NUFFNANG

Monday, May 30, 2011

Ke Pediatrik..

Malam sumer... Baru pas mkn mlm hukhuk udah pukui berapa ni.. Biasala tgu cik abe balik kije dulu, rehat2, mandi baru la dia nak mkn nasi.. Hari ni lauk spesel la.. Belut masak sup. Adik2 tingin nk mkn.. Tu yg beli 2ekor je tp kecik2 la.. Dorang nk rasa mkn belut. Bagus mkn belut ni terutama kuahnyer tuh. Leh ubat sakit kulit. Saper alergi tu leh mkn insyaallah hilang. Tp kena rajin mkn la bukan mkn sekali terus baik huhu..

Ni nak citer. Hari ni temujanji kat klinik paed sepital muar. Cek aQiL la sbb biji yg kat leher dia tuh. aQiL jd org terakhir lak tuh! So far doc kata ok jer. Lgpun bijinyer soft bila kita pegang. Klu khuatir kanser tu biji akan keras tak lembut. aQiL pun jarang sgt sakit dan dia aktif. Bab berckp je lmbt. Dia pun ada anemia sikit.. Tapak tgn ada pucat la sikit sebab kurang drh kan.. Td kena gak cucuk utk amik drh. Masyaallah punyalah susah nk amik. Sebabnyer para doc kat situ baringkn dia n bedung dia! Dah nama budak TAK HINGIN dia nk baring2 nih! Adoiiii terpaksa jugak. Apalagi melalak sakan la dia sampai adik2 yg tgu kat luar pun leh dgr sore dia nangeh huhu.. Punya la lambat drh tu nk meleleh kuar adoiiii! Omak dh tak tahan cian dgr dia nangis. Bab cucuk tu omak tak risau sgt sbb aQiL kuat! Sampai 3 org pegang dia.. Abis je cabut jarum baru la aQiL ckp kittt.. kitttt.. maknanyer sakit la tuh!

Omak pun suh doc tu letak plaster kat kapas. Tak mintak kang dia tak tampal. Dah sudah tak nangis la dia, dh bebas!!! Sebenarnyer senang je nk cucuk dak ni. Klinik leh amik dgn mudah takkan sepital tak leh kot. Kat klinik ayah dia pangku n misi cucuk. Tu je xnangis pun. Dh cabut jarum br la dia merengek sikit.. Ni sampai kena bedung bagai.. Alalalala sian anak mak ye.

Dh kuar keputusan drh nti br doc kol omak la bgtau next temujanji n decide sama ada aQiL perlu mkn ubat zat besi @ tak.. Cuma lega la sikit sebab 3 biji tu xde apa2. Its normal. Yg best doc siap main2 ngan aQiL siap gelak sakan dia n doc ckp he so obedient hihi.. Pandai pilih menan nak stetoskop doc! Doc kata "Pandainyer! Nak jadi doc ye nti? Jgn.. Gaji murah" wakakaka.. Omak eh yg golakk.. Apa2 jelah doc nih.


Moh layan dak aQiL syok menconteng..


Yg lawo tuh omak eh yg gian nk mengaler ;p


Pas cek spital, kitorg pun gi psr mua jap beli2 lauk. Pehtu pi giant sat. Pehtu kul 2.30ptg br nk cari kedai mkn.. Adoiiii lauk kedai pun dh habis, nk tutup dah.. Hahahaha punya la lmbt nk mkn tgh hari.. Nasib kedai dekat2 ngan umah ada lauk pauk lagi. Dpt jugak la isi perut, alhamdulillah.

Koje tak habis.. Sampai umah omak nk kena siang2 ikan sumer, sidai baju2, masak sekali utk lauk mlm.. Hoh! tak duduk tumit pun sakit, pinggang lagi huhu.. Mlm ni nak tido awal la sket.. Maklumlah dh masuk 7bln nih sakit pinggang makin kuat dr sehari ke sehari.. Okeh la sampai sini je coretan mlm ku..

Assalamualaikum warahmatullah.. Selamat mlm semua :)




Friday, May 27, 2011

MANDI WILADAH - WAJIB!!!

Maybe ada yg dah tau dan tak kurang juga yg tak tau cam aku ni ha. Oppss! Baru hari ni tau. Belek2 kat discussion FB majalah Pa&Ma.

