NUFFNANG

Monday, October 7, 2013

10 Makanan Untuk Rambut

Sumber : Yahoo Malaysia




1). Ikan salmon
Ikan salmon bukan sahaja kaya dengan protein, ia turut kaya dengan kandungan lemak asid Omega-3, vitamin B6 dan B12 yang akan menghasilkan sel darah merah kemudian menyalurkan oksigen ke folikel. 

Berapa banyak diperlukan? Lebih kurang 4 hingga 5 auns, dua atau tiga kali seminggu. 

2). FlaxseedFlaxseed sangat kaya dengan lignan, tumbuhan berasaskan kimia yang bertindak sebagai antioksida. Malah ia turut bermanfaat sebagai penyubur rambut kandungan kerana lemak asid tumbuhan yang terdapat padanya. 

Berapa banyak yang diperlukan? Kisarkan ia sehingga benar-benar hancur dan campurkan ia bersama hidangan salad anda dalam kuantiti satu sudu makan setiap hari. 

3). Telur organikDiperkaya dengan protein, telur organik mengandungi banyak vitamin B5, B12 dan D serta sulfur yang merupakan penggalak mineral yang diperlukan pada rambut. 

Berapa banyak digunakan? Pengambilan telur sebiji dalam sehari sudah cukup memadai untuk kalori serta kesihatan rambut anda. 

4). Kacang lentilLentil membekalkan tiga jenis sumber vitamin B yang penting iaitu bioton, folat dan vitamin B6. Begitu juga protein, zat besi dan zinc, yang bertindak sebagai anti keradangan. 

Berapa banyak yang diperlukan? 1 cawan, tiga atau empat kali seminggu. 

5). Minyak zaitunPolifenol yang terdapat dalam minyak zaitun dapat mengawal keradangan, yang mampu merosakkan folikel rambut anda lebih-lebih lagi apabila usia anda semakin meningkat. Di samping itu juga, minyak zaitun kaya dengan lemak sihat. 

Berapa banyak diperlukan? Campurkan pada salad atau gunakan ia sebagai sos pada roti, satu sudu makan setiap hari sudah memadai. 

6). Daging lembu organikDaging lembu organik adalah daging darippada lembu yang diternak secara meluas dan pemakanannya dititik beratkan iaitu hanya dari hasil alam semulajadi yang bernutrisi seperti rumput segar dan herba, bijirin, bahan sisa pertanian dan banyak lagi. Daging lembu jenis ini membekalkan zat besi yang paling banyak berbanding mana-mana bahan makanan yang mana ia diserap dan diproses dengan baik oleh tubuh. 

Berapa banyak yang diperlukan? Walaupun ia daging yang baik berbanding daging biasa, tidak bermakna anda boleh memakannya sesuka hati. Empat auns setiap minggu sudah mencukupi. 

7). Kubis Folat, merupakan asas kepada vitamin B yang membantu menyuburkan sel rambut dan bertindak sebagai 'bintang utama' di antara kesemua jenis makanan yang terdapat dalam senarai ini. Harus diingat, kekurangan folat menyumbang kepada keguguran rambut dan masalah rambut beruban. Kubis mengandungi zat besi dan kunci mineral seperti magnesium dan zink. 

Berapa banyak diperlukan? Dua cawan setiap hari. 

8). KuinoaTumbuhan ini sangat kaya dengan biotin, sejenis vitamin B kompleks yang diketahui dapat menguatkan rambut yang lemah. Bijian kaya dengan protein ini merupakan pilihan tepat dan sangat baik untuk semua terutama mereka yang sensitif atau alah pada gluten. 

Berapa banyak yang diperlukan? 3/4 cawan setiap hari. 

9). Kacang walnutKepada penggemar kekacang? Ini sudah pasti berita gembira. Selain menjadi snek kegemaran, walnut sangat baik dan berfaedah pada rambut kerana ia kaya dengan zinc dan lemak asid. 

Berapa banyak diperlukan? Memandangkan 'snek' kegemaran anda kaya dengan kalori, ini bermakna anda perlu hadkan jumlah pengambilan anda kepada 1/4 cawan sahaja dalam sehari. 

10). Yogurt yunani (greek yogurt) Pengambilan yogurt jenis ini disifatkan sebagai pilihan alternatif bijak berbanding yogurt yang mengandungi pemanis, pewarna dan pelbagai rasa yang ditawarkan di mana-mana pasar raya. Kandungan kalsium yang tinggi pada yogurt yunani yang tidak bergula iaitu bakteria baik yang membantu sistem penghadapam dan meransang sistem imunisasi. Tahukah anda bahawa kekurangan sedikit dari robust sistem imunisasi akan menyumbang kepada masalah keguguran rambut? 

Berapa banyak diperlukan? 1 cawan sehari.

Hemmmm tak mudah juga nak cari ramuannya ^_^
Yang daku perasan, bila rambut panjang lepas tengah2 belakang aje mesti gugur lebih banyak...

3 comments:

Unknown said...

alamak.. organik organik ni kureng mampu.. hahaha..

+ e.z + said...

wah info bagus tuh. tq :)

Unknown said...

As salam Shima,

Cite pasal rambut, lepas bersalin ni tertunggu-tunggu juga rambut gugur...tp alhamdullillah takde pulak... kalau Iman dulu, sampai sthun abis rambut berguguran...huhuhu... take note kat sini manatau nnt2 gugur pulak kan...hikhik

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.