NUFFNANG

Thursday, October 31, 2013

Peminat Kucing Meowww

Kakak Sarah dah serupa warnanya dengan kucing heheheheee

Sewaktu dikedai makan. Mereka makan 1-2keping keropok, lain2 dok sedekah ke kucing sampai habis satu bakul ngeeeee~ Yang tak menahan tuh, tengok Afiq siap duduk macam kat rumah gayanya..

Geram dengan kucing dia pi cubit pulak.. Ekor kucing pun dia berani tarik tapi kucing buat taktau aje.. Mok yang ngeri kot kena cakar..

Bila mok suruh cangkung macam abg, baru dia ikut hihihiiii

Kucing chomelll ^_^

Satu momen yang tak dapat divideokan.. Masa balik rumah MakAbah Shima, Afiq boleh main sorang2 dengan kucing jiran di porch kereta. Dia main siap bergelak sakan macam main dengan ramai kawan. Ketawa sampai pecah perut.. Tapi hanya bermain dengan kucing aje.. Yang tak tahan tu, kucing beristirehat je, Afiq yang kacau kucing, dia sendiri yang ketawa hihihiiii.. Apa agaknya yang kelakar sangat, dan mencuit hati Afiq tuh kan... :) Afiq kalau jumpa kucing memang dia akan dukung tapi dibahagian belakang. Maksudnya, bukan pegang di leher, tapi di ekor hahaha.. Dan suka dukung kucing secara terbalik!!! Kepala kucing di bawah hahahahahahaha....


Ni hadiah yang Shima dapat :)
Testing untuk 10hari :)

Wednesday, October 30, 2013

Pic-less on wednesday

Cuti dari Jumaat hingga semalam... Hari ni blogwalking aje.. Nak up entry, gambo tak upload lagi.. Tak best kan tadek gambo. Kemas rumah dulu lepas ditinggalkan.

Nanti nak share pengalaman bercuti kami  :)
daa....

Thursday, October 24, 2013

Dah Macam Kindergarten

Salam sejahtera semua ^_^
Entry peram sebulan kikikik

Tepek gambar kerusi dulu. Ada cerita sebelum membeli kerusi ni. Adik Afiq sangat la suka meninjau kerja mok dia. Ke mana mok ada, dia pun sibuk angkat kerusi. Sebab dia akan jadi lebih tinggi walau tidak setinggi mok lagi kehkehkeh.. Tiap kali tu jugak la mok di bebel. Bukan apa, kerusi yang dia angkat tu adalah kerusi kayu dan berat juga la bagi dirinya yang kurang 10kg tu (skrg dah 10kg>) untuk angkat ke mana saja. Kadang-kala tersangkut di karpet buluh mok.. sikit-sikit dia angkat.. Hok gini la kerusi kayu tu-Biru-Handmade.

Jadi, minta Ayah belikan untuk adik afiq, beli juga untuk abg aqil sebab nanti berebut pulak. Ada dua warna je pink & biru. Sangat ringan.Kalau di cantum kedua2 kerusi tu pun afiq masih boleh angkat. Dah senang la lepas ni dia lebih memantau kerja2 mok terutama di dapur! Haihhh! hahahahahahaaa... Mandur sorang ni kan... 

Ayah bagi reward kerusi tuh, Mok pulak bagi Nombor bermagnet.. Main sama-sama dengan abang adik sebab ada 2 set nombor :) Beli kat kedai runcit je selain mereka 'ngendeng' minta mok beli aiskrim..



Peti es mok la jadi papan hitamnya ^_^

Ni pulok sesi merasmi kerusi bau kedai.
Abang duduk, adik.... ???

Tangan yang duduk.. hihiiii
Kuat betul penangan tv ni kan.. Tak berkelip biji mato tu time mok snap ;p

Kenapa tajuk macam kindergarten???
Sebab gambo penuh warna-warni ekekekeke...
Rumah daku pun warna-warni jugak kehkehkeh

^__^

Wednesday, October 23, 2013

Hobi Tak Sengaja ; Key Chain

Hobi tak sengaja? hihihiiii ada-ada je dak shima ni kan. Kalau Fridge Magnet (FM) memang ramai yang jadi pengumpulnya kan. Keychain ni ada tak yang berminat? Keychain yang shima beli sendiri tak banyak mana.. Yang banyak orang bagi dan lebih banyak hadiah dari Emak sebab nak pindah rumah. Dulu Abah shima pengumpul kotak mancis, keychain, button badge.. Tapi banyak hilang anak2 buat main hihihi. La ni shima pulak yang kumpul. Adik-beradik beli dorang pun tamo simpan, so bagi je kat shima. Baru banyak ni sangkut bawah tangga :)


Ni dalam plastik ada lagi... tak tahu nak susun macam mana. Buntu kejap.
Kot la ada tools untuk letak keycahin ni kan... Pening jugak ni hemmmmm
Opsss Ada lagi satu plastik lupa nak snap, Emak baru kasi raya haji hari tu.... 
Huwaaaa..... camno nak susun nih.... Macam-macam rupa bentuk ada ni. Total? Tak terpikir pulak nak kira hahahahaha...

