NUFFNANG

Wednesday, December 7, 2011

SUSU IBU elak bayi gemuk

Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh
(sumber Harian Metro)

PENGGUNAAN botol dan puting susu perkara biasa di kalangan ibu bagi menggantikan susu ibu untuk memastikan bayi mereka mendapat khasiat mencukupi untuk tumbesaran terutama apabila berada di tempat asuhan kanak-kanak.

Namun, tahukah anda penggunaan botol susu dan puting susu boleh memberi kesan jangka panjang kepada bayi. Keadaan itu disebabkan teknik penyusuan berbeza kerana apabila bayi menyusu badan, lidah dan rahangnya perlu bergerak seiring dengan lidahnya yang perlu berada di bawah areola iaitu kawasan berpigmen (coklat) di sekeliling puting payudara dan menekannya ke lelangit.

Keadaan itu menyebabkan tisu di bahagian berkenaan mengalami tekanan dan memanjang mengikut corak hisapan penyusuan bayi terbabit.
Kemudian, bayi akan menjatuhkan bahagian belakang lidahnya untuk membentuk alur bagi membolehkan susu mengalir dari puting ke tekaknya.

Dia akan berhenti seketika untuk menelan susu sebelum mengambil nafas manakala bibirnya akan tetap berada di kawasan sekeliling payudara dan membentuk keadaan yang rapat dan ketat dalam mulutnya.

Pakar Pediatrik dan Penasihat Penyusuan, Dr Balkees Abdul Majeed berkata, keadaan berbeza apabila bayi menggunakan botol.

Katanya, susu akan terpancut keluar dengan laju dan anda boleh menyedarinya apabila susu menitis jika anda memegang botol secara terbalik.

Menurutnya, untuk memastikan bayi tidak tercekik, secara automatik dia akan mengangkat lidahnya dan menggunakannya sebagai penahan aliran susu terbabit.

“Sepanjang proses menyusu, bayi hanya perlu menekan puting getah yang keras tanpa menggunakan rahangnya untuk menghisap susu.

“Tidak seperti penyusuan susu ibu iaitu bayi perlu berusaha untuk mengeluarkan susu kerana mungkin aliran susu akan banyak pada peringkat awal dan menjadi semakin perlahan. Ini menyebabkan bayi perlu mengulangi proses hisapan berkenaan dengan lebih kuat,” katanya.

Dr Balkees berkata, kaedah penyusuan susu ibu menyebabkan bayi kurang cenderung menjadi gemuk berbanding bayi menggunakan botol susu kerana mereka mengawal pengambilan susu sendiri dengan cara tempoh serta corak meminum susu yang lama dan bersungguh-sungguh.

“Bayi yang minum menggunakan botol susu biasanya akan menghabiskan susu mereka bukan disebabkan rasa lapar tetapi disebabkan gemar menghisap kerana proses mendapatkan susu lebih mudah.

“Disebabkan perbezaan kaedah susuan ini ia mewujudkan permasalahan terutama pada awal minggu kelahiran apabila bayi cuba memahirkan diri dengan teknik menghisap susu yang berbeza,” katanya.

Katanya, pada peringkat awal penyusuan, bayi juga boleh terkeliru dengan penggunaan puting berkenaan sama ada ia diperkenalkan secara khusus ataupun tidak kerana teknik penyusuan susu ibu memiliki faktor pembelajaran yang tinggi walaupun ada kalanya terdapat bayi yang dilahirkan seolah-olah mengetahui dengan tepat apa yang perlu dilakukan mereka untuk makan (minum susu).

Di samping itu, sesetengah ibu yang memberikan puting pada anak untuk dihisap, mendapati penghasilan susu badan mereka sedikit. Ini disebabkan badan mereka tidak mendapat rangsangan secukupnya untuk menghasilkan susu untuk si kecil.

Jika bayi terjaga daripada tidur dan membuat gerakan atau bunyi-bunyian dengan mulut ataupun menghisap genggaman tangannya, ia menunjukkan bayi terbabit dalam keadaan lapar dan ingin menyusu.

Adalah penting untuk ibu menyusukan bayi mereka pada awal tanda yang menunjukkan bayi mereka lapar bagi membolehkan bekalan susu yang baik boleh dihasilkan.

Dr Balkees berkata, teknik menghisap puting berkenaan memerlukan kemahiran otot yang berbeza berbanding penyusuan badan dan ia boleh menyebabkan bayi sukar mempelajari cara menghisap susu badan yang betul sekiranya mereka didedahkan dengan penggunaan bahan terbabit pada peringkat awal.

Bagaimanapun, katanya, Akademi Pediatrik Amerika (AAP) pernah mengemukakan cadangan pada 2005 mengesyorkan penggunaan puting pada waktu tidur bayi adalah untuk mengelakkan berlakunya Sindrom Kematian Bayi Secara Tiba-Tiba (SIDS).

