NUFFNANG

Saturday, March 23, 2013

Holidays begin..

.. Dan besok (ahad) kami akan pulang ke bandar Kuala Lumpur..
Selama dua minggu kami berjauhan dari pc gabak ini
Apa2 update di FB @ sms daku saja ye.
Maaf xde wassup, telepon canggih sangat! ^_^

Terimalah tatapan dari kami sebelum bercoti!

 Ustaz Aqil Johari

 Ustaz Afiq Johari

 Nak ciyom puas-puas dak tecik ni jugak (dah 3bln>)
Ustaz Akmar Syahrizal M

 Buah tangan untuk keluargaku hasil pancingan en.Ayah

Juga tempahan2 Kopi Muar, Rempah mee Bandung Muar
(penuh bonet keta hahahaha)


Selamat bercuti semua.. Cuti2 ni tentu banyak jemputan kahwin kan..
Salah silap kami harap dimaafkan ye :)
Nanti dah balik Muar semula ku kasik upload gambo best! 

Assalamualaikum Warahmatullah.. ^_^

Friday, March 22, 2013

Sempurnakan Wajahmu

Pernahkah anda terfikir sama ada anda mencuci wajah anda dengan betul? Jom berkongsi beberapa tip untuk dijadikan ikutan. 

Pencuci Muka,
Kenali jenis kulit wajah anda dahulu sebelum membeli pencuci muka. Sebagai contoh, jika anda memiliki kulit muka berminyak, jangan pilih pencuci muka khas buat orang yang mempunyai kulit sensitif kerana ia tidak sesuai. Setelah anda tahu jenis kulit muka anda, dapatkan pencuci muka yang sesuai. Jika anda menggunakan pencuci muka yang sama dalam tempoh seminggu dan mendapati kulit muka anda sedikit kasar dan didatangi ruam-ruam halus, itu adalah gejala alergi. Hentikan penggunaan pencuci muka tersebut dengan segera.
• Sebelum mencuci muka, anda disarankan agar membersihkan wajah terlebih dahulu dengan tisu basah atau minyak bayi. Ianya boleh menanggalkan kotoran yang ada pada wajah yang berkemungkinan tidak mampu dibuat oleh pencuci muka sahaja. Bahagian wajah anda yang perlu diberi perhatian adalah pada kawasan sekitar mata, tepi hidung, dan keseluruhan kulit muka anda. 
• Buihkan pencuci muka anda sebelum disapu pada kulit muka. Jangan sesekali menggosok muka anda dengan kuat. Lakukan pembersihan dalam bentuk putaran, sebelum membilasnya dengan air bersih. 
• Usah fikir dengan hanya sekali cucian wajah anda sudah bersih sepenuhnya. Ambil pencuci muka sekali lagi dan ulangi langkah kedua. 
• Selepas wajah anda dibilas dengan air bersih, lapkan perlahan-lahan sebelum anda mengoleskan penyegar dan pelembap wajah. 
Ku beli pencuci dari bulan 10, la ni bulan baru abis.. ada la sisa sedikit sebanyak.. Haiii napelah ku tak rajin nak beli pencuci muka ^_^

Toner (penyegar) 
Toner (penyegar) adalah amat penting bagi mengekalkan kesegaran pada kulit muka. Jadi, pilihlah penyegar yang berasaskan bahan-bahan semula jadi untuk hasil yang lebih baik. 
• Gunakan kapas muka yang lembut untuk dibasahi dengan sedikit penyegar. 
• Sapukan penyegar ke seluruh muka dan bahagian leher secara perlahan-lahan. 
• Pastikan ia disapu dalam keadaan memutar. Jika anda dapat merasakan sensasi dingin penyegar wajah yang anda gunakan, ini bermakna wajah anda sudah benar-benar segar. 
Haaa... benda ni lagi lama sangat tak pakai. Last...? sebelum ada anak?! hermmm ^_^

