NUFFNANG

Monday, December 31, 2012

Kalendar Hijrah!

Jadual puasa @ 1434/1435 Hijrah


" Apabila minda anak-anak muda sudah ' dicuci ' dengan kalendar masihi sejak dari lahir lagi , mereka menganggap hijrah itu sekadar salah satu peristiwa dalam kalendar Islam sahaja .. hanya sekadar ingatan dan hari cuti umum .. Tarikh tersebut berlalu dan dilupakan bagai air yang mengalir di sungai .. Pada mereka tahun baru Hijrah itu ' membosankan ' . Hanya dipenuhi dengan ceramah , zikir , dan puji-pujian ke atas junjungan kita . Tiada artis , tiada nyanyian , tiada tarian , .. berbeza dengan tahun baru Masihi "
- Ustaz Hamdan Arman al-Banjari - @ MastikaJan2013


Tudung lama...

 Meskipun dah lama.. namun masih elok dan cantik..
Misi memakai semula tudung bawal, jahit tangan tak perlu guna pin/kerongsang,
Jahit di tengah.. Nah.. tutup dada..

Untuk di pakai di rumah..
yang penting serap peluh :)

Thursday, December 27, 2012

Muar River Cruise, Tanjung Emas

Lagi entry Tanjung Emas, Muar...
Entry yang dah terperuk selama berminggu-minggu (awal disember)
Kami pergi jemputan kahwin seorang rakan.. Punyalah awal keluar rumah. Motifnya sebab nak cari hadiah. Pukul 11 pagi dah siap cari hadiah... Alamakk awal lagi nak gi makan kenduri hihihi.. Jadi merayap2 la dulu cuci mata ^_^. Kebetulan tarikh yang sama (8 disember) majlis anak abg en.Ayah di Klang. Kami tak pergi. Adik-beradik lain je yang pergi... Hampir pukul 12 kami dah sampai rumah pengantin. Tak sabor nak makan sebab pagi sarap roti bakaq je hihihiii.. Lauk pulak lauk kampung! ada pecel dgn kuah kcg yg pedasZass.. Siap ada cabutan bertuah lagi. Siap2 semua kami mohon pulang ke rumah. Hari masih awal, bergerak ke Muar bayar apa2 yang patut. Singgah playground Tj.Emas sebab en.Ayah berjanji dengan abg aQil nak pi main gelongsor... :)))


 Aksi dalam kereta..

 Hari yang panas terik! itu pun sibuk nak main jugak :D

Tetiba mok buat iklan... " Nak pi toilet la Yah "
Biasanya kami jalan kaki je dari parking ke toilet. Bila lagi nak exersize kan.. Boleh pulak jalan tengok sungai  dulu, ingatkan nak beli air ( heppp! mok nak pi buang dok sogok air pulok ;p )..
Jam-jam tu pulak ada orang offer tiket free Melaka Wonderland.. Walau hakikatnya tak free.. kena bayar RM30 utk 30keping tiket ( mandi & dinosour park, mknan & minuman, pelampung)
Kalau gi reramai sememangnya jimat la disitu kan ^_^
Valid hingga 31 Aug 2013

Lepas je beli tiket tu, en.Ayah ngajak naik feri.. Layankan ajelah sebab tak pernah naik kan :)
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM5

 Jom naik feri! berkerut muka abg aQil... fanassss! Tu tiket yg en.Ayah pegang..
Tiket Wonderland

 Tangkap gambo lagik!
Ramai juga yang naik sama, maklumlah hari Sabtu kan..

 View dari dalam feri ( feri ke?) hihihiii
Jeti Tanjung Emas

 Adik melalak jugak sebab kena angin kuat :D
Sampai pejam-pejam matanya

 Masjid biru...

 Menuju ke jambatan Sultan Ismail

 Mok & anak enterprem 
Sempat jugak adik afiQ nyusu hehehe.. Semua penumpang tak pakai jaket keselamatan pulak tuh! ish ish ish semua pakat tunjuk berani termasuk lah kami hihihiii

 Dah sampai jeti.. ramai lagi org nak naik :) 
Sempat ayah beli makanan & minuman. Posing kat durian yg dah ditebuk tupai nih :)
Naik kereta baru en.Ayah bawa pi toilet!!! arrrr ini sudah lari dari tujuan asal
sengihhhh aje en.Ayah... Mujur la mok boleh tahan kan...
Dan abg aQil pun seronok naik feri. Baru turun tangga dia dah bersuara
 " Ayah, aQil nak naik lagi "
Pakcik belakang tolong jawab
" Besok-besok la pulak "
^____^

Lagi entry Tanjung Emas
http://shimasall.blogspot.com/2012/10/tanjungemas-muar.html


Next story... :)
Insya Allah

Tuesday, December 25, 2012

Luahan


Ya Allah.. 

