NUFFNANG

Monday, April 29, 2013

Sabtu & Ahad


Ewahhh! buka2 terus terpa gambo makanan kan.. Ha.. tetiba mood terajin.. Tiap petang mesti ada dessert ekekeke.. Bila nak layankan tekak abg aqil yg tak pandang nasi tu.. Tak makan lapor pulok kan kan..

Hari Sabtu minggu lepas ku buat Kek Karamel Roti. Sebelum2 ni memang takdan nak buh roti - tak minat - tak sedap ;p La ni pun bubuh roti 3keping je sebab nak try test (sama je tuh!) hahaha.. Abg aqil mkn laju laju..

Hari Khamis mok buat kek cekelat.. Abg aqil ni dah ghuper org ngidam.. apa aje yg terlintas difikiran dia, dia akan cakap.. Pernah tgh hari buta (bute ke?) dia ckp nak makan ghoti chanai!! Mano nak cari nak oii.. Nak makan kopok atok beli la, nak mkn aiskrim la, cokelat la.. Tu yg mok buat dia kek cekelat tuh! haa.. mkn puas-puas! Siap topping lagi tau.. 



Sabtu semalam, buat donat. Masa Ina-IntanBerlian buat entry donut tu, mok salin je resepinya. Hari sabtu baru beriya nak buat.. Selalu nk mkn donut hari Ahad je. Itu pun kirim jiran sebelah (niaga donut fresh). Nanti dia balik rumah dlm pukul 11>am br la dpt mkn donut hihihi (punyala tak rajin mok dia nk buat. sanggup tunggu donut lain)
Jom tengok resepi dulu

1 peket mauripan + air suam 1cwn=kacau & ketepikan
1/2kg tepung (shima guna tak sampai 500gm nk abiskn stok)
2 sd/Besar marjerin (shima guna butter-marjerin xde)
1 sd/teh garam
3 sd/Besar susu tepung (abg aqil punya)
3 sd/besar gula

Gaul semua bahan. Mauripan dah berbuih baru masuk dlm adunan tepung tadi. Uli hingga tak melekat. Tambah lebih kurang 1cwn air (cwn rendam mauripan tadi)-Guna air yg disimpan dlm peti sejuk.
Biar seketika hingga nak 2-3x ganda hahahaha..
Uli lagi, tumbuk2 dan bentukkan donut anda.



Dapat la lebih kurang 25biji. Separuh minum petang sabtu, separuh buat sarapan pagi Ahad (goreng 1/2 masak dulu dan simpan peti sejuk). Puas la dapat makan banyak2 kan.. Mok ni kalau lama tak buat sesuatu kuih tu mesti tak jadi hihihi.. Guna resepi Ina ni memang terus jadi dan mudah sangat bahannya. Besok2 guna resepi yang sama buat pau sambal pulak! hihihihi...
Yang geram tu kan.. Abg aqil cakap.. Mak, ni donut makJai (jiran) bagi ker?.. Ni kan mak yang buat tadi. Tadi kan aqil tengok Mak goreng donut... huhuhuhu.. Yelah, tiap kali dapat donut makJai yang kasi kan.. Mak dia yang masak pun dikata jiran yang kasi huhuhuhu....
Shima pun bentuk pakai tangan je ni. Malas tui nak selongkar acuan dalam lemari tu hihihi... Waktu bentukkan letak tepung sikit supaya tak melekat terutama waktu nak buat lubang tengah tu ^_^.

Terima kasih tau Ina untuk resepi ni :)))
siap msg2 lagi tu Auwww!

Sabtu minggu depan? Tak buat dessert. Ado kenduri kawen sepupu. Jangan lupa untuk mengundi! Undi adalah rahsia hehehehe...

**cehhh! tajuk tak menggiurkan pun =p **

Friday, April 26, 2013

Kekanak Ribena

Baru perasan entry RUMAH tadi takde TAJUK hahahaha... Ok dah edit!

Lepas settle semua, ayah bawa kami gi Tanjung Emas la mana lagi.. Itu je tempat yang ala2 Taman Tasik Titiwangsa...? Ado ko? hahahaa... Sebab kat situ banyak playground.. Mana la anak2 tak pinau2 biji mata tengok.. Hah! aku nak yang ini, aku nak yang itu, aku nak ini jugak! akakakaka... eceh mcm betul aje.. Tapi mmg banyakkkkkk sangat PGnya. Pukul 10> kami dah tercongok kat T.E tuh.. Memang takde orang.. Sapelah yang nak main gelongsor pepagi terik camtu hihi.. Malam tadi hujan lebat.. Semua gelongsor basah, becak.. En.ayah tolong lap semua bior anak2 bleh main :)))

 AWAS!! GAMBAR OVERDOSE!!

Taken by amatur ; kamera hp cokia



Nampak tak betapa teriknya mentari.. Kami je yang ada! 

 Menikmati pandangan Sungai Muar..