Pelembap muka
Sama seperti penyegar, pelembap muka juga amat penting untuk memelihara kesihatan dan kecantikan kulit. Pelembap yang baik adalah apabila ia dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi seperti teh hijau dan daun lidah buaya. Pelembap muka tanpa haruman adalah lebih baik kerana ia menunjukkan kandungan kimia yang rendah atau langsung tidak mempunyai bahan ini di dalamnya. 
• Ambil pelembap muka dan sapukan perlahan-lahan di keseluruhan wajah dan leher anda. 
• Mulakan dengan bahagian dahi, diikuti dengan bahagian muka, dan terus ke dagu. 
• Hati-hati dengan jumlah pelembap muka yang anda pakai kerana jumlah yang berlebihan akan menyebabkan wajah anda tampak berminyak. 
• Sekiranya kulit anda terasa licin atau sedikit melekit, ia menandakan kelembapan pada muka anda sudah mencukupi. 
Masih ada bekalan.. Pun... sangat susah nak ambil dan pakai ;p Buat hiasan aje ekk.. Ish ishh rugi rugi ^_^

Skrub
Skrub berfungsi untuk membantu meluruhkan sel mati yang merupakan punca kulit kering dan kusam. Di samping itu, ia juga membantu mempercepatkan proses regenerasi sel kulit. 
• Gunakan skrub muka setiap dua atau tiga kali seminggu. Pilih skrub yang mempunyai butiran halus kerana ia lebih sesuai dengan tekstur kulit seorang wanita. Skrub dengan butiran kasar lebih sesuai untuk lelaki kerana liang roma mereka yang luas. 
• Pupur wajah anda seminggu sekali untuk menanggalkan sel-sel mati dengan lebih berkesan selepas ia dilulur dengan skrub. 
• Penggunaan krim lingkaran gelap bawah mata atau sebarang petua lain untuk menjaga kesihatan dan kecantikan mata juga tidak salah diamalkan selagi ia tidak mendatangkan kesan sampingan.
Tak scrub, tapi  kali mandi mesti gosok dgn berus badan yg kasar tuh.. Bukan jaring lembut warna-warni tu yerr.. ini yg kasar hahahaha... Yelah kita kan diciptakanNYA drpd tanah.. Maka jangan hairan la tubuh kita akan berdaki.. Ku lebih prefer gosok. Takde berus badan, memadai kain2 baju lama yg kita dah tak pakai ^_^ Tubuh kita bukan milik mutlak kita, hanya pinjaman semata. Jagailah ia sebaiknya.

Kawan-kawan pakai pencuci apa yer..?
^__^

Salah Faham Tentang Penyusuan Susu Ibu


Klik untuk pembesaran
Sumber : Nutriweb

Thursday, March 21, 2013

Solatullah Salamullah

Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassallam
setiap masa.. Semoga kita semua diberkati

Dan... jangan marah ye bila anak2 patahkan senduk kayu mok dia
huhuhuhu T_T
Rezeki lebih, mujur mok beli 2 batang senduk kayu.. Gunalah apa yang ada ye :)

Selamat tengah hari semua
^_^

Wednesday, March 20, 2013

Ww : 2 ketek singgit! 2ketek singgit!


Ketek = sepit udang galah :p

Khasiat bawang PUTIH

♥ KHASIAT BAWANG PUTIH ♥

1. Mengurangkan risiko strok
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. AntiinflamasiKajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.




credit : Facebook



Kalau buat sambal belacan letak bwg putih banyak2! nyummmmmms!

Sunday, March 17, 2013

Nak pergi shopping la...Dalam rumah jer..


^_^

 Model bag..? Baju..? Eerrr pampers..?

 Berat pulok..

 Lalalalalaaa...

Ma sila jangan kaco saya nak shoping ;p


Isi dalam beg hanya lampin dan 2biji mainan ekekekeke...

Selamat berhari minggu semua ^_^


Friday, March 15, 2013

Jom mengayuh!

Basikal biru siap carrier dibelakang - patah sudah dibahagian handle
:( Sebelum ni basikal Merah yang patah...

 Sila jangan betulkan pandangan anda hehehehe..
Apa yang terbalik? ;p

 Ha.. La ni baru betul :) Sesuai dengan pembesaran masing-masing :p

Besarkan biji mata

 Buat muka lagi

 Dah terror ubah stereng sendiri

 Ketepi! ketepi! saya nak lalu..
Saya tak sabar nak besar!