Minggu ni bercuti satu malam dimana?Suprise! hehehehe Ngader je kan.. Jalan2 bawa EmakAbah sebelum berpindah ke Kluang ^_^

Tuesday, October 22, 2013

Sama Besar...?



Aqmar dah 10bulan
Afiq dah 2thn 2bulan
Tapi Aqmar lebih semangat dari Afiq hihihiii
Sepupu

Next Year harap2 EmakAbah dapat 2orang cucu perempuan! So kakak Sarah ada geng!
Insyaallah! Amin!!

Monday, October 21, 2013

Telur Itik Masak Lemak Cili Api


Rupa telur itik.. Besor!
Kawan En.Ayah beri semalam masa kami bersantai dalam pesawat :)


Tengok.. Kuning telurnya pun sangatlah besar. Yang putih sikit je. 
Masa nak pecahkan telur ni pun agak susah sebab tebal ^_^


Pertama kali memasak telur itik ni
Kerahan en.Ayah yang nak makan telur masak lemak, pukul 11 pagi dah siap masak dan makan hahahaha..
Tapi kena upgrade lagi.. Takpe ada 6biji lagi, bila2 masak lagi dan buat lebih mabeles :)
Resepi shima ambil di >>> SINI <<<

Naik Pesawat Ayah di Hari Minggu

Hari minggu semalam orang bercuti, tapi en.Ayah kena kerja. Pergi pun lewat dekat tengah hari hihihi. Hari tu pulak, mesin basuh mok cuti hahahaha.. Yelah kesian 'dia' asyik sangat bekerja kan.. Baru je en.Ayah betulkan getah yang koyak tempoh hari. Berehat-rehatlah Daewoo ku sayang yerp :)

Memula bagi hint kat en.Ayah nak ikut naik pesawat, bersantai dengan anak-anak. Ingatkan tak bagi, rupanya dia bagi lampu hijau kikikik.. Siap2 la apa yang patut. Bawa bekal air masak aje dengan biskut anak-anak.

Naik pesawat? Jet ke? Lori Treler je hahahaha sajer bagi sedap tulis pesawat.. verangan nih hihihi.. Sebab istilah pemandu lori dipanggil Pilot, maka lorinya adalah pesawat hahahahaha... Macam2 pe'el abang2 drebar lori nih..

Bukan anak-anak je suka naik lori besar, panjang dan tinggi nih. Mok anak-anak pun teruja sama. Maklomlah dah lama juga daku tak naik lori, lebih-lebih lagi lori 18 Tayar nih! pehhhh banyak betul tayar, kasi satu! ^_^ Last naik lori masa Aqil kecil lagi kira-kira masa dia berumur setahun lebih. Adik Afiq dah hampir 2thn 3bln selama tu la tak naik2 lagi lori.. Semalam lepas gian hahahahaha...

Pandanglah Lihatlah hehehehehe..
Puas hati dapat tengok jalan seluas pemandangan :) Bumbung van pun boleh nampak ihikk ^_^

Pembantu terpenting en.Pilot :)
Sebesar-besar cermin sisi
Nampak tak abg Aqil...?

Baru separuh jalan, adik Afiq dah tidur..
Tidur tanpa menyusu. Abg Aqil pun tak minta susu langsung.
Tengok! punya excited dapat ikut ayah gi kerja, naik lori.
Hari-hari la ikut Ayah camni... Errrkkkk! ^__^

Pilot ku :)
Bekerja keras mencari rezeki
Uniform pilot en.Ayah... T-shirt je hihihiiii



Wajah gembira mereka ^_________^
Adik Afiq baru bangun tido, abg kacau.. Kachowww!

Wajah gembira mok kehkehkeh..
Mok ngan adik tembam dah.. Makan daging kurban ajer huhuhuhuuu



Sempat pulak dia bertindak cerdik
Kerusi yang mok turunkan buat berehat2, dia pulak pi buat main ala-ala gelongsor
hahahahahah bijak! bijak!
Mujur la abg Aqil takde sebab ikut ayah tengok kawasan, kalau tak mau berebut nih.
:)

Lepas siap semua, kami menghala ke Kilang sawit.. Parking sahaja. Isnin baru en.Ayah kerjakan. Ayah drop mok di stor sawit untuk ambil kereta dan follow pesawat dari belakang. Hari Ahad takde orang kerja, so kereta company pun takde. Mok la kena jadi pick-up personnya kan.. Dah biasa dah :)
Selesai semua, jommmm gi makan nasik! di Tangkak. Jalan-jalan cari beg troli/beg airport kata en.Ayah dan pouchbeg en.Ayah... Dua barang je habis RM XXX ohok ohok! terbatuk suda...

