NUFFNANG

Wednesday, June 19, 2013

Aktiviti Abang Aqil





Kalau beli puzzle, perkara pertama ialah mok ayah yang kena susun dulu.. Baru dia susun sendiri.. motif nak hafal gambarnya ekekekee... Board ABC yg bleh tulis pakai