So kat sini ku nak kongsikan bersama.. Selepas aQiL berusia 1thn 9bln nih.. Jadi cepat2 baca dan cepat2 buat! Subhanallah!



Mandi Wiladah adalah wajib dan bukan sunat. Ia termasuk dalam
perkara-perkara yang mewajibkan mandi. Ia berbesa dengan mandi untuk
nifas, yang dilakukan selepas darah nifas kering.

Mandi wiladah bererti mandi selepas melahirkan (wiladah=kelahiran).
Ini kerana bayi yang lahir itu diumpamakan sebagai "mani/darah yang
beku" atau alaqah (rujuk ayat penciptaan manusia)

Walau bagaimana pun mandi wiladah ini boleh dilakukan pada bila-bila
masa, waktu terakhir dibolehkan mandi wiladah adalah bersama-sama
dengan mandi untuk nifas (mandi sekali dengan dua niat).

**Ini ku cuma mandi dgn niat slps habis nifas.. So xde niat wiladah. Ptg ni jugak ku wajib mandi dan berniat wiladah!**


di bawah ini saya sertakan rujukan saya

Harap membantu :)

-Dr Rita Aisyah


MANDI JUNUB

Hukum Mandi junub Mandi Junub iaitu mandi hadas besar atau mandi
janabah hukumnya wajib.Yakni apabila sebab "mewajibkannya
mandi "telah berlaku keatas diri seseorang. Perkara yang
mewajibkan mandi Islam mewajibkan umatnya mandi setiap kali mereka
menanggung
hadas besar.

Sebab-sebab mandi wajib ialah seperti berikut:

- Melakukan hubungan jenis sama ada keluar mani atau tidak.
- Keluar mani sama ada kerana bermimpi atau kerana perbuatan yang
disengajakan
- Mati - melainkan orang yang mati syahid.
- Keluar darah haid iaitu darah yang keluar daripada rahim
perempuan yang sudah sampai umur
(baligh) pada waktu sihat badannya.
- Keluar darah nifas iaitu darah yang keluar daripada rahim
perempuan sesudah melahirkan anak.
- Bersalin(Wiladah) iaitu melahirkan bayi, malah jika kering
sekalipun, sama ada yang lahir itu
segumpal darah ataupun segumpal daging.

MANDI KERANA WILADAH DAN NIFAS

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai
kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi
kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab
keluar darah nifas.
Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu
mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah).
Begitu juga bagi perempuan yang mengalami
keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada
keguguran itu hanya berupa darah beku ('alaqah) ataupun hanya
berbentuk seketul daging (mudhghah).
Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut
untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu
sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan
tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai
perbezaan
.

Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah
yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan

anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar
sebelum berlalu lima belas hari
setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu
tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari
atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan
sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini
perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu
melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa
darah beku ('alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).
Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah)
setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib
mandi kerana beranak
(wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti
darahnya atau habis tempoh
masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau
masa paling maksima
selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu
mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi
kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan
hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.

Rukun mandi

Niat yang disertakan dengan permulaan air keseluruh badan
iaitu "Sahaja aku mandi mengangkat hadas besar dari sekelian
tubuhku fardhu kerana Allah Taala".
Bagi wanita yang haid dan nifas, hendaklah diniatkan hadas haid dan
nifas.

Niat ini mestilah disertakan dengan permulaan membasuh seluruh
anggota badan sekalipun jika dimulai dari bahagian bawah.

Jika seseorang baru berniat apabila sebahagian daripada anggota
badannya sudah dibasuh, maka wajib baginya mengulangi lagi membasuh
anggota yang terdahulu itu.Jika dia berasa was-was sama ada telah
berniat atau tidak selepas mandi maka dia wajib mengulangi mandinya.

Sebut lafaz niat

Meratakan air pada seluruh badan, termasuk semua bulu dan rambut
serta apa yang zahir kecuali bulu dalam lubang hidung.

Rambut yang dijalin dan yang bersanggul wajib dileraikan tetapi yang
tersimpul dengan sendirinya,
dimaafkan. Juga wajib dibasahkan dua lubang telinga, hidung dan
segala kulit rekahan kaki dan perlipatan badannya. Menghilangkan
najis pada badan sebelum mandi atau sebelum disampaikan
air pada anggota yang ada najis.Sekiranya air itu tidak meratai
keseluruhan badan disebabkan
ada sesuatu yang menghalangi seperti minyak ,cat dan lilin maka
perlu mengulanginya kembali.

