NUFFNANG

Friday, May 27, 2011

MANDI WILADAH - WAJIB!!!

Maybe ada yg dah tau dan tak kurang juga yg tak tau cam aku ni ha. Oppss! Baru hari ni tau. Belek2 kat discussion FB majalah Pa&Ma.

So kat sini ku nak kongsikan bersama.. Selepas aQiL berusia 1thn 9bln nih.. Jadi cepat2 baca dan cepat2 buat! Subhanallah!



Mandi Wiladah adalah wajib dan bukan sunat. Ia termasuk dalam
perkara-perkara yang mewajibkan mandi. Ia berbesa dengan mandi untuk
nifas, yang dilakukan selepas darah nifas kering.

Mandi wiladah bererti mandi selepas melahirkan (wiladah=kelahiran).
Ini kerana bayi yang lahir itu diumpamakan sebagai "mani/darah yang
beku" atau alaqah (rujuk ayat penciptaan manusia)

Walau bagaimana pun mandi wiladah ini boleh dilakukan pada bila-bila
masa, waktu terakhir dibolehkan mandi wiladah adalah bersama-sama
dengan mandi untuk nifas (mandi sekali dengan dua niat).

**Ini ku cuma mandi dgn niat slps habis nifas.. So xde niat wiladah. Ptg ni jugak ku wajib mandi dan berniat wiladah!**


di bawah ini saya sertakan rujukan saya

Harap membantu :)

-Dr Rita Aisyah


MANDI JUNUB

Hukum Mandi junub Mandi Junub iaitu mandi hadas besar atau mandi
janabah hukumnya wajib.Yakni apabila sebab "mewajibkannya
mandi "telah berlaku keatas diri seseorang. Perkara yang
mewajibkan mandi Islam mewajibkan umatnya mandi setiap kali mereka
menanggung
hadas besar.

Sebab-sebab mandi wajib ialah seperti berikut:

- Melakukan hubungan jenis sama ada keluar mani atau tidak.
- Keluar mani sama ada kerana bermimpi atau kerana perbuatan yang
disengajakan
- Mati - melainkan orang yang mati syahid.
- Keluar darah haid iaitu darah yang keluar daripada rahim
perempuan yang sudah sampai umur
(baligh) pada waktu sihat badannya.
- Keluar darah nifas iaitu darah yang keluar daripada rahim
perempuan sesudah melahirkan anak.
- Bersalin(Wiladah) iaitu melahirkan bayi, malah jika kering
sekalipun, sama ada yang lahir itu
segumpal darah ataupun segumpal daging.

MANDI KERANA WILADAH DAN NIFAS

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai
kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi
kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab
keluar darah nifas.
Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu
mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah).
Begitu juga bagi perempuan yang mengalami
keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada
keguguran itu hanya berupa darah beku ('alaqah) ataupun hanya
berbentuk seketul daging (mudhghah).
Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut
untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu
sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan
tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai
perbezaan
.

Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah
yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan

anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar
sebelum berlalu lima belas hari
setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu
tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari
atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan
sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini
perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu
melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa
darah beku ('alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).
Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah)
setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib
mandi kerana beranak
(wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti
darahnya atau habis tempoh
masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau
masa paling maksima
selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu
mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi
kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan
hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.

Rukun mandi

Niat yang disertakan dengan permulaan air keseluruh badan
iaitu "Sahaja aku mandi mengangkat hadas besar dari sekelian
tubuhku fardhu kerana Allah Taala".
Bagi wanita yang haid dan nifas, hendaklah diniatkan hadas haid dan
nifas.

Niat ini mestilah disertakan dengan permulaan membasuh seluruh
anggota badan sekalipun jika dimulai dari bahagian bawah.

Jika seseorang baru berniat apabila sebahagian daripada anggota
badannya sudah dibasuh, maka wajib baginya mengulangi lagi membasuh
anggota yang terdahulu itu.Jika dia berasa was-was sama ada telah
berniat atau tidak selepas mandi maka dia wajib mengulangi mandinya.

Sebut lafaz niat

Meratakan air pada seluruh badan, termasuk semua bulu dan rambut
serta apa yang zahir kecuali bulu dalam lubang hidung.

