NUFFNANG

Friday, May 31, 2013

Dia yang glamer...

 Hemmm ramai blogger yg try resepi puding roti dan kuah kastard dari Ina-IntanBerlian kan...
Daku pun tak terkecuali akakakaka...
Hari tuh dah buat donut, la ni puding roti pulak.
Siap sms lagi maklomlah mok tak pernah buat puding roti hihiii

Amacam ok tak? Dah kena kerat baru amik gambo hahaha.. Atas ku cuma tabur cekelat cip aje. Takde stok kurma dan kismis.. Ini pun dah cukup sodap.. Nak2 tambah kuah kastard! perghhhh!


Ajerrr sampai 2 gambo hahahaha

Kastard tak habis bleh buat puding jagung hahahaha
Rupa tak berapa cantik, tapi memang sodap!
Pakai mangkuk dak afiq aje hihihiii


Monday, May 27, 2013

Majlis Kahwin

Sebulan yang lepas adikku Dina yang naik pelamin. Sehari sebelum pilihanraya, sepupuku pula selamat naik pelamin.. Nikah Jumaat malam sabtu, dan majlisnya Sabtu..
Dua2 majlis ku pergi sebab dekat je hihihi.. Lepas nikah kami makan roti jala 7keping kongsi 3 orang hakhakhak.. mok, aqil dan afiq.. Kemain lagi kan. En.Ayah makan nasi lauk kari ayam pencen :)..

Cahaya betuiii.. tak nampak!
Sekali akad sejurus selepas Isyak

 Keluarga 'besar' pak utihku. Yang sulung baju merah dok kawen lagi hihihi
Sebelum akad, penantin lelaki punyalah berfeluh-feluh daa...
Maklomlah musim panas di Muar ni kan.. Tambah nak jumpa tok kadi lagi panas
Beza umur mereka 7tahun.. Owh actually sepupuku ni (lelaki) sebaya dengan adikku Dina tu ^_^
Hari bersanding penantin pakai baju putih+pink yang sangat soft.. Tapi tak dan la ku nak hamek gambo, ramai orang hahahaha

Gambo dibawah, aksi-aksi menunggu dan menanti pakMat ku yang tak jumpa jalan ke rumah penantin..
Kami cari port parking bawah pokok...
Lama nunggu berfeloh tiak ekekeke...






Berita terkini... adikku bakal bergelar ibu... kira bunting pelamin la ni ekkks ^_^

Wednesday, May 22, 2013

Ahli baru @ Mei2013

Alhamdulillah.. Bertambah cucu Arwah hj.Mohamed Salleh.

Tahniah buat birasku dan Abg Abu @ Pak itam.
Dikurnia anak perempuan sehari sebelum sambutan Hari Guru.
15Mei2013 @ 12> tengah malam (adoiii tak pasti pukul 12 berapa)

Selang bunga katanya.. Comel sangat!
Dah nama baby, memang la comey kan..
Jom! Jom! tengok baby.. Diusia 5hari hihihiiii

 Introducing... Anis Amani
Sedap tuiii nama anak buah maklang nih :)
Fuhhh Fuhhh tiup2 sikit aura baby girl kat maklang nih hahahahaa..


 No3 ni lain sikit dengan kakak & abangnya..
Mok dia keluar tanda darah, dua ank yg lain keluar air ketuban. Lahir awal dari due berbanding kakak dan abgnya yang lebih due. Bibir ikut mok dia..Gebu sikit tang pipi. Berat lahir 3kilo.. Kakak(2.6), abang(2.7)... Yang best tuh, mok dia 2x teran je dan tak jahit buat kali ke2... Jahit time sulung aje... Ku yg dengar ni alahaiiiii bestnya.. ku jugak yg kena jahit hukhukhuk.. Sempat kaco birasku..no4 kang beso lagi akakaka... Dia jawab.. Eh tamo la besar2. Ikut cam shima la kan makin kecik babynya hohoho...Aqil (4.0), Afiq (3.3).. No3...? 3kilo jadilah hakhakhak ^_^

Org kata lahir tengah malam cerah budaknya... entah ye... Afiq pun lahir tengah malam juga, pukul 12:39, memang cerah, sampai jiran kata ku salah amik anak orang akakaka.. Tanya resepi macam mana anak putih macam cina nih? hahahaha... ( mana ku tau kak, Dah Allah nak bagi ^_^ ) dan tentu ada hikmahnya..

