NUFFNANG

Tuesday, December 31, 2013

Rupa Anak2 Bujang Selepas Kena Potong Rambut

Gambar ni diambil 2 hari sebelum kerja "pemotongan" rambut hihihiii..
Comel dan kiut ajer kan ^__^ walau memasing belum mandi opsss!

Selepas diTrim semalam..

Sebenarnya dah lama nak gunting rambut Aqil tu. Cepat sangat panjangnya.. Nak naik sekolah kan.. Semalam pula Ayah balik kerja awal. Terus ajak gunting rambut. Tapi takmo Ayah guntingkan, nak gunting kat kedai katanya.. Tapi banyak pulak kedai gunting yang tak buka, sampai en.Ayah terus ke Serom 8 yang 12km dari rumah. Mok tak ikut, Ayah bawa anak2 naik motor aje.. Mujur la anak2 senang nak di gunting rambutnya.. Cuma Aqil, kepalanya tak duduk diam hahahaha... Balik rumah masing2 Ayah upah aiskrim.. Oh ya! bayaran gunting rambut ni RM1 untuk kanak2 dan RM2 untuk dewasa.. Memang murah, tapi abg gunting rambut tu sekadar gunting aje opss pakai mesin je, tak berapa nak kemas la.. Kerjanya pun cepat. Sebab ramai orang. Ok la tu dengan harganya :)

Rambut nak masuk sekolah ^_^


Afiq.. dah kurang comel hahahahaha...
Takpe tunggu rambut panjang lagi :)
Nampak benar nipis sungguh rambut dia... Halusssss!

Besok 1hb Januari 2014 abg Aqil akan mula bersekolah di Tadika Kemas yang berjarak tak sampai 5minit dari rumah ^_^ Apa pun mok doakan yang terbaik untuk abg aqil dan seronok ke sekolah :)






Monday, December 30, 2013

Mini Moist

Aloh-aloh mini moist gitu kan.. Ini projek semalam. Dah lama tak menge'Kek'. Semalam buat sebab nak habiskan stok2 bahan kuih yang tarikhnya hampir tamat.. Resepi? Sebenarnya ini resepi kek coklat moist Munira Baharum yang sangat popular tu hehehe.. Ini kek pertama yang menawan kalbu ku hihihihi..
Asal cari resepi je mesti kek cekelat haku ni kan hahahahaha...

Daku buat guna kertas kuih yang kecik aje.. Pun nak ngabiskan stok dedulu buat cornflakes.. Sebab buat comey-comey gini, nak bagi senang anak-anak makan. Sekali ngap aje.. Siap je 1st batch, 25 biji hilang tau hahahahahahahahaa... Cehhh! siap kira tuh!

Dapat la lebih kurang 90biji.. Bagi jirans sikit.. terus suruh ajarkan hahahaha.. Dan-dan pagi hari ni ku terus terjah rumah dia ajarkan buat kek ni kuikuikui...Haaa tembam2 kuih dia, pun guna kertas kuih ni ajer :)

Terima kasih gak kat Chepah sebab sudi menjadi kaunter pertanyaan untuk menjawab soklan ku ye theeeee theeee~ Nak order kek dan lain-lain boleh terjah beliau di blog yerr :)

Ingat nak cuba resepi kek coklat moist Ourkizuna... Tapi tapi mok takde dan tak pernah beli stok cuka makan wahahahahaahaha.... Maka, terkandaslah niat nk buat kan.. Takpe Rai! Mu tunggu ku buat yek ihikkk ^__^

Kalendar 2014 Dari Blogger

Tengah hari ni mendapat bungkusan yang dinanati-nanti...
Terima kasih buat mommy blogger EB EZRIN! *TEnliTtlEFinGerS*
Sebab komen entry berday boy tup-tup dapat kalendar cun ni hehehehe..
Terima kasih banyak2 eB sekeluarga. I loike sangat! besar okehh..!

Cun kan... ^_^

eB sekeluarga!

Gambar yang ku pilih :)
Yeay! seronok dapat ni.
Terima kasih sekali lagi eB :)
Oh ya kalau you all nak tempah boleh je ke blog eB di link atas ye :)
Besar! Puas hati! hehehehe :D

Friday, December 27, 2013

Bola-Bola Api... Pomander Ball

Haii la tajuk agak menakutkan hihihihiii... Ke nampak comey? ahaks!
Tak kisah la janji mok punya bunga bola ni memang la comey sungguh!
Ni kes orang takde kerja.. Mentang2 kerja gubahan hantaran dah hampir 70% siap! Semangat nih buat padahal majlis awal bulan 2 besok kikikikik :D

Kali ni kerja yang tak berapa nak DIY sangat la kan. Lebih kepada recycle! Moh usya gambo sikit.. Tengok ada yang jelesss tak hahahahaha...