Tuesday, March 12, 2013

Ye! Menang! Kau buat ku tersenyum manisss


Suatu petang selepas puas bermain basikal..
Situasi : 
Dalam rumah, tengok tv sambil duduk bawah kipas yang dipasang laju untuk hilangkan peluh

Ma : Abang aqil main basikal tadi best tak?
AA : Emm.. Best!
Ma : AA lumba basikal dengan kakak ke?
AA : Ye! Aqil bawak basikal laju!
Ma : Laju sangat ke? AA lumba dengan kakak, menang tak?
AA : Ye! Aqil menang!
Ma : Menang! Dapat nombor berapa?
AA : Nombor 3!
Ma : (sambil senyum) Ha? Nombor tiga? Kenapa tak dapat nombor satu? Dapat hadiah tak?
AA : Nombor tiga! (sambil kira.. satu..dua..tiga..) Dapat hadiah
Ma : AA dapat hadiah apa?
AA : Basikal lah! Warna biru! (Ma dah tergelak2 dah masa ni)



pic kredit : ibu2 comel mengandung

Monday, March 11, 2013

Jom Ber'BAGPACK'

Iklan! Iklan! seminit dua minit
Mari dapatkan begpack, jersi, training T-shirt, kasut sukan di

Antara album KEDAI SUKAN MIZIE
>>>>> ALBUM BACKPACK <<<<<
Variety of Bag Pack. Harga rm35 termasuk post, COD rm30 area nibong tebal,parit buntar



 Lain-lain design lihat dalam Album ye :)




Beg hasil tekaan Ma yang bertuah dapat hadiah berupa..


 Beg Hijau ni.. Hihi.. Nak pi jalan senang sikit. Boleh letak baju anak2, baju emakbapak pun boleh hihihi
Besar ruang dalam beg ni. Memang puas hati. Sebelum menang begpack ni, memang Ma dah list nak cari satu, alhamdulillah rezeki dapat beg hasil teka-teki-teka-tekuk :)))
Terima kasih buat Kak Herda & Abg Mizie kerana menganjurkan kuiz tersebut


JOM DAPATKAN BAGPACK ADIDAS
Bukan itu sahaja, KSM ada juga menjual A-AAA Jersi, Kasut sukan dengan harga yang berbaloi-baloi.

>>>>> ALBUM BACKPACK <<<<<
Jom singgah dan Like page Kedai Sukan Mizie

Saturday, March 9, 2013

Anak lelaki vs Anak perempuan

FAKTA PEMBESARAN ANAK-ANAK

Khas untuk ibu bapa sekalian.... Tahukah anda bahawa.. :

1. Anak tunggal selalunya lambat cakap.


2. Anak perempuan bercakap 3 kali lebih banyak daripada anak lelaki

3. Bermain dengan anak2 meningkatkan kegembiraan emosi mereka


4. Anak lelaki suka fizikal touch dgn bapak. Main ultraman, pergi padang. Jika

anak lelaki tidak dapat fizikal touch, dia akan suka bergaduh dengan adik2nya.


5. Interaksi antara ibu bapa dan anak dgn bermain akan membina bonding antara anak dan parent.

6. Anak2 pun akan stress kerana tak dapat keluar rumah. Jadi, cuba cari masa bawa anak keluar dari rumah.

7. Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal)


8. Anak lelaki mempunya potensi yg lebih besar dari sudut kemahiran


visuospatial (ruang). Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang

bersukan seperti bola sepak, menunggang basikal. Doktor galakkan belikan

anak basikal kerana ini akan meningkatkan skill mereka


9. Kanak-kanak yg mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai 


kemahiran bertutur dan berbahasa yang baik


10. Kanak2 yg sering berdamping rapat dgn bapa mereka didapati lebih


berdaya saing dalam banyak hal. Lebih berkeyakinan diri, sayangkan diri sendiri,

mudah menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yg baik.


Sumber: FB

Parents yang mempunyai anak yang berbeza jantina boleh bezakan tak mereka?
Shima ada dua orang anak lelaki... Jadi, bab bercakap tu tak boleh rekod lagi :)))
Bab fizikal touch dengan bapa MEMANG YA untuk anak lelaki :)
Both the boys kalau mak jegil biji mata je dorang pakat lari peluk ayah hihihihi...