Baik! Mula beraksi! Gentlemen starts your engine... Vroomm vroomm





 Nk tepek jugak ^_^









 Terjatuh.. Tersadung akor pokok yg menjalar keluar tuh! hehehehe...
Ock! Oooo... itu je yg dia ckp. Good boy tak nanes dia.
Tepuk2 tapak tangan buang tanah.. kotor


mendaki lagi








>> us <<


Okehh mentari dah makin meninggi, Dah pukul 11>. 1jam berhyperaktif. Abg aqil pun dah lencun dengan peluh. Kami pon dah lapar. Moh la makan asam podeh, sambal udang dan sayur-sayuran.. Balik rumah terus lepak je anak2 ni sampai ke petang..

*** Ikutkan hati semua gambo ku nak tepek, yg ni pun agak dah banyak kan.. melampau tak hahahaha***


RUMAH

Salam Jumaat buat yang singgah.

Semalam langsung tiada up-entry.. Masa banyak dihabiskan dengan anak2. Disamping melayan en.Ayah. Sedikit masa je untuk keluarga, bila kerja jauh dan tidak pulang.. Anak2 pun rindu.Tiap malam tanya "Ayah mana? Ayah mana?" terutama abg Aqil.. Dia kan anak manja ayah..
Rabu malam ayah selamat tiba rumah. Khamis dah janji nak selesaikan urusan bank & kwsp sambil bawa anak2 dan mak gi jenjalan hehehe.. terperuk je dlm rumah ni kan.. 
Baru tahun ni en.Ayah potong kwsp ak.2 untuk bayar duit rumah.. Sebelum2 ni memang tak tahu hihihi.. Jadi kami rugi sikit la kan.. Dah dekat 6thn duduk rumah ni baru nak potong.. Dengan motto nak kurangkan interest! Walaupun bulan2 kami bayar tak banyak RM200 aje.. tapi dlm 5thn baru tolak hutang 5k ajer kan kan.. Ajer ghase mcm tak bayo ajer kan hahaha... Dan semalam jugaklah baru ku tahu nilai bank rumahku tu ialah 50k akakakaka.. Hidup2 ingatkan harga 40k je.. Mok yg tersilap tafsir bebenornya.. Pihak bank memang tafsir 50k, tapi kami untung sebab hanya beli dgn harga 40k (rumah 2ndhand)... Sekarang ado ko rege rumah cenggini? Ado? Ado? memang tak ado kan.. Walau rumah kos rendah tapi suko la sebab boleh cakap ini rumah sendiri hihihi.. Org kwsp tu ckp tetiap tahun bleh potong duit akaun 2 utk byr rumah.. cepat sikit habisnya kan...
Cakap pasal rumah, rumah emak abah ku di Wangsa Melawati, KL nun pun nak dijual.. Rumah teres 2tingkat. 3bilik, 2bilik air.. Dah renovate.. Harga? Mok sendiri tak pasti.. 300k ada rasanya. Tapi pakai agen.. Takat ni dah 4org yang datang tengok rumah kami.. Kenapa nak jual? Sayang? Hemmm... Akak ku dah dok rumah MILnya. Abg kembo ku dok nyewa rumah BILnya. Adikku yg baru kahwin tempoh hari dok rumah MILnya jugak. Mok dah ada rumah sendiri ni haa. Adik 4 orang lagi tu. 3 masih belajar. Sorang tu keje site memang tak balik rumah. Keje luar je. Emak Abah pun dah nak duduk Kluang. Rumah sendiri juga. Tunggu masa je settle semua, pastu angkut la semua barang2 KL tu ke Kluang... Takde siapa yang nak ambil alih rumah KL tu huhuhu... Tempat ku membesar sejak umur 9thn.. Kalau Mak dah pindah Kluang mau tiap minggu ku jenguk hihihi... Hutang rumah KL tu pun dah habis bayo.. Harga asal? hihihi toksah tau la.. memang banyak bezanya..

>>> korang dah ada rumah? ngidam nak beli rumah? <<<

next.. sambung entry kanak2 ribena

Tuesday, April 23, 2013

Lam dah tak ada...

Ingat lagi kisah Lam si ikan Lampam?

Kira2 waktu cuti sekolah bulan Mac lepas, ada seorang hamba Allah suruh lepaskan Lampam yang kami bela tu.. Yelah dia kan nak bebas juga.. Tetapi.. dok pikir2 mana nak lepaskan dia.. Kat sungai? Entah hidup entah tidak.. En.Ayah kata nak belikan lagi kawan untuk dia..

