NUFFNANG

Friday, June 29, 2012

Irma Hasmi... Sah!




Sangat cantik kan!
Dua2 sesuai gitu. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk mereka.

Nak tengok byk lagi gambar dia gi sini
Gambo hantaran lak kat sini


Alfatihah juga buat arwah Osman Kering

Wassalam...

Thursday, June 28, 2012

Yay! Pool!!

Alhamdulillah! Ayah beli juga pool untuk kekanak riang. Siapa yg teruja? Tentulah abg aQil yg mmg tengah kemaruk tuh! Memula ayah gi pam kat dapur aQil masih kusyuk tgok Oggy & Lipas-lipas hahaha.. So dia tak perasan lagi. Dah lama2 baru la dia sedar.. Terus ke dapur. BumM! terjun tiruk :) *tipu*
Ayah pam siap2. Kalo nk suruh omak yang pam.. Fuhh! fuhh! hahaha.. Tp senang je ni nak pam. En.tangan, sila kerja kuat sikit ye ;p
Ada plus lagi... Ayah beli 3 ekor itik kunin. Jangan berebut sudah ye... Haa besok pagi merasmilah kolam mandi ni untuk kekanak riang kat rumah ni.. Lokasi? Kalau ayah pi keje naik kereta kita port kat parking kreta ehh.. Kalau ayah bawak motor aje, terpaksa la kita tukar port... Di dapur sahaja ye anak-anak :))) Nak beli lagi besar sikit riso kat adik afiQ lak.. dia lak yg tenggolam kang hahaha... Jadilah, ini pun ok sangat. Janji aqil bleh konar baring ;p



Ayah masih gigih mengepam lagik sementara anak2 bergumbira..
Err sila abaikan en.ayah yg berlenggeng itu ye.. Heppp jgn tgok lelama org kuat tuh miahahaha



Okies,
Terima kasih ayah

Wassalam



**okehh dah rasmi 2kali hari ni. Pepagi & pepetang tadi..**

Minta maaf....


Pendapat.......?

Daku kalau2 kot-kot ada problem, rasa2 macam buleh je ketiduran hihihi... Yelah siang dah penat layan anak, buat keje2 suri rumah, mmg jenis tak kuasa nak tido dihari siang. Jadi, haruslah malam tu daku terus tido tak sadar diri ekekeke.. Kepenatan, bateri dah low...
Walaupun begitu, anak bunyik 'ekk' sikit je omak dah bangun! bangun! bangun!
Susu time!!! Hebat betul seorang Emak nih...

Lepas ni sebelum tidur, lapangkan hati, maafkan dan minta maaf.. Tak sukar sebenarnya jika kita IKHLAS.. Dan kalau ikhlas, tak perlu kata "Aku ikhlas nih, ambillah" Sebab berkata begitu sahaja dah berbaur ala2 tidak ikhlas... Org yg ikhlas tidak akan berkata demikian... Siapa setuju? Mesti ada yg tak setuju kan.. Ikhlas dihati hanya DIA yg tahu...


Wassalam...

Technology Impact In Year 2030???!



Astagfirullahalazim...

Alahai ini teruk bebenor kejenya. Nak gelak pun ada. Blogger momies korang macam ni ka? Hahaha... Kesian pulok tengok baby tu, Ada ke termasuk dalam printer kannn...
Tapi 2030 rasa2 tak ada dah printer macam tuh. Mesti lagi advance! Pakai picit2 dijari kaki je pun boleh muahahaha...

Sumber amik dari FB :)))

Selipar?

Free Clock

Alamak hari ni terasa macam lambat pulak nak post entry. Tetiba takde letrik plak pagi tadi. Tv pun munyik cam meletopp ajer masa tertutup tu. Mesin basuh cuti la hari ni.. ehh korang ada ke hari cuti utk mesin basuh? ekekeke :)) Masa menaip ni elektrik pun dah kembali ada.. Walau dah ada letrik, mesin basuh tetap berehat. Kasi can lah! :))

Selipar? Agak takde citer lain ke tak tulis? Hahahaha
Okeh dpt idea tentang selipar abg aQiL nih sebab selipar dia la yg paling byk kat rumah ni. Kalau Iman ada banyak bekas coupon @ puting, aQiL pun ada jugak tau... Selipar lah... :D Kasut tak ada ke?

Ini kasut baby abg aQil. Masih simpan lagi. Tapi sayang, adik afiQ belum boleh pakai lagi..
Kalau aQil pakai masa ni umur 4-5bulan, Bila adik afiQ yg dah 10bulan ni pun masih longgar, bukan tak muat tau.. BEZA sungguh la kan!
Caya dok?