Rambut yang dijalin dan yang bersanggul wajib dileraikan tetapi yang
tersimpul dengan sendirinya,
dimaafkan. Juga wajib dibasahkan dua lubang telinga, hidung dan
segala kulit rekahan kaki dan perlipatan badannya. Menghilangkan
najis pada badan sebelum mandi atau sebelum disampaikan
air pada anggota yang ada najis.Sekiranya air itu tidak meratai
keseluruhan badan disebabkan
ada sesuatu yang menghalangi seperti minyak ,cat dan lilin maka
perlu mengulanginya kembali.

Cara-cara mandi junub

Untuk mendapatkan kesempurnaan cara-cara berikut hendaklah diikuti:

*Mengadap kiblat.basuh dua tangan tiga kali .basuh kemaluan
(istinjak).Buang kotoran seperti
hingus,mani,mazi atau benda-benda yang menghalangi sampainya air
keseluruh bada seperti lilin,
cat, minyak dan lain-lain lagi.

*Ambil wuduk seperti wuduk solat dengan niat "Sahaja aku berwuduk
untuk mandi wajib sunat kerana Allah Taa'la"

*sesudah berwuduk dengan lengkap mandilah dengan ucapan Bismillah
dan disertai niat mandi wajib.

*Sampaikanlah air keseluruh bahagian badan dan celah-celahilah
debgan jari-jari tangan semua rambut kepala kalau berambut panjang
hingga ke pangkal rambut.

*Kemudian selahilah dalam dua telinga, lubang hidung,celah
ketiak,lipatan perut dan pusat, bahagia-bahagian antara dua buah
punggung dan bahagian sulit ,celah jari-jari kaki dan hingga yakin
air telah sampai keseluruh bahagian badan.

*setelah selasai semuanya ucapkanlah"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan
yang berhak disembah melaikan Allah yang maha Esa,dan aku bersaksi
Nabi Muhammad itu persuruh Allah".

Antara perkara-perkara sunat semasa mandi wajib ialah seperti
berikut.

* Menghadap kiblat
* Mengambil wuduk
* Membaca 'Bismillahirrahmanirra- him' yang disertakan dengan
membaca niatnya
* Menggosok badan ketika mandi
* Mendahulukan sebelah kanan da- ripada sebelah kiri
* Menyilati rambut - menggosok rambut supaya air rata
* Menyilati anak-anak jari kedua- dua belah tangan dan kaki
* Mandi dengan bertutup
* Berturut-turut - iaitu mandi hingga selesai tanpa berhenti atau
mela kukan pekerjaan lain
* Tidak bercakap-cakap
* Membaca doa wuduk Perkara yang dilarang (haram) bagi mereka yang
berhadas besar:
* Mengerjakan sembahyang (sama ada wajib atau sunat).
* Mengerjakan tawaf.
* Menyentuh dan membaca al- Quran.
* Menanggung al-Quran seperti mengangkatnya dengan tangan.
* Berhenti dalam masjid dan berulang-alik melaluinya - khususnya
bagi perempuan yang datang
haid dan nifas kerana bimbang darah kotoran dalam masjid itu
menitis. Berpuasa bagi perempuan yang haid atau nifas.

Perintah disegerakan mandi Junub. Melambatkan mandi wajib tidak
elok.

Sebagaimana sabda Nabi SAW:
"Malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada
gambar (patung) dan ada
orang yang berjunub".
Riwayat oleh Abu daud,Ahmad An-nasaai.Ibnu Hibban"

Sabdanya lagi:
"Tiga orang yang malaikat rahmat tidak akan menghampirinya iaitu
bangkai orang kafir, orang yang melumuri tubuh dengan khaluq dan
orang yang berjunub melambatkan mandi wajib melainkan
kalau ia mengambil wuduk".
Diriwayat oleh Abu Daud.

Rujukan:Buku "Rumah idaman syurga impian (isteri teladan) "oleh
Habsah MD. Nor.



1. mandi wiladah
- masanya - selepas bersalin/ keguguran

2. mandi nifas
- selepas abis darah nifas (maximum darah nifas ialah 60 hari 60 mlm)








1 comment:

Unknown said...

Dipendekkan cerita.. Selepas ajer keluar dari LR kita kena mandi wajib wiladah ni..!!

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.