NUFFNANG

Friday, March 8, 2013

Mesin Parut Kelapa

 Zaman kanak-kanak dulu mesin kelapa macam inilah yang Ma guna. Makcik @ Mama buka kedai runcit kecil-kecilan. Pandai jugaklah Ma memarut sewaktu umur darjah 1-2 hihihi.. Bentuk Macam inilah mesin milik Mama.. Punyalah berani parut kelapa sendiri kan...

Suri rumah lain sibuk nak beli/dapatkan sebuah oven tak kisah la jenama apa.. Tapi Ma tak dapat oven setelah tunggu lebih kurang 6tahun. Masa lahirkan adik Afiq, Ma dapat mesin parut kelapa aje. Rupa bentuk seperti gambar diatas. Warna sahaja yang lain iaitu putih. Dan waktu memarut kena duduk bersila ye ^_^.

Memula takut gak nak cuba. Maklumlah dah berkurun tak parut kelapa. Order kat kedai runcit aje kan. Lebih-lebih lagi masih baru, mata pun tak berapa tajam, lajuuuuu pulak tu. Bayangkan kalau terparut jari-jemari nih... ngilu tak? En.ayah la yang jadi tukang parut tiap kali nak guna santan ;p

Alhamdulillah. Alah bisa tegal biasa. Ma dah ok. Dah ada keberanian, kekuatan, tawakal, nak parut kelapa sendiri. Kesian kat en.ayah selalu kena parutkan kelapa. Kalau ada jiran2 yang minta kelapa parut takkan nak tunggu en.ayah balik keje kan.. La ni diam tak diam dapat jugak kumpul duit jual kelapa parut sebiji seringgit je.. Kelapa kecik, Ma kasi extra 2biji. Pada mulanya memang kami tak jual. Tamo amik duit sebab kelapa tu pun en.Ayah yang kait free-free je kat stor sawit tempat kerjanya. Ambil dengan izin en.Tauke. Dari dok terbuang, sepah2 gitu je baik ambil. Kadang2 bagi kat orang sebelah tu yang berniaga nasi lemak... Tapi jiran2 segan dok asyik dapat free je. Tu yang dia kasi duit kat anak2 Ma. Sebab segan jugaklah Ma cuma jual sebiji singgit je @ dua singgit! dua singgit! hihihi.. Kalau kat kedai kos petrol + kelapa sebiji-RM1.50 dah berapa. Yang beli pun jiran baris2 rumah Ma je :) Tak sangka pulak jadi sumber rezeki. Tak banyak, sikit pun jadilah. Syukur Alhamdulillah. Yang mencabarnya bila nak parut, dak kecik kat rumah ni pun sibuk jugak dok hulur-hulur kelapa tu nak memarut jugak T_T lagi la seriau kan.. Setakat ni alhamdulillah tiada kejadian buruk berlaku dan moga tiada kejadian yg tidak diigini berlaku :)

3 comments:

syawalsimpsons said...

lama tak nampak mesin parut kelapa ni

chepah ila Hussein said...

terbaeklah mek!
kelapa kat KL dah RM2.30!
tak dapek dah duo singgit!
aku jadi jiran ko leh?
hohohohoh

Marya Yusof said...

As salam Shima,

Jgn tak caya akak pun pandai parut kelapa tau! hehee... Masa nak dtg sini dulu ingat nk belilah mesin parut satu tapi pastu last minute cancel sebab dpt tau ada jual dlm tin & parut guna mesin/blender jelah...perah terus dpt santan, tp jenuh nak kupas kulit utk dpt isinya tu... abis jari jemari I tau! So santan tin adalah jln keluar... nasib baik ada jual! :))

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.