 Haa.. ni kakak Hanani Dayana
kusyuk tengok Ice age

 Kakak dah marah tuh hihihi..
Cakap kat adik2 nya

Inilah bujang iparku
Abang Ammar Khidir..
Dah ada adik dah.. Khidir lebih tua 6bulan daripada Afiq :)

Baby Anis kena refer juga ke Paed sebab ukuran lilit kepalanya kurang 2cm dari yang sepatutnya.. Ku tengok baby ok je sihat, sempurna. Takde pun nampak kepala lebih kecik daripada badan. Apa2 pun doakan baby Anis sihat sejahtera dan tiada apa2 masalah..

Korang pernah dengar kes yang macam ni tak?

Tuesday, May 21, 2013

Untuk yang teristimewa...

 Cantik tak? 
Tetiba tangan ni tertarik nak beli brooch ni. Bukan untuk saya tapi untuk kaklong dan emak saya :)
sempena hari ibu

Cer teka yang mana satu untuk emak, mana satu untuk kaklong? keh.keh.keh..

Hadiahku? Owhhh tak perlu. Hari jadi pun ku biasa2 je apatah lagi hari ibu, hari ulang tahun... hahaha aptb..
Hari ibu tu yang ku ingat ku sibuk ngemas rumah dok alih2 perabot rumah tu hahahaha... en.Ayah balik kata.. Wah! ma dah kemas yer? kesiannya buat sorang2.. cakap sambil sonyum..

Yelah, kalau en.ayah ada dia bleh tengok2 kan anak2.. Mok kemas perabot yg ada segala pinggan mangkuk  cawan teko kannn... Tapi takpe anak2 tak kaco, mok pandai planning ahaks!

entry basi hekhekhek

Wednesday, May 15, 2013

Ww :

Assalamualaikum

Wordless wednesday? No. no. no.
Hari ni mok buat world word keh.keh.keh.

Aii lama tak de post entry.. Busy la pulak ngalahkan org keje pejabat. Wat masa ni ku bw aje.. itu pun baca je komen lambat la hahahaha.. Sabtu lepas wedding sepupu di Bandar Muar. Isnin, ku jaga Mama kat rumah ni. Mama dok sini dulu sementara nak tunggu rumah bantuan dia siap di kampung.. Yelah takkan nak kasi dia dok dengan habuk2 org tengah buat kerja tu kan, tapi dalam hati mama asyik nak balik aje.. Kita ni risau kang terbatuk2 ke apa. Nak mandi, kencing pun susah bila dah semak macam tu.. Dok umah ku la kan lagi baik. Makan tido makan tido haaaa best tak hihihi.. So agak busy sikit disitu.. jengah blog ngan Grup Fb pun kejap2 aje..

Biasa kan dok nak letak gambo aje kat entry kan, la ni tak bleh dah. Gambar2 semua dah simpan dlm usb sebab abg Aqil dah pandai nak godek2 pc gabak mok dia ni. Mau kang terdelete gambo2 berharga tu hukhuk. Kalau dah masuk pendrive halamatnya mmg lambat la nak upload gamba akakakakaa..

Ok. Selamat hari rabu semua.
Semuga kalian diberi kesejahteraan, kebahagiaan, kesihatan dan kekayaan

Wassalam

Tuesday, May 7, 2013

Cek-up AfiQ dan...

Alhamdulillah selamat men'cek-up' dak afiq :) Walau mok sensorang bawa kedua2 hero ke klinik tanpa ditemani en.Ayah, mok lega sebab anak2 sangat behave yeay! Tunggu pun tak lama sebab tak ramai kat bahagian ibu anak.. Lebih syok bila berat adik afiq meningkat sebanyak sekilo setengah!!!! Terkezut gak nih! Dalam kepala pikir cukup makan pun naik sekilo jadila.. Sekilo setengah! hebat tak hebat adik afiq pulun makan hikhikhik.. Tanpa diberi multivitamin syrup yg super tak shedap tuh! See.. Anak mok sihat je, laju je makan tapi aktif sangat.. Memang nampak kecil molek je.. Abang aqil?... Beratnya dah 19kg.. Ok la tu kan untuk umur hampir 4thn.. Tolak tambah adik afiq dah 10.5kg.. Bulan depan cek lagi (HAAA... YG NI TAK BEST!!!) ^_^

