NUFFNANG

Thursday, May 31, 2012

Berkampung di KL part Last kopek


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Verapa banyak part daaa... hikhik..
Buhsan2 ni menaip la pulak ye kita. Hah, aktiviti kat umah hr marin diisi sepenuhnya tau.
Yg paling best, daku ngan mak bertungkus-lumus meraut daun kelapa nak buat penyapu.. Haaa.. Entah berapa pelepah kami kerjakan, kes nk kasi lapang itu pokok kelapak.
Penat juga tau. Tapi seronok! Jari2 ni ha mmg hitam2 la. Daku plak kejap2 benti, kejap2 benti, maklom la iklan banyak.. dak kecil nk minum susu, nak tido, nak main, layankan je lah..
Harus lah ada gambo kan buat cuci2 mata wink! wink!

 Last2 buh dlm walker letak kat luar idok la 'berlagu' aje hihi
Adik kena ikat dah... :D

 Sebahagian daun2 yg dh disiat..
Manyak ooOoo.. Tgok aje kat beldi tuh, Lidi yg dh siap
Balik Muo amik sket hihihi TQ Mak

 Huiii adik ni tido ke nak marathon nih?
Gambo terbaru dak afiQ

Hai semua!
Nampak tak gigi susu shayer yg chomei tuh
gagagagaga :)))

Lagi 9hari nak masuk 10bln.. Gigi bau nak naik.. Kira agak lambat jugak la. Abg aQiL kamu 9bln dh tayang gigi bwh 2btg + gigi atas otw.. Takpe as long as anak2 mak sihat ye :)


Terima kasih sudi membaca
Wassalam...

Wednesday, May 30, 2012

Ayah dah baik...Kenapa buat adik!!!!


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Alhamdulillah update ptg2.. Hari hujan kat muo ni. Sojuk sket bleh gak basahkan tanaman daku yg kat dlm pasu tu ;p Ehhh sejak bila dok suka menanam nih? Hahaha Sejak ayah rajin bwk balik cacing dgn tanah-tanih nya sekali.. Tanah bekas cacing tinggal tu kumpul2 buh dlm pasu! jgn tak caya kunyit daku dh naik daun pun tau kejapppp je :) Subur betull! Dah penuh ngan tahi2 cacing mmg la subur kan hahahaha..

Pagi td gi spital buka jaitan ayah tu.. Keadaan ayah pun ok. Dah makan nasi mcm biasa cuma la mulut tu tak leh buka luas2 lagi. Doc suh excersize daa... 2mgu lagi cek up lagi.. Rupanya byk juga jaitan kat gusi ayah tu.. Ayah kata ada la dlm 15 jait... HAAAAA! Aiyayaya... telan ayaq liur je la haku! Adoiiii.. Pehtu ada gak yg jaitan mcm susah sket nk buka, ada yg senang.. "Kenapa jait mcm ini?" Kata doc ;p.. "Sakit tak ayah?" "Yg kat kepala tu tak sakit sbb dh kering. Yg kat gusi tu sakit juga, rasa kebas lagi" Huhuhu.. Tp tak lama pun. Alang2 dah kat muar, singgah le kat perkeso amik borang nak claim socso! "Ha incik boss, borang dh ambilkan sila beri kerjasama ye" Dulu hidung dah patah, senget, ambilkan borang socso Boss pun malas nk kerjasama.. Apa punya boss da.. Boss lama.. Skrg boss baru, siap dtg umah melawat bwk nasi beriani (alamak tokey, itu johari tak bleh kunyah laa..)

Tengah2 baru nak jenguk FB tadi tetiba dgr si kecil nangis, diam, nangis, diam, nangissssss...
Mmg biasa abg aqil ngusik, afiq akan nanges.. Tp la ni nape la nangisnya lama sikit.. 
Jenguk sat ke depan (ruang tamu)...