Jemaah dah nak habis Haji, kami baru nak beli beg gi Haji heheheheheeee...
^_____________^




Friday, October 18, 2013

Sepetang...

Entry tulis malam tapi tajuk tulis petang ihikk...
Lepas afiq jatuh tempoh hari dari kereta mainannya (baca entry sebelum), petang tadi mok bawak dia main kat luar.. Lama tak bawak keluar depan rumah sebab cuaca tak mengizinkan.
Hari ni, dak afiq bawa kereta dia dengan perlahan dan slow motion je hihihihiii... Tak pasti adakah dia masih teringat detik2 dia terjatuh tempoh hari...? Atau dia rasa ala-ala mengantuk :)

Inilah anak bertuah, superhero, bujang idaman

Alkisahhhh-toyyib
hahahahaaa...
Dah kata kalau dah budak namanya, tak berparut luka berdarah memang tak sah. Waktu macam ni dia memang asyik mengkaji benda-benda baru. Bulan lepas, bibir munggil pecah dan ada parut sikit... Dah kata dalam kan.. Baru ni mok tengah kemas stor lepas ayah repair mesin basuh yg terkoyak paip getahnya di bahagian dalam. Ayah buat kerja malam2, sengsiang turn mok kemas la kan... Anak bujang bertuah ni pun tolong kemas jugak hihihi... Tengah dia main sorang2 sambil mulut tu bebel merengek tetiba terus nangis kuat! Aikkkkk! masa tu daku tgh kemas kat dalam..Dah dengar nanges tu cepat2 la gi tengok. Dah bertanda kat dahi dengan kening.. Macam melecet la...

Haaaa tengok tu, sikit je. Budak kuat nanges kejap je hihihihiii

Nak tahu apa kerja yang bujang ni buat? Haaaa dia beriya nak masukkan tutup pengukus dalam bakul empat segi yang biasa kita bawak gi piknik tu.. Benda bulat nak masuk dalam benda patsegi yeeeee tak ngam toh! Bujang ni nak jugak masukkan dengan semangat waja. Yang melecet tu terkena kat bakul, terhantuk agaknya.

Bengkok dah tutup kukus mok ni dik oiii hahahaha..
Tapi loyang ni memang nipis, shima betulkan balik pakai tangan je hihi

Jumaat sebelum cuti raya haji, sebelum keluarga datang bertandang berlaku lagi tragedi ke atas anak bujang sorang nih tau... waktu petang, masa tu dia tgh main2 dengan anak bujang akak sebelah. Shima masuk sekejap je dalam rumah untuk tutup pintu takut kucing dan orang masuk hohoho...
Keluar je dak afiq ni dah takde sebelah anak jiran. Shima keluar je pagar rumah terus dengar Afiq nangis. Haaaaa dah jatuh terbongkang depan rumah jiran selang 5 rumah. Suami jiran tolong angkat dia. Masa tu nangis sikit2 je. Bila nampak mak dia terus huwaaaaaaaaaaaaaa macam apa. Shima angkat terus cek mana yang cedera. Hadoiiiii la dik.. Dahi pulak! Sekali tengok macam dah terkoyak dahi tu. Tapi cuma tergarit dengan batu aje agaknya. Lebam hijau pun dah keluar. Terus dukung dia, tapi bujang bertuah ni nak jugak naik kereta dia tu. Tamo masuk dalam rumah, nak main lagi! huhuhuhu.. Nak main macam mana dia masih menangis! Anak jiran tu tolong pegang kereta afiq masuk dalam rumah. Shima terus sapu minyak gamat.. Jiran siap offer nak gi klinik tak sebab dia ingat terkoyak, tapi shima tak gi pun..


Ni la kesan akibat dia bawa kereta mainannya dengan laju dan duduk depan betul. Bila jumpa jalan tak rata terus terbalik... Tapi tak serik lagi ni. Kalau petang2 bawa dia main memang shima pun kalah nak kejar dia. Kita lari , dia lagi laju tolak kereta huhuhuuu... Sekarang dah baik. Parut luka kuping2 tu pun dah tanggal. Lepas taruh minyak gamat, lebam hijau tu cepat aje kurang ye...

Ni la keretanya.. Shima snap ni pun jenuh nak kejar, dia dah jauh! Bertambah kurus mok dia ^_^

Dah berparut-marut ni boleh ke jadi bujang idaman....? ekekekekeke


Thursday, October 17, 2013

Chip Coklat Fudge!!!