Berilah hamba ini peluang. Mendidik, mengajar. mengasuh amanah-MU
Berilah hamba merasai nikmat seorang ibu yang sempurna
Amanah-MU yg kecil ini sesungguhnya menguji
Berikan hamba peluang. Ikhlaskan hati ini dalam mendidik mereka
menegur mereka
Jauhkanlah hamba ini dari sifat-sifat mazmummah 
jauhkan dan jauhkan
Ibarat kain putih.. biarlah ia putih bersih hingga tiba masa ia pergi menghadap-MU
Katakanlah hamba ini mampu
Mampu menjaga amanah-MU
Yang kadangkala terlupa, tertekan, emosi

Berilah hamba kekuatan itu
keikhlasan itu
keredhaan itu
ke tawadukkan itu

Sesungguhnya syaitan itu berlompat gembira bilamana hamba menjadi lupa.. 
ingat hanya seketika.. lupa semula.. 

Wahai anak-anak mak..
Mak minta maaf sayang.. Mak sayang kamu semua



Friday, December 21, 2012

Tinggalkan Link Anda ..

Assalamualaikum rakan-rakan

Shima mohon jasa baik kawan-kawan yang jadi follower shima untuk tinggalkan LINK anda di ruangan komen :) Shima nak update list..
Tak tahu siapa yg follow kerana tak dapat lihat gambar2 follower due to sistem yg aiyaiyayayaya...
Ada yg follow tapi xde tinggalkan link.. 
Tahu-tahu je angka dah bertambah bertambah dan bertambah
Walau buat ku tersenyum kerana kamu sudi follow.. Tetap juga tidak tenang sebab tiada link..

Mohon jasa baik kawan-kawan ye :)
Susah hati ni.. Kalau boleh nak senyum gini














Sudi-sudikan ye :)
Please!

Thursday, December 20, 2012

Review : Melaka Wonderland


Daku bukan nak buat iklan seminit tau :)
Jom tengok gambar2 menarik di MW ni sebab daku sendiri tak pernah sampai lagi..

TORNADO CHASER

KAMIKAZE RACE

ADVENTURE ISLAND

DINOSOUR PARK 

Food & beverage pun ada disenaraikan di >>SINI<< Ada gambar lagi tau :))

Motip view tempat  nih? Kalau tiada aral ku mau bawa anak2 main air disini ^_^. Kebetulan ku ada tiket masuk buy 1 free 1 utk dewasa & kanak2, tiket free tiub, free minuman & fries.. Untuk Dinosour Park pun tiket buy 1 free 1 jugak.. Rugi la kalau tak guna. Valid hingga Ogos 2013.. Ajak Emak, kaklong & famili. Daku pi sendiri dgn anak2, en.Ayah kerja dan nak pi rewang kenduri kahwin.. Harap2 la anak2 behave waktu ku membawa kereta nanti.. Perjalanan lebih kurang 1jam.. Tak pernah ku pergi taman tema cenggini tau. Teman2 pernah pergi sini tak? Ok tak? Kongsi cerita sikit kalau sudi :)

Tanpa susu...

Bukan Tanpa Nama @ Anonymous hihiiii..

Tapi la ni adik afiQ comel punya cerita lagi.. Masuk hari ni dah 2x petang menangis minta dibelai manja. Tiba2 mengaruk. Sua susu pun tamo minum. Rupanya dia nak berdukung... baiklah mok dukong ye.. Senyap sekejap, menangis semula.. Itu tak kena, ini tak kena. Mok pujuk2 kata tu cicak! tu kucing dik! tp idok la mcm cerita ahmad albab tu ^_^..