YA ALLAH! SUBHANALLAH! Kenapa la buat adik macam nih
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V




Habissss dia kepung adik dia ngan kusyen tuh! Patut la adik nangis sebab dia tak leh nak bergerak!
Hai la abg aqil... Nmpk mak amik gambo dia pun nak join kat adik.. Fuhhh! Kemass balik! Tak kemas tak leh ikut mak g jalan lagi... Abg aqil pun kemas la... Satu kusyen je yg dia angkat pun ;p Yg lain omak la komehhh.. Saje nak kasi mak keje lebih.. (1st time nih dia duk sepah main kusyen camnih)


Okies. Terima kasih sudi membaca :)))

Friday, May 25, 2012

6 CARA MUDAH MEMBUAT ANAK RASA DISAYANGI


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

sumber: iluvislam
Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi?
Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.
Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:
1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih
Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.
2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya
Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.
3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya
Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.
Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibubapa. Apabila memuji anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan jelas serta ikhlas kepada mereka. Sebagai contoh, "Mama gembira sebab Lan mahu berkongsi biskut coklat cip ini dengan nenek" atau "Rajin anak Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca" atau "Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik."
4. Dengarkan kata-katanya
Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.
Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti "Jadi Faris ambil pen kamu tanpa kebenaran kamu?" Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat di atas kesejahteraannya.
Anak anda akan berfikir, "Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang." Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkala anak anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.
5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya
Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.
Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau membaca satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti.
Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.
6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya
Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan.   Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, "Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang."
Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, "Papa tengok sama saja kedua-dua lukisan tu." Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, "Pukulan Ina sekarang semakin baik dan lebih bertenaga."
Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata, "Bahagian pengenalan karangan yang Zul tulis tu memang bagus." Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibubapanya.     Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.

 Practice make perfect!



Wednesday, May 23, 2012

Dah boleh tido dgn ayah...Horey!


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Ptg2 damai nih update blog sat na.. 3-3 hero dah lena dibuai mimpi. Alhamdulillah en.ayah dah selamat menjalani pembedahan semalam dan dah pulang ke rumah tgh hari tadi.. Daku dah masak awal2 bubur ayah. Pakai slow cooker ajer sonang! Boleh tinggal. Sementara nk tunggu bubur masak daku gi hospital amik en.ayah dan byr bil hospital utk 2mlm. (pastikan air cukup yer).
Pembedahan ptg smlm mengambil masa 3jam. Ayah la yg paling last operate (ke4) dan yg paling lama. Kena tebuk sikit dahi ayah utk masukkan plat besi gara2 tulang pipi yg pecah. Rahang pula ada acuannya dan dah tentu gusi ayah dijahit atas bawah ngeeeeee (sambil taip sambil rasa seriau!) SeramMmm..
Ni lagi seram.. 30hb ni refer semula ngan dental dan buka jahitan yg kat dahi dan gusi tuh!!! (aDuHHH!)
Tapi ayah relax je. Daku yg dengar ni, gigil kepala lutut oiii.. Hai nasib la jait time beranak tak kena bukak dh skrg! phewwww! gigil gigil..

 Ini masa hr 1st kemalangan.. Atas kening tu berjahit 6, skrg dh baik.
Berani tak kowang tgok? Reality agak teruk sbnrnya! Yg kat pipi tu la pecah da..
Bahu, lutut, tangan yg luka, tak kose mak nak amik gambo ;p
 Slps pembedahan.. Kena belah dahi tu. Tepi mulut pun melecet juga sbb psg alat di mulut utk pembedahan rahang.. Kesian ayah.. Pukul 12mlm baru ayah boleh minum air.. Bubur yg daku bawa pun ayah xboleh makan..
 Pasni kena potong rambut la ayah.. tobek sebelah dah rambut tu..
Ni dah sampai rumah. Dahi tu kena jait 5 (daku kira tau!)
Suka abg aQiL tau sebab ayah dah balik. Selama ayah kat spital selama tu la dia asyik ngigau. Tgok tuh, tag gelang spital pun ayah tak buka lagi (tgn kanan) hohoho.. (ni tgh tido pun belum buka lagi tau ;p)

Skrg pipi ayah masih bengkak lagi kesan pembedahan. aQiL nk tido belah kanan ayah aje la ye. Takut pulak terkena pipi ayah tu. Dah la tido lasak hihi... Sblm pembedahan gigi atas ayah mmg xnmpk, ckp pun tak clear sgt sbb mulut buka sikit je. Bwh mata pun ada jatuh sikit. Slps pembedahan, hr ni la baru suara ayah tak keluar sbb masa masuk tiub (utk pernafasan) kat bilik pembedahan tu salur esofagus (betol ke?) luka.. So sore ayah pelan je. Tekak pun perit. Xpe la janji saya dapat dgr n faham apa yg awak ckp :)))