Asyik ambil cuti ajer blog ni kan heheheee...
Okey hari tu daku dah share resepi Biskut Oat Coklat Chip
Buat creampuff tak jadi T_T

Kali ni share resepi chip coklat fudge! nama kemain lagi kan fudge lagi tu :)
Masa nak raya tu nak buat resepi fudge ni la tp tak sempat dan terbuat pula biskut oat coklat chip... Banyak sangat resepi coklat chip tu yang jadi keliru bila selak2 buku resepi ku hihiiii

Jom cek bahan-bahannya ;

 1/2 cwn tepung gandum (75grm)
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kopi segera
470grm coklat masak (dicincang)
1/4 cwn unsalted butter (58grm)
1 3/4 cwn gula castor (370grm)
4biji telur saiz A
1 sudu teh esen vanila
3cwn chip coklat

Cara-cara ;

Cairkan coklat masakan bersama mentega hingga cair berkilat
Boleh gunakan kaedah double boiling, cairkan dalam microwave atau cairkan terus atas dapur, tapi hati-hati supaya cokat tidak hangus yang akan mengakibatkan pahit. Gunakan api yang perlahan.
Satukan tepung, baking powder, garam halus dan kopi segera, kemudian di ayak 
Dalam bekas pemukul, putar telur dan gula sehingga putih dan pekat ~ anggaran 5 minit
Masukkan esen vanilla, campuran coklat dan mentega yang telah dicairkan putar rata.
Tambahkan adunan tepung yang telah di ayak dan gaul rata
masukkan cip coklat dan gaul sempurna
Tutup bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 1 jam. Sebaiknya di simpan semalaman.

Panaskan ketuhar pada suhu 180 C
Sudukan adunan di atas tray yang di alas dengan kertas pembakar
Susun jarak-jarak kerana cookies ini mengembang bila di bakar
Bakar dalam oven selama 15 minit, sehingga permukaannya retak- retak atau merekah
Pastikan cookies tidak terlebih bakar
Keluarkan dari oven dan segera tanggalkan dari kertas pembakar
Susun atas redai hingga sejuk sebelum di letakkan dalam balang kedap udara.

Resepi ni shima ambil dari blog masakan terkenal. Kak Azlita. Blog MasamManis
Tapi shima ubah sedikit sebab asalnya biskut ni chewwy goowy (ehh betul ke eja ni ;p). So macam lemau sikit, shima tambahkan tepung lagi dan try error. Suhu oven pun kena try n error sebab ada juga terhangit 2-3kali hihihi... Lagipun coklat masak yg ku guna kurang dari kuantiti yg disyorkan hahahahaha... dan adunan adalah sedikit cair.. Masa masjlis hantar minang tempoh hari dapat la keluarga shima merasa cookies ni. 2botol habis sekelip mata. Masing2 kata sedap tapi kena kurangkan gula sedikit sebab coklat masak kan dah manis... 1st time buat memang ikut sukatan betul kan haaaa nanti nak buat lagi, dah ada permintaan hahahahahaaa.... Seronok tau air tangan kita orang suka makan :)

Cookies yang kononnya nak buat untuk raya haji tapi dah habis :)
Rupa cookies fudge tu tak berapa cantik tapi rasanya mabeles. Penuh dengan rasa coklat. Nanti nak buat nipis ala2 florentine kan.. versi coklat la tapi...



Friday, October 11, 2013

Entry Ringkas

Alhamdulillah Jumaat sudah...
Hemmm entry pendek je hari ni. Nak bercerita panjang kena masuk gambo.. Alahai tu yang lesu nak mencucuk usb di belakang cpu..Aterrr kata dah guna pc gabak kan hakhakhak...
Besok, ku akan kebizian. Ahli keluarga datang bertandang, tido satu malam..

Settle beli bantal kabu.. hehehe stok bantal kat rumah ni memang kurang ^_^.

Nak cari tilam kabu yang gulung tu jugak-belum settle.

Hantaran lagi 4 bakul belum siap sebab ada pertambahan..wuwuwu..Kena beli munga lagi

List menu lauk hari sabtu dan ahad-settle

Bahan kering dan basah-belum settle

Resepi chipchoclate fudge-belum settle.. tapi dah ngap banyak ni! Haih!

Ok. Ringkas tak ringkas nih? hehehe...
Ohya! Hari ni sarap lebih sebab kerahan tenaga harharhar.. Beli donut+donut sambal yang gebus-gebas tembam ngalahkan DD @ B.A... dijual 3keping Seringgit! Sebiji tu pun ku belah separuh.. tak habis hahahaha.. Makan cekodok pisang dan nasi lemak untuk anak2.. Mana la berat Afiq tak naik 600gm hari2 sarap nasi lemak kikikik... Anak bujang ni memang suka makan nasi ^_^

Ehhhh terlebih panjang sudah. Assalamualaikum Warahmatullah


Wednesday, October 9, 2013

Bila ada & Bila tiada

Penyapu mini


Dulu.. ecehh macam lama sangat kan.. Kira2, lamanya sebelum menjadinya abg aqil ;p...
En.Ayah kerja bawa lori tembikai tau, ore kelate goyak buah timun hihiiii

Kat lori en.Ayah memang sentiasa ada penyapu mini ni. Mudah nak bersihkan lori bila2 masa. Maklumlah banyak waktu dihabiskan dengan menunggu giliran yang kadangkala tak pasti giliran hari ini atau esok. Sampai kena tido di kebun @ hutan huhuhuuu...