Diam sesaat dua dan menangis kembali. Kdg2 ok, kdg2 tidak.. Bila letak dibawah sanggup pulak dia hempaskan mukanya ke lantai... Tempoh hari sampai luka bibir.. Agak cranky kan. Mok tak sanggup, dukung aje lah jawabnya walau dia minta dilepas... menangis dgn nada yg nyaring.. "siapa yg usik adik ni?" Adik nangis lagi. Mok pujuk adik lagi dgn ayat2 Quran.. Adik nangis lagi.. kemudian adik senyap dan nangis semula... Mok ajak adik baring pun adik tamo.

Belek2 dalam mulut kot ada ulser ke, nak tumbuh gigi geraham ke... Namun tiada apa.. Sakit perut? mungkin.. Adik afiQ dah membuang 2x hari ni..

1jam melayankan kerenah adik.. Mok call en.Ayah juga untuk mengurangkan gusar di hati.. Lepas 1jam mok dukong adik, tak lama adik terlena. Mok goyang2 bdn ala-ala buai.. Adik terlena.. Terlena TANPA SUSU... dan masih bersisa sedu-sedan.. hingus pun ada... Sayu aje.. Tak lama tu adik merengek.. Mok cepat2 baring sebelah adik. Alhamdulillah adik nak susu..

Besok tamo nangis lagi ye dik....




Adik nanges sebab mok kata 'jangan gigit mak' ke dik.....???


Wednesday, December 19, 2012

Pengumuman... merapik & meraban :D

Entry welcoming lagik.. Tak habis lagi dengan baby baru kembo ku hihihi... Macam ku sorang je ada anak buah kan kan ;p Apapun Legasi Nabi Muhammad s.a.w dah bertambah.. ops! iklan seminit... Errr siapa tengok MHI TV3 semalam? Ada pengacara yang menyebut Allah s.a.w... Allahu Rabbi... sampai tersasul yer.. Mujur ada yg cover balik... Perkara yg tak sepatutnya berlaku kan... Allah s.w.t.

Okeh sambung kisah... Semalam genap baby 6hari, baby kena pulak masuk wad.. Jaundis tinggi.. kena la bertapa dalam kotak disinari cahaya bulan lampu biru (Fototerapi)... Harap2 tak lama macam abg aQil dulu... 3minggu baru stop ambil darah...Itu pun masih berjaga, masih kelihatan kuning lagi dimatanya... Walaupun hakikatnya abg aQil tak perlu admit wad.. 14 tuh! Naik je ke 15 kompem la mok kena berkampung kat sepital nun huhuhuhu... Kenangan nih :D Okeh jom tatap wajah syurga sattt...


Cium sikit... Hermmmmm wangi sangat! bau syurga :P Bau yg paling sedap untuk dimakan dicium.. heheheee. Untuk catitan, baby kena vakum! huwarghhh! Padanlah kepala lonjong aje. Emak kata abis merah keliling kulit kepala baby.. Tak pasti pulok SIL kena jahit verapa banyak hohoho.. Cepat2 sembuh ye sayang. Nanti mokde datang peluk cium baby.. Bila la mokde nak balik KL nih... Baby tak jadi berpantang di Melaka pulok dah.. MIL kemboku kena berjaga2.. Menanti sepasang bayi kembar yg akan lahir tak lama lagi.. Dah nama kembar, kot la baby nak keluar awal dari jangkaan kan..Boleh la mereka berpantang
bersama2 :))) Syok kan ada geng pantang.

Dan...

Dengan ini ku mengumukan nama baby Kembo ku ialah... Ahmed SyafiQ aQmar.... Pangge aQmar...
Perasan tak sesuatu..... Oh ya! sebelum tu nak kasi tau. Kembarku lelaki tau... Daku adik, dia abg =p. Dan kami ni kembar ke2 selepas moyang kami... Punyalah jauh kan.. Perasan sesuatu? Anak ku nombor 2 nama afiQ, kembo ku buh anak dia syafiQ =p.. Anak ku dua2 huruf A.. aQil & afiQ, nama panggilan anak kemboku pun huruf A jugok! aQmar kehkehkeh... Dan itulah dah namanya kembar... Nak jugak sama-sama :D Baru semalam tahu nama penuh baby :)))

Okeylah itu sajer entry untuk hari ni.. Kunon bizi la kan. Cek up adik afiQ tadi. Berat 2bln tetap maintain! Bawah 10kg.. masuk line kuning dah hukhuk.... Dapatlah vitamin.. Walau hakikatnya adik afiQ makan apa saja... Berat abg aQil 17.5kg... Pun tak cecah 20kg lagi.. Mungkin mereka demam tempoh hari... menjejaskan lemak2 dibadan :) Bersyukurlah anak-anak Mak sihat walafiat. Alhamdulillah.