Friday, March 8, 2013

Selamat makan tengah hari :)v

Entry fresh from oven... hihihi bukan mem'baking' yer teman-teman ^_^

Hari ini kita lunch mee goreng kosong T_T... Layan tekak anak-anak. Kanak-kanak mana yang tak suka segala jenis mee.. :)

i like to eat.. like to eat.. and i love to eat :)
(lagu kartun chowder)

 Gaya biasa sewaktu makan.. I wanna eat by myself! nyummm

 "Makkkk... Abg aqil la pulak!"
While he saw mak take a pic of adik tengah makan

"Abg pulak? emmm yelah.. "
(mee tambah 2nd round)

mee tambah 2nd round for adik too!
Bila dah habis dengan pinggan-pinggan tu dia telangkupkan
(means no more mee tambah ye mak... I'm full oledi)
^____^



At the same time, Abg Aqil ask mak for more.. 3rd round.. 
...tak habis pun..

"Perut Aqil dah besar. Besar je"
(reason takmo habiskan)


Heaven! .. Anak2 makan bertambah. Bila suami pun makan bertambah 3-4kali lagi heaven kan!
en.Ayah tak selalu dapat makan bersama2 dirumah. Maklumlah bila sampai rumah pukul 10-11malam. Suami makan ditempat kerja sahaja sebab tauke belikan nasi jika pulang lewat malam. Bila dapat pulang awal ke rumah dapat makan air tangan isteri memang makan bertambah.. Senyum mak pun bertambah tambah lebar kan hihihihihi ^____________________^

Mesin Parut Kelapa

 Zaman kanak-kanak dulu mesin kelapa macam inilah yang Ma guna. Makcik @ Mama buka kedai runcit kecil-kecilan. Pandai jugaklah Ma memarut sewaktu umur darjah 1-2 hihihi.. Bentuk Macam inilah mesin milik Mama.. Punyalah berani parut kelapa sendiri kan...

Suri rumah lain sibuk nak beli/dapatkan sebuah oven tak kisah la jenama apa.. Tapi Ma tak dapat oven setelah tunggu lebih kurang 6tahun. Masa lahirkan adik Afiq, Ma dapat mesin parut kelapa aje. Rupa bentuk seperti gambar diatas. Warna sahaja yang lain iaitu putih. Dan waktu memarut kena duduk bersila ye ^_^.

Memula takut gak nak cuba. Maklumlah dah berkurun tak parut kelapa. Order kat kedai runcit aje kan. Lebih-lebih lagi masih baru, mata pun tak berapa tajam, lajuuuuu pulak tu. Bayangkan kalau terparut jari-jemari nih... ngilu tak? En.ayah la yang jadi tukang parut tiap kali nak guna santan ;p

Alhamdulillah. Alah bisa tegal biasa. Ma dah ok. Dah ada keberanian, kekuatan, tawakal, nak parut kelapa sendiri. Kesian kat en.ayah selalu kena parutkan kelapa. Kalau ada jiran2 yang minta kelapa parut takkan nak tunggu en.ayah balik keje kan.. La ni diam tak diam dapat jugak kumpul duit jual kelapa parut sebiji seringgit je.. Kelapa kecik, Ma kasi extra 2biji. Pada mulanya memang kami tak jual. Tamo amik duit sebab kelapa tu pun en.Ayah yang kait free-free je kat stor sawit tempat kerjanya. Ambil dengan izin en.Tauke. Dari dok terbuang, sepah2 gitu je baik ambil. Kadang2 bagi kat orang sebelah tu yang berniaga nasi lemak... Tapi jiran2 segan dok asyik dapat free je. Tu yang dia kasi duit kat anak2 Ma. Sebab segan jugaklah Ma cuma jual sebiji singgit je @ dua singgit! dua singgit! hihihi.. Kalau kat kedai kos petrol + kelapa sebiji-RM1.50 dah berapa. Yang beli pun jiran baris2 rumah Ma je :) Tak sangka pulak jadi sumber rezeki. Tak banyak, sikit pun jadilah. Syukur Alhamdulillah. Yang mencabarnya bila nak parut, dak kecik kat rumah ni pun sibuk jugak dok hulur-hulur kelapa tu nak memarut jugak T_T lagi la seriau kan.. Setakat ni alhamdulillah tiada kejadian buruk berlaku dan moga tiada kejadian yg tidak diigini berlaku :)

Tuesday, March 5, 2013

Kenapa mesti Marah....?