Tapi kini, en.Ayah bawa treler dah takbeli semua ni. Yelah dulu-dulu kerja tak balik rumah. La ni kerja hari-hari balik rumah. Maka kerja 'menjaga' lori hanya ala kadar hahahahaa...

Kali ni, daku pula memerlukannya! Motif? Senang nak bersihkan celah2 ruang dalam kereta yang berhabuk tu.. Anak-beranak suka makan kan. Maka kena la rajin bersihkan.
Vacum kan ada...
Tapi rumah ku tiada vakum hahahaha.. Rasanya tak perlu kott. Lebih selesa guna penyapu bulu @ penyapu lidi tuh. Penyapu lidi tu kalau buat sapu karpet lagi syokk! bersih! hahahahaa... Vakum mini? Setakat nak bersihkan kereta tu rasanya tak perlu kot. Bazir letrik ajer.. hamboih kan..
Jangan tak percaya, daku guna je penyapu lidi untuk buang habuk2 yang ada dibawah karpet tempat letak kaki dalam kereta tu.. Siap dengan penyodoknya sekali masuk dalam kereta ^_^  hihiii yelah sampahnya tak boleh keluar kan.. Sungguh la gedabak.. boleh bayangkan tak hihihiii
Bila dah ada penyapu mini ni sekurang-kurangnya boleh membantu sedikit sebanyak.. Vakum hantar kedai? Sama je, celah2 tu tetap macam tu.. :)
Tempoh hari pertama kali kereta WLJ ku di polish. Selama beli tak pernah kami pi hantar polish hahahahahaha... La ni nampak la kilat sikit. Takde comot sangat wak Itam tuh ;p

Suka cuci kereta sendiri sebab anak2 boleh tolong @ main air hihiii..

Gitulah cerita tentang penyapu mini ni.
Ehhh! betul ke namanya penyapu mini....????
Dah petang baru nak update..
Bizi kesana sini dan buat kuih ghayer haji ^__^

Monday, October 7, 2013

10 Makanan Untuk Rambut

Sumber : Yahoo Malaysia




1). Ikan salmon
Ikan salmon bukan sahaja kaya dengan protein, ia turut kaya dengan kandungan lemak asid Omega-3, vitamin B6 dan B12 yang akan menghasilkan sel darah merah kemudian menyalurkan oksigen ke folikel. 

Berapa banyak diperlukan? Lebih kurang 4 hingga 5 auns, dua atau tiga kali seminggu. 

2). FlaxseedFlaxseed sangat kaya dengan lignan, tumbuhan berasaskan kimia yang bertindak sebagai antioksida. Malah ia turut bermanfaat sebagai penyubur rambut kandungan kerana lemak asid tumbuhan yang terdapat padanya. 

Berapa banyak yang diperlukan? Kisarkan ia sehingga benar-benar hancur dan campurkan ia bersama hidangan salad anda dalam kuantiti satu sudu makan setiap hari. 

3). Telur organikDiperkaya dengan protein, telur organik mengandungi banyak vitamin B5, B12 dan D serta sulfur yang merupakan penggalak mineral yang diperlukan pada rambut. 

Berapa banyak digunakan? Pengambilan telur sebiji dalam sehari sudah cukup memadai untuk kalori serta kesihatan rambut anda. 

4). Kacang lentilLentil membekalkan tiga jenis sumber vitamin B yang penting iaitu bioton, folat dan vitamin B6. Begitu juga protein, zat besi dan zinc, yang bertindak sebagai anti keradangan. 

Berapa banyak yang diperlukan? 1 cawan, tiga atau empat kali seminggu. 

5). Minyak zaitunPolifenol yang terdapat dalam minyak zaitun dapat mengawal keradangan, yang mampu merosakkan folikel rambut anda lebih-lebih lagi apabila usia anda semakin meningkat. Di samping itu juga, minyak zaitun kaya dengan lemak sihat. 

Berapa banyak diperlukan? Campurkan pada salad atau gunakan ia sebagai sos pada roti, satu sudu makan setiap hari sudah memadai. 

6). Daging lembu organikDaging lembu organik adalah daging darippada lembu yang diternak secara meluas dan pemakanannya dititik beratkan iaitu hanya dari hasil alam semulajadi yang bernutrisi seperti rumput segar dan herba, bijirin, bahan sisa pertanian dan banyak lagi. Daging lembu jenis ini membekalkan zat besi yang paling banyak berbanding mana-mana bahan makanan yang mana ia diserap dan diproses dengan baik oleh tubuh. 

