NUFFNANG

Tuesday, August 20, 2013

Syawal datang lagi... En.ayah masak lauk raya sorang-sorang

Salam Aidilfitri pada yang sudi singgah.
Alhamdulillah, semoga ramadhan yg dilalui mendatangkan seribu erti..
Dan tiba akhir Ramadhan la ku mula merindui nya.. Tak puas..

Syawal tahun ni memang sangat lain.
En.Ayah masih kerja lagi di hari Rabu. Ikutkan jadual memang balik cepat, tapi barangan lauk-pauk belum beli lagi. Terus zasss je en.Ayah mencari sorang diri sejurus habis kerja.. Sampai rumah dah isyak.. Alas perut dulu, terus dikerjakan ketupat pun seorang diri menganyam sambil ditemani anak2 yang tolong mengacau.. Pukul 5pagi baru en.Ayah tidur.. Hanya sempat masak ketupat dan kuah lodeh aje.. dan sempat juga rebuskan daging. Ehhh ke mana mok pergi yer?

Seawal hari Isnin, daku dah rasa tak sedap hati. Masa tu tengah bawa kereta nak singgah kampung en.Ayah kejap.. tak jauh pun ada la dalam 20-30minit.. Sampai ke hari selasa pun emosi aje.. Lepas sahur hari terakhri ramadhan ku terus kena CB (cirit-birit) dan muntah2.. Entah berapa kali keluar masuk.. Tahu-tahu la bila berkeadaan begitu memang diri ni tak kuat nak teruskan puasa. Cuma minum air je.. Sampai la en.Ayah balik dari cari brg2 masak tu. Demam, sejuk kemahin lagik.. Lepas maghrib terus cari klinik.. Bagi ubat CB, muntah dan air garam oren tu.. pun ku rasa macam tak berkurangan selepas 2hari.. Malam muntah2, siang membuang.. Makan? langsung tak berselera. Takat air je yang boleh masuk. Kena pulak sengal pinggang macam bawak perut.. Loya.. betul2 rasa macam mengandung.. Tapi mustahil sebab baru je habis 'cuti'.. Tapi ragu2 juga sebab 'cuti' yan singkat tak macam selalu. Mula risau.. Terus cari tester.. Oh! tak lagi ^_^ negative.. Walau pun dua2 awal kandungan dulu pun keluar tanda cekelat je pun... Tapi rasa loya dan sakit pinggan masih dirasai hingga seminggu. Malam raya duduk rumah je ditemani adik afiQ, en.Ayah ngan abg aQil dah balik kampung jumpa sanak-saudara, main bunga api, mercun huhuhuhu... Sampai je rumah haaa ko selambak duit raya untuk anak2 hihihiii.. Adik afiQ pun dapat kiriman jugak walau dia takde.. Mahunya dia melalak aje kat sana sebab adik afiQ fobia bunyik mercun!!

Sewaktu tak sihat tumemang nk berjalan pun tak selesa.. Siap beralas lagi mana tahu kott2 nak tercicir jam2 tu jugak kan.. so, duduk rumah jelah.. Oh ya! Raya pertama tu kuat sikit la diri ni nak menyambung masak lauk raya.. Lepas zohor baru nak masak ayam msk merah, rendang daging... Itu pun tah apa rasa. Maklomlah tekak, lidah ni dah pahit.. Suruh en.Ayah rasa dia wokeyy je jawapnya huhuhuuuuu... Dia tak tahu ayam msk merah ku tu pedas ya hamatt hihihi...

Sempat juga bagi lauk2 tu ke kampung. Masak Burasak, ada yang mengidam nun dikampung. Untuk adikku je tak dapat nak makan lagi.. ngidam jugak!!! Hari Jumaat sebelum isyak haaaa ko! 7biji kereta datang bertandang, adik-beradik belah en.Ayah.. Riuh-rendah la rumah ni.. Itu pun sebelum mereka datang baru ku susun kuih raya dalam bekas kuih hahahahaaa... Kalau tak ngadap la sekali ngan telap2 tuh hahahahaaa..
Kalau Syawal tahun 2011, ku memasak lauk raya dalam pantang lagi. Larat! tido lambat lagi. Tahun 2012 raya sangat bererti sebab sebulan tak cuti penangan BF adik afiq. Tahun ni diberi ketidaksihatan untuk memasak pula :) Syawal ke7 baru ku selera nak makan-makan. Semua dah boleh masuk. Kalau tak lepas makan je loya balik huhuhuuu.. Kalah org pregnant ekkk. Yang best, Jiran sebelah buat majlis bertunan anaknya di syawal ke2, anak buah belah en.Ayah pun dok merisik dan bertunang anak dara orang di syawal ke3, terus kami balik Pontian tido 2malam, Syawal 10 bertandang ke Kota tinggi, majlis kenduri kahwin ank buah en.Ayah jugak... Yang best lagi.. Tahun depan emak ku akan dapat 2 orang cucu heheheheheee...