Cara-cara mandi junub

Untuk mendapatkan kesempurnaan cara-cara berikut hendaklah diikuti:

*Mengadap kiblat.basuh dua tangan tiga kali .basuh kemaluan
(istinjak).Buang kotoran seperti
hingus,mani,mazi atau benda-benda yang menghalangi sampainya air
keseluruh bada seperti lilin,
cat, minyak dan lain-lain lagi.

*Ambil wuduk seperti wuduk solat dengan niat "Sahaja aku berwuduk
untuk mandi wajib sunat kerana Allah Taa'la"

*sesudah berwuduk dengan lengkap mandilah dengan ucapan Bismillah
dan disertai niat mandi wajib.

*Sampaikanlah air keseluruh bahagian badan dan celah-celahilah
debgan jari-jari tangan semua rambut kepala kalau berambut panjang
hingga ke pangkal rambut.

*Kemudian selahilah dalam dua telinga, lubang hidung,celah
ketiak,lipatan perut dan pusat, bahagia-bahagian antara dua buah
punggung dan bahagian sulit ,celah jari-jari kaki dan hingga yakin
air telah sampai keseluruh bahagian badan.

*setelah selasai semuanya ucapkanlah"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan
yang berhak disembah melaikan Allah yang maha Esa,dan aku bersaksi
Nabi Muhammad itu persuruh Allah".

Antara perkara-perkara sunat semasa mandi wajib ialah seperti
berikut.

* Menghadap kiblat
* Mengambil wuduk
* Membaca 'Bismillahirrahmanirra- him' yang disertakan dengan
membaca niatnya
* Menggosok badan ketika mandi
* Mendahulukan sebelah kanan da- ripada sebelah kiri
* Menyilati rambut - menggosok rambut supaya air rata
* Menyilati anak-anak jari kedua- dua belah tangan dan kaki
* Mandi dengan bertutup
* Berturut-turut - iaitu mandi hingga selesai tanpa berhenti atau
mela kukan pekerjaan lain
* Tidak bercakap-cakap
* Membaca doa wuduk Perkara yang dilarang (haram) bagi mereka yang
berhadas besar:
* Mengerjakan sembahyang (sama ada wajib atau sunat).
* Mengerjakan tawaf.
* Menyentuh dan membaca al- Quran.
* Menanggung al-Quran seperti mengangkatnya dengan tangan.
* Berhenti dalam masjid dan berulang-alik melaluinya - khususnya
bagi perempuan yang datang
haid dan nifas kerana bimbang darah kotoran dalam masjid itu
menitis. Berpuasa bagi perempuan yang haid atau nifas.

Perintah disegerakan mandi Junub. Melambatkan mandi wajib tidak
elok.

Sebagaimana sabda Nabi SAW:
"Malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada
gambar (patung) dan ada
orang yang berjunub".
Riwayat oleh Abu daud,Ahmad An-nasaai.Ibnu Hibban"

Sabdanya lagi:
"Tiga orang yang malaikat rahmat tidak akan menghampirinya iaitu
bangkai orang kafir, orang yang melumuri tubuh dengan khaluq dan
orang yang berjunub melambatkan mandi wajib melainkan
kalau ia mengambil wuduk".
Diriwayat oleh Abu Daud.

Rujukan:Buku "Rumah idaman syurga impian (isteri teladan) "oleh
Habsah MD. Nor.



1. mandi wiladah
- masanya - selepas bersalin/ keguguran

2. mandi nifas
- selepas abis darah nifas (maximum darah nifas ialah 60 hari 60 mlm)








Wednesday, May 25, 2011

Sepjg April & Mei 2011 PartThree

Ha la ni baru nak masuk bab omak eh lak ekekeke... Suka tgok gambo bwh ni. Gambar ayah n aQiL.. masa ni omak tak ingat la aQiL dh berapa bulan hihi.. sebln lebih ada kot. Kemain pipi tombam dia. Syok tido kat ayah. Rindu sgt time ni hihi.. Tak pe tak lama je lagi kuar lagi hahaha..






