NUFFNANG

Thursday, October 3, 2013

Verangan nak buat CreamPuff jugak..!

Tragis sungguh! Mok ni verangan betul dah lama teringin nak buat creampuff sendiri.. Cer tengok gambo hasil google ni tak ke terliuq huhuhuuhuuu

Gebus-gebas... penuh krim kastardnya kan!
Makan ni penuh satu molot tu nyummy sangat..

Godek2 la resepi seminggu dua yang lepas.. 
Pagi ni buat la konon2 buat kudapan anak2.
Sekali cream puff jadi biskut ajer harharhar... Krim kastard jadi, adunan tepung je tak berapa nak jadi la pulak... Huwaaaaaaaaaaa!


Gambo google jugak nih!
Bentuk gini je tak naik2 hahahahaha.. Hemmmm kira memang tak jadi la adunan tepungnya tu.. Tapi makan la jugak colek dengan kastard yang dah siap tuh. Nasib la adunan buat sikit je.. Sedap gak makan keras kejung tu hahahahahahaha... Aduiii la omak..

Dah buat baru nak godek tips penting dalam membuat cream puff ni ;p

1. Cream puff sebenarnya diperbuat daripada adunan choux pastry. Selain daripada cream puff anda boleh membuat éclair, profiterole dan swan dengan choux pastry. 


2. Choux pastry yang dibuat dengan resipi dan teknik yang betul akan menghasilkan rongga udara di dalamnya. Ruang udara yang terhasil akan membuatkan choux pastry lembut dan ringan.


3. Teknik ketika anda membancuh tepung dengan cecair (mentega yang dicampur air) perlu diberi perhatian. Anda perlu memasukkan tepung apabila cecair itu mendidih. 


4. Pastikan merjerin atau mentega telah sepenuhnya cair dalam air. Ketika masukkan tepung, kacau dengan cepat. 


5. Jangan biarkan air terlalu lama mendidih kerana ini akan mengurangkan air dan membuatkan adunan anda menjadi terlalu keras. Tepung yang bercampur perlu kelihatan kental dan tidak terlalu cair. 


6. Kacau tepung sehingga ia kurang melekat di sekeliling periuk atau kuali. Sekiranya terlalu cair anda perlu mencampurkan sedikit lagi tepung dan masak lagi supaya airnya dapat disejat.


7. Selain itu, anda perlu sejukkan adunan tepung itu sebelum anda campurkan dengan telur. Pastikan ia betul-betul sejuk. Fungsi telur dalam choux pastry membantu cream puff anda naik dan membentuk rongga di dalamnya. 


8. Masukkan telur satu persatu dan dikacau sebati. Adunan yang dikacau perlu kelihatan licin dan berkilat. 

9. Paipkan choux pastry mengikut bentuk yang anda suka atas dulang yang telah siap disapu mentega. Dulang perlu disapu mentega supaya choux pastry yang dibakar mudah ditanggal. 


10. Adunan yang betul boleh dilihat apabila choux pastry yang dipaip dapat mengekalkan bentuknya sebelum dibakar. Anda perlu merenjiskan sedikit air pada choux pastry. 


11. Fungsi air untuk menghasilkan wap air yang dapat membentuk rongga dalam choux pastry. Akhir sekali, bakar choux pastry dengan suhu 220 C pada 15 minit awal pembakaran. 


12. Suhu yang tinggi ini akan menukarkan air kepada wap yang akan membentuk rogga dalam choux pastry anda nanti. Kemudian turunkan suhu ke 190 C dan teruskan membakar selama 15 minit lagi. Jangan sekali-kali membawa keluar choux pastry sebelum ia cukup keras dan masak. Ini akan menjatuhkan choux pastry.
Kalian ada resepi yang buat terus jadi? hahahahahaha :) 
Sila la bagi link :)




5 comments:

IntaNBerliaN said...

saya dah lama gak tingin nak buat sbb nak beli payoh nak jumpa tp sbb rasa mcm susah, so, mls nak buat.. hihii

eB said...

ok tuh, eB nih brangan jerk boley, mmg x buat la kan... ekekkekke

chepah ila Hussein said...

daku pun verangan nak buat tapi bila baca resipi pastu baca step2 terus huruf 'M' tu keluar....!

Shima Salleh said...

Pah... ko tgok utube la... omputih buat senang je.. dh tgok praktikal rasanya daku bleh buat sekali lagi insyaallah sbb mmg buat salah teknik hahahahaha

NzA said...

boleh cuba lagi tu shima...InsyaAllah yg ke dua nnti gebuzzz mulus....

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.