Seeee... cantik tak? Mok je la yang kata cantik hihihi.. Puji diri sendiri.. cehhhh
Sebenarnya bunga2 ni semua guna semula hantaran time abang @ kembo ku kawen dulu.. Memandangkan stor ku dah penuh.. Banyak pulak bunga2 kecil dalam plestik tu.. Terjumpa pulak polistren bola. Maka mulakan la operasi guna pakai bunga yang ada dan jadilah pomander ball ni... Sayang pulak dibuang. Semua benda dah ada tinggal nak cucuk aje... hihihi.. Ohh kalau takde polistren bola, guna span bunga biasa pun boleh je. Polistren bola ni agak mahal la jugak. Yang kecik je dah RM6-8. Bila cucuk bunga jadilah bulatan yang besar..


Kasi zoom sikit.
Yang bola bawah tu daku buat masa adik tunang dulu. Yang baru siap tadi, bunga bola yang atas.. Kalau takde, you all boleh la guna bunga telur yang korang dapat tu... kumpul2 jadi banyak kan.. haaa ambil bunga aje la.. hihihi.. Amacam kretif tak? Letak kat ruang tamu berseri la sikit.. Maklumlah rumahku tak banyak bunga.. Tak berapa minat.. ehhh tapi yang bola ni minat pulak ekkkk ahaks!

Ada yang suggest ku buat blog DIY.. hemmmmm akan difikir-fikir kan.. Yelah nak buat step by step, tangkap gambo step by step, upload, instruction lagi, wahahahhhahaha mesti complete dan orang senang faham kan... Banyak tak DIY blog kat  Malaysia ni? ^____^

P/S : Kami sedang menanti kehadiran ahli baru. Semoga dipermudahkan

Thursday, December 26, 2013

Koleksi Abg Aqil

Mok lukis rainbow, abg aqil tampal.. Ingat nak suruh dia tampal satu line satu color.. Tapi dia nak bua sendiri... Part matahari dengan awan baru la dia ikut cakap mok huhuhu...


Hok ni en.Ayah lukis, abg aqil yang warna hihihi...
siap dengan pekerjanya lagi.. Nak puaskan hati abg aqil tu yang asyik la nampak lori. Lukis pun asyik melukis lori je.. Satu buku penuh dengan gambar macam-macam lori dia lukis.. Ok la tu. Lagi satu kan, dia dah pandai tulis namanya sendiri.. Aqil aje lah.. Mohamad dia tak tahu lagi :) 
Dan adik selalu dengki ngan abg.. selalu bawa lari buku abg yang tengah syok melukis @ mewarna.. Kalau adik terconteng sikit kat lukisannya, abg ngadu kat mok kata adik conteng! tak lawa dah la mak! heheheheheeee.... Yang tak best nya abg susah betul nak disuruh mandi! Grrrr geram je rasa.. sehari tak mandi dia tak kisah pun.. Mok yang kisah. Bukan apa takut panas badan kan.. Macam2 alasan dia bagi tamo mandi.. Dia kata dah mandi tadi... Padahal dia punya 'tadi' tu adalah semalam punya mandi!!! geram tak huhuhuhu...

Selit gambo ni..Waktu ni kami ke majlis jemputan kahwin sahabat en.ayah di Simpang Pelangai.. Jauh perjalanan sampai anak2 pun bosan. Mujur la mok ni tergerak nak bawa mainan lebih sikit.. Abg aqil pun sampai mabuk, muntah dalam kereta hukhukhuk.. Kat majlis tak sampai setengah jam pun dah kami terpaksa berundur diri awal sebab abg aqil nak mem'biyak' pulak hahahahahaha...Adoii macam-macam kan.

^_^


Tuesday, December 24, 2013

Nak Tido ke Tak Nak..


Jam 3 petang, ajak anak-anak tido.. Kemahin cakap nak tido. Dah masuk bilik, masing2 dah habis minum susu , terus melompat dari katil... Main la apa lagi.. Suruh tido tak mahu pula... memasing tersengih senyum sumbing...  Peace la masing-masing kan! grrrr...

Aqil..

Afiq..

La ni baru pengsan! hahahaha.. tengok tu kat tangan pun ada roti lagi separuh heheheheee...


Wednesday, December 18, 2013

Alahai Anak Omak...