Berapa banyak yang diperlukan? Walaupun ia daging yang baik berbanding daging biasa, tidak bermakna anda boleh memakannya sesuka hati. Empat auns setiap minggu sudah mencukupi. 

7). Kubis Folat, merupakan asas kepada vitamin B yang membantu menyuburkan sel rambut dan bertindak sebagai 'bintang utama' di antara kesemua jenis makanan yang terdapat dalam senarai ini. Harus diingat, kekurangan folat menyumbang kepada keguguran rambut dan masalah rambut beruban. Kubis mengandungi zat besi dan kunci mineral seperti magnesium dan zink. 

Berapa banyak diperlukan? Dua cawan setiap hari. 

8). KuinoaTumbuhan ini sangat kaya dengan biotin, sejenis vitamin B kompleks yang diketahui dapat menguatkan rambut yang lemah. Bijian kaya dengan protein ini merupakan pilihan tepat dan sangat baik untuk semua terutama mereka yang sensitif atau alah pada gluten. 

Berapa banyak yang diperlukan? 3/4 cawan setiap hari. 

9). Kacang walnutKepada penggemar kekacang? Ini sudah pasti berita gembira. Selain menjadi snek kegemaran, walnut sangat baik dan berfaedah pada rambut kerana ia kaya dengan zinc dan lemak asid. 

Berapa banyak diperlukan? Memandangkan 'snek' kegemaran anda kaya dengan kalori, ini bermakna anda perlu hadkan jumlah pengambilan anda kepada 1/4 cawan sahaja dalam sehari. 

10). Yogurt yunani (greek yogurt) Pengambilan yogurt jenis ini disifatkan sebagai pilihan alternatif bijak berbanding yogurt yang mengandungi pemanis, pewarna dan pelbagai rasa yang ditawarkan di mana-mana pasar raya. Kandungan kalsium yang tinggi pada yogurt yunani yang tidak bergula iaitu bakteria baik yang membantu sistem penghadapam dan meransang sistem imunisasi. Tahukah anda bahawa kekurangan sedikit dari robust sistem imunisasi akan menyumbang kepada masalah keguguran rambut? 

Berapa banyak diperlukan? 1 cawan sehari.

Hemmmm tak mudah juga nak cari ramuannya ^_^
Yang daku perasan, bila rambut panjang lepas tengah2 belakang aje mesti gugur lebih banyak...

Sunday, October 6, 2013

Sesat Dalam Rindu

Sesat Dalam Rindu - Damasutra
Ku resah mencarimu dengan akal
Dengan bersama sifat-sifat pinjaman
Kau ku rasakan semakin menjauh

Tersesatlah aku dalam rindu mu

Ku satukan firasat mencari mu
Dan ku terlontar di penghujung alam
Kau masih tidak dapat ku jejaki
Betapa malangnya nasib ku

( korus )
Kerana mu ku tinggalkan segalanya
Sendiri aku terpedaya
Punya akal dan firasat yang tidak ke mana
Hanya jalan yang sengsara

Zahir musnah bagi yang mimpi

Zahir ada rahsia mencari
Lalu ku selami di dalam diri

Dibawa arus nafas ku

Asal serah janji dahulu

Mula hidup pasti mula cinta

Engkau kasih ada di sini
Engkau kasih ada menanti
Kau kasih aku jua kasih

Lirik lagu rupanya dak shima ni upload buat entry?? Hemm nak buh bideoklipnya tak berapa pandai.. videonya bleh lihat/kredit DISINI.. Tujuan? Lagu ini sangat menarik, dan mungkin ada yang belajar ttg tarikat ke atas dapat memahaminya.. Cuba baca semula bait-bait lirik yg terkandung dalam lagu nih.. Semuanya mengenai diri kita dalam perjalanan mencari-NYA.. Ini lagu bukan sesat rindu pada seseorang bernama manusia.. tapi tersesat dalam mengenal ALLAH S.W.T yang kita rindu.. Lagu nak mengenali diri kita.. Siapa kita ni sebenarnya..

Resah mencarimu dengan akal... memang tak jumpa la jalan ke arahNYA sebab kita guna AKAL! Sifat-sifat pinjaman.. yer kita semua sedar kita ini hamba, hanya pinjaman semata2 di dunia fana ini.. Tapi tanpa kita sedar @ kdgkala kita alpa.. Mata yang melihat, telinga yang mendengar, mulut lidah yang merasa, bercakap itu semua juga sifat2 pinjaman..DIA hanya pinjamkan pada kita, HAMBANYA. Dan jangan pernah mengaku kamu yang punya! Sedangkan daku ni pun dah ditarik sedikit pinjaman penglihatanNYA dengan terpaksa bercermin mata... Dan bangunan tinggi2 mencakar langit atau cukup sekadar rumah kos sederhana.. jangan pernah mengaku kamu yang membuatnya dengan bangga sekali!