Ini pulak sandal walk abg aQil. Omak eh yg berkenan sgt selipar nih. Selesa aje, ruper pon cantik ahaks! Beli la kat pasar malam sajok. Selipar pertama bila aQil dah pandai jalan. Tp selipar ni daku dah buang, sebab dia ala2 baldu, pastu dok kasi dia 'lepak' kat luar berpanas, maka berkuping2 lah kulit dia. Jadinya dah tak cantik la kan. So masuk la ke tong sampah la jwbnya.. Huhuhuhu :'(


Okehh. Ini yg lama bertahan.
Paling kiri korang: Yang selipar ala-ala crocs ciplak tuh kann
Pakai umur setahun lebih.. Sebab selipar hitam kat atas tu dah tak muat. Lama-lama, ajarkan dia tak pakai getah blkg tu, means masuk kaki aje. Ok la sebab getah so, idok la menggelungsur bila berjalan.

Yang tengah jenama asadi tu beli masa beberapa bulan sebelum raya @ daku nak bersalin. Memula pakai time berjalan tu kan, kaki ke mana selipar ke mana.. Bila jalan je selipar dah ke depan dulu wakakaka..
Lama2 pandai la kan :)) Disebabkan selipar ni ala-ala keras ketung, bila kaki aQil membesar dia akan terpijak di tempat yg paling hujung tu na.. kan ke keras.. Kesian kat dia pujuk ayah jom pi beli selipar baru aQil. Kesian, kaki dah panjang hikhik. Selipar tak mampu nk tampung kepanjangan kaki dia dah hahahaha =P

Okeh yg kanan sekali selipar yg dia pakai skrg. Itu pun 2kali tertangguh nak beli sebabnya.. Bila pegi pasar malam aje dia sibuk nak beli mainan. Bagi la selipar gambo upinipin ke, mickey mouse ke semua dia tak pandang dah! Memang susah. Bukak selipar pon dia takmau , so camne nak 'menerai' kann hukhuk
Last2 beli kat mana? Giant! hoh! Masa tu aQil dok dlm troli so dia xleh sibuk ke sana sini. Baru la boleh pilih dengan aman... Yang ni pun ajarkan juga pakai sebab masuk celah ibu jari n telunjuk kan. Alhamdulillah sekali ajar je dah pandai.. TETAPI! haa... sampai la ni la suka pakai terbalik ish ish ish... Yg best bila aQil berjalan xde lagi dah selipar yg jalan dulu kikikikik :)))
Owh! saiz selipar dia skrg US saiz8 @ 28... Besar tak? Tahun depan beli lagi... Kira2 satu tahun, satu selipar hahahahaha.. :))
Itu belum masuk selipar yg jiran sebelah kasi, Selipar yg ayah beli tp saiz terkecik, bila nak tukar balik kat kedai selipar tersebut dah terkoyak dikerjakan aQil...


Best ke cerita selipar nih? :D

Okies
Wassalam....

Wednesday, June 27, 2012

wW: Doa Hari ini

Free Clock



Sila baca seperti pengulas bola sepak!!!


Free Clock

"Afiq berjaya merembat botol biru. Masuk ke mulut dan bersedia untuk meneruskan aksi"


"Dia membawa lari ke tengah, sambil menggelecek ke kanan. Mengelak dr pihak lawan. Dan dia lari dengan lajunya"


"Sudah memasuki pusingan yang kedua. Dia berjaya mengelak. Zupp zapp Zupp zapp dengan lebih laju lagi"


"Nampaknya Afiq berhenti sebentar melihat pihak lawan.. Menggunakan kecomelan beliau sambil memerhati sekeliling. Dia masih membolot botol biru seorang diri"


"Dan akhirnya, pihak lawan bekerjasama berdua memegang kedua tangannya TANPA merampas botol biru"

Sekian laporan sukan menggonggong botol biru.
Semoga terhibur!
Selamat tengah hari
:)))))))))))))))))))


Wassalam...

Tuesday, June 26, 2012

Pemakanan berbulan2 sebelum mengandung mampu mencegah




Free Clock













Sedikit ilmu untuk mereka yang mempunyai keturunan yang ada cancer, kencing manis, eczema, asthma, SLA Lupus, psiorisis, RA (apa sahaja immune disorder)

Bagaimana pemakanan anda berbulan-bulan SEBELUM anda mengandung mampu merubah DNA yang membawa penyakit2 ini pada anak anda

Jika anda mahu menukar genetik predisposal kepada faktor-faktor tertentu seperti kanser, penyakit penyakit auto imun, mental dan diabetes, ia mungkin melalui perubahan dalam ekspresi gen atau fenotip selular yang disebabkan oleh mekanisme selain daripada perubahan dalam DNA yang mendasari

Mekanisme epigenetik melalui pembangunan, alam sekitar bahan kimia, dadah / farmaseutikal, penuaan dan diet. Dengan secara drastik akan merubah semua ini. DNA methalated di lokasi tertentu dalam gen, histones yang dibalut di sekeliling gen, ia senyap, ia akan menetang (maka gene yang ada penyakit2 ini tidak dapat imprint pada DNA)

Kurang methalation, pembalutan pada DNA kurang, DNA adalah disediakan untuk transkripsi di atas, ia disalin, ia bergantung kepada methalation dan methalation bergantung pada pengoksidaan. (seperti yang anda lihat dari foto ini, faktor epigenetics disalin ke atas DNA dan hasilnya ialah kanak-kanak yang akan berkecenderungan kepada penyakit-penyakit tersebut)