Tuesday, December 18, 2012

Adik, baju & Abang...

 Waktu petang selepas hujan ni adik nak ambik alih cerita sikit.. Punyalah Mok excited sebab adik dah buleh muat pakai baju yg moklong kasi ni. Mok kata abang dulu pakai masa umur 9bln.. Pakai kejap je sebab abang cepat membesar.. La ni di kala umur adik 1thn 4bln> baru la Mok try pakaikan.. eh.. eh.. muat la. Adik pun suka! Siap dok main kejar2 dengan Mok yg sibuk nak tangkap gambo adik ni ha...

 Adik pun excited kejar Mok balik la.. Haaaa kejar dia! kejar dia! *sengihhhhhhhhhhh*

 Dah penat berkejar, gelak dan ketawa adik pun kepenatan. Nangesss la mintak susu kat Mok. Kalau tak nanges Mok tak layan ngeeee... Dah puas penuhkan perut, adik pun layan zzzZz..
Kemain tak adik tido..

 Lepas adik tido, giliran abg la pulak utk dilayan.. Mentang2 abg dah pandai buat 'peace', setiap minit la dia asyik tunjuk Mok.. "Mak tengok nih. (sambil tunjuk jari dia) Peace!"

 Bila Mok suh buat tangan kanan pulok...
Eh.. eh... awat sambil pegang dua tangan tuh? hihihihiii... tengok jarinya sampai begitu sekali
^_____^
Lepas tuh abg tiru Mok kunon2 yg itu gunting... Putong rambut dia...

Tak lama tu, abg pun sama2 layan tidoq la...
Memasing tak tido petang... ke malas nak layan Mok dia nih?
Hahahahahaha...

**nampaknya tak dpt tengok newborn baru.. Baby tak jadi berpantang diMelaka. Kena la melawat mereka di cheras nun.. Bila kita nak pegi ye en.Ayah....*

Monday, December 17, 2012

Jus Bidadari DCL

Kandungan : 375 ML

Rahsia Ramuan Bidadari

Setiap bahan-bahan tersebut mempunyai khasiat semula jadi dimana ia mampu
meningkatkan tahap kesihatan dalaman wanita.

Madu
Kaya dengan zat galian penting seperti Kalsium, fosforus, Sulfur, Karbon, 
zat besi, natrium, kalium, Klorin, Magnesium, Iodin, Kuprum, Manganese dan 
silikon serta kaya dengan vitamin-vitamin seperti A, B kompleks, C, D dan E.
Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan dan cepat membekalkan tenaga yang 
diperlukan oleh badan, sangat baik untuk buah pinggang dan mempertingkatkan 
sistem imunisasi tubuh.

Sireh
Terbukti sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, 
lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut, 
hidung dan lapisan dinding perut. Sirih dengan adunan lain-lain ramuan
bertindak membantu membina rahim dan system peranakan.

Akar Serapat
Sering digunakan secara tradisional dengan menggabungkan 
bersama-sama herba-herba lain (selalunya kacip fatimah dan lain-lain). 
Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan 
meningkatkan system kemutan.

Kacip Fatimah
Terbukti boleh merawat buasir, penyakit tulang dan sangat baik untuk
perempuan lepas bersalin bertujuan untuk mengetatkan rahim serta membantu
mengetatkan faraj.

Kurma
Kaya dengan protein, sertat, vitamin A dan C, Zat Mineral atau 
galian seperti besi, 
kalsium, sodium dan potassium, membantu menyerap tenaga dengan segera, 
mencegah bengkak usus,membaiki sistem saraf, tekanan, menguatkan ingatan, 
meredakan tekanan darah tinggi dan meningkatkan tenaga seksual.

Manjakani
Terbukti membantu mengatasi masalah buasir, keputihan, anti kanser
dan mengetatkan faraj.

Serai
Kandungan `Citral’ di dalamnya berkesan membantu proses pencernaan, 
melegakan kekejangan,ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. 
Pati minyak di dalam serai membantu meredakan 
senak dalam perut disebabkan angin dan membantu mengurangkan bau badan 
(khususnya tapak kaki).Serai juga membantu menurunkan suhu badan. 
Ia juga bersifat antiseptik.Kandungan tonik di dalamnya akan 
merangsang sistem badan. Ianya bertindak sebagai pelali terhadap 
sistem saraf pusat.

