Zaman kanak-kanak dulu mesin kelapa macam inilah yang Ma guna. Makcik @ Mama buka kedai runcit kecil-kecilan. Pandai jugaklah Ma memarut sewaktu umur darjah 1-2 hihihi.. Bentuk Macam inilah mesin milik Mama.. Punyalah berani parut kelapa sendiri kan...
Suri rumah lain sibuk nak beli/dapatkan sebuah oven tak kisah la jenama apa.. Tapi Ma tak dapat oven setelah tunggu lebih kurang 6tahun. Masa lahirkan adik Afiq, Ma dapat mesin parut kelapa aje. Rupa bentuk seperti gambar diatas. Warna sahaja yang lain iaitu putih. Dan waktu memarut kena duduk bersila ye ^_^.
Memula takut gak nak cuba. Maklumlah dah berkurun tak parut kelapa. Order kat kedai runcit aje kan. Lebih-lebih lagi masih baru, mata pun tak berapa tajam, lajuuuuu pulak tu. Bayangkan kalau terparut jari-jemari nih... ngilu tak? En.ayah la yang jadi tukang parut tiap kali nak guna santan ;p
Alhamdulillah. Alah bisa tegal biasa. Ma dah ok. Dah ada keberanian, kekuatan, tawakal, nak parut kelapa sendiri. Kesian kat en.ayah selalu kena parutkan kelapa. Kalau ada jiran2 yang minta kelapa parut takkan nak tunggu en.ayah balik keje kan.. La ni diam tak diam dapat jugak kumpul duit jual kelapa parut sebiji seringgit je.. Kelapa kecik, Ma kasi extra 2biji. Pada mulanya memang kami tak jual. Tamo amik duit sebab kelapa tu pun en.Ayah yang kait free-free je kat stor sawit tempat kerjanya. Ambil dengan izin en.Tauke. Dari dok terbuang, sepah2 gitu je baik ambil. Kadang2 bagi kat orang sebelah tu yang berniaga nasi lemak... Tapi jiran2 segan dok asyik dapat free je. Tu yang dia kasi duit kat anak2 Ma. Sebab segan jugaklah Ma cuma jual sebiji singgit je @ dua singgit! dua singgit! hihihi.. Kalau kat kedai kos petrol + kelapa sebiji-RM1.50 dah berapa. Yang beli pun jiran baris2 rumah Ma je :) Tak sangka pulak jadi sumber rezeki. Tak banyak, sikit pun jadilah. Syukur Alhamdulillah. Yang mencabarnya bila nak parut, dak kecik kat rumah ni pun sibuk jugak dok hulur-hulur kelapa tu nak memarut jugak T_T lagi la seriau kan.. Setakat ni alhamdulillah tiada kejadian buruk berlaku dan moga tiada kejadian yg tidak diigini berlaku :)
3 comments:
lama tak nampak mesin parut kelapa ni
terbaeklah mek!
kelapa kat KL dah RM2.30!
tak dapek dah duo singgit!
aku jadi jiran ko leh?
hohohohoh
As salam Shima,
Jgn tak caya akak pun pandai parut kelapa tau! hehee... Masa nak dtg sini dulu ingat nk belilah mesin parut satu tapi pastu last minute cancel sebab dpt tau ada jual dlm tin & parut guna mesin/blender jelah...perah terus dpt santan, tp jenuh nak kupas kulit utk dpt isinya tu... abis jari jemari I tau! So santan tin adalah jln keluar... nasib baik ada jual! :))
Post a Comment