Setelah anda tahu apa yang perlu anda lakukan?
1. Tukar diet anda. Educate diri dan ketahui makanan yang tinggi dalam anti-oksidan
2. Mengurangkan penggunaan ubat-ubatan sintetik
3. Mengurangkan pendedahkan kepada pencemaran alam sekitar dan bahan kimia (GMOs, ketoksikan kimia dalam tanah dan sebagainya)
4. Mengandung dalam umur yang sesuai

Mencegah ekzema atau asma atau psoriasis atau kencing manis atau kanser tidak mustahil sebenarnya. Ia hanya mengambil usaha yang lebih sedikit. Ia bermula sebelum anda mengandung. Berfikir tentang hal itu (bagi yang masih belum terlambat anda nasib baik)

Perkongsian group daku di FB :)))

Monday, June 25, 2012

Fakta Plus




Free Clock

1) Dianggarkan seorang kanak-kanak hilang setiap 26saat di Amerika

2) Lelaki terpantas di dunia dilahirkan dengan skoliosis @ kecacatan tulang belakang yang menyebabkan sebelah kaki lebih pendek drpd sebelah yg lain. Namun kecacatan yang dianggap kekurangan kepada sesetengah org itu menjadi kelebihan buat insan bernama Usian Blot yg mentafsirkan moto Sukan Olimpik

3) Dianggarkan seramai 27million individu dewasa dan 13milion kanak-kanak menjadi mangsa pemerdagangan manusia melibatkan seks, buruh paksa, dan organ dalaman di seluruh dunia.

4) Walaupun telah jauh maju ke hadapan, penduduk Korea masih mempercayai pantang larang tertentu. Mereka percaya jika kasut tidak disembunyikan pada malam pertama tahun baru, sebelah kasut mereka berkemungkinan hilang kerana diambil hantu dan pemilik kasut akan mendapat malang sepanjang tahun. Dan ya, percaya atau tidak anda tidak akan menemui tingkat 4 di mana-mana bangunan di Korea!

5) Perkataan 'Namaste' digunakan sebagai tanda hormat kepada tetamu atau orang yang lebih tua. Ia juga melambangkan betapa orang yang melafazkannya merendah diri. 'Nama' bermaksud tunduk. 'As' bermaksud saya manakala 'te' bermaksud anda. Tidak hairanlah mengapa perkataan ini sering mendahului pelbagai pengucapan.

6) Daging kambing tidak berbau. Apabila membeli daging kambing, jangan terus memasaknya. Seeloknya direndam dengan air basuhan beras selama setengah jam, kemudian direbus dengan halia. Air basuhan beras tadi bukan sahaja menghilangkan bau daging malah melembutkan daging.







Lempeng Pisang




Free Clock

Dah makan tengah hari semua? Hari ni daku makan lauk simple sajok. Sambal tumis, ulam timun & tomato, ikan kurau goreng hihi.. Ikan memahal digoreng aje kannn.. Jadilah. Nak perabihkan lauk. Ikan kuaru ni yg sedapnya masak lemak cili api. Hari tu dah buat. So kali ni gareng ajelah.

Sebenarnya nak share bfast kekanak riang kat rumah ni. Daku buat lempeng pisang.
Bahan2: 2bj pisang yg cumil (dilenyek), 1/2sd/teh unsalted butter, 1/2biji telur gredA, 1sd/B tepung attar. Campur semua bahan dan masak atas non-stick pan~siap!

Tp biasalah daku mengotter kan. Pisang pakai Cavendish @ pisang montel. Rupa ala2 pisang berangan tp montel sikit. Rasa lain dr berangan. Sedap lagi berangan, kata tekak omak nih ;p. Kenapa unsalted butter? Sebab nak kasi adik afiq mamam la. Guna yg xde garam. Tepung attar xde, Ku guna je tepung gandum. Ha layann.. Pisang biasalah lebih sbb tukang masak pong nak makan hihii.. Gula tak perlu letak dah. Dah manis pun pisang tuh. Pisang lebih dan tepung kurang. Buat secara cinonet aje senang adik afiq ngap.

Apa punya plating da... lalalala
Tangan kejung

Sedapp ekk abg aqil  ^__^

Tp adik afiq kurennnng sikit nk makan. So tgh hari baru suap dia mkn bubur kesukaan. Bubur bayam+ikan+cheese sikit huh! La ni dah tido zzZZ..

Apa ni?
Lama dah tak buat kek cekelat along kg nih..
Bahan2 dah ada. Cadang nak buat hari sabtu sbb jenjiran ado ajo kat rumah. Tp mereka2 lak yg memberi kat kami. So.... Minggu ni la harus buat :))) Insyaallah


Okies!
Wassalam...

