NUFFNANG

Thursday, January 3, 2013

Melaka Wonderland kami datang...

Tempoh hari ku ada buat review Melaka Wonderland.. Dan pada 23/12/2012-Ahad, Daku sendirian dengan anak-anak menjejakkan kaki ke situ hihihi... Emak, sepupu, adik & kaklong sekeluarga dah bermalam di Melaka.. Daku drive sendiri bawa anak-anak & jumpa kaklong di McDonald Ayer Keroh... Tak jauh pun ikut highway Tangkak-Ayer Keroh tak sampai setengah jam walau ku hanya memecut 90-100km/j ;p sesekali memotong capai jugak 120 wakakakaka ;p..

Relaks-relaks je bawak kereta lebih-lebih lagi bawa anak-anak... Tamo rushing2, lagipun tak banyak kenderaan di waktu itu.. Sekitar jam 8>pagi.. Sampai McD, hampir sejam juga tunggu mereka sampai..(baru nak mandi sebab bilik air ada sebuah jerrr ) hihihi nasib tak lebam tunggu hikhik. Dan Mok pun makan bekal dulu dengan anak2 dalam kereta ;p Tak koser nak pi mcD... tangan ada 2 je ;p hahahaha (agak nak tangan berapa?)

Dah.. moh la layan gambar kami-kami ni.. Seronok juga mandi sini :)
Next time gi Dinosour Park la pulak...Bersebelahan je.

 Welcome!
Di pintu masuk MW
Dah ramai orang waktu ni.. sibuk beratur :)

 Pilih meja.. pilih pilih 
Dapat la satu :) Nak duduk dekat dengan kolam Fanassss!
Emak & kak sepupu je yg tolong jaga beg, dorang tak mandi ^__^


 Abg ipar yg ambil gambar nih... Cantik tak?

 Smile!
Abg aQil yg nampak bam-bam sangat! 
Everyone is happy!

 Tetiba ada pulak maskot.. Mencecet la semua berlari nak tangkap gambo kan..
Cuba lihat adik afiQ.. hikhikhik.. takut ke dik?
Dah siap bergambo yg masih dok kejar maskot lagi ialah abg aQil T__T

Adik pun happy.. siap berjalan dari air cetek ke air dalam.. selamber dia aje
dah tersembam dalam air pun dia cool aje hihihihi..
budak beranih nih.. Mandi sampai kecut-kecut


Memandangkan waktu tu masih cuti sekolah, kami sampai pukul 10pagi, parking bawah dah penuh!!! Waktu operasi jam 9pagi.. Tapi bagus juga kami parking di atas ( jalan sikit je) sebab kalau parking bawah cornfirm kami tak leh keluar parking! JemmmmmmmS! Biasalah bila parking buat macam hak milik sendiri kan.. simpang-siur jadinya.. Kemudian kami terus menuju ke Tangkak semula.. boleh pulak bawak 110km/j waktu tuh hihihi... sebab memasing dah kelaparan ;p

Wednesday, January 2, 2013

Bunga kertas Tisu

Entry yang lama dah tertangguh sejak November 2012 :)
Cara-cara nak buat bunga tisu dr kertas crepe

Bentangkan crepe paper (70sen) yang agak berkedut tu.
Hati-hati sebab senang terkoyak

 Lipat dua

 Gunting bahagian tengahnya yg dilipat
(tak gunting pun tak apa. Shima nak tunjuk yang senang faham)

Ok dah dpt dua bahagian :)

 Ambil salah satu bahagian, lipat dua lagi

 Dan lipat ke kiri ( sama ratakan)

Potong sama rata ( tak potong pun tak apa)

lipat utk mendapatkan lebih kurang 5"lebar
Lipat lebih kurang dapat 3 petak

 semuanya sama ukuran

 Tiap bahagian tu dapat 6 helai kertas empat segi.
Kaedah sama utk kertas selebihnya

 kerja memotong
Pastikan terpisah sehelai demi sehelai

 Maka hasilnya...
Satu helai crepe paper yang besar tu bolen dapat 4 kuntum bunga

Susun 6 helai kertas crepe & lipat seperti membuat kipas..
 agak2 ikat dawai di tengah2

 potong hujung kipas separa bulat (ada gunting gerigi tu lagi cantik)


 bukakan kipas, kembangkan
seperti gambar

tarik sehelai-sehelai
hati2 terkoyak pula nanti ^_^

 Tarik sampai habis jadilah macam ni
dan teruskan buat sebelahnya pula

 Tadaa...

buat mcm bunga la.. daun pun boleh letak sekali

purple

dari atas

Hasil gubahan semasa hari pertunangan adik ku tempoh hari
sekadar hiasan, nak buat bunga telur boleh juga tapi kena guna dawai yg khas @ lidi satay :)

Untuk majlis adik akan datang, dia hanya request bunga tangan pengantin je dari bunga kertas nih. Siap bagi contoh nak kaler apa :) Insyaallah untuk adik buleh ajer kan.. Bukan takmo pakai bunga hidup, tapi nak lain dari yang lain kan :))





Tuesday, January 1, 2013

... bukakan pintu itu ...

pic credit

Pintu Pertama ;

Hasad dengki & tamak ku perlukan.
Ketamakan menjadikan kau Buta , menutup cahaya kebenaran

Pintu KeDua ;

Kemarahan
Sifat marah itu mampu Merosakkan Akal

Pintu KeTiga ;

Kau berhiaslah selebihnya sama ada untuk rumahmu , pakaianmu , dan serba-serbi kehidupanmu.

Pintu KeEmpat ;

Kemudian , apabila engkau terlalu kekenyangan akibat banyak makan , itulah pintuku yang keempat

Pintu KeLima

Tambahkan sifat Tamak dalam dirimu untuk kumasuki

Pintu KeEnam ;

Jangan kau kenal erti kesabaran.
Sebaliknya , tergesa-gesalah engkau melakukan apa saja perkara
kerana itu pintu keenamku

Pintu KeTujuh ;

Suburkan cintamu terhadap harta duniawi

Pintu KeLapan ;

Engkau ajaklah mereka di sekelilingmu untuk taasub kepada sesuatu golongan yang mempunyai kepentingannya sendiri sehingga meninggalkan amalan yang sebenar

Pintu keSembilan ;

Engkau timbulkan fikiran 'kaifiat' yang menyemaikan rasa ragu terhadap suruhan Allah, terutama berkaitan akidah

Pintu KeSepuluh ;

Dan pintu yang terakhir, 
sentiasalah berprasangka buruk terhadap Muslim yang lainnya. 
Dengan mengaibkan sesama saudara , kalian menjadi munafik dan selalu merendahkan yang lain.

Tahukah kalian, itulah sepuluh pintu yang sentiasa kucari menanti peluang. Ia adalah sifat-sifat manusia yang ada dalam dirinya. Dan aku hanya menanti waktu apabila pintu itu dibuka.

Namun, jika kalian tahu bagaimana untuk menutup pintu-pintu itu, sukarlah perjalananku. Akan terusirlah aku dari segala pintu tersebut.

Siapa aku?
Syaitan! Dan aku sentiasa menanti pintu-pintu itu terbuka untukku.

Firman ALLAH SWT :
" Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang kekuasaaan terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakal kepada Tuhan mereka. Sesungguhnya kekuasaaan syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah " (Surah al-Nahl. Ayat 99-100)





@Mastika Jan2013
m/s:87
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.