Hok ni malu jer.. gumuks! 32mgu prgnt aQiL.. besor tol pewot, anak pon besor huhu Verrangannnn jer ni... ;p



Berat awal mei hari tu naik 2.3kg masa 25mgu.. Pejam celik dari berat bdn sblm preggy dh naik 10kg la lebih kurang huhuuu.. Sempat gak scan masa gi klinik utk cek air ketuban, uri, kedudukan kepala baby.. Nak tanya gender baby time tu mls lak sbb dh tau sgt peel Doc tu mmg tanak kasi tau so kita pon diam je la.. Masa scan tuh tarikh due berubah2 la. Xtau yg mana tepat. Harap xlari jauh mcm aQiL. Sempat gak la menjeling berat baby masa tu dh 843gram tau! Balik rumah cepat2 cari buku.. Kat buku tulih mgu terakhir trimster ke2 berat baby 1.3kg.. Naper ku sibuk nk tgok berat baby.. Yelah nk pantau gak takmo lagi baby ni lagi besar dr aQiL lak huuuu.

Habis je sesi ziarah klinik, omak pon smbung la mengganti puasa masa pantang aQiL. Gitu-gini campur tolak dah dpt 15hari. separuh lagi nk kena ganti. Itu pun ku puasa straight senin sampai khamis. Hr jumaat tu igt nk puasa tp terlajak lak.. Sebab dh biasa puasa ibu ngandung nih mkn nasi ptg gak.. Pas zohor @ asar baru nk masak lauk kikikik.. Apa yg ku mkn? Pagi ganti roti n biskut je la.. Mkn nasi pun sikit.

Sabtu pun sama. Xde mkn berat2.. Alih2 bangun je tido perut ku sgt sakit. Memula sakit sikit sempat la gi pejabat pos n pi kedai. Otw lik kedai makin sakit perut ku. Sampai umah rehat, baring pun serba tak kena. Ehhhhhhhhh kenapa ngan perut ni? Awal lagi ku nk beranak. Br 6 bln.. Sakit pon xde la keras2 n baby aktif. Sakit perut dr bwah pusat bwk ke pinggang tp belah kanan ajer huhu.. Sampai berpeluh2 ku menahan sakit. Baring pon xselesa. Last2 pi klinik. Klinik lak suh pi spital. Hoh tak psl2 ku merasa naik ambulan. aQiL lak ayah amik bwk pi keje. So bermlm la ku di sepital. Smpi spital sakit pon hilang bleh tak? Nasib satu mlm je kat spital dan semuanyer ok xde paper cuma mungkin kencing kotor n ada kuman sikit. aQiL lak bermlm di rumah jiran sbb ayah kena keje kuar 4pg. Alhamdulillah dpt jiran yg baik2. Masa admit spital tuh rupanyer berat ku dh turun sebyk 3kg.. sesambil scan baby, tgok berat baby pun dh 1.2kg. Ok la tuh.. 3 bln lagi kena pantau jugak. Harap baby tak besar sgt.

Kebetulan masa nk kuar spital terjumpa sepupu hubby. Dia pon sama cam daku preggy 6 bln. Tp perut dia cam dh tgu masa nk beranak jer. Gara2 dia ada kencing manis, kena cucuk insulin sendiri dlm badan.. Baby dlm perut br 6bln dh berat 3kg lebih!!!! korang leh bayangkan tak? Hoh aku tgok pon seram. Nasib ku ni berpantau lagi huhu.. Seram!

Skrg keadaan ku ok, sihat. Biasa la baby tendang2 sgt aktif smpi tegang perut ku. Nk duduk pun tak selesa dh. Lebih lagi kalo aQiL dok panjat perut time mak dia duduk huhu..







Sepjg April & Mei 2011 PartTwo

Haaaaaaaaaaaaa... sambung lagi citer.. PartOne dh citer psl aQiL n beskal. PartTwo pun nk citer psl aQiL gaks. Asyik citer aQiL jer... yelah omak mesti citer psl anak. tak lari punyer hihi..

Citer omak ado! tp nti dulu eyh.. Man-man..