Saturday, June 23, 2012

Hari Sabtu punya entry ;)






Free Clock
 
Hari sabtu ni sehari suntuk dok dapur. Haper yg dibuat tah tak tahu. Masak byk tak jugak hihi. 
Hari ni 1st time afiq mamam cheese.. Smlm ngendeng ayah beli chedar chese block yg kecik dan unsalted butter utk campur dlm food afiq :)). Smlm plak lps balik keje ayah buat seprise.. Seprise la sgt hihi.. Dia beli babyseat utk afiq. Beli guna duit syiling yg kitorang kumpul thn lepas hahaha.. Harga nego dpt la RM130... Jumlah yg sama duit syiling tu.. idok la byk sgt pun, tp dpt beli babyseat kira byk la jugak tuh!! Fuhh.. Terima kasih ayah :)) Suka sgt sbb dr masa abg aqil baby lagi dok mintak ayah beli.. Smlm berjln try test afiq ok la. Dok gigit2 je la kusi baru dia. Sesampai kat rumah buka seatbelt dia ape2 semua tu. Afiq masih dok relax lagi tau. Wah!sedap dan selesa betul lah tu dok kusi baru wakakaka. Sampai omak hulur tgn pun dia wat derkkk aje ;p hahahaha.. Bertuah punya anak kan..

Selain tu kan ha... ni dok nak beli sipcup afiq. Sipcup lama asik menjejes aje airnya dan xde penutup (haii omak dh hilangkan kesahnya). So nak cari la yg baru. Cari punya cari, selongkar punya selongkar, pilih-pilih, dapatlah yg ini...

 Macam botol air biasa kan.. Balik rumah.. Alamak xde pemegang la.. Xpe kot. Hal kecik je tu :))
(cehh masa beli tak perasan ke)
Daku pilih warna ni yg tinggal satu2nya. Lelain Pink & Pepel.. Pink? tak sesuwaiii. Pepel?Hok yg kat kepala dia tu kaler oren mcm tak match aje n tak lawo ;p (adoiii la omak)


Cer tengokkk apa yg lain?
Ha... ni lagi satu.. Penyedutnya tu adalah getah atau lebih mudah puting!!!
Ini mmg dah ala2 botol susu dah cuma puting je pesen lain kan. Patut la dia tampal kat botol tu, "Penggunaan puting akan menggangu penyusuan bayi" hihihi
Alhamdulillah afiq mau minum! Suka dia! Sblm ni kalo kasi botol abg aqil mmg la dia tamo. Dok gigit2 aje. Lubang kat puting tu omak kena besarkan sikit. Sesuai utk bayi 6bulan ke atas :)
Abg aqil plak tamo minum thru botol ni. So yg lama abg aqil amik balik ye hihihi (mmg dia punya pon, adik tompang aje)
Agak2 lepas ni bleh la omak pam susu masuk dlm ni mesti adik afiq minum... Fuhhh!
Satu masalah... Ada tak kedai yg jual puting jenis ini? Tak psl2 tetiba koyak ke digigit afiq huhuhu...
Jenama apa botol ni pun daku tak ingat. Dah dibuang kertas nya lalalala ;p Adehhh



 Ha tengok-tengok
dia dah sengih2 gumbira dihati
Pipi pun dah ala2 nak tembambom. Mana taknya memalam sblm tido harus la mkn dolu hahaha.. Siap nanges bila nasi dia dah habis. Dah dah.. memalam xleh mkn bebyk :))) kata omak hihihi

Okies
Wassalam..

Thursday, June 21, 2012

Bath Time...





Free Clock



Guruh berdentum! Waktu baru je jejari ni nak menaip.. Hujan juga daerah Muar ni selepas 4hari kekeringan.. Hari ni cuma nak kasi layan gambar 2 orang hero2 daku nih. Sensor tak.. Oppss
Kekanak riang ria takpe..




Jadik aje mereka dok dlm besen baby tu ekk.. Itu pun abg aQiL mengalah sebab kaki dia pjg, kasi la lebih ruang kat adik afiQ. Hari2 aQiL mintak nak mandi dlm besen nih. Kdg2 omak tak bagi gak hihi. Dia terkenangkan waktu gi mandi kat kolam KLCC tu. Masa cuti sekolah awal bulan Jun hari tu plak jenjiran tetangga ngajak daku anak-beranak pi mandi kat Kolam Air Panas Bemban, Melaka. Daku mmg tak pernah gi. Alang2 ada geng sekepala mengajak, maka peluang tak haruslah dilepaskan. En.Ayah je tinggal tak ikut.
Next time daku share cerita kolam air panas tersebut ye.. Sabo.. Kalo tak sabo bleh jumpa en.Google ehh..