 >>>>> update semalam <<<<<

Oh ya.. anak2 kecil biasa ada masalah kulit. Sama dengan kedua2 anak saya. Abg aqil sewaktu umur 3thn ke bawah mengalami kekeringan & gatal di pelipat leher, pelipat siku, pelipat peha.. Hitam2, kuping2. Sekarang dah tak ada. Bersih dah.. Macam mana hilang? Mok pun tak pasti hihihi...
Untuk adik afiq lebih kritikal sikit.. Bahagian DADA SAHAJA.. sejak umur 6bln hingga kini... Moh tengok gambar


 huh! gambo tak jelas pulak.. Ni ada bintik2 macam ruam panas..
Menggaru jelah dia..

ini dah clear! bercapuk putih2 bekas gatal tuh.



Bila kegatalan melanda semula...


 Habissss! calar-balar.. berdarah lagi. Padahal kuku pendek je
Memang menggaru tahap gaban

 Selepas 2 malam


Clear semula..
Begitulah rutinnya.. Hilang dan datang semula..
Yang terbaru ni memang masih clear. Alhamdulillah.
Ekzema? 
Bukan rasanya. Masalah kulit. Doc farmasi kata sejenis kurap susu..Adik afiq kan nyusu ibu lagi..
Sabun? guna sebamed. Beli yang BAR je lambat habis hihi.. Krim? Klinik bagi yg high dos-hydrocortisone pon datang semula. Elomet-banyak steroid n nipis pun datang semula.. Terbaru ni mok guna Ezzera cream & ointment.. Lama la sikit nak datang semula gatal tuh.. Harap2 cepat sembuh ye dik..

Afiq gatal bila berpeluh malam dan makan ayam.. Makan telur tak gatai la pulok huhuhu..

Nak cuba produk lain? Malas bila ada yang kata "bini lagi pandai dari doktor"


Monday, May 6, 2013

Update : Anak-anak lepas PRU13

Assalamualaikum.. Selamat Pagi semua.. Selangor cuti ye hari ni.. Apa pun yang orang dok sibuk UP cerita sejak sebelum dan selepas PRU13, mok takmo la UP lagi cerita tu. Semua boleh cari dan baca dihujung jari je.. Blog mok bukan blog PRU13 ehh. Tajuk je bikin panas hahaha.. Janji mok dah cek kawasan area mok ni sape menang dah..  walau ada sedikit ralat.. ok FULL STOP.

4hb.. Abg Aqil dah 3tahun 9bulan.. Tak gi skool lagi.. Hagak2 tengah bulan ni boleh hantar pi KEMAS tak? hihihi.. sekolah main2, kasi dia pandai kawan.. Walau ada sedikit kegusaran sebenarnya.. Tengoklah nanti macam mana.. Hantar atau tidak.. hemmm
Berita baik lagi.. Walau sesetengah orang akan berkata agak lambat, tapi mok tetap bangga dan berjaya! Lepas je selesai kenduri adikku sebulan yang lepas... Abg aqil dah diapersless.. siang dan malam. Malah pukul 2-3pagi dia sendiri yang kejut ayah untuk ke bilik air.. Sebelum tido wajib membuang dulu.. Kawal kadar pengambilan air susu dia hihihi.. LEGA! SERONOK! maklumlah bila kena cari pampes saiz XXL.. yang tidak banyak jenama yang ada.. phewww! Sebelum2 ni waktu siang memang tak pakai.. Dulu berperang bila tiba waktu malam. Sekarang tidak lagi hihihi.. Syukur sangat.. Oh! rambut abg aqil dah panjang ;p




Giliran adik afiq pula....? Besok cek-up rutin pantau berat badan yang tak cukup... Bulan lepas baru 9kilo. 9hb adik afiq cukup 1tahun 9bulan. Masih memilih susu cap gantung.. 1oz susu tepung untuk testing pun kadang2 tak habis dengan kata lain tak pandang pun!! Kalau terbuat banyak abg aqil tukang ngabiskan :P
Cek-up yang lepas siap mok tanya.. sebenarnya nak berapa kilo berat dak afiq ni? hohoho.. misi kata nak 10kg.. hemmm.. So far afiq sihat. Makan makan makan.. pernah satu ketika dia baru habis makan, bila turn abg makan, dia pi ngabiskan nasi abg pulok hahahaha... Sangat aktif lari, panjat sana sini... Harap2 la naik ye dik.. sebenarnya mak tak koser nak pi klinik setiap bulan.. Abg pun timbang jugak la.. Bulan lepas berat 18.5kg.. Cer tengok wajah molat sayer nih... Mulat tak???