Awal bln mei cam biasa la ku kena wat BSP utk kencing manis.. Rupanyer istilah utk ibu2 yg menghidap kencing manis masa mengandung dikenali sbg GDM! Ceh ku br tau da.. Amek drh hr Rabu, Khamis amik result n cek up cam biasa la. Alhamdulillah keputusan gula ok.. semuanyer 3point jer. Paling best HB ku 13.5 wah! aku sendiri terkejut walau ku tak pernah bwh 11. Masa sebln pantang dulu pon HB ku 14.. Sesambil cek omak, aQiL pon cek sekali. Slps 4bln doc suh dtg balik. Ini gara2 ada biji kat kelenjar leher aQiL. Org kata xde pape biasa la budak klu demam kdg2 ada biji kat kepala dia. Tp aQiL ni jarang sgt demam n biji tu pon tak ilang2. Tetiba d sebiji jd lak 3bji. Omak eh risau.. Disebabkn biji tu ada laie Doc suh amik drh dia sket. Sbb kat ketiak xde biji.

So bila dh amik drh nasib nangis sikit je amik result kasi la kat Doc. Ku bukan reti nk baca result yg pepjg tuh. Doc bgtau HB aQiL kurang.. Cuma 8.3 shj.. so drh cair la ni. Cam org ngdung gak. DAN.. dlm drhnyer ada kuman sikit.. Doc suggest jumpa pakar paediatrik kat spital muar. So buat surat sume n temujanji pun dh set kan.. 30hb ni cek aQiL. Kita tgu je la keputusannyer nti yerp. Harap xde paper sbb aQiL pon sihat dan aktif. Bab drh dia ada kuman tuh, Doc kasi antibiotik utk dimkn semgu. Alhamdulillah aQiL nk mkn ubat tu walau masuk dlm susu n alhamdulillah jugak sbb selera mkn dia dh mula meningkat.. Suka omak tau! mkn nasi 2kali sehari.. Mlm lak ngendeng ayah punya nasi pulak hihi..

Ada sesapa yg ada mslh mcm aQiL tak? Ku pon tak tau dia sakit apa nih. aQiL mmg lambat la nk ckp, hanya berapa perkataan je yg dia sebut fasih. Tp ank buah pun lmbt ckp. Bila dh pndai ckp xde pelat. Hari2 dok bwh ketiak mak pun yg jelas dia sebut ayah.. ayah.. Omak pun dia pangge ma je tu pun susah nk dgr huhu.. Apa2 pun harap xde yg serius pd aQiL.

Sepjg April & Mei 2011 PartOne

Uikssss enrty sekaligus.. Senang citer dan M pun ye jugak ekekeke... Heppp biasa ni M, M ni ;p.. Mcm byk ajer citer utk 2 bln tp tak byk mana pon hihiiii...

Memula kita layan dulu incik aQiL ni... Ha.. Pas omak eh kuar spital sabtu lepas, ayah dok sibuk bwk aQiL nk pi beli beskal. Dh lama plan nk beli tp ayah dok xde masa je. Gi keje gulap, lik keje pun gulap..Alhamdulillah ada rezeki lebih bln mei ni. Kisahnyer dikedai beskal.. Sesampai je kt kedai hoh! tak heran langsung dak aQiL nih ngan beskal.. Wat dunno ajer.. Kebetulan kat situ gak owner kedai susun menan2 kereta, lori, truck.. byk la lagi.. Ha! itu dia heran.. Punya la kita mak ayh ni excited nk kasi beskal dia sibuk ngan lori tu plak. Dn tidak membuang masa dia pun grab satu menan.. Tunjuk kat ayah. Ayah buat tak tau.. Pi lari kat mak, tunjuk kat mak lak.. Mak pun wat taktau.. Last2 dia lari kat tempat menan tu letak balik dan amik yg lain.. Dia jadi serba tak kena.."ishhh mana satu aku nk pilih ni" agak dia berkata dlm hati wakakaka.. mcm2 la ank mak nih.. Ayh pilih je beskal mana yg berkenan pastu terus balik. Mak sempat la jugak survey baby seat.. Besok2 omak eh nk bwk keta sendirian dgn anak2 senang baby dh ada tmpt dia..


suka wat mata gitew



sesambil tgok tv.. aQiL dh potong rambut..