Tuesday, May 22, 2012

Berkampung di KL Part 2


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Sambungan drpd part I disini..
Memula nak tunjuk ini..
Haih! musti la semua org tau kek mano ni kan hahaha..
Idok la lawa sgt psl daku pki hp sajer. Ok la aje tu kan.
Kami gi klcc masa hari pekerja.. 1Mei. Sebab 'drebar' pon cuti so bleh la jenjln hahaha kan!
Bwk bebudak gi mandi je. Ikutkan nak gi pwtc sbb ada karnival buku kan.. Tp 'bersih' punya psl daku tak gi la. Bwk dak2 kecik lagi nih, tak kose mak!
Jom la tgok aktiviti bersukaria ank2 ribena nih main air.. Kecepuk Kecepek ;p

 Abg aQiL masih takut2 berani je ni sbb xbiasa main pool

 Sarah Madihah yg sgt happy dpt gi swim

 Lama2 abg aQiL ok dah.. syiok dia main air
siap nk ajak omak eh gi kat air terjun tuh.. Tamo la omak tak bwk baju lebih..

adik pun nak gak join main air...



 Dah swim, main kat playground pulak..
Wajib singgah sbb Sarah suka! Aqil tak minat sgt

Pehtu harus la gi mkn, maklong belanja kan..
Pose omak ngan afiQ la pulok ye..

Kalau perasan mcm kosong je pool kat klcc tu kan..
Tp mmg betul pun, Tak berapa ramai. Mungkib org masih was2 nk keluar ke KL kut2 'bersih' ada lagi.. Kami pergi pun tak lama.. Parking klcc pun br byr RM4 aje tau.. hihi. Dlm hati tak caya nih sbb rasa cam lama ;p... Okey ni shj coretan untuk kali ni. Curi2 masa menaip. Lagipun en.ayah belum balik dr hospital lagi. Anak2 pun dah tido.. Part III renuion babies pulak... Tunggu ye


Terima kasih sudi membaca.
Wassalam...


Thursday, May 17, 2012

Susulan kemalangan ayah...


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Ptg;1720.. Masuk hari ni dah 8hari ayah berehat. Hari isnin gi klinik nk sambung m.c. Dan buat rawatan tambahan sebab mulut ayah masih tak boleh buka lagi. Masih makan bubur. Ditambah ada ulser lagi.. Itu pun setelah puas daku pujuk2 ayah buat Xray.. Kes dirujuk ke poliklinik Muar sbb KK sini xde alat Xray.
3hari berturut2 kami anak beranak teman ayah ke muar. Isnin-selasa. 
Senin cuma xray je nk tgok ada yg tak ok ke.. Ramai sgt org sebab ramai budak2 nk masuk U buat medikal checkUp kan.. Last2 doc xleh nk baca @ x nampak Xray ayah.. Besok refer spital terus bhgn pergigian. 
Selasa-kitorg gi ptg je dlm kul 3 hihi.. Dan ayah kena Xray sekali lagi dgn posisi yg lain. Hasilnye... Dua2 rahang ayah patah, tulang pipi pecah.. Sebab itu ayah tak boleh kunyah yg keras2 hatta sayur pun tak boleh.. Sempat doc berseloroh kata, hebat juga ayah ni sebab masih boleh bertahan beberapa hari baru nak gi rujuk spital huhuhu... Pesan doc, kalau berlaku kemalangan lebih2 lagi cedera dimuka teruk tak teruk haruslah gi buat Xray..Terus rujuk hospital. Kalau klinik, dia tgok pesakit ok je dia pun ok xde pun nk buat rawatan susulan lain.. Kemungkinan ayah kena jalani pembedahan.



Rabu- Temujanji awal kul 9pg. Mmg xde org. Kami je hihi.. Jumpa pakar bius, cek tekanan darah segala dan Xray dada plak. Komfirm ayah kena operate nanti. Untuk betulkan tulang rahang dan pipi ayah tu. Muka & mata ayah pun mmg dah nampak sebelah ke bawah.. Siap ayah tanya kalau tak operate takpe ke? Huh! Boleh je tp awak la susah nanti nak makan. Takkan nak makan bubur aje.. Sanggup? Kata doc. Hermmm teruskan je lah ayah. Kalau dah opetae kan boleh mkn macam2. Nanti macam mana ayah nak makan jering! (saje daku mencucuk) Ayah kan suka mkn jering, kang nk gigit camno!