Aksi bila mok kata " adik, mana hidung? " Siap dengus-dengus lagik hihihi
Ini tunjuk hidung ka tunjuk gigi ni.. ^_^

Thursday, May 2, 2013

Tragedi...

Tragedi oktober? No.. no.. no..Oktober belum muncul lagi.
Ini tragedi 2minit.. amat pantas..




Aksi2 sementara tunggu Ayah selesai urusan di tempat kerja.. Adik Afiq siap nak menyanyi dah! hahaha..

Bukan nak cerita tragedi hujan turun selepas adik afiq nyanyi, tapi tragedi sekaki payung merah ni.. Perasan tak, ada tali pada payung merah tu (gambar 1st).. Suatu petang yang lain, kami nak melawat sahabat Ayah.. Lepas isi minyak kereta, dalam perjalanan mokpok berbual2 la kan sambil tengok sekeliling..
Tiba-tiba....
"eeeeekkkk! eeeekkkk! ihhhh! ihhh!"
Apo tuh? Kami terdiam..
Mok ni terus toleh belakang sebab suara tu suara abg Aqil
Astagfirullahal'azim!!! Anak! Anak!

Payung merah tergantung2 belakang badan abg Aqil, dan talinya tu terbelit pada lehernya.. Dah ketat! Mok ni cuba la pusing payung tu tapi tak boleh.. Dah tersangkut. Masa dok alih2 tu abg Aqil dah eekk ekkk lagi.. Sakit la tu! Dah kejap kat leher tuh! Mok yang duduk depan ni apalagi.. Letak adik Afiq dulu. Mok pun angkat kaki kasi tinggi. Tak panik sangat. Masuk satu jari buat ruang biar dia bleh napas.. "ayah ada apa2 tak? gunting kecik ke" Mok terpaksa gunting gak sebab nak pusing balik belitan tu tak boleh dah, tersangkut kot mana dah.. Mujur ayah ada ketip kuku yg tajam! Terus putuskan tali tuh sambil tarik napas lega! Hai la anak bikin suspen je.. Abg Aqil dah terkebil2.. Diam aje. Entah bila masa dia buat 'keje' tu. Memang pantas. Padahal siap isi minyak tu dia pun dok bising2 tanya itu ini.. Tali tu tak pendek, tapi panjang macam tali beg. Boleh sangkut kat bahu lagi tau.. Agak dia gantungkan payung kat leher, Lepas tu dia dok pusing2kan main-main.. Last2 terbelit.. Mok kata nak buat lagi tak macam tu? Cecepat dia geleng kepala hohoho...

Lagi satu pe'el abg Aqil ni kalau sakit ke apa2 ke memang dia tak cakap.. eekk eeekk tu jelah dia tau..
Tempoh hari pun.. Jiran yg perasan kenapa abg Aqil jalan macam tu? Macam sakit aje kakinya. Mok ni pun tanyalah kat dia, ada apa kat kaki? kaki sakit ke? Tapi tau dia buat apa????.... Dia jalan lelaju masuk rumah.  Sambil mulut tu cakap taknak! taknak!.. Mok ni pon xde la cek huhu sebab dalam rumah dia jalan biasa2 je.  Bila nak menyapu kaki lima rumah tu, tergerak la nak temngok selipar dia... Ha! ko! Ada paku rupanya. Tercucuk dari bawah ke atas. Paku kecik.. Lepas buang tengok kaki abg Aqil pulak, Takde luka. Hemmm rasanya terkena masa dia main kat kebun depan rumah ni dengan anak2 jiran yang lain...

Hemmmm pening tak pening? Dah nak masuk 4thn dah 3bln lagi... Siap mok kata ke dia.. "Abg Aqil, kalau sakit ke apa2 ke cakap. Cakap kat mak ayah. Tamo diam ajer. Mesti cakap" Dia tau angguk2 aje.. hemmm... Sebab tu kalau dia demam memang tak merengek. Diam, baring, tido..

Kalau korang risau tak? huhuhuuu... Anak-anak


Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.