NUFFNANG

Tuesday, August 14, 2012

3 in 1

Salam Ramadhan teman2 blogger semua :))) Dah berapa hari ku tinggal blog ni. Yelah kata sibuk, buat-buat sibuk hihi... Ada dua anak kecil dirumah ni memang sukar sikit nak ngemas. Dia pun join kemas sekali la. Tapi abg Aqil boleh diharap tau. Dia tolong Ma dia lap kerusi kat ruang tamu tu yg dah berdebu hihihi.. Adik Afiq pulak? Dia saje la yang buat iklan.. Tgh syok2 buat keje dia dah berlagu, terpaksa la layan dia dulu, maka bertangguh2 la keje omak nih huhuhu..
Errr.. Dah hujung2 puasa ni daku kehabisan idea nak masak apa! Takat nih dah 3kali menu kari & roti jala sepanjang ramadhan hahaha...

Ahad lepas, kaklong & adik2ku dr KL dtg rumah. Nak soping kat Muar ni katanya, padahal sebab utama nak borong kerepek pisang yg sedap tuh! Malangnya belum masuk bln Ogos, kerepek dah habis kena borong org huhu.. Takde rezeki. So cari tempat lain, alhamdulillah ada banyak lagi sebungkus RM8... Oh ya! kuih2 dalam telap kat sini pun murah tau. 1telap RM10.. Malam raya mungkin lagi murah :))) Daku? Kuih kapit KakNgah kasi 1tin, kuih Ferrero roche m'sia Emak buatkan, cornflakes madu adik buatkan utk kami mkn kudap2 aje. Utk hidang kat tetamu daku belom cari lagi.. En.Ayah masih sibuk bekerja tiap hari balik lepas isyak. Nanti beli sekali harung.. baju basahan adik Afiq pun tak beli lagi. Abg Aqilnya dah setel.. Alhamdulillah & terima kasih kpd makpak sedara mereka. Mentang2 hari jadi nak dekat raya, maka dapat la mereka hadiah baju raya :)

Kedatangan adik beradik juga sebab nak sambut berday boy. Ada 3org. Abg Aqil, adik Afiq & Pak Usu. Ha Ahad tu la hr jadi PakUsu... So beli la kek untuk August birthday boys ni...
(adesss xleh masuk gambo lak.. mmg nak program balik pc nih!biasa nih, babab kang)

Semalam adik Afiq cucuk 1 tahun.. Dah agak.. berat adik maintain je. 8kg pun tak sampai huhuuu.. Ikut graf berat adik atas pagar.. antara putih dan kuning. So lepas ni kena cek-up 2bln sekali sebab graf tak cantik... Insyaallah raya ni mesti naik sebab ramai yg pakat dok suap adik macam2 huhuhu.. Yang paling impress, masa nurse cucuk kat tgn adik, dia langsung tak berbunyik sikit pun. Muka selamba aje.. Mungkin dia hairan, kenapa misi2 cantik ni dok pegang aku sampai 2 org kikikik.. Alhamdulillah setakat masuk waktu zohor ni adik tak demam.

Citer pun dah macam minuman segera.. 3in1 kan.. Mood nak raya, malas nak ngadap pc ni pun ye hihihi..Terima kasih teman2 yg sudi ke blog Shima ni ye :) Dikesempatan ini juga, andai ada salah silap dalam setiap coretan & komenan yang Shima titipkan, mohon ampun & maaf.. Kalau tak suka baca beritahu, kalau tak suka orangnya beritahu padaNYA :)).. Moga kalian bergembira dihari raya nanti & berhati-hati memandu ye, jangan pentingkan diri. Apa salahnya jika beralah sikit, janji sampai. Bukan nak pegi oversea pun, dalam M'sia jugak kan... Salam Aidilfitri Minal Aidin Walfaizin semua!

9 comments:

syawalsimpsons said...

sue kat umah pon dah kering idea..sampai tak sabar tunggu hari jumaat nak berbuka kat luar pastu terus zasss balik johor....mmmmmm...nak gantung kuali...kena ketuk kuali dek en asbeen...kakakkak..last2 demo la yang masak..tau bini dah stok malas.

Unknown said...

shima,
saya pun sama..minta maaf kalau ada salah silap terkasar bahasa ye.. selamat hari raya..

err..baru cakap2 dengan husband nak cari kerepek murah2..kuih raya saya buat 2-3 jenis je. utk anak2 makan. rumah saya bukan ada tetamu.. hehe..

Unknown said...

Selamat Hari Raya Chemot! Maaf Zahir Batin.

Thanks for the Hari Raya Card!.

Rosmawani♥ said...

Biasalah 3 in 1 skali update.. Ekkeekke :p

NzA said...

saat2 trakhir, kaum ibu smkin sibuk.....

mummyrinazone beauty said...

aku nak ucap selamat hari raya n maaf sepanjang kenal ada tersalah bahasa kay..
arinie last day kerja esok alik kelantan,kpung nizam.makan jemlah jawabnya..
k ,salam lebaran dan maaf zahir batin

+ e.z + said...

" TLF & family menyusun 10 jari memohon maaf diatas segala ketelanjuran kater
serta ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada
semua rakan-rakan bloggers
yang selalu datang menziarah ke blog TLF.
Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakraban.

MAAF ZAHIR DAN BATIN. "

Unknown said...

As salam Shima,

Alahai sedih baca ayat yg bawah tu... apa lak tak suka... Akak sayang ko Chemot! kekekek.... Take care... Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin... Taqabbalallahu minna wa minkum... :))

Afiq sama mcm Iman gatai tgk nurse cantik...hehehe... ;)

IntaNBerliaN said...

selamat hari raya.. sorry dah lama xjenguk sini..

btw, bagusnya abg aqil, rajin tolong mama dia.. mmg blh diharap ni :-)

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.