Aaahhh alangkah bagusnya kalau kita kenal diri kita.. Oh jangan salah anggap entry daku ni sebagai ajaran sesat pulak haa.. maksud bait lagu ini sangat mendalam tau.. Sebelum jumpa lagu ni, suami shima sendiri mengajar serba sedikit tentang ilmu mengenal diri untuk kenal ALLAH swt. Dan bila terbaca bait lagu ni ada benarnya... Kalau nak belajar memang banyak dugaannya..dan ada tahapnya.. sebab itu wajib kita belajar ilmu tasawuf! bukan untuk menjadi ustaz dan ustazah tau.. Shima? Masih perlahan-lahan mencari.. dan kena belajar dengan guru yang betul.. Setakat ni hanya syariat yang kita pegang itu pun masih terumbang-ambing, belum lagi tarikat, hakikat dan makrifat... Pernah dengar ayat ni.. Usulluddin makrifatullah... bermaksud.. Asal agama mengenal ALLAH... Perasan bait lirik - Asal serah janji dahulu -
Penerangan dari suami.. sebelum janin terbentuk lagi kita dah berjanji dgn Allah taala.. dan sewaktu mati nanti janji itulah yang akan kita pulangkan semula... Apa janji tersebut? Kena la belajar ye.. Shima pun tidak la arif sangat, hanya sekadar tazkirah dari sang suami...sebab ianya amat berbeza dengan syariat dan kdgkala tidak dpt diterima dek akal yg dah terbiasa dgn syariat...sebab itu ada yang belajar menjadi gila @ tidak betul... sebab mereka tidak mampu lagi nak terima ilmu tersebut... Aahhh sukar nak dijelaskan disini..

Apapunkita kembali ke asal usul... dan kita milik DIA... jadi walau apa pun cabaran, dugaan, halangan.. kita tempuh la dengan sabar dan sabar, tenang... Walau diduga sedikit sahaja cth, anak mengganggu waktu solat.. itu semua bersebab yang DIA beri.. menguji setinggi mana tahap kesabaran hambanya...

Aaaahh pandai tulis je buatnya tidak!... Daku masih dalam proses pembelajaran... dan kita semua harus belajar.. Belajar dengan ikhlas bukan belajar dengan tujuan nak nampak benda2 ghaib la.. huhuhuu...

Aaahhh abang memang tenang orangnya..setenang air dikali. Teringat kemalangan2 yang menimpa. Walau xcdent di bontot lori, usus kecil menjadi pendek, buah sawit pula jatuh menghempap muka terus patah hidung, terlanggar pula "najis berat" yg nak melintas jalan hingga pecah rahang....Diamnya- hanya menerimanya dengan sabar siap senyum lagi... Kalau la daku pun bisa setenang dirimu...Dengan anak2 pun ku agak kurang besabar.....Tengah berusaha mengawal nafsu amarah... Kadang kala buat aku sebak.. aaahhh bila diri ini ingin berubah. Setiap hari meminta agar hari ini dan akan datang lebih baik dari hari2 semalam....

korang faham tak lirik lagu ni? heheheheee...
Catatan hari minggu

Friday, October 4, 2013

Tido Waktu Makan... Comelkah?!

Kalau bayi atau kanak-kanak memang comel. Kalau orang dewasa agak-agak ada tak yang comel? hihiiii
Bila tengok video anak2 tertidur waktu makan di youtube, pasti akan buat kita tersenyum kan :)
Lorr ni dah besar-besar gini berlaku pada dak afiq ni ha.. baru-baru ni :)
Bangun pagi awal. Tido sekejap waktu tengah hari. Petang nak tido lagi tapi acap kali tak jadi, syok nak main dengan abg agaknya.. Last2 waktu makan petang dapat snap gambar dia gini....

^___^

Mata sangat kuyu.. Tetap jugak mata tu kat tv

Gigit sudu untuk hapuskan ngantuk! hahahahahaaaa...
Lepas tu habis dia sepah2kan nasi tu huhuhuhuuuuu




Ngantuk sebab mok masak daging kicap spesel kah?
Masak kali kedua, bila pertama kali buat resepi sendiri en.Ayah memuji :)
Owhh! ini lauk org tak berapa rajin. Sebab semua lauk dan sayur-mayur disatukan ;p

Resepi nanti daku update ye :)

Akhirnya afiq tidur jugak pada jam hampir pukul 10malam.. setelah beberapa kali tak jadi tidur lepas maghrib...

Lauk daging ni penyembuh hati yang sendu dikala buat creampuff tak jadik! huhuhuhuhuuu

Jumaah yang Barakah


Assalamualaikum Warahmatullah
^___^

Thursday, October 3, 2013

Verangan nak buat CreamPuff jugak..!