Jarum Emas
Terbukti mampu untuk meningkatkan kesihatan dan tenaga seksual.

Asam Jawa
Kandungan `Flavonoid’ di dalamnya bersifat anti radang dan membantu
pengeluaran peluh.Asam Jawa juga membantu melangsingkan badan.


Penggunaan Jus Bidadari DCL
Anda perlu mengikut cara-cara pemakanan bidadari yang di syorkan.
Pada peringkat permulaan pengambilan bidadari adalah seperti yang disyorkan.
Setelah sebulan anda boleh mengurangkan pengambilan bidadari untuk
mengekalkan kesihatan dalaman wanita.

Pengambilan bulan pertama

2 sudu makan, 2 kali sehari (pada kebiasaannya, tindakbalas mula
dirasai selepas 2 jam pengambilan) selama sebulan

Selepas sebulan pemakanan

Selepas sebulan, minum bidadari 2 sudu sehari untuk mengekalkan sistem
 dalaman yang telah dibaikpulih oleh bidadari sepanjang
 sebulan pertama pengambilannya

Larangan Ketika Mengambil Jus Bidadari

  - Sebaik-baiknya jangan minum apa-apa air selepas 1 jam pengambilan bidadari.
  - Gunakan sudu plastik – kerana bidadari adalah produk berasaskan homeopati.
  - Bidadari tidak boleh diminum ketika datang haid kerana ketika haid,
    rahim tengah mengembang kembang, fungsi bidadari pula untuk kecutkan rahim
  - Wanita mengandung dilarang mengambil bidadari


Apakah kelebihan BIDADARI??

• Membantu masalah keputihan
• Membantu mengatasi masalah senggugut
• Membina rahim
• Mengecutkan rahim
• Mengecutkan otot faraj
• Menyempitkan faraj
• Menguatkan system kemutan
• Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan (suami) semasa perhubungan kelamin
• Menambahkan kolagen dalam badan
• Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah
• Membantu menghilangkan bau badan dan mulut
• Melegakan panas badan
• Menegangkan payudara
• Membantu merawat IQ
• Membekalkan tenaga segera
• Membantu merawat luka dalam perut dan pembedahan



Berminat?
Pre-order

Boleh email shima di 
sjaqil@gmail.com

P.M shima di Facebook
http://www.facebook.com/shimasall

Harga istimewa sementara stok masih ada..
..My 1st step..
..My 1st action..


Sesi mewarna...

 Cakkk Aaaa...! eh tetiba je hihii.. Abg aqil - sesi mewarna.. 
Rasa macam dah lama tak praktikkan jari-jemari dia tu pegang pensel.. Sesekali terasa sebagai emak yg.... hemmm... Takpe nak, kali ni kita pulun betul2 sebelum masuk sekolah okey! Teruja warna pakai crayon.. tamo kaler pensel tuh! Lepas warna jangan lupa cuci tangan ye :D

Haa... gambo atas tu kereta polis.. Walaupun warna masih keluar garisan lagi tapi mok tengok lawo gak nih! warna-warni!!! suko mak hehehehee... 

 Aksi dia.. tengok le cemana dia pegang kaler tuh..
praktis lagi..

 Heli...

 kapal layar..

 Bas sekolah..

Lori..

Yang pasti abg aqil tau tayar kenderaan warna hitam ekekekeke... Banyak pulok kaler merah kan... Tapiiii crayon tuh yg paling pendek adalah warna biru!... En.Ayah pun beli lagi buku warna keesokkan harinya... Habis satu muka surat dia buat kaler biru... Hahahaha.. tak sempat pulok nak snap gambo kan.. Gambar cruise, awan, air laut, burung, semua dia nak buh kaler biru... Gasak ler nak, janji kamo happy... ^_^ Bila suruh dia tukar kaler lain dia kata "Tak naklah.. Aqil nak waner biru jugak" huhuuu...

Hemmm kalau daftar KEMAS waktu dah start sekolah agak2 boleh tak?... Harap2 cikgu belah terima masuk lagi untuk umur 4thn... hemmm...



Saturday, December 15, 2012

Al-Fatihah


A001
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

A002
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam

A003
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

A004
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)

A005
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan

A006
Tunjukilah kami jalan yang lurus

A007
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.



Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.