NUFFNANG

Saturday, December 24, 2011

Picca!

Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh




Abg aQiL~4.0kg
Adik baby aFiQ (bak kata abgnye)~3.3kg
See da difference...
Wat ever, Mom&dad love you so much! Our precious!





Wassalam...

Thursday, December 22, 2011

Budayakan penyusuan bayi dengan susu badan

Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh


Jom Baca...
Budayakan penyusuan bayi dengan susu badan

Berita Harian
Khamis, 01/12/2011

Bilangan wanita susukan bayi meningkat

PAKAR pemakanan menyifatkan, usia dua tahun pertama bayi adalah 'tempoh kritikal' kerana kualiti nutrien yang diberikan bakal menentukan pertumbuhan dan pembesaran berkekalan sepanjang hayatnya. Dalam tempoh itu, bayi harus diberikan susu ibu secara eksklusif untuk enam bulan pertama sebaik saja dilahirkan.

Kajian mendapati bilangan wanita yang memberikan susu ibu kepada bayi untuk empat bulan pertama berkurangan sebanyak 9.7 peratus. Malah, Malaysia antara negara di Asia Tenggara paling rendah dari segi penyusuan ibu secara eksklusif. Keputusan itu sangat membimbangkan.

Pengerusi Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Dr Tee E Siong, berkata penting ibu memastikan bayi diberi makanan berkhasiat sejak dilahirkan.

Katanya, teknik penyusuan yang betul dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit berkaitan pemakanan di kalangan anak yang sedang membesar.

Amalan penyusuan berkenaan dapat memupuk tabiat baik untuk pemakanan sihat yang menjadi asas gaya hidup sihat sepanjang hayat.

"Walaupun sesetengah ibu boleh menyusukan bayi, tetapi ada yang tidak melakukannya. Lebih teruk apabila mereka pula tidak mahu mendapatkan nasihat dan panduan yang betul menyusukan bayi," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Mother’s Smart Choice (MSC) di Sunway Hotel & Spa, baru-baru ini.



INFO: Susu ibu melindungi bayi daripada penyakit

Ketika dilahirkan, sistem imun bayi belum lagi cukup matang, malah sistem imun mengambil masa tiga tahun atau lebih untuk matang sepenuhnya.

Dalam tempoh vulnurabel, susu ibu akan melindungi bayi.

Antara bahan yang menjadi pelindung dalam susu ibu

Antibodi - bahan melawan jangkitan
Sel darah putih - membunuh kuman
Faktor bifidus - menggalakkan pembiakan kuman baik di dalam susu bayi. Menghalang pertumbuhan kuman yang menyebabkan jangkitan
Faktor pertumbuhan epidermal - membantu pertumbuhan dinding sel dalam usus bayi, mencegah bahan berbahaya daripada masuk ke dalam saluran darah.

Pemakanan lengkap untuk bayi:

Protein - Protein mudah dihadam dan tidak menyebabkan alahan
Lemak - Susu ibu mengandungi sejenis enzim dipanggil lipase yang membantu bayi menghadamkan lemak dengan lebih baik
Karbohidrat - Laktosa, karbohidrat utama dalam susu ibu membantu penyerapan kalsium, membekalkan tenaga untuk tumbesaran otak dan mencegah pembiakan bakteria berbahaya dalam susu bayi.
Zat besi - Mengurangkan risiko anemia enam hingga lapan bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi bahan istimewa yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi.
Wassalam...

Tuesday, December 20, 2011

Tak Puas Nak Edit Gambar Mereka...

Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

...Buah Hati Pengarang Jantung Emak...


Gembiranya! Kiri (adik masih blom cukur) Kanan (Yellowishhh)


Mood ZzzzzZzZZ!!! Atas (adik/mak masih dlm pantang) Bwh (syokkk oo)

Wassalam...

Isteri Amat Suka diPeluk!

Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Dah 2hr hujan tanpa henti di Muar nih.. Alhamdulillah hari ni ala2 mendung kalbu je kikikik.. Dpt la gak sidai kain kan..
Sementara bujang2 Mak tido... ni la masa nk luangkan masa kat blog ku nih. Haih! Masa mengizinkan :)
Penah tak korang (ibu2, isteri) rasa lain je bila suami lama tak peluk? Ini bukan citer dlm selimut ye uolss.. Biasa la time gi keje selain salam cium tgn mesti la peluk ank bini kan.. Hemmm daku? Jgn kata peluk, kadang cium tgn pon miss huhuu..
Ni ada sedikit maklumat yg daku amat tertarik.. Uolss leh gak pi melawat di http://drzubaidi.com/blog/. Yang bwh ni saya copy dr FB DrZubaidi HjAhmad...
*****************************************************************
Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan.
Biasanya suami menganggap bahawa pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual, tetapi sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.

Oleh itu para suami, jangan rasa ‘kelam kabut’ jika tidak bersedia bila isteri minta dipeluk. Dan isteri tolong beritahu suami, ..”please, I just a hug..” dan jangan mengharap suami faham kehendak puan tanpa diucap.
*****************************************************************

Hemmmm.. Menarik bukan. Daku pun salah satu individu yg amat suka bila dipeluk suami. Tp jarang suarakan. Kadang daku aje yg peluk br la dia nk peluk. Pernah juga bgtau, tp ia dianggap tidak begitu penting utk sesetgh org lelaki. Lama2 mmg terasa.. Terasa mcm jauh pun ada walau dok satu rumah.
Kesimpulannyer.. Pandai2 la daku bwk diri.. Mood kena stabil ye sebab nk kasi baby susu ibu, Motif tamo susu drop, masa susu ank pun kena dlm keadaan yg tenang. Tgok ank2, cium ank2, peluk ank2 dh membuatkan daku gembira.. Takpelah ayah tamo peluk..
Mak peluk abg aQiL ngan adik aFiQ aje. Jom sayang kita tangkap gambo :)v



Wassalam...

Wednesday, December 14, 2011

M.aFiQ ~ 4 bulan 5hr ~

Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Alhamdulillah. Tadi pi cek up M.afiQ. Naik setengah kilo.. (7.1kg). Dlm hati mmg riso gak naik sket sbb afiq dh aktif sgt sejak niarap nih. Pusing pon sudah. Tp naik dlm lingkungan 500gm ke atas tu adlah sgt ok. Jauh lagi nk masuk line kuning. Misi kata, ni ada potensi bam-bam lagi sbb kaki tgn masih berketak2 lagi.. Lega, puas hati dpt susu ibu lagi.
Cuma dah 2 hr ni hidung dok kuar air je. Omak eh pon sama gak. Cuaca la kejap panas kejap hujan huhuuu.. Tp xper dia tak demam kira alhamdulillah n peparu pon ok, clear je. Jom usya gambar cumil M.aFiq nih.. Happy sgt dia. Kalo tetiba omak eh dtg angin kus-kus tatap gambo nih je dh senyum balik hihi... :D

Happy World... sweet smile

Hello world..

Uikkk putih nyer dia! kehkehkeh.. :)
*with mkLang*

afiQ ngantuk layan blues..
Omak lak... Alamak!! pipi dah sama kembang ngan afiQ
hukhuk! Takpe...Rezeki tuh ;p

Dah masuk 4bulan pandai gelak dah ank mak nih. Yg tak tahan asyik nk berdiri ajer huhu.. Layan...


Wassalam...

