti mendapatkan polisi insurans bagi anak anda. Vitamin C merupakan salah satu vitamin paling penting sewaktu hamil bagi mengekalkan kesihatan anda dan kandungan. Buah kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia terbukti membantu pergerakan plasma dan mampu menyimpan vitamin C di dalam sel badan.

Selaku antioksidan selular yang kuat, umum mengetahui kepentingan Vitamin C dalam meningkatkan imuniti badan bagi melawan bakteria. Pengambilan sesetengah jenis ubat-ubatan dikatakan tidak selamat untuk ibu hamil. Oleh kerana kesihatan harus diutamakan ketika hamil, maka mengekalkan sistem imuniti pada tahap terbaik dapat membantu anda tetap sihat.

Vitamin C memainkan peranan utama dalam sintesis kolagen yang memegang membran fetus dan mengekalkan kekuatan mekanikal membran korioamniotik. Paling penting, vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin yang diperlukan anda dan bayi.

Kajian terbaru menunjukkan sumber vitamin C yang baik daripada buah kiwi sebenarnya membantu penyerapan zat besi daripada sumber makanan lain. Memakan buah kiwi dengan suplemen zat besi dan makanan yang kaya dengan zat besi dapat meningkatkan penyimpanan zat besi badan. Ini membantu anda yang mungkin kekurangan zat besi dengan cara yang mudah dan lazat bagi meningkatkan jumlah zat besi dalam badan.

Oleh itu, selain daripada menghilangkan rasa lapar pada waktu malam, memakan buah kiwi secara harian berupaya memastikan anda dan bayi mendapat Vitamin C secukupnya.

2. Tinggi asid folik
Satu lagi faktor menjadikan buah kiwi sebagai makanan ideal bagi wanita hamil ialah kandungan asid foliknya yang tinggi. Asid folik yang juga dikenali sebagai folate memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%.

Antara kecacatan saraf yang paling kerap berlaku sewaktu lahir ialah spina bifida, penutupan saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap. Kebanyakan kecacatan ini berlaku sewaktu 28 hari pertama kehamilan, lazimnya sebelum anda sedar tentang kehamilan.

Oleh kerana itulah, anda digalakkan mengambil asid folik walaupun sebelum hamil bagi mengurangkan kebarangkalian kecacatan sewaktu lahir.

Sekiranya anda merancang untuk mengandung dan mula memakan buah kiwi secara teratur, anda sudah pun berada pada tahap permulaan yang baik.

3. Mengurangkan Sembelit
Walaupun kebanyakan wanita gemar makan sewaktu hamil, ramai yang mengalami sembelit akibat perubahan hormon. Buah kiwi mengandungi kandungan serat yang tinggi, di mana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin.


Serat memainkan peranan aktif dalam mengurangkan sembelit sepanjang tempoh kehamilan. Serat juga bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon. Oleh yang demikian, ia dapat mengelakkan kanser usus.

4. Tidur nyenyak
Kebanyakan wanita hamil tidur lebih banyak berbanding biasa dalam trimester pertama. Namun, masalah tidur akan bermula selepas trimester pertama dan selalunya berpanjangan sehingga lepas bersalin. Tidur yang kurang bukan sahaja mempengaruhi tumbesaran bayi malah turut mengganggu keupayaan anda untuk bekerja sepanjang hari.

Kajian telah menunjukkan bahawa memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi. Inilah cara terbaik untuk anda mendapat tidur yang lebih panjang dan lena, sambil menghilangkan kerisauan tentang kesihatan anda dan bayi.

5. Merendahkan Tekanan Darah
Peningkatan kecil dalam tekanan darah ketika hamil adalah petanda kehamilan yang biasa, termasuklah rasa mual dan sembelit. Walau bagaimanapun, jika tahap tekanan darah naik mendadak dan tidak dirawat, ia bukan sahaja boleh membahayakan diri anda dan nyawa bayi, malah dapat menjurus kepada masalah diabetes.

Antara sebab terbaik untuk anda menjadikan buah kiwi sebagai sebahagian daripada makanan harian ialah jumlah potassium yang terkandung dalam buah hebat ini. Dengan hanya satu hidangan, ia mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang. Potassium melawan efek garam (sodium) bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.

Dapatkan Majalah Pa&Ma keluaran Januari 2011 di pasaran.

Friday, January 7, 2011

Template baru?

Adoyaiiiii ni dok mencuba2 template leelou.. Agak fenin sedikit almaklum lah org tak berapa pandai eheh..

Amacam? cenggini ok ker? Hoh byk gak gmbr yg ku delete hahaha.. Cuba try test dulu....

Buat & mamam..

Besar tak???

Sutun Goreng tepung

sodap!
Dh tau wat sotong goreng tepung kemain hari2 mkn sampai muak. Mkn gitu jer bukan mkn ngan nasik hahaha... Ni pun koleksi lama gak.. Ngandung ni tak lalu nk masak. Tgok gambar2 ni pon nk loya hukhukhuk. xde perasaan!



Buat & Mamam

Donut gebu

Kek pisang kukus

Dh ditopping

Kek Coklat Kukus

Kek Batik
Gambar2 lama blajor2 wat kuih hahahaha.. Apa2 pun asal jadi maklumlah org kurang rajin masuk dapuq..
Sampai ketika en.somi kata "asyik wat kek ajer, lauk pauk tak blajar buat ke Yang oi" Hahahaha




Thursday, January 6, 2011

Keputusannyerrrr....


Hari khamis biasa klinik mmg penuh la dgn ibu2 mengandung wat cek up kan.. Asalnyer aku nk amik keputusan BSP yg diambil smlm.. Ala yg kena cucuk amik drh pat kali tuh. Tp kena buat cek up cam biasa gak.. Dtg kul 9lebih.. pejam celik 3jam aku kat klinik Huh mmg ramai.. jenuh tgu dgn lapar lagi smpi sejuk2 bdn ni ha..

Keputusannye normal je drh aku tu 4.8, 4.4, 3.9, 5.0.. kalo tuk ibu mengandung paras gula bwh 7 kira ok xde pape masalah.. Tp kisah aku ni terpaksa dipanjangkan... Alkisah masa aku buat MGTT hr tu dpt keputusan 8.4.. Pehtu dh buat BSP smlm, ku igt abis cerita sampai situ je bila keputusan ok.. TAPI... Sebln sekali aku kena amik drh jugak, buat BSP jugak huhuuu sebab takut baby berisiko bila ibu kencing manis.. Maknanyer aku kena la repeat BSP lagi sebln sekali. Doc kata byk komplikasi kalo de kencing manis.. Kalo keputusan tak ok awak kena wat BSP 2mgu sekali, kalo tak ok jugak kena dok spital huuuuuuuuuuu Lagi haru mendengarnyer..

Apa2 pun berserah ajer la urat tgn, amik kaki kalo tak cukup haha. Urat dh la HALUS susah nk cucuk. Cegah dulu sblm rawat. Pun nk kena byk excersize ni main kejar2 ngan aQiL dgn lebih kerap hoh! hoh! Larikkkkkkkkkkkkk Hahahaha... Kesimpulannya ini dugaan mengandung kali ke2.. Walau ku muntah cuma sekali sehari je, tp mkn nasi ciput, susu tak minum (loya), letih jgn ckp la semua benda mls nk buat ni ha, umah pun dh mcm tongkang pecah ngan menan aQiL merata2 hahaha... Sabar aje lah yer. Berserah aje la ni..

Ada petua @ pemakanan utk ibu mengandung yg mcm saya?... Errrmmmm susu kambing dh boleh minum skrg ke tak leh lg? Baru 8mgu ni...

Dugaan.. dugaan...

Wednesday, January 5, 2011

gambar lagikkkk

Dah bosar la anak mak ni... Nenen lagi...


Sempat lagi bergambo masa kat restoran jejantas ayer keroh.. aQil tgok ikan.. kolam ikan pon kalu bleh dia nk masuk huhuuuuuu...





Suka-suka edit

ni org ngah xdop kije hehe... dh lama wat mende ni dok simpan dlm pc.. tambah2 la dlm blog wat2 penuh kuikuikui...
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.