Rambut nipis pun ayah trim jugak. Kesian, panas2 ni. terutama yg kat blkg telinga tu. Hoh bukan main susah nk gunting rambut dia. Nk pki mesin nipis sgt, kang botak lagi hahaha.. So ayah pki gunting ajer. Kepala dok geleng2 je tak dok diam. Bila rambut2 dia jatuh kat lengan nangis tunjuk kat mak sebab dia geli!! hahaha.. Mak yg dh mandi pon terpaksa mandi lagi sekali sebab penuh ngan rambut aQiL hikhik..
Dah potong rambut muka nampak lagi nakal ekekeke... Sayang anak omak ni ;D






Tuesday, May 24, 2011

cer citer..

Masih menunggu kuih kasui ku masak ngehh ngehh ngehh ;p

Err entri lagi utk hari ini.. Omak xdo kijo dok hambik gambar aQiL. Suka kalo tgok dia time nonton tv. Kusyuk kemain. Mcm Ayah dia... Hoh! kalo tgok cerita kat tv org pangge pon tak dengor. Nak kena cuit baru la... "ye yang" hehe.. Lagi2 kalo tgok citer kartun hah layankan je la.. Tgu iklan la jawabnyer baru omak eh leh pot pet pot pet ;p... Indah alam rumah tangga hihiiii.
Ni meh layankan gamba aqil yg dok syok tgok tv.. Ngan bantalnyer.. Haduihhh kalo la org tetiba dtg serbu umah ni, mau tak berkain mak ko berkemas hahaha...





tunggang-terbalik dah..




Hok ni plak adegan membawa lari besen omak eh.. Tgok la apa jadi. Selepas omak kasi senduk..













Ni lak omak eh punyer turn.. Masa ni dh 27mgu lebih dh... Besar ke tecik? Hihiiii Malu lak nk tunjuk perut ngehh ngehh ngehh..




aQiL paling suka hentak2 telinga, kepala dia kat pewot omak eh.. Time tido je musti nk pegang perut mak, siap mak kena selak baju sbb dia nk sentuh kulit ke kulit huhu..


Sok jgn buli adik udah la yer.. Tgok cam abg yg penyayang je nih ekekeke ;p




Ini gambo lama masa preggy aqil.. Time ni 32mgu dh.. seksi dok? Hehehe lonjong ajer





















kuih lagikkk



Sepanjg tak bersiaran niih, ni la keje ku kat umah.. Preggy dh masuk 6 bln nih mood masak pon dh lari sikit.

Ni gara2 teringin nk mkn kek coklat yg sgt shedap! Buat gak la sendiri tp tak pueh hati.. mkn sikit yg lain bagi jiran wakakaka.. Bisa la tekak ibu ngandung nih memacam Hoh.. Nak mkn american coklat kek.. ada tak? hihihihiiiiiiiii :P


Yg puding coklat tu ku tak cukup gaul. Tak tgu smpi dia pekat betul. Bila dh sejukkan jadi lembik sikit tp bleh la jgk dipegang ngehhh ngehhhngehh tp mmg shedap! ceh puji sendiri.. Tak berapa manis..

tgh dok menaip ni.. dlm kukusan ada kuih kasui.. Dpt 2 loyang.. Mak aihhhh! Xper nti kasi jiran2 hehehe..


Spesel entry; Happy 3rd Anniversary




Wah! kenal tak empunya badan nih? Ekekeke..


Enrty ni nak ucap selamat hari ulang tahun perkahwinan kat wan nurul hezrina @ mummy merah dan suami incik nizam pada hari ini.. Moga kehadiran org baru yg ke 4 ni lebih membahagiakan kamu.


Terima kasih sebab ingatkan aku ek, hihi..


Happy always n keep in touch!


Cayang ko :D




p/s: aku curik gambo ko ekekeke.. Pink2 lagi tuh.. ko suka tak? suka tak?

Wednesday, May 18, 2011

Salam... Salam...

Ngehhhhhhhhhhhhhh sebulan suda ku tak online.. Apa sebab? Sebab apa? Hahaha.. ni kes pakai jer pandai bayor tak berapa nak pandai ekekeke.. Sbb xnak susahkan cik abe maka dh kena potong baru ku bgtau dia wakakaka... Apalagi dgn dia2 sekali tak dpt nk tgok citer naruto shippuden haha... Ikut hati mmg nk potong terus.. Malas pulak. Duit nk pakai utk org baru nih.. Tp cik abe kata xyah.. so kita layannnnnnnnnnnnnn kehkehkeh..


Errrr selamat berjumpa kembali ye teman2... byk nk kena hupdate ni.. slow2 ek :)
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.