Lepas 2minggu ku bercuti di KL, balik ke Muar malam sejurus selepas majlis.. Sampai rumah kira2 jam 11> malam. Baru angkat dua-tiga beg en.Ayah perasan yang ikannya tak berlegar2 seperti biasa.. Rupanya Lampam ku dah mati.. Hari sebelum en.Ayah dah bagi dia makan cacing, banyak la juga. Habis dimakannya. La ni tengok perut dia pun berdarah. Habis keluar segala isi perutnya macam di muntahkan semula cacing2 tuh.. Alahai kesian Lampam ku.. En.Ayah memang ralat sangat. Esoknya dia tanam kat kebun depan rumah ni.. Pasni memang tak bela dah ikan lagi kot.. Hemm terfikir2 sebab dia mati.. Dalam hati ni cuma ingat masa kami takde tu, area rumah tak ada elektrik agaknya... Kesian Lampam. 
Dah tak dengar bunyi air dia meloncat-loncat... Sunyi dah..

pic: google

Monday, April 22, 2013

Lagi scene di hari bahagia

Lepas ni abeh la kottt citer tawen-tawen hahahaha...
Gambar jamuan di Masjid
Selepas nikah

nYammmmm.. Pak anjang suap adik karipap sedap!


Tata... ^_^
Nak tahu.. waktu ni adik afiq tak menyusu lagi dari bangun pagi tau..Ayah pulak beria nak bawak.. Mok kat rumah masa tu tengah jaga Mama (mak saudara). Kepala ni dok pikir aje, alahai tak minum susu lagi anakku ni.. Walau kat sana ada je air masak kan.. Tapi lama nak tunggu waktu menyusu..Alorr ciannya dia kan kan..Bangun awal kul 6>.. Waktu nikah ni pukul 9-10pagi .. berapa lama dia tak nyusu da..

 
Pak anjang rajin melayan anak2 buah




dak padat dah tido..

berarak masuk dewan

Tudung purple tulah mamaku @ mak saudara
Dialah yg jaga ku dan kembar sejak lahir sampai usia 9thn..
Mama dah berusia 74thn!


Hari yang sama selepas majlis selesai, malam tu juga kami berangkat pulang ke Muar :)





Friday, April 19, 2013

Aktiviti II

Hari selasa kaklongku ajak ke Masjid India. Nak cari souvenir disamping nak cari tudung, pakaian anak2 hehehe.. Ku drive dan parking di Wangsa Maju.. Abang aqil punya lah seronok nak naik keretapi!
Pilih doc yang paling akhir sekali. Orang pun tak ramai. Abg aqil duduk diam2 je walau sebenarnya dia sangat teruja.. " Mak, keretapi goyang-goyang ke? " " Mak, ada sungai ke? " (bila sampai kat keramat) "Mak, seronok laa" "Mak, aqil nak naik lagi! Nak naik lagi!" Hahahahahahaaa punya lah becok mulutnya kan.. Dapat la naik pergi dan balik. Lain kali naik lagi ye sayang.

 Sampai Masjid India, hujan lebat la pulok!! Kami redah je sebab nak ke Semua House.. 
Tp apa yg dihajati tak dapat.. susah betul nak cari baju pepel untuk budak2..

Haaa... next day release tension kat playground Aeon Wangsa Maju hikhik..
Misi cari baju tak jumpa jugak.. Beli kasut aje..

 
Pinnnn Pooonn!
Kakak Sarah jadi drebar bas

 Sekali dia terperosok bawah tayar da hahahaha..
Gara2 lubang letak kaki tu besar sangat, tak padan dengan afiq yg kecik ni hihiii

 
Merry go round!
Sebelum bergerak afiq nanges bukan sebab takut, tapi sebab "lamanya, bila nak jalan nih! saya nak turun!"

 Lagi sorang.. Puas moklong dia memujuk langsung tamo naik itu kuda!

Next day, khamis.. Anak-anak pakat demam. Dah kata kena hujan kan. Mujur mak sihat walafiat memang berjaga kamu semua. Jumaat pegi klinik sebab abg aqil tak mahu mkn apa2 termasuk susu. Air masak & tido je.. Ubat lagi la dia TOLAK terus. Gi klinik Doc masuk ubat montot sebab suhu 40.4 darjah!
Antibiotik pun tak dpt nak masuk. Asyik keje muntah aje dia...huhu. Weight dah 18kg.

 Adik? melekap aje, dok celah tiak mak aje.. suhu 38.5.. Alhamdulillah adik mudah mkn ubat!
Susah nak muntah. Berat masa ni 9kg.

 
eh eh.. tayang udang galah, mak masak goreng cili ajer.. 

Baju pepel tak jumpa untuk anak2, maka ku beli je baju biru! Tak kisah la bebudak kan. Theme masa adik sanding pakai pepel. Last2 anak2 pun xde nak bergambar hehehee...

Baju & kasut baru memasing.. Terus untuk raya sekali ^_^

Selepas anak2 sihat mok dia pulak kena serangan batuk selesema.. Perit tekak sampai berdarah la time buang kahak tuh kan.. Pehtu abahku belikan dequadin.. ala.. gula-gula tamo la mkn (eksen betol dlm hati ni) Pastu mkn la jugok tak tahan gatal tekak nih! Mkn sebiji! Masyaallah! Terus tak gatai dah.. Elok je dia hehehehe...

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.