[ TIPS ] - MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Anak kita adalah cermin diri kita…….. 

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. 

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tips yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

Info dikongsi dari : My Kewpies Outlet dan Excel Qhalif

Facebook : Excel Qhalif

Brothers.. Bersama selamanya

 Sewaktu menonton...

 Buat 'homework'...
(maaf abg terlebih sopan kikikik)

 Sewaktu kena paksa jadi model untuk memenuhi hp mok...

 Gurau senda... kelahi pun ada..

 'kemas' pun bersama-sama
walau hakikatnya mok yang kena susun semula sambil diiringi backup sound huh! (sila jgn amalkan)

 Rehat... Alangkah bagus bila setiap waktu bersama2..
Nanti yang sorang takde kawan mula la mengaco..
Siapa yang selalu kacau siapa waktu tido yer... Hermmmm
Teka..? adik

 eh eh.. Basikal pun nak bersama jugak...
Basikal biru dah patah di bahagian handle.. punya la ganas kan.. Nak kena hantar kampung utk dibaiki..

Agak-agak macam mana la keadaan bila abg aqil dah jadi abglong kepada 2org adik? hermmmm (sambil ketuk jari telunjuk didagu)...
Umur dah 30tahun.. hermmmmm... Perancangan hingga 35tahun.. Allah s.w.t yang menentukan.



Monday, March 4, 2013

Update : Anak-anak

Ok! update tentang anak-anak la yer...
Alhamdulillah masuk bulan MAC ni, abg aQil-3thn 7bln, manakala adik afiQ-1thn 7bln.

Dah 2 kali mok kerjakan rambut abg aqil jadi gini.. ala-ala abubakarelah (yg  glamer) kalau tak glamer pangge tempurung kelapa @ helmet! T__T hukhuk! Gara2 geram sangat dengan rambut depan yang asyik dok menyucuk mata tu, habis mak dia kerjakan rambut depan dia.. Habis semua mok2 sedara dia pon marah kat mok huhuhuhu.. Baiklah mok bersalah! Ayah alter balik, trim sikit kat belakang telinga tuh, ha.. baru la nampak ok.. Siap tinggalkan pesanan penaja lagi.. "Lepas ni kalau mak pegang rambut aqil dengan gunting, bagitau ayah tau!" huhuhuhu... T_T
Bukan takat mak2 sedara dia je, jiran2 pun dok kata "siapalah yg gunting rambut aqil nih" Adehhh...
Takpelah, rambut aqil kan cepat panjang.. Janji waktu mukTeh dia bersanding besok rambut dah hensem okeh!

Rambut sebelum dikerjakan mok!
Dah macam gegel dah tau! 
Masa ni tak nampak dahi yang luas tuh kikikik...

 Adik... hemmm pantang nampak penyapu habis semua bende dia sapu sekali..
Tengokla aksi dan gaya anak bertuah ni
Kusyuk! Sebab waktu ni mok tak marah pun..

Sempat kerling tengok abg jap..
Bila mok bersuara " Dah dik, gi simpan penyapunya. Dah siap dah tu"
tau tak adik manis ni buat apa?
Haaa... dengo je mak kata simpan, dia pun mengeluarkan suara nyaringnya yg sebelum ni dia simpan
Huwarghhhhh! Memang tamo nya dia simpan balik. Bertuah sungguh!
Siap mok plak dia bebelkan..

Hehehehe.. kena la pujuk kan..
Injection terakhir, adik demam 2hari. Demam manja2 je tak tinggi pun suhu, demam sekali sebab nak keluar gigi geraham 2batang. Berat adik baru 9kg. Masih line kuning.. Dalam 100-200gm je lagi nak ke line putih..  Alhamdulillah anak2 sihat2 belaka walau cuaca tak menentu sekarang... 

Saturday, March 2, 2013

Korean Drama!... omak tersampuk dah!

As'salam semua...

