Syukur alhamdulillah rezeki hamil itu ada...
Tatkala pertama kali membawa perut, buah hati sendiri, saat pertama kali melihat buah hati di scan, jantung kecil yang berdegup... aaahhh ada insan bernyawa dalam perutku ini.. Aaahh sungguh mengasyikkan, teruja, terharu... tak sangka!
Morning sickness adalah NORMAL bagi wanita mengandung. Ku alaminya juga walau tidak berapa teruk. Semua perkara boleh dibuat, tetapi tabiat yang tak boleh dielak... kuat tidur! owhhhh jangan tiru ye..
Kesannya.. berat badan amat mudah naik mendadak, perlu minum air gula..
Buah hati pertama memberi lampu merah dikala petang.. kira2 selepas zohor.. Selepas isyak baru diri ini melaporkan diri.. Sempat call emak abah dulu. Tiada kesakitan. Sekadar sengal2perut dan pinggang seperti waktu datang bulan...
Di hospital, dapatlah memejamkan mata 2jam.. dan langsung tak boleh lelap.. bukan kerana sakit, tetapi lebih kepada nerves! huhuhuhuuuu...
Selepas rasa bayi mengeras setiap 5minit dengan kerap, minta doc cek... okey perlu ke LR ye.. sempat sms suami yang ada dirumah tika itu jam 4>pagi.. Ketuban dipecahkan.. ku sempat tidur... sedar2 jam dah pukul 6pagi.. suami baru masuk LR dan waktu yang sama juga kesakitan yang amat sangat... itu yang membuatku terjaga dari tidur...
Allah sahaja yang tahu kesakitannya bagaimana. Anak pertama, tiada pengalaman, teknik pernafasan dan teran memang tidak tahu... Doc target pukul 7.30 pagi bayi mesti keluar.... Tapi tak boleh juga... Terus perut ditolek ke bawah oleh para misi..... Buah hati pertama lahir jam 7.39pagi... segera di bawa keluar khuatir ada masalah pernafasan.. Lama ku menunggu buah hati masuk LR semula...... Lamanya menanti.... mata tak lekang lihat ke arah pintu... kemudian bayi ditolak masuk, lena dikatil baik dan sempurna! Seimbas melihat wajahnya seperti arwah ibu mertua... Dan paling mengejutkan lagi apabila misi pelatih memberi tahu berat bayi adalah 4kilo! aaaah! bergurau pulak mereka ni.... Tapi ianya benar... ya! daku melahirkan buah hati pertama seberat 4.0kilogram........ terkedu... memaksa ku berpantang lebih lama....
Kini, hari ini.. Genap umur abang aQil @ buah hati pertama 4tahun... Anak yang bersuara halussss... namun jeritan nya tiada tandingan T_T.... Doa mak untuk abg aqil... Biarlah kamu menjadi orang yang soleh, baik akhlaknya, rajin dan bijaksana seperti maksud namamu yang indah itu... Mohamad Aqil... Selamat hari lahir sayang... Semalam dah belikan hadiah @ pakaian raya untuk abg aqil... Tak lupa juga mainan lori! hemmmmm... memang itulah pilihannya...
check-out spital
1 tahun
2 tahun
dan menanti adik beberapa hari lagi...
3 tahun
the explorer
4tahun
looks like 6years old huhuhuuu...
I love you sayang, abg aqil mok! :)
1 comment:
Happy birthday Aqil!
Post a Comment