Agak2 bleh tak tumpang mandi kat jakuzi ummi Iman.. erkk! ayat tak menahan. Macam dekatttt aje bunyinya ;p Jgn mare ye Kak Mar. Sayang Kak Mar :D


 Haa.. apakah?
Ini mende pree. Dumex dugro kasi free tin nih.. Nak isi susu mmg tak muat la sebab kecik. Nak isi beskott macam tak kedap udara aje.. "Boleh ke isi susu Aqil?" kata ayahnya.. "Huiii mana buleh. Kocik je. Baik buh dlm tupperware sy yg mmg kedap tuh huhuhu"
"Abis nak bubuh apa dalam tu? Apa gunanya" Kata en.Ayah lagi
"Takpe, buat koleksi.. Susah2 buh la duit dlm tu, buat tabung kikikik" =P

Okies! itu je nak share.
Patut dh post pagi tadi. Tp perap dulu layan ank2 sat. Sudah mkn, solat, ank2 pun dah lelap sambung la post.. Agak lebat jugak hujan disini.. Rasa2 seluruh negeri Johor basah :))


Wassalam...

Tuesday, June 19, 2012

Kalau korang kasi tak...?


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh
Free Clock

Rasa nak post tajuk yg berkaitan gak lepas baca blog abg Ben..
Apa pendapat ibubapa bila anak2 yg masih kecil, bila bwk gi mana2 ada aje la cuit sana, cuit sini, mintak cium, mintak dukong, Maklomlah org tgh comel kan.. Cer kalo dak yg dah besar, dah sek men tu agak2 ada tak yg sibuk nak cuit2? Itu tak termasuk yg dok bercintun sana sini ehh.. tak baik tau, bukan mahram..

Kisahnya disini, daku tak kisah sgt.. Pakai instinct je (cewah!).. Tp mmg betul org2 sekarang lain dari yg lain. Rambut sama hitam, hati lain2 kan.. Apa pun kita tetap kena berjaga2 dan berwaspada.

Anak2 daku pulak mcm mana? Ha, kedua2 nya berbeza walau jantina, acuan yg sama..

Abg aQiL masa dlm hr agak susah sedikit nk jaga.. Bila dh umur >6bln atau dah kenal org.. Dia mmg jenis tak kisah. Siapa yg pegang dia, setitik air mata pun tak keluar. Senyap aje orgnya. Janji didukung! Bawak la pi umah jiran lama2 pun takpe, dia tak cari mak dia.. Bila dah besar lagi2 la dia tak takut. Omak ni ha yg dia bikin takut. Jiran2 hulur tgn "jom2 naik motor" Wah! dgn laju nya dia meluru tak toleh kiri kanan dah.. Jiran chinese yg 1st time ajak dia naik motor pun, dia dok hulur tgn... Nak naik! huh! Dah omak dh bising2 nih.. "Dah.. dah.. tak payah naik, Ma nak masuk dlm ni. Ma kunci pintu nanti" Itu je la modal daku... Huhuhu
Cehh modal motor aje. Lagi satu klu ada budak2 yg baya2 dia @ lebih tua dr dia (masih sek.rendah).. Ya dia suka main sbb ada kwn, tp bila org tu dh nk balik ikut parents dia, haa... abg aQiL ni punnnn nak ikut juga tau! Grrr! Mmg dia kejar mana org tu pegi dia ikut aje.. So terpaksala omak dgn dukung adik afiQ ni dok kejar dia yg tak sudah2 tu huhuhu... Kesahnya... Takut tak? Kesimpulan... klu kat rumah ni ptg2 kul 6 br bawa dia keluar depan umah.. Kdg2 xpun. Terperap je dlm umah ni...

Adik afiQ pulak sejak kenal org mmg la dia tamoooooooo ngan org lain. Org br nk dukong dia dah 'nyanyi' dulu. So org lain jd tension nk pegang dia ahaks! Klu time angin dia ok, dia tak nanges itu pun sekejap je bertahan.. Ingat lagi masa ayah operate bln lps. Ada chinese woman ni mintak dukong afiQ dan dia terus bawa ke blkg wad, tmpt bapak dia dirawat... Eh eh suka2 aje nk bawak lari kan... Bila kat kedai mkn pun sama. Yg dukung bebudak yg jaga kedai tu la. Agak xde customer dia pun volunteer nk dukung baby.. "Takpe kak biar saya pegang, senang akak nak makan"... Ish ish... dah 10bln aku pegang dak tu sambil mkn, tak susah pun hohoho.. Last2 afiQ nangis nk kat mak dia Hoyeah! hikhik..
Kalau jiran nak pinjam afiQ mmg xleh lama.. smpi dia ckp "tamo la kwn afiq. Gembeng aje!" hahahaha

Klu baby girl sure ada brg2 kemas tu, lagi la kena hati2. Kena ragut kesian baby luka sana sini kan.. Apa pun mmg kena hati2 dan berwaspada okeh..

Korang ada pengalaman n pendapat tak?



Okies
Wassalam






Nampak dah...


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh
Free Clock

Apa la gamaknya yg nampak tu ye?
Hihi gigi dak afiQ la apa lagi.. ish ish omak ni takdo bondo lain ko nak post? =p

 pic: 6/6/2012

 pic: 18/6/2012

Tajam dah.. Keje nk menggigit aje skrg nih.. Selera mkn pun makin tambah2, pipi pun nmpk naik dah gara2 omak kasi mkn 3x sehari kihkihkih.. Tp jgn salah faham ye, sebab afiq masih mkn yg blend tu yg berani kasi mkn lebih.. Alhamdulillah tak sia2 hari2 masak, habis!! Klu yg kasar sket dia mkn juga tp kuantiti amatlah sedikit. 