Dalam diam-diam daku tak dapat hupdate blog @ berkunjung ke rumah teman2.. Aktiviti diisi dengan menonton drama korea di OneHD hahahaha... Ku memang bukan jenis kaki layan drama dari mana2 ceruk dunia yer.. sebab TV tu banyak kasi can kat anak2 je.. Drama melayu terakhir yg ku follow ialah Mimpi Cinderella.. Habis je tu takde nak layan lagi dah! Sila la percaya! Drama seberang memang tak terlayan sebab merapik2 nak terlalu panjang! (byk kije mok nak buat tau!).. Alih-alih  TERJEBAK dengan drama korea sebab TERTENGOK 1st episod! Memula tak tau pun ada chanel 393 tu kat tv hahaha... Haru sungguh la kan! Boleh la layan Running Man sekali hahahaha...

Okey cerita yang daku tengok tu tajuk "Stay With Me, My Love"...
Sinopsis - “Stay with Me, My Love” is about a young single mother and her love triangle relationships with the father of her child and her newfound love. Starring Lee So Yeon, Lee Jae Yoon, Ohn Joo Wan, Kim Mi Sook.
Haa..cerita dia memang seronok nak diikuti tau. Takde la stress! dan kita sering tertanya2 apa pulak helah episod akan datang.. Cerita start isnin-jumaat @ 6.30pm-7.45pm.. TAPI tak best la kan tengok maghrib2.. Ulangannya hari yang sama @ 11.30am-12.45pm... Huiii sila masak awal2 ye hihihi... Pagi2 pukul 2.30am pun ado.. tapi tak koser la mok nak tengok jam tu kan..

Isnin ni dah masuk episod 34.. Tapi hok online nih baru episod 19... >>>>> OneHD <<<<<




Comey2 kan mereka hihihi... Suka tengok kereta diorang.. besar-besar! mesti warna putih! hihihi... Tengok je boleh, nak beli bukan takde duit tapi jangan membazir  ^__^ pakai je apa yang ada heheheheee....

Ada yang join tak tengok cerita nih? Oh ya! Daku cuma layan satu2 drama ni sahaja, jadi tak boleh la dikategorikan fanatik korean ekk! hihihiii... Ini pun terfikir2 sampai episod berapa la gamaknya. Nasib ayah sporting! dia pon join, kalau terlepas, mok la jadi tukang cerita hahahaha... Hemmm teringat masa zaman Winter Sonata! sanggup en.Ayah beli 2set cd winter sonata tuh!

Friday, March 1, 2013

Si kecil ku cak!

Huikkk nambah lagi ke dak shima ni? tu yg dok menyepi je..?
>>>>> idok ehh <<<<<




Mula-mula nak cerita tentang ahli baru ni.. 
Cucu ke 4 atok Salleh & embah Jariah.. Sekarang dah berusia 2bulan lebih! Alhamdulillah! Semakin mantop, gebu, padat! hahahaha.. Pandai mukDe describe kamu kan Aqmar.. Suprisingly kenaikan berat dari 1bulan ke 2bulan sebanyak 2.2kg! Fuhhh! abang2 kamu yg paling byk pun naik takat 1.55kg jer huhuhu.. Semangat! Samo ngan berat abg aqil dlm usia yg sama dolu :)
Berkat susu ibu kan.. Insyaallah! Chaiyok akak ipar! hehehehe..
Moh ler layan gerammmm dak gebuss nih!
Iras wajah? Tang muka, atas ikut ayah, hidung ke bawah ikut ibu.. Dahi luassssssss ma! Tengok la anak2 mukDe.. Dua2 luas! Mok pok nye dahi pun luas, jendul sikit hahahaha...


 Embah jaga cucu no4.. Tamo nurseri

 ayah & ibu

(gigi abg saya gitu belah kiri, saya belah kanan hihihi)
dah kata kembo kan

 Please! Vote for me!

Masa ni kamu dalam hari lagi taw!
Tangan pun tak gebu lagi waktu ni 

Adik afiq tak marah pulak bila mok dia kelek baby lain.. Lagi dia cuit2 nak cucuk2 tang mata huhuhu.. Ada can la mok tambah lagi harharhar! Ops! memang nak tambah lagi kalau ada rezeki cume beri peluang adik afiq habis kuota susu dia dulu.. Baru mok puas hati!
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.