Ayah admit wad hari isnin depan 21/5 sblm pukul 11pagi. Operate hari selasa. Harap dipermudahkan semuanya. Nanti daku bgtahu perkembangan ayah ye. 
Oh ya! daku tak berhupdate blog berkg di KL. Gara2 ayah yg boring sebab tak gi kerja. Maka pc ni adalah hak milik ayah siang dan malam. Daku cuma jengah2 FB kejap2 je.. Hari ni dpt la update sikit sebab kami semuanya keletihan lagi sebab semalam dr pg ke ptg lepak di hospital.. Sampai demam2 afiq mlm tadi. Mungkin cuaca panas sgt. Batuk daku pun tak baik2 lagi ni..
Okey. Setakat ini dulu.

Wassalam...

**Gara2 dok lama kat spital, smlm ada kes org bersalin kat tmpt ambulan turunkan pesakit kat bhgn kecemasan. Tak sempat buat apa tah baby nk keluar kat situ jugak. Mujur kedua2nya selamat. Tp baby kecik je dan kena masuk 'kotak'**

Saturday, May 12, 2012

Berkampung di KL part I


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh
Pukul 12mlm sudaa.. ank2 dh tido. En.ayah? Tv tayang tenis tah dia mata pejam ke idok tak tahu la haha..
Daku plak tak leh nk lelap mata. Gara2 mkn buah asam kuini terus terbatuk2 tak bleh berhenti. Mkn ciput je sbb tak minat sgt ngan kuini nih huhu.. Ada apa2 ubat utk melegakn batuk ni tak? Batuk ala2 batuk kering je nih, kahak pun takde.. Susulan en.ayah eksiden , hari ni tempat luka semuanya bengkak dah. Dia pun dah mula sakit sebab luka2 dh mula kering.. Mata pun sepet sebelah dah.. Sabar ye sayang, besok kita gi klinik cuci luka n sambung m.c.

Sambung citer masa balik KL jumpa atok & embah.. 3mgu berkampung kat KL ;p

KL here we come!
Jejak ke Carrefour w.maju dulu baru balik umah ngeeee ;p

Ni la kenangan dok umah atok huhu.. Pipi yg sama ada 2 lebam
Lebam bwh: kena bucu meja blajar maklang dia. Kunon kuat masa tu sebab nk amik kamus dewan yg besar, kamus tak tergolek dia yg tergolek-golek huhu.. Good boy, tak nangis
Lebam atas: paling tragis sebab jatuh dgn walker.. Tersembam gara2 abg aQiL buka sliding door luas2, adik pun jatuh.. Nangis senangis nangisnya huhuhu..

Love this pic
Embah tgh lukih tgn abg aQiL tau.. Adik plak sibuk main tabung nuri hihihi

Sempat gak jumpa kwn2 ngan 'henbag' memasing.
Babies runion!
 Leftty: Kayisha, afiQ, Damia
Diapit oleh bunga2 matahari wuhuuu..
 afiQ & Damia
 Gini la namanya bayi... Sumer ngap masuk mulot!
Hows they learn!

Ehhh kami pi mana nih? Mesti ramai yg boleh teka kan..
Muka afiQ yg blurrr je. Fanas sgt eh dik..
Nape muka adik lagi lebar dr omak eh ni hahaha ;p
Ok nanti sambung citer lagi

Wassalam...

Thursday, May 10, 2012

Cepat sembuh!


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Dugaan hari ini... Dlm kul 8.30mlm td en.abe bagi salam balik umah. Dalam hati "eh! tak dengar pon bunyi moto ayah.." Sebelum buka pintu sempat la terdengar dia bual2 ngan kwn. Daku dah buka pintu tp en.ayah dok pegang tombol pintu tak kasi bukak.. "Eh kenapa nih" Sempat la daku jeling2 celah pintu sikit.. Macam ada yg tak kena.. Kwn en.abe dah berlalu dgn kereta.. Terus tnya "Mana motor awak?" Masa ni ayah blom toleh lagi.. "Abang excident" Ya ALLAH! Bila nye? patut la motor xde.. Lps dia toleh nampak la dahi dh bertampal.. Masuk aje dlm rumah (masa kat luar mmg tak buka lampu), Ya Rabbi! Subhanallah! Astagfirullah halazim.. Mmg teruk sgt lukanya sebab kat muka! Dahi atas kening dah berjahit 6jarum. Tgn kedua2 belah habis melecet2. Mujur tak ada anggota yg patah riuk..