Friday, December 9, 2011

Selamat Pengantin Baru Twin!!-Part III

Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Episod 3 plak yek.. Hok ni belah pengantin Lelaki la. Umah daku la mana lagi kan..
Umah mak di wangsa melawat. Jemputan pun idok la ramai dlm 500 org je. Disebabkan umah ku jln mati, maka senang sikit la nk wat majlis. Cuma parking tu mmg ado susah sket la hihi.. (abih kalo satu umah kurang2 3biji keta mana nk muat ;p)
Menu katering ok je, jiran gak yg buat. Dokat yo antar pon pki troli je best tak hihi.. Lain2 ada la kuih-muih, air panas, air sejuk.. Campur lagi lauk mak ku buat yg mmg laris... iaitu acar buah, sambal goreng johor & pecel.. (sayur2 direbus n mkn ngan sambal kcg yg mantop!).. Itu yg licin dulu haha... Ada plak ubi rebus haha.. Apa2 pun majlis berjalan lancar. Belah laki wat simple je xde samding2 nih, layan tetamu lagi best. Jom layan.

Moga kamu berbahagia~twin

kek yg teramat simple, org sponsor so amik je
Tp kek sodap.. cokolat hihi

Berseri2 ha..

Ngan mak, abah yg kepenatan melayan tetamu
tp menten senyummm :)

Kiddos2 tu sebaya.. beza sebulan je. AfiQ adik den la pegang.
Den plak dukong Damia Maisara ank bff daku, Yang Malina (blue)

Disebabkan Yang adalah antara tetamu terakhir yg dtg maka mmg byk la yg dia tapau hahaha..
rezeki kamu la. sampai sini aje ye. Kalo ada lagi smbung part IV lak kuikuikui...



Wassalam...

Abg.. jom main ngan adik..

Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Salam Jumaat semua.. Haih yg kijo tu mesti tak sabar nk coti kan sok hihi. Mana tau cuti skool ni nk bwk intan payung pi jln2.. Ha ni ank2 mak dok berdialog. Meh layan situasi ni meh meh..

Di suatu petang..

"Abg.. Ooo aBg aQiL.. Jom la main ngan adik. Jom"

"Mak naper abg diam je.. kita dengar krohhh kroohh aje"

"Abg kamo tu tgh tido la syg.. Td kamo yg tido. Ni turn abg plak eh"

"Erkkk kalo camto kita nk sambung tido balik la mak.. Boley tak?"
"Jom mak kita tido"
zzzzzZZZzzzzz..




"errr tak jadi la kita nk tido. Kita minum dulu ngehh ngehh ngehh"
Mak, sila beri sy minum hihi :Dv



Wassalam...

Nantikan sambungan Kembo ku kawen part II (^^,)v

Wednesday, December 7, 2011

SUSU IBU elak bayi gemuk

Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh
(sumber Harian Metro)

PENGGUNAAN botol dan puting susu perkara biasa di kalangan ibu bagi menggantikan susu ibu untuk memastikan bayi mereka mendapat khasiat mencukupi untuk tumbesaran terutama apabila berada di tempat asuhan kanak-kanak.

Namun, tahukah anda penggunaan botol susu dan puting susu boleh memberi kesan jangka panjang kepada bayi. Keadaan itu disebabkan teknik penyusuan berbeza kerana apabila bayi menyusu badan, lidah dan rahangnya perlu bergerak seiring dengan lidahnya yang perlu berada di bawah areola iaitu kawasan berpigmen (coklat) di sekeliling puting payudara dan menekannya ke lelangit.

Keadaan itu menyebabkan tisu di bahagian berkenaan mengalami tekanan dan memanjang mengikut corak hisapan penyusuan bayi terbabit.
Kemudian, bayi akan menjatuhkan bahagian belakang lidahnya untuk membentuk alur bagi membolehkan susu mengalir dari puting ke tekaknya.

Dia akan berhenti seketika untuk menelan susu sebelum mengambil nafas manakala bibirnya akan tetap berada di kawasan sekeliling payudara dan membentuk keadaan yang rapat dan ketat dalam mulutnya.

Pakar Pediatrik dan Penasihat Penyusuan, Dr Balkees Abdul Majeed berkata, keadaan berbeza apabila bayi menggunakan botol.