Adik Afiq agak cranky.. 2 hari dah..
Hari ni aje tak tahu berapa lama dia menangis.. Sebelum tido nangis, yang ni biasa la sebab dah ngantuk.. nangis sebab nak tido.. Itu pun mengambil masa. Mok jadi buai dia pun tak jalan.. Aduhhh! Mok pujuk lagi siap main geletek2 badan dia.. ehhh dia ketawa.. lepas tu sambung nangis laa... lalalalala...
 Mok buat susu 4auns.. mujur nak minum. Lepas tu terus lena.. Tak lama dalam 30minit dia tersedar dan menangis semula... Nangisssss mok! Lama.. mok pujuk pun tak jalan. Nak peluk dukung , dia lari.. Haaa acaner nak diam kan.. Mok stress ke mok? ada la jugak sikit2.. lepas tu mok sembunyi.. sebab buntu.. dan nak tenangkan diri dari marah adik yang tengah menangis lama...
Lepas tu pujuk dia, dukung dia, riba dia... memang tak berhenti... Agak lama sebenarnya dia berkeadaan begitu.. last2 terlena di pelukan mok.. Haiii la anak.. Dia teringan susu lama ke? memang dok suruh singkap aje tapi mok memang la tak bagi... Ke sebab adik rindu ayah... Ayah pulang Isnin lepas.. seminggu tak jumpa.. Isnin, Ayah sampai jam 12malam. Anak2 dah tidur. Ayah sempat kejut abg Aqil, bual2 dengan dia.. Kejap aje lepas tu aqil tertidur semula. Adik... memang tak dapat nak jumpa ayah... Entah besok atau Jumaat baru ketemu ayah semula....

Jangan menangis lagi sayang... Tak elok menangis aje... T_T

Friday, December 13, 2013

Selamat Hari Lahir Sayang...

Alhamdulillah bertambah umur en.Ayah pada 13-12-13 ni.. Masyaallah..
Dikala ini, en.Ayah jauh nun di Kelantan menunggu waktu memunggah barang.. Masuk 3malam kami kesunyian tanpa en.Ayah dirumah.. T_T.. Belum2 nak naness.. Bayangkan 24jam tak dapat hubungi dia langsung! Msg, Call, huhuhuuu.. mula la tak tentu arah sambil mendoakan keselamatannya.. Rupanya line telefon disana langsung tak ada.. Kalau ada penuh bar bila angin berubah... hemmmm.. Takpelah kan janji dapat berbual dan tahu keadaan en.Ayah..


Kami buat suprise... Kami anak-beranak buat kad untuk en.Ayah... Apa yang penting, kerjasama :)

Kad istimewa

Orang lidi - lukisan aQil
Ayah pakai songkok, mok pakai tudung hehehe...
Tulisan AYAH.. anak2 yang tampal..

Belah dalam mok yang buat
Belah tepi, anak2 yang tampal :)

Abg aQil tulis.. mok bantu jugak tu yang nampak gigil je..


Ye... 2 tahun lagi en.Ayah dah masuk angka 4..
Beza kami 8 tahun..
Ini pun selagi belum sampai tarikh lahir dia, ngaku masih 37.. sebab birthday bulan 12 kan..
Hahahaha.. kes yg ku selalu pertikai nih :p.. 

" Selagi Pancaindera ku Masih Berkuasa, Selagi Kudrat Masih Bermaya, Selagi Tubuh Masih Bernyawa, Selama itu ku Gilap Cinta, Agar Jalanmu Seindah Permaidani Cahaya... "

" Pada Sang Bayu ku Titipkan Laguku Untukmu, Agar Terurai Resah Membeku Mimpi yang Sering Menyapa Di Hasratku, Menggamit Kebahagiaan Bersamamu "

Aicehhh jiwang pulok.. Frasa dr en.Ayah sendiri ni sebenarnya.. Dedulu siap buat lagu lagi untuk daku ni haa.. Tp lupo plak tune nya macam mana.. Lirik ado! hehehe.. Surat2 zaman bercinta dulu pun ado.. hihihi..

Tak lupa juga pada tarikh yang sama, Adik Aqmar - 1st birthday.. Selamat hari jadi Aqmar buchuk masham bam-bam tu..

Dah setahun dah anak mokDe nih kan... Dah berlari ke belum tuh.. Lepas setahun baru nak jalan, sama la ngan abang2 kamu tuh... :)

Alhamdulillah. Sayang semuanya :)
Salam Jumaat kawan-kawan.