Kemalangan berlaku pukul 6ptg. Mmg ayah nak menghala balik ke rumah la tu. Siap dah beli lauk-pauk. Nak sampai area sekolah menengah ada sekor anjing ni melintas tiba2.. Ayah paling laju pon bwk motor 80km/j je. Secara mengejut la ayah brek tp dgn jarak yg amat dekat tu tak boleh nk elak dah. Kun Fayakun.. Tayar motor blkg terjungkit dan jatuh ke depan.. Kepala la jatuh dulu dan terseret jugak. Wizer helmet pecah dan serpihan kena kat dahi tu yg terkoyak. Muka ayah pun terseret la.. sebelah.. Kalau dh terseret tu paham2 aje la ye. tu yang daku terkejut tgok muka ayah sampai mcm tu sekali. Tak perlu la tunjuk gambo. Kang korang ngeri lak. Sukar sikit la nak makan. Ayah makan bubur aje la.. Sebab bila kunyah aje rahang bawak ke mata sakit... Kesian ayah.. Jumaat ni pegi klinik lagi cek up, cuci luka2 & amik mc lagi.. Alhamdulillah daku boleh drive sendiri nanti..

Brg2 yg ayah beli tu ok lagi. Cuma plastiknye dah terkoyak2 la, Maklom lah dah terseret2 kan.. Ada juga palitan darah dekat plastik tuh.."Ni darah ayah ke darah anjing?" huhuhu... Ayah kata darah dia.. Motor? Yg dia tau lampu depan mmg pecah. Abg ayah dtg amik motor tgok apa2 yg patut. Kesian ayah. Anak2 kena la tido ngan Omak risau plak kang aQiL tido dok langgor tgn ke muka ayah dia yg masih sakit tuh...

Anjing? Mati dah!!!


Nanti la baru hupdate citer kat KL.. Rawat ayah dulu.. Sabar ye KakMar :D

(Omak gumuks! masa afiQ 3bulan nih ;p)

Wassalam


Monday, May 7, 2012

Daku kembali...


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh
Dari 15Apr sampai ke 5Mei... Daku telah 'membujangkan' encik ayah harhar.. Balik umah mak tak ingat dunia nk balik umah sendiri. Habis segala jiran-miran dok tnya 'ekau gadoh ko laki bini'..'awat lamo bebeno tak balik2'

Lama betul tak jenguk kwn2 nye blog. Rindu! Byk yg terlepas n byk juga nk kena baca :) Kome2 sume windu daku dak? TAK? Hihi daku tak kisah pun ;p

Kisah balik KL.. Ingat nak dok smpi akhir bln tp masa tu en.ayah mmg la bizi-mizi sbb hujung bulan la byk trip. Walau kami berjauhan, rindu-rinduan, rezeki ayah lebih. Tiap hari jln 2 trip. Syukur. Dapat jugak nyumbang lebih kat mak abah nun. Lepas segala rinduan atok, embah pd cucu2nya. Raya kang baru jumpa balik :). Kan daku dh bgtau en.ayah ni mmg susah bebenau nk cuti. Hr sabtu sblm amik kami pun dia keje dulu. Smpi kl jam 6ptg>.. Pas maghrib singgah umah abg ku di bandar DTHO. Pehtu terus gerak ke Muar ikut Lekas... Sampai rumah dekat kul 1 tp suasana tmn masih meriah lagi tau hihi..

Apa pun nk cerita semuanya mmg xsempat. Insyaallah diberi lebih masa, kelapangan daku share ekk citer yg beshh.. :) Insyaallah

Aihhh eksen je dik ;p

Bagus je.. Dua2 tido kat atok
Pas ni atok plak rindu kat aqil sebab xde yg sibuk2 dh nk ikut dia gi masjid...


Terima kasih sudi membaca,
Wasaalam...



Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.