Katanya, susu akan terpancut keluar dengan laju dan anda boleh menyedarinya apabila susu menitis jika anda memegang botol secara terbalik.

Menurutnya, untuk memastikan bayi tidak tercekik, secara automatik dia akan mengangkat lidahnya dan menggunakannya sebagai penahan aliran susu terbabit.

“Sepanjang proses menyusu, bayi hanya perlu menekan puting getah yang keras tanpa menggunakan rahangnya untuk menghisap susu.

“Tidak seperti penyusuan susu ibu iaitu bayi perlu berusaha untuk mengeluarkan susu kerana mungkin aliran susu akan banyak pada peringkat awal dan menjadi semakin perlahan. Ini menyebabkan bayi perlu mengulangi proses hisapan berkenaan dengan lebih kuat,” katanya.

Dr Balkees berkata, kaedah penyusuan susu ibu menyebabkan bayi kurang cenderung menjadi gemuk berbanding bayi menggunakan botol susu kerana mereka mengawal pengambilan susu sendiri dengan cara tempoh serta corak meminum susu yang lama dan bersungguh-sungguh.

“Bayi yang minum menggunakan botol susu biasanya akan menghabiskan susu mereka bukan disebabkan rasa lapar tetapi disebabkan gemar menghisap kerana proses mendapatkan susu lebih mudah.

“Disebabkan perbezaan kaedah susuan ini ia mewujudkan permasalahan terutama pada awal minggu kelahiran apabila bayi cuba memahirkan diri dengan teknik menghisap susu yang berbeza,” katanya.

Katanya, pada peringkat awal penyusuan, bayi juga boleh terkeliru dengan penggunaan puting berkenaan sama ada ia diperkenalkan secara khusus ataupun tidak kerana teknik penyusuan susu ibu memiliki faktor pembelajaran yang tinggi walaupun ada kalanya terdapat bayi yang dilahirkan seolah-olah mengetahui dengan tepat apa yang perlu dilakukan mereka untuk makan (minum susu).

Di samping itu, sesetengah ibu yang memberikan puting pada anak untuk dihisap, mendapati penghasilan susu badan mereka sedikit. Ini disebabkan badan mereka tidak mendapat rangsangan secukupnya untuk menghasilkan susu untuk si kecil.

Jika bayi terjaga daripada tidur dan membuat gerakan atau bunyi-bunyian dengan mulut ataupun menghisap genggaman tangannya, ia menunjukkan bayi terbabit dalam keadaan lapar dan ingin menyusu.

Adalah penting untuk ibu menyusukan bayi mereka pada awal tanda yang menunjukkan bayi mereka lapar bagi membolehkan bekalan susu yang baik boleh dihasilkan.

Dr Balkees berkata, teknik menghisap puting berkenaan memerlukan kemahiran otot yang berbeza berbanding penyusuan badan dan ia boleh menyebabkan bayi sukar mempelajari cara menghisap susu badan yang betul sekiranya mereka didedahkan dengan penggunaan bahan terbabit pada peringkat awal.

Bagaimanapun, katanya, Akademi Pediatrik Amerika (AAP) pernah mengemukakan cadangan pada 2005 mengesyorkan penggunaan puting pada waktu tidur bayi adalah untuk mengelakkan berlakunya Sindrom Kematian Bayi Secara Tiba-Tiba (SIDS).

Bagaimanapun, mereka memberi penekanan ia tidak seharusnya dimulakan sebelum bayi berusia satu bulan, namun cadangan yang cuba diketengahkan ini menjadi kontroversi kerana ramai pakar beranggapan ia tidak disertakan dengan bukti kukuh yang menyokong kepada cadangan yang ingin dilakukan itu.

Selain itu, Dr Balkees berkata, antara kesan yang boleh dilihat kepada bayi yang menggunakan botol susu adalah mereka akan mengalami masalah pertuturan.

“Kesan penggunaan jangka lama botol susu dan puting pada gigi bagi kanak-kanak berusia bawah tiga tahun akan menyebabkan proses pertuturan mereka menjadi lambat.

“Ia akan menyebabkan banyak permasalahan kepada kanak-kanak terbabit terutama dari segi kualiti pembelajaran mereka,” katanya.

Di sebabkan itu, pemberian susu ibu adalah sumber makanan terbaik bagi bayi.
Bagaimanapun, bagi wanita yang pertama kali menjadi ibu, teknik penyusuan yang tidak betul mungkin mengurangkan motivasi untuk menyusukan bayi.

Namun ibu muda masih memberikan susu awal atau kolustrum walaupun bukan secara penyusuan terus daripada payudara. Keadaan inilah yang menyebabkan ramai cenderung menggantikan kaedah penyusuan badan dengan botol.

Dr Balkees berkata, jika keadaan ini berlaku, penggunaan cawan dianggap lebih sesuai untuk menggantikan botol dan puting bagi mengelakkan dan mengurangkan kekeliruan antara kaedah penyusuan badan dengan botol.

“Ia perlu diperkenalkan secara berperingkat seawal usia enam bulan supaya bayi tidak mengalami kejutan disebabkan peralihan itu.

“Selepas 12 hingga 18 bulan, sepatutnya ibu bapa sudah mula memastikan bayi tidak lagi bergantung kepada botol susu dan puting kerana ia boleh memberikan kesan yang kurang baik,” katanya.

Di samping itu, untuk memastikan keselesaan antara ibu dan bayi ketika memberikan susuan, bayi hendaklah diletakkan dalam posisi yang betul iaitu:

**Kepala dan badan perlu tegak bukan membongkok.

**Muka bayi menghadap payudara dan mencapai payudara (bayi sepatutnya mampu melihat wajah ibu bukan dada ataupun perut).

**Kedudukan bayi dekat dengan ibu.

Keseluruhan badan bayi disokong sepenuhnya bukan hanya kepala dan bahu.
Penggunaan botol boleh menyebabkan hubungan kurang baik antara ibu dan anak iaitu bayi hanya berpaut pada puting ibu saja mengakibatkan kesakitan pada puting, pengurangan pengeluaran susu badan disebabkan ketidakaktifan penyusuan serta menjadikan payudara membengkak disebabkan mastitis (penyakit radang (bengkak) susu).

Alhamdulillah.. Dgn penuh semangat daku berjaya menyusu M.aFiQ secara eksklusif.. 4 bulan dah. Masa ank 1st (M.aQiL), bby 2bln daku dh campur FM walau hnya 2oz sehari hukhuk.. Selama 1thn 7bln dok campur2 gitu.. Stop slps Mak prgnt 3bln xtahan bwh perut sakit ya amat.. Dgn azam, semangat, dan ilmu yg diberi, Ya ALLAH! izin kan aku memberi hak menyusu pd ank kecil ini (M.aFiQ) selama mana yg dia mahu! AMIN! Kengkawan doakan sy juga ya. Harap berjaya!

Wassalam...

Sunday, December 4, 2011

Selamat Pengantin Baru Twin!!-Part II

Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Sambungan drpd Part I...

Cam biasa masih lagi mood nasi minyak.. Kali ni makan besar lak. Keluarga perempuan memilih utk buat di Hotel Equatorial Melaka.. Mike2 pakai baju ijo lak hihi. Pon xde sanding2. Ada pelamin hanya utk bergambar shj la..

Makanan errr... biasa2 je.. Desert dia ok lorr.. Nasib baik bujang2 mak tak meragam. Si tecik biasa la dh kena ekon sedap je dia tido. Dh nk balik br la dia Yakkk! Yakk!! kehkehkeh..

Abg aQiL lak ok je tp tu la time nk amik gambo dia pi sentuh plak spotlight kat pelamin tu ha... Haaa amek kan dh melecur! huhuhuuu.. gelembung gak la kat hujung jari tu. Daku cepat2 letak kat ais.. errr ais replika burung kikikik.. Apa pun meh layan gambo yg xseberapa nih..


screen di lobi

Pak2 kompang kompang kompang ekekeke... ;p

Adik den ngan encem boi

ni je gambo yg ada.. Yg lain xhupload lagik!
Bley la nmpk sket pelamin ;p

Kiut tak shayer hihi.. Udah kena geget nyamuk

aQiL biru la.. ngan Mk lang..

My elder sis.. Suzie :)

Omak gak yg xcun ;p hahaha
Nak balik dh ni.. Daa.. Tata hotel equatorial
sempat lagi rembat munge2 kat situ LOL!


Wassalam...
Nantikan Part III lak dirumah nganten lelaki yek :)

Selamat Pengantin Baru Twin!!-Part I

Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh...

Sesubuh daku dh naip2.. Kang tak nyempat2 bila dua2 hero dah celik... Seperti dijanjikan, daku kasi tgok la saat2 manis bila abg@kembo daku nk jadi suami org hihi.. Menantu mak org melaka kat tengkera. Drh campuran nih ngan cina.. Keje satu bangunan ngan abg daku, aiii jodohla katakan walau ipor ku 2thn >tua.. Tp she still cute, manis je..
Meh2 rombongan ngantin dh nk jln nih hihihiii...

Daku dh siap sedia kendong 'henbeg' besar je :D

Siap doh ngantin nih xsabar nk nikah...
Jom jln..

Menanti...

Dlm majlis... Kat rumah je..

Dinikahkan oleh abg ngantin perempuan

Alhamdulillah, satu nafas sekali lafaz maka sah la abg ku jadi suami org.. Hantaran 7 dibalas 7 jgk.. Majlis nikah ni pd tarikh yg org suka,111111.. Agak berapa ramai yg pilih tarikh tu utk kahwin di seluruh dunia? Hihii.. Apa pun tahniah utk abg daku n selamat melayari bahtera rumah tangga & kemudilah ia dgn baik. Majlis mkn besar lak kena tgu sbb dibuat pd 13hb.. Berkg la mak abah den di homestay yg disediakan.. Nantikan part yg ke2

Saturday, December 3, 2011

4 of Us :D

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Selamat petang sabtu semua..

Alhamdulillah.. Dah gini je la ghoper baru blog daku.. Sawang2 sumer dh buang. Nak kena rajin2 nulih, errrr.. naip nih!! Tgh mlm ke, pas anak2 tido br la bleh gaknyer.. Tp si tecik tu pon kul 10mlm br nk lelap, Alamat nye pon turu (tido) sekali hihi..

Ini la gambar kami sekeluarga wat tatapan teman2 yg singgah sini..
Dah berempat pon ha.... Sekejapan je. Lip lap lip lap nambah lagi... Haik! man-man dolu huhuuuu...

Saper yg tau kira @ tgok biji2 yg ada kat tali pusat kat uri tuh? Biasa org jawa mmg tgok nih.. Ada yg kata mewakili jumlah anak yg belum lahir. Cth bila pas salin ank 1st.. biji yg ada katakn ada 4. Maka jumlah ank kita ialah 5. Hihii petua org dulu2.. Wallahua'lam... Daku ada berapa? Hihi.. en.asben dh tgok n kira... hemmmm 2 lg otw kuikuikui...

Gambar ni masa majlis kawen kembar daku @ KL hihi...


M.afiQ dh pon ngurep(niarap).. Lambat sket dr abg dia (3m)
Huish! bising nih bila dpt ngurep ekekeke.. Penat gamaknyer


Aduhaiiii... Ala2 ayuuuu aje ank mak ni tido hihi..
Tabiat si kecil ni hisap jari & kuat ngecess! huhuuu...

Nanti daku post sempena majlis kawen kembo daku@ abg, pd 111111 & 20112011 hihi.. Nantikan yek..

Wassalam...

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.