Tragis sungguh! Mok ni verangan betul dah lama teringin nak buat creampuff sendiri.. Cer tengok gambo hasil google ni tak ke terliuq huhuhuuhuuu

Gebus-gebas... penuh krim kastardnya kan!
Makan ni penuh satu molot tu nyummy sangat..

Godek2 la resepi seminggu dua yang lepas.. 
Pagi ni buat la konon2 buat kudapan anak2.
Sekali cream puff jadi biskut ajer harharhar... Krim kastard jadi, adunan tepung je tak berapa nak jadi la pulak... Huwaaaaaaaaaaa!


Gambo google jugak nih!
Bentuk gini je tak naik2 hahahahaha.. Hemmmm kira memang tak jadi la adunan tepungnya tu.. Tapi makan la jugak colek dengan kastard yang dah siap tuh. Nasib la adunan buat sikit je.. Sedap gak makan keras kejung tu hahahahahahaha... Aduiii la omak..

Dah buat baru nak godek tips penting dalam membuat cream puff ni ;p

1. Cream puff sebenarnya diperbuat daripada adunan choux pastry. Selain daripada cream puff anda boleh membuat éclair, profiterole dan swan dengan choux pastry. 


2. Choux pastry yang dibuat dengan resipi dan teknik yang betul akan menghasilkan rongga udara di dalamnya. Ruang udara yang terhasil akan membuatkan choux pastry lembut dan ringan.


3. Teknik ketika anda membancuh tepung dengan cecair (mentega yang dicampur air) perlu diberi perhatian. Anda perlu memasukkan tepung apabila cecair itu mendidih. 


4. Pastikan merjerin atau mentega telah sepenuhnya cair dalam air. Ketika masukkan tepung, kacau dengan cepat. 


5. Jangan biarkan air terlalu lama mendidih kerana ini akan mengurangkan air dan membuatkan adunan anda menjadi terlalu keras. Tepung yang bercampur perlu kelihatan kental dan tidak terlalu cair. 


6. Kacau tepung sehingga ia kurang melekat di sekeliling periuk atau kuali. Sekiranya terlalu cair anda perlu mencampurkan sedikit lagi tepung dan masak lagi supaya airnya dapat disejat.


7. Selain itu, anda perlu sejukkan adunan tepung itu sebelum anda campurkan dengan telur. Pastikan ia betul-betul sejuk. Fungsi telur dalam choux pastry membantu cream puff anda naik dan membentuk rongga di dalamnya. 


8. Masukkan telur satu persatu dan dikacau sebati. Adunan yang dikacau perlu kelihatan licin dan berkilat. 

9. Paipkan choux pastry mengikut bentuk yang anda suka atas dulang yang telah siap disapu mentega. Dulang perlu disapu mentega supaya choux pastry yang dibakar mudah ditanggal. 


10. Adunan yang betul boleh dilihat apabila choux pastry yang dipaip dapat mengekalkan bentuknya sebelum dibakar. Anda perlu merenjiskan sedikit air pada choux pastry. 


11. Fungsi air untuk menghasilkan wap air yang dapat membentuk rongga dalam choux pastry. Akhir sekali, bakar choux pastry dengan suhu 220 C pada 15 minit awal pembakaran. 


12. Suhu yang tinggi ini akan menukarkan air kepada wap yang akan membentuk rogga dalam choux pastry anda nanti. Kemudian turunkan suhu ke 190 C dan teruskan membakar selama 15 minit lagi. Jangan sekali-kali membawa keluar choux pastry sebelum ia cukup keras dan masak. Ini akan menjatuhkan choux pastry.
Kalian ada resepi yang buat terus jadi? hahahahahaha :) 
Sila la bagi link :)




Tuesday, October 1, 2013

1 Oktober 2013...

Misi mengemas rumah.
2minggu lagi sebelum Raya Aidiladha. Beberapa hari sebelum Raya, kesemua keluargaku akan datang bertandang selama 3hari, insyaallah.
So, hari ni mengatur perabot2 agar ada lebih ruang untuk keluarga bersantai.. Rumah idok la besar, tapi harap2 ada ruang untuk mereka beristirehat :)
Ruang bawah settle tatkala entry ini ditaip ^_^. Misi mengemas ruang atas.. belum lagi hukhuk.. 

Rasanya pagi2 tadi dah sarapan mee goreng dengan anak2. Lepas siap kemas, menyusu adik afiq yg penat lepas mandi kolam tu.. perut ni rasa lapar ya hamatt.. Gigil rasanya macam orang tak cukup makan... Hemmm minum kopi dulu la sambil makan biskut..

Okey, nak sambung apa yang patut.. Mee goreng ada lagi, bubur stok daging pun ada untuk anak2..
Selamat tengah hari semua ^__^

Bizi Mok @_@ 


Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.