 Kemain lagi posing dia.. Sambil mkn sambil tgok tv.. Nasib la dia kusyuk tgok tv sbb selalunya dia mmg dgr lagu je. Lagu abis dia blah. Klu time tu tgh nangis, senyap la kejap. Lagu habis sambung la nangis ekekekeke.. Anak bertuah betul! 

Okies!
Wassalam...

Saturday, June 16, 2012

Milkbooster baru! ibu2 menyusu~


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Free Clock

Resepi spesel untuk ibu2 yang menyusukan bayi..
Ramai dah cuba terutama yg join group Kump. ibu2 menyusu di FB
Daku pun nak share gak dalam blog ni


 Bahan2:
Segelas susu segar - Ku guna susu tepung je sbb nak minum panas2
7biji badam (disangai)
21biji kismis
1biji kurma

Cara2:
Blend kesemuanya
 Selawat 
Ya Matin 21x

 Ini hasilnya.. Lemak betul
Daku dh minum 2x. Makesure semuanya hancur tau. Sebab daku yg tgh batuk ni minum ada tersedak-sedak juga la.. Last2 tapis gak

Satu lagi versi juga dr FB


250ml Susu Dutch Lady Full Cream (saya sejukkan dulu :P)
3 biji Kurma buang biji 

7 biji kismis kuning @ hitam
3 biji badam kosong yg dah di goreng tanpa minyak ( sangai)

Blend semua
* sukatan kt atas terpulang nak letak byk mana pun xpe sbb sukatan ini utk secawan, klu nak tambah apa2 lg pun boleh yg penting rasa mesti balance baru sedap!
 — with Kunyo Minayuki.



Cuba minum selama seminggu secara konsisten utk melihat hasilnya ya. Daku tgh batuk ni idok la minum. Itu la baru 2x try.. Tp susu mmg daku tak tinggal. Mmg minum 2gelas sehari kdg2 3x =p hihi


 Hah! aiyokK
Dak comey ni tgh buat apa....
Tengah menunggeng hikhik
CakKk!

*skrg dah tau marah tau, nak2 bila omak eh ambil sesuatu dr tgn dia. Cth mcm kertas ke, roti peanut butter yg dia rampas dr abg dia ke, segala benda tah haper2 yg dia jumpa... Hisyyyy itu semua klu tak diambil alamat masuk ke mulut la jwbnya.. Roti abg adik xleh mkn ekk ada kacang! Nehi!*


Okies,
Wassalam...

Renungan...


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh
Free Clock

Renungan bersama... 
Dari Prof. Dr Muhaya

"Setiap kali kita mengkritik orang lain, kita telah menjatuhkan martabat kita. Orang berjaya hanya fokus pada apa yang dia suka dan positif. Mereka ignore manusia dan peristiwa negatif dan menggunakan tenaga ke arah tujuan hidup mereka. Kita jangan mengharap pada orang lain untuk atasi masalah kita. Ambil tanggungjawab dan banyak berdoa. Hati manusia dalam genggaman Allah. Siapa yang Allah sayang, manusia akan sayang. Kalau isteri atau suami tak sayang, bererti kemungkinan Allah tak sayang. Ubah dunia dalaman untuk ubah dunia luaran kita. Hormati privacy orang lain. Kalau kita tak suka diganggu, manusia lain juga tidak suka diganggu"

Tuesday, June 12, 2012

SipCup afiQ..Pandai ke? vs Demam


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh
Free Clock

BW sahaja. Dah beberapa hari tak sedap badan.. Tup2 smlm seharian demam panas. Gagahkan diri juga buat kerja rumah, kalau tak siapa yg nak buat kan.. Nak rehat pun mata ni tak leh pejam. So duduk bangun jalan2 je la dlm rumah tu.. En.Ayah pulak balik cepat smlm sambil bawa sebiji kelapa utk isteri dia ni(request tau). Petua yg en.Ayah daku share ye: 
Kalau nak minum air kelapa untuk tujuan berubat Tak boleh letak ais. Jgn minum sekali ngan makan ubat, jadi tawar, tak jalan. Minum airnya sahaja jgn makan isinya. Masa mengandung, lebih baik suami yg petik kelapa tu sendiri tanpa dijejakkan ke tanah. Haaa.. yg ni en.Ayah buat masa 2nd prgnt daku. Itu pun ada hamba Allah yg ajarkan. Ada lagi? kalau ada kengkawan leh la tambah kat komen nanti ye. 