Monday, December 9, 2013

Aktiviti : Kira-kira, Bentuk dan Tampalan

Alhamdulillah hari ni daku nak share aktiviti belajar anak-anak.. Aqil agak susah sikit nak ajak menulis, sambung titik-titik tu.. Siap nak pilih huruf mana yang dia nak tulis, adehhh.. Takpe la layankan aje.. Hemm nak menarik minat dia belajar mok kena kreatif kan.. Haaa tengah kemas stor terjumpa kertas kaler-kaler.. Terus mok dapat idea... mihhmihhmihhh

Buatkan untuk abang dan adik juga

Aqil kena kira dan letak jumlah shape yang betul.
Waktu ni mok pilihkan.. Kata ke dia, mak nak 3 bulatan, 4 tiga segi dan seterusnya

Abang aqil boleh buat sampai habis
Mok pulak buat sampai no.6 je hehe.. 

Lepas tu main lagi. "Aqil, Mak nak 3 tiga segi"
Yang ni suruh dia kira tak ikut turutan nombor.

Haaa ini aktiviti adik afiq

Mok masih ajar aqil, so biarkan adik main-main dulu dengan kertas tu

adik buat

Sambung ke abang, alhamdulillah la dia ok

Yang ni mok request lagi, mok nak 10 tigasegi

Yang ni pula mok nak 15 bulatan.. Ok la boleh kira sampai 20..
Nombor semua dia kenal.. Kalau tengok trafik light, no 33 aje dia kata " Mak! 33! sama dengan rumah mak! " hehehehehehe..

Ini adik buat sendiri..
Lori kata dia

Ni pun sama heheheehe.. Ok jom tengok adik belajar apa

Biasa orang buat guna kotak, tapi mok guna kertas je. Dan marker pen hehehe
Mok tak suruh susun lagi, baru tunjuk ke adik, dengan kadar segera dia ambil shapes dia dan letak atas kertas merah ni.. " ehhh kenal bentuk dah dak kecik ni " Mak memang lambat perasan kan ^_^

Suka sangat dia main letak berulang kali :)
Abang pun nak join main jugak
Bentuk bintang mok nak buat tak berapa nak jadik la hahahaha

Lepas tu mok lukis lori, tayar lori pulak suruh anak2 tampal sendiri hehehe
Ini aje kertas yang ada.. last kopek dah..

Bergaya dengan lori masing2..
Lepas ni mok nak guna craft paper tu la sebab guna kertas ni time berebut koyak sudaaa...
Kertas warna-warni pun dah beli.. lepas ni boleh la buat aktiviti belajar dengan anak-anak..
Idea... sila mari ke mok! :)




Thursday, December 5, 2013

Pergi Kerja Lagi...

Ehhh kemahin kami kan.. asyik follow muntut ayah je pi keje hihihi. Nasib la Ayah sporting!
Sebenarnya hari tersebut en.Ayah cuti. Dah plan nak cari barang2, tup-tup en.Boss telefon suruh memenuhkan treler tu dengan sawit.. Nak tak nak en.Ayah terus offer ikut aje naik lori.. padahal kami dah bersiap pun nak keluar berjalan... Tak dapat cari barang jugak hari tu sebab balik dah malam.. Nak makan lagi.. huhuhuhu... kensel la rancangan membeli-belah.

Mok enterprem dulu lah ^_^
Tak puas hati, padahal haritu baru jadi kelindan en.Ayah :p


Haaaa bujang kecik dah mula...

Habis barang Ayah diusiknya.. ada je dia telek.

" Wah! Apa ni? empat segi la "

" Abg, meh la join kiter "
sambil tekan-tekan
Abang takmo join lerr

" Haaaaa kiter tangkap gambar dia! hahahaha "
say keju!

Abg?... leka tengok bajak dok angkut buah sawit masuk dalam treler


Tak lama tu, kawan2 en.Ayah beri pisang buat anak2 makan.. Mok pun makan jugak sebiji-dua.
Anak2 makan banyak.. Paling banyak yang suka makan pisang la.. siapa lagi kalau bukan dak Afiq tuh


Lomba siat kulit pisang hehehehee..

" Masuk ni dah 4 biji aku makan! hahahahaha "
Ajer muka kusyuk! fokus nak siat kulit pisang. Tak kasi mok bantu okeh.

Wah!
Nomm-nomm-nommm

Hemmmm lazat!

Ok aloh mok ni bantu tangkap gambo aje la..
Meh la makan mok ye..

Haaa tinggal ni je.. Abg Aqil makan juga 3 biji..
Yang pasti adik tukang perabihkan pisang ni heheheheee...
Murah rezeki anak-anak. Hari tu datang sini dapat telur itik. Ni dapat pisang pulak.


Dah-dah.. moh la kita balik.. Perut pun dah bagi vibrator dah ni hahahahaha...
Tak berkelip mato tu ketiga-tiga hero ku nih..


Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.