Bagaimanapun, mereka memberi penekanan ia tidak seharusnya dimulakan sebelum bayi berusia satu bulan, namun cadangan yang cuba diketengahkan ini menjadi kontroversi kerana ramai pakar beranggapan ia tidak disertakan dengan bukti kukuh yang menyokong kepada cadangan yang ingin dilakukan itu.

Selain itu, Dr Balkees berkata, antara kesan yang boleh dilihat kepada bayi yang menggunakan botol susu adalah mereka akan mengalami masalah pertuturan.

“Kesan penggunaan jangka lama botol susu dan puting pada gigi bagi kanak-kanak berusia bawah tiga tahun akan menyebabkan proses pertuturan mereka menjadi lambat.

“Ia akan menyebabkan banyak permasalahan kepada kanak-kanak terbabit terutama dari segi kualiti pembelajaran mereka,” katanya.

Di sebabkan itu, pemberian susu ibu adalah sumber makanan terbaik bagi bayi.
Bagaimanapun, bagi wanita yang pertama kali menjadi ibu, teknik penyusuan yang tidak betul mungkin mengurangkan motivasi untuk menyusukan bayi.

Namun ibu muda masih memberikan susu awal atau kolustrum walaupun bukan secara penyusuan terus daripada payudara. Keadaan inilah yang menyebabkan ramai cenderung menggantikan kaedah penyusuan badan dengan botol.

Dr Balkees berkata, jika keadaan ini berlaku, penggunaan cawan dianggap lebih sesuai untuk menggantikan botol dan puting bagi mengelakkan dan mengurangkan kekeliruan antara kaedah penyusuan badan dengan botol.

“Ia perlu diperkenalkan secara berperingkat seawal usia enam bulan supaya bayi tidak mengalami kejutan disebabkan peralihan itu.

“Selepas 12 hingga 18 bulan, sepatutnya ibu bapa sudah mula memastikan bayi tidak lagi bergantung kepada botol susu dan puting kerana ia boleh memberikan kesan yang kurang baik,” katanya.

Di samping itu, untuk memastikan keselesaan antara ibu dan bayi ketika memberikan susuan, bayi hendaklah diletakkan dalam posisi yang betul iaitu:

**Kepala dan badan perlu tegak bukan membongkok.

**Muka bayi menghadap payudara dan mencapai payudara (bayi sepatutnya mampu melihat wajah ibu bukan dada ataupun perut).

**Kedudukan bayi dekat dengan ibu.

Keseluruhan badan bayi disokong sepenuhnya bukan hanya kepala dan bahu.
Penggunaan botol boleh menyebabkan hubungan kurang baik antara ibu dan anak iaitu bayi hanya berpaut pada puting ibu saja mengakibatkan kesakitan pada puting, pengurangan pengeluaran susu badan disebabkan ketidakaktifan penyusuan serta menjadikan payudara membengkak disebabkan mastitis (penyakit radang (bengkak) susu).

Alhamdulillah.. Dgn penuh semangat daku berjaya menyusu M.aFiQ secara eksklusif.. 4 bulan dah. Masa ank 1st (M.aQiL), bby 2bln daku dh campur FM walau hnya 2oz sehari hukhuk.. Selama 1thn 7bln dok campur2 gitu.. Stop slps Mak prgnt 3bln xtahan bwh perut sakit ya amat.. Dgn azam, semangat, dan ilmu yg diberi, Ya ALLAH! izin kan aku memberi hak menyusu pd ank kecil ini (M.aFiQ) selama mana yg dia mahu! AMIN! Kengkawan doakan sy juga ya. Harap berjaya!

Wassalam...

7 comments:

wan nurul hezrina said...

aku doakan..kan aku cikgu ko..haha perasan..eh nape aku nampak kepala afiq jew.hukhuk

eB ezrin said...

ALHAMDULILLAH, harap2 dpt susukan aed genap 2 thn samer cam aerish dolo. aminnnnnn

ShimaSalleh said...

Wan: afiq ngah nenen la tu kikik.. Yolah ko chekgu haku.. tunjuk ajar ku sifuk hihi..

eB: Insyaallah. AMIN!!

MaryaYusof said...

Chaiyok! Chaiyok! Afiq semangat betul bdn nya w/pun isap susu ibu...

ShimaSalleh said...

Kak Mar: Hihi.. alhamdulillah.. Dia jarang beyak.. susu sume dh masuk kt bdn dia tu yg jd ketul2 kikikik

kayyana said...

InsyaAllah... saya berjaya susukan anak saya sehingga sekarang ... fully breasfeed sampai setahun setengah then sye dah start campur... tp malam die mesti cr nenen juga,, hehehe. good luck

ShimaSalleh said...

mudah2an ye yana... terima kasih..

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.