So apalagi perabihkan la air kelapa tu. Isinya mmg tak mkn la walau dlm hati "isinye la yg sedapp tuh" hukhuk
Sampai ke mlm juga panas tak kebah2. Malam tu dlm kul 9 en.Ayah pi kedai. Dlm masa yg sama daku yg dh tak tahan kefanasan nih, Huiii mmg panas! setitik peluh pun takde! Air mmg dh bergelen minum. Buka tutup pintu en.toilet tah berapa Vanyakk da.. Telan jugak la en.Fanadol! Ikut hati mmg tak hingin nk mkn sbb smlm dh mkn. Bak kata en.Ayah... Jgn biasakan.. (ehHh byk betul Ayah punya jgn ;p)
Telan 2biji, terus ke pembaringan, 1minit... Guest watttt. Berpeluh!! Sekali lagi berfeluh-feluhhh!
Aikk magik tol. Bila Ayah pulang je dia belikan ubat... Ubat apa tau.. Dia beli ENO.. Ha? ENO?
Yee... daku tak mkn pun. Simpan je buat2 utk emerjensi.. Ini utk ketidakhadaman, bukan utk demam la ayah.. Daku pun tak tnya kenapa dia beli ENO? Mls nk tnya sbb tak lama tu daku pun dah ZzzZz.. Alhamdulillah pagi2 ni bangun rasa ok dan berpeluh! Rasa sengal sikit2 tu mmg ada. Ye la bukan terus baik kan... La ni sambil menaip layan kopi segelas (huiiii segelas!) Dah lama tak minum..

Subjek hari ni dah tersasar jauh.. Niat awal nak buat post ttg adik afiQ.. Tp xpe la kasi omak can ye dik ;p



 Gambar yg daku maleshh nak edit..
Hak cipta terpelihara ye =P
Masa ni afiQ baru lepas mkn, mandi pun belum.. Sblm ni dia mmg tanak cup ni. Dok baling2 aje. Mujur air masak je kan.. So tumpah lap sajor.. La ni 1st act dia nk minum sendiri tp tak dpt. Puas dia sedut2 smpi munyik2 tp xdpt minum.. Mana nk dpt kan.. Omak la tolong sat lagi hihiii..
Senang hati dok terkangkang, kenyang...
Gigi pun dh nampak... nampak mengerikannn awww!
Takat ni ada gak dia try nk geget tp tak sempat. Dia tau kott sebab dia cuma gigit jari ngan peha omak ehhh huhuhu... Tajam ooo..


Heppp Heppp! Aksi kemain ni namanya!
Jgn xtau sambil taip ni daku benti2 sebab dok dukung afiQ yg laaaaju je naik tangga tuh!
Kasi buku ok.. Kejapppp je siungggg pegi lagi panjat tangga GrrrrGrr

Okies! Terima kasih sudi membaca
Wassalam...

*Layan afiQ*

Saturday, June 9, 2012

10 bulan.. Macam mimpi


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Alhamdulillah hari ni cukup la adik afiQ berusia 10bulan. Dan paling bersyukur sangat selama itu juga lah daku berjaya memberi susu ibu padanya. Kira ni balas balik sebab abg aQiL hanya 2bln menyusu penuh, lepas tu campur ngan susu formula.. Mental kena kuat la nak nyusukan anak ni kan.. Mmg ku akui masa ank sulung tu mmg teramat stressssssss, semua tak kena akibatnya susu pun kurang. Syukur anak ke2 mmg jaga emosi nih. Agak2 kalau stress cepat2 la susu kan anak... Damai masa tu sambil tenung mata dia kelip2 tu :))

Dan yg paling dinanti... dan juga akan buat mak jerit nanti haaa.....
Adik afiQ dah ada gigi :D
Sama macam aqil. Keluar tang bawah dulu. Dua batang sekaligus..
Haruslah show off kejap kannnn 

 Kena geletek baru bleh snap pic dia...

 Gagagaga nampak dok?
Cakkkk!

"Ma.. atap(tangkap) gigi aCiL Ma"
Yelahh.. :)
Dia pun nak jugak mana boleh adik aje hihihi

Afiq pun dah membebel dengan lebih gigih lagi. Masih nanges2 bila tak nampak omak eh depan mata dia. Nangehh gak bila org lain dukung dia hatta jiran sebelah.. Kalau berjalan sambil pegang kerusi (memapah) mmg laju ya amat. Tp bila omak tatihkan dia kaki masih bersilang, simpang-siur jadinya hahaha.. Jangan tak tau dia sangat ANTI dgn babycoat dia tuh. Akan nangis berlagu senandung sambil duduk bersimpuh depan pintu bilik air bila omak xde (ish tau aje dia mak ada kat toilet huhuhuuu)
Adoiii ragam anak. Comellll sgt kan hikhik. Sangat manja nih.. Dalam hati masih berkira2 utk beri dia susu thru sipcup aje sebab dia mmg tolak botol susu! Hermmmmm berkira-kira....
Smlm singgah pasar malam nk beli selipar abg aQil tp sbb dia dh syok main lori tanker yg baru ayah beli tu.. Tak pandang dah selipar walau gambar boboiboy huhu (cepat je pjg kaki dak nih).. Selipar adik? hemmm dh pandai jln la baru cari ekk.. Ada penjual es blended bubble tegur mata afiQ cantik :D yg sblm tu dia tanya afiq ni perempuan ke lelaki.. hihi senyum la omak ehh..

WOOOOweeeeeeeee... minat terbaru dia ++ gigit tangga mengasah gigi adoiii


Okies! Terima kasih sudi singgah membaca :)))
Wassalam


Friday, June 8, 2012

Kelambu HIJAU


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh
Free Clock   

Salam Jumaat.
Entry spesel. Terima kasih mummy hezrina. Daku membeli, ekau menjual. Selamat tiba dah kelambu moden. Hijau lagi. Malam tadi dah rasmikan pun miahahahaha.. Errr ada tapinya la.. Bebudak ni ada jakun sikit kan.. Abg aQiL tolak2 sampai nak terlipat balik dah kelambunya ni hukhuk.. Adik ke hulu ke hilir tak tentu arah....
"Hai macam mana aku nak keluar ni. Nak panjat kerusi pun tak dapat nih. Pegi sana tak boleh, pegi sini tak boleh" (itu kot yg adik afiQ ckp ;p)

 1st try.. Baru sampai tak menyabor mak dia nak buka.. 
Anak2 lagi tak sabo hahahaha =p

 Terus la snap kan.. kan..
*panjat ateh kusi ni*

 Serabut dah alas bawah tu sebab mmg adik afiq ke sana-sini ;p
Macam gelisah je. Yelahh mak dia kat luar dia kat dalam
Abg aQiL syok main bola. Kalau boleh semua mainan dia nak masuk dlm tuh
huhuhu...

Wah! Over kan
Tak pakai tilam kekabu @ toto
Masuk terus size queen miahahaha.. Tu dia perasminya. Mmg asyik suruh buka aje...

Malam tadi takmo pun aQiL tido dlm ni. Dok ngaruk aje celah ketiak ayah. Tak tau nak apa. Dah tido baru la alih dia masuk kelambu. Adik mmg dh lama ZzzZzzz dah.. Walau sebelum tu nak jugak main zip2 tu.. Nak berdiri tak bleh, di tariknya la kelambu tu macam tarik alas meja ;p.. Macam tido dalam khemah la hikhik..

Gi camping bwk ni ajer bulehh? miahahahaha :D

Menarik tak kelambu ni? Kalau rasa nak beli, jom terjah blog mummy Hezrina.
Klik LINK ini ye..

Okies! Terima kasih sudi membaca
Wassalam...

Wednesday, June 6, 2012

Belida + Udang galah.. Tv rosak!


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Buhsan lak.. Hupdate blog sat la ada gak aktiviti nak buat. Abg aqil tengah layan katun dia hoh! Mmg takleh tgok citer lain la... Adik dah tido. Ayah plak gi ngetehhh.. Bila la nak balik nih. Mata tak leh lelap. Blogwalking je la..
Memalam ni nak share sikit je. Semalam ayah pi mancing (blom sihat betul sanggup berjemur tgh panas). Dapat la udang galah sikit ngan sekor ikan belida. Besor gak. Ikan belida daku tak pernah makan. Kalo ikan Lais pernah la.. Rupa sama cam belida tinggal lagi Lais kecik sikit. Goweng garing2 fuhhh! Ngapp semua ngan tulang2nye. Kalo belida ni en.ayah kata byk tulang mcm ikan parang tu. Banyak tulang2 halus. Gulp! payoh gak nak makan.. Itu pun tak tau nak masak apa. Goreng je la kot hehehe..

 Ni la roper dia.. Masa ni hidup lagi tau! Ayah nk tgu dia mati dulu baru disiang. Sampai ke sudah tak mati2 siap lompat2 lagi. Maka... Teruslah sumbat dlm peti Es haa.. baru la mati kan hukhuk..

Udang galah yg ayah dah siang.. Kepala mmg buang muahahaha..
Galahnye halus je nak makan pun xde isi maka buang aje..
Alhamdulillah ini pun dah cukup. Rezeki!

Hari tu hp daku dok lalok. Mati, hidup sendiri. Sebelum mati siap pilih nk profile apa adoiiii. Penin dah kejap2 mati, mati, mati.. Last2 daku keluarkan aje memorykad tu baru la ok. Hoh! pasti ada virus nih huhu.. Ke gambo byk sgt ;p Tepon dah okey, incik TV plak wat hal.. Tgh sedap tgok astro tetiba keluar Menu! Kejap dia bertukar ke tv biasa, ke button yg klu kita nk tgok cd tu, volume pun slow sendiri dr 100 ke 0! Hoh! apakehey nye la ni.. Gilo dah. Tv baru 5thn dah mcm ni? Toshiba bomba lak tuh! Hai la tv jgn la hang rosak. Sayang wooo sama kamo. En.ayah pun tak tahu apa kes jd mcm tu. Dia pun tambah tension nak tgok citer dragonballZ dia asyik terpadam2 hihihi..
Harap la xde apa2..

Okies! Nak layan abg aqil ni sat. 
Wassalam...
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.