Dikesempatan ini juga nak ucap tahniah buat Kak Marya Yusof diatas kelahiran anak ke2.. seorang puteri.. Dah ada sepasang.. dan sama tarikh lahir dengan adik afiQ.. Besok sambut 4 orang together-gether sebab kedua2 bujang ku dan sepasang anak kak Mar adalah anak2 OGOS hihihhiii... Tu kena tunggu Kak Mar balik Malaysia ekkk...

Gambo raya? nenantilah hihihihiiii..
Sodih gak ni xde gambo satu family! Nak kasi kat eB nanti hohohoho ^_^
Panjang ekkk citer ni huhuhuuuu...

Friday, August 9, 2013

Mohamad Afiq.... 2 tahun

Tatkala usia abg aqil menginjak 1tahun 4bulan.. mok disahkan mengandung buah hati kedua.. Dua bulan selepas abg aqil pandai berjalan.. Apa pun buah hati ini tetap dinanti dengan senang hati. Alahan? ada juga.. sama macam bawa abg aqil dulu.. BEZA nya.. Kali ini tak boleh bau hanyir ikan!! Kalau beli ikan mesti siap2 siang dikedai @ en.Ayah yang tolong siangkan... Makan pula hanya boleh telan ikan masin kapak untuk 2bulan pertama.. sebab tak lalu nak makan nasi, itu je lauk yang serasi.. Susu ibu memang tolak tepi diganti dengan horlicks sahaja..
Mengandung buah hati kedua, ku banyak berdikari. Panjat sana-sini maklumlah nanti kena berpantang waktu syawal.. Kenalah kemas rumah awal2 kan.. Ku rasa lebih kuat. Buat macam2 sampai kadang2 lupa yang diri ini tengah mengandung.. Kadang2 cepat 'hot temper'..Waktu minum air gula atas sebab anak pertama lahir besar- gagal- kandungan gula 8lebih.. Maka setiap bulan wajib ambil darah 4xsehari-BSP- Dari takut jarum, ku dah jadi tak takut jarum sebab dah start cucuk seawal kandungan 10mgu-38mgu yang terakhir... Urat lengan pun kecut! huhuhuuu.. Dan beberapa kali juga admit hospital... Aaaahhh memang menguji sungguh kali ini..Mujur en.Ayah memahami.. Hati ini risau kan abg aqil, siapalah yang nak jaga dia kalau mok masuk spital.. Hari tu atoknya ambil bawa balik kl seminggu gara2 ku masuk hospital.. rindu kan dia...
Kandungan buah hati kedua ni, orang keliling meneka bayi perempuan.. Perut memang kecil dari yang pertama.. Tambah lagi ku sangat suka buat kek, manisan.. suka makan buah-buahan yang manis2 juga hihiii.. Tak lupa KURMA..Namun mendengar telahan mereka buat ku tersenyum... Sebab, waktu buah hati pertama seawal usia kandungan ku dah agak2 tahu jantina bayi.. orang kata instinct ye.. Naluri hati..
Untuk kandungan kedua, ku sekadar menanti bila Naluri Hati tu datang :) Dan ianya hadir tatkala kandungan di hujung trimester kira2 8bulan....Ya.. anak ini lelaki. Rakan sepermainan abg aqil..
Buah hati kedua pula memberi tanda seawal tengah hari.. Edd dan tarikh scan yang berbeza.. Ku dapat berpuasa seminggu.. Bila tanda dah kelihatan, ku masih relaks lagi, tak nerver macam mula2 dulu. Siap boleh mengemas rumah buat kali terakhir, berbual2 dengan jiran.. yang penting makan nasi dulu :)Tunggu en.Ayah pulang dari kerja. Tanda keluar awal seminggu dari tarikh edd.. Waktu abg aqil awal 2hari je. Itu pun dah ada instinct.. Anakku ini akan keluar awal... Siap apa yang patut. Dalam pukul 5petang ku menyerah diri di hospital. Maghrib diwad.. Namun en.Ayah lupa nak bekalkan makanan dan air.. kelaparan... hanya bekal air mineral 1.5l dan semangkuk kurma... itu la buat alas perut.. Tak dapat tido, sibuk bermsg2 dgn kenalan, sambil mengira minit bayi mengeras... Tak terlalu nerves menanti...
Dalam pukul 10>malam bayi dah mula mengeras setiap 5minit.. Cek bukaan, tak tentu.. baru 4cm tapi sewaktu mengeras, bukaan 5cm... Doc bagi je green light masuk LR.. mungkin LR tak penuh waktu tu.. Sekali lagi ketuban Doc yang pecahkan jam 11.30malam.. Misi pelatih siap menjangka bayi akan keluar jam 2pagi.. Tapi naluri ibu ini mengatakan tidak sampai waktu itu.. mesti awal ni :)
Sambil menahan kontraksi... tak lama rasa kepala bayi nak keluar.. cepat2 angkat kaki dan misi pelatih memanggil Doc.. Ya! bayi dah nak dilahirkan... 3x teran dan bayi keluar jam 12:49malam...9 Ogos, 9 Ramadhan 1432... 5hari selepas tarikh lahir abg aqil. Kali ini terasa kena jahit hidup.. walau hanya 4jahit tetapi siapa yang dapat menahan kesakitannya....Hanya Allah yang tahu.. Kali ini adik lahir kecil 700gram dari abg aqil.. Bila dah lahir pun ada peristiwa yang buat ku tersenyum.. rakan sekeliling terkejut melihat sikecil yang amat putih dengan mata sepet.. Silap ambil anakkah? hihihiii... Mungkin sebab lahir tengah malam...? mungkin? hahahahaaa...
Alhamdulillah sehingga diusia 2tahun ini, adik afiq masih minum susu ibu.. Sebab tidak berjaya menyusu penuh abg aqil..hanya 2bulan penuh, diteruskan campur susu botol + susu ibu hingga 1tahun 7bulan...
Doa mok sama macam abg aqil untuk adik afiq... Biarlah kamu menjadi orang yang soleh, baik dan mulia akhlakmu seindah namamu Mohamad Afiq... Selamat hari lahir sayang.. Hadiah? emm.. Main sama2 abg aqil je. Pakaian raya pun dah beli sama dengan abg aqil tempoh hari .

 Beberapa jam selepas dilahirkan..

 1st Syawal

1 tahun

2 tahun
Aktif ya hamatt

I love you sayang, adik afiq mok!

Selamat hari raya aidifitri
Maaf zahir dan batin

Tuesday, August 6, 2013

BURASAK

Tiba-tiba mood rajin.. Sementara menunggu en.Ayah pulang dari kerja.. Menanti untuk makan nasi bersama2.. Rutin yg biasa sewaktu berbuka puasa.. Takleh makan nasi awal2.. MENGAH nanti hahahahaa... Cukup se'mug' air, kurma @ kuih-muih buat pembuka selera.. Pernah buka2 je makan nasi ambeng... rasa macam 40kali kunyah pun tak habis2 nasinya kikikik...

Biasa mkn nasi selepas maghrib @ isyak.. tengok pada ketahanan peghut! hihihiii..

Ditahun-tahun syawal yang sudah, ku amik tender masak lauk raya untuk pekerja stor ditempat kerja suami.. Mereka saudara kita juga, org Indonesia.. dalam 6 org aje.. Tahun ni tak de buat dah sebab en.Ayah dah tak kerja disitu lagi... Ku terus la berangan nak buat BURASAK... tau tak apa tuh? hihihi.. Makanan tradisi org bugis walau daku bukan org bugis hatta jowo totok.. lebih pada anak jawa pada ibubapanya shj hahahaha... Harus2 ni belajo bhsa jawa! paham sesikit je buat masa sekarang... Nak tau lebih lanjut bleh google atau terus ke sini>>>resepi burasak

Meh usya sikit gambo burasak tuh...


 Lagi sodap dari ketupat sebab masak guna santan, kemudian direbus sekali lagi. Kami rebus lamanya macam masak ketupat... Lemak mabelesss hahahaha... Ia adalah nasi bukan pulut yer.. makan cicah ngan asam podeh ikan parang, nak makan ngan serunding atau rendang pun boleh aje... Ada yang tempah tahun sudah.. tp tak dan kami nak buat sebab daun pisang muda susah nak cari... Kena guna banyak tau daunnya!! huhuhuhuuu...
Takpelah mok berangan dulu... hemmm agak2 en.ayah kasi green light tak? hahahahahaa...
Jumpa je daun pisang muda dah bleh ON dah projek ni... Dapat buat dan bagi kat Emak Abah mesti dorang suka sangat!!! Nak beli bukan mudah, cepat habis, kena tempah pulak tu... Resepi daku ni, pakcik yang ajarkan. Tapi ajar pada en.Ayah... sebab mok ni bukannya hinggat pun hahahahaaa... Nasib la en.Ayah enjoy buat makanan yg sedap nih.. Agak-agak jual kat area Muar ni laku tak? Yang banyak kat tepi jalan time raya Lomang dan rendang aje kann..... Aaahhh sedapnya...

Insyaallah akan buat hidangan istimewa ni.. tambah lagi bila ada yang ngidam... heheheheeee

Sunday, August 4, 2013

Mohamad Aqil... 4tahun

Disaat menanti kehadiran cahaya mata pertama membuat kami tidak sabar untuk menatap wajah syurga ini.. Menanti hampir 2tahun.. walau tidak selama orang lain namun menunggu itu memang menyiksakan bukan...
Syukur alhamdulillah rezeki hamil itu ada...
Tatkala pertama kali membawa perut, buah hati sendiri, saat pertama kali melihat buah hati di scan, jantung kecil yang berdegup... aaahhh ada insan bernyawa dalam perutku ini.. Aaahh sungguh mengasyikkan, teruja, terharu... tak sangka!
Morning sickness adalah NORMAL bagi wanita mengandung. Ku alaminya juga walau tidak berapa teruk. Semua perkara boleh dibuat, tetapi tabiat yang tak boleh dielak... kuat tidur! owhhhh jangan tiru ye..
Kesannya.. berat badan amat mudah naik mendadak, perlu minum air gula..
Buah hati pertama memberi lampu merah dikala petang.. kira2 selepas zohor.. Selepas isyak baru diri ini melaporkan diri.. Sempat call emak abah dulu. Tiada kesakitan. Sekadar sengal2perut dan pinggang seperti waktu datang bulan...
Di hospital, dapatlah memejamkan mata 2jam.. dan langsung tak boleh lelap.. bukan kerana sakit, tetapi lebih kepada nerves! huhuhuhuuuu...
Selepas rasa bayi mengeras setiap 5minit dengan kerap, minta doc cek... okey perlu ke LR ye.. sempat sms suami yang ada dirumah tika itu jam 4>pagi.. Ketuban dipecahkan.. ku sempat tidur... sedar2 jam dah pukul 6pagi.. suami baru masuk LR dan waktu yang sama juga kesakitan yang amat sangat... itu yang membuatku terjaga dari tidur...
Allah sahaja yang tahu kesakitannya bagaimana. Anak pertama, tiada pengalaman, teknik pernafasan dan teran memang tidak tahu... Doc target pukul 7.30 pagi bayi mesti keluar.... Tapi tak boleh juga... Terus perut ditolek ke bawah oleh para misi..... Buah hati pertama lahir jam 7.39pagi... segera di bawa keluar khuatir ada masalah pernafasan.. Lama ku menunggu buah hati masuk LR semula...... Lamanya menanti.... mata tak lekang lihat ke arah pintu... kemudian bayi ditolak masuk, lena dikatil baik dan sempurna! Seimbas melihat wajahnya seperti arwah ibu mertua... Dan paling mengejutkan lagi apabila misi pelatih memberi tahu berat bayi adalah 4kilo! aaaah! bergurau pulak mereka ni.... Tapi ianya benar... ya! daku melahirkan buah hati pertama seberat 4.0kilogram........ terkedu... memaksa ku berpantang lebih lama....
Kini, hari ini.. Genap umur abang aQil @ buah hati pertama 4tahun... Anak yang bersuara halussss... namun jeritan nya tiada tandingan T_T.... Doa mak untuk abg aqil... Biarlah kamu menjadi orang yang soleh, baik akhlaknya, rajin dan bijaksana seperti maksud namamu yang indah itu... Mohamad Aqil... Selamat hari lahir sayang... Semalam dah belikan hadiah @ pakaian raya untuk abg aqil... Tak lupa juga mainan lori! hemmmmm... memang itulah pilihannya...

 check-out spital

 1 tahun

 2 tahun
dan menanti adik beberapa hari lagi...

3 tahun
the explorer

4tahun
looks like 6years old huhuhuuu...

I love you sayang, abg aqil mok! :)

Friday, August 2, 2013

Seni abg aQiL

Sekarang suka bebeno dia pinjam henpon mok, nak tangkap gambar katanya.. Kadang-kadang, dia tengah nak menyuap makanan pun dia kata ke mok "Mak tangkap gambar! cepat la mak!" hahahahaaaa ade je kejenya.. Siapalah yang dia ikut ekkk ^_^

Moh ler tengok hasil seni abg aqil guna kamera henpon



 Tangkap gambo kat tv pun jadik jer kikikik... mok nak tengok tv pun terteleng-teleng pale sebab dia dah dok depan tv, nak bergambo punya hal ishh ishh ishhh

D untuk Datuk... kata abg Aqil...
Huruf E untuk Emak dia tak snap plok huhuhuhuuu...

Banyak lagi yang dia snap, tapi mok amik yang elok aje la, aci tak
lelain gambo sangat blurr! Gambo lantai la hahahaha... Banyak gambo 'tak siap'
Bijak-bijak..

Abg aqil besok besar nak jadi apa?
"Nak jadi ORANG"
Hemmm bagus anak mak nih.. Jadi orang yang berguna ye dan orang yang mulia akhlaknya..
"Mak, adik besok besar nak jadi apa?"
Nanti adik dah pandai cakap, abg tanya adik nak jadi apa ye.
"Adik nak jadi dokter la. Aqil jadi orang"
Okey, baiklah
heheheheheee... anak-anak... 
^__^

Thursday, August 1, 2013

Mentang-mentang la... Tak sudi...

Terasa la nak up entry malam nih.. Entry fresh peristiwa beberapa jam sebelum waktu berbuka puasa... Pepagi en.Ayah dah bangun pi koje @ pi workshop nak betulkan komputer lori nya.. benda alah apa ku pun tak tahu hehehee... en.Bos bagi upah seratus hahaha... untung kan.. sebab tak dpt ambil trip kan.. Ku yg dok kat rumah ni leka mengemas tetiba dapat call en.ayah suruh amik di bando muar @ jln sakeh.. Ok la. Ingatkan lori siap besok pagi, petang2 en.pomen call kata nak test lori.. kalau ok bleh bawak balik stor... Suka la anak2 berjalan kan.. Gitu-gini, tup-tap-tup-tap, lulus la lori en.Ayah.. So boleh la balik... Kami ikut by-pass muo je malas nak lalu bando -jem- hahahaha.. bleh jalan jauh sket ;p

Anak2 buhsan tunggu ayah test lori.. Aktiviti mereka selain bising pot-pet-pot-pet cari ayah dia.. Abg aqil main menan dia, adik afiq plak.. mari melukis @ menconteng hihihi... kusyuk tengok dia yang tengah kusyuk!
Kekusyukan selepas berebut kertas dengan abg.. hahahahaha...

 siap mencangkung tuh!
punya la kusyuk!

 " hemmm ok dah ni cantik "

 " alter lagi skit lah "

 " mak! sila la lihat hasil seni saya! "
Saya yang gembira!


Tak tersnap plok gambonya kan.. kelalen (lupa)
Bila ayah dah sampai. Kena split la.. Ayah bawa lori, mok bawa kereta la kan...
TAPI...













Mok seorang diri jer bawok kereta huhuhuuu
Anak-anak pakat naik lori ayah laa...
bukan selalu dapat naik lori yang besor dan luas tu kan huhuhu..
tinggallah mok di belakang lori...
i follow hahahaha...
Sempat en.ayah isi minyak diesel di petronas.. Susah betul nak cari diesel sekarang ni yer..
Kesian kepada semua pemandu2 kenderaan yang gunakan diesel...

Macam2 hal...

dan en.ayah berura2 suruh en.bos beli lori SCANIA... Bleh ekk suh bos beli kasi ke dia kikikik...
sebab lori sekarang ni kuat makan minyak...gulp! RM yang sangat banyak juling biji mata.. Kalau isi kat kreta wira mok ni bleh isi 10kali hohohoho

p/s:  en.Ayah bawak lori treler.. Lo ni gambo kepala lori je, ekornya kena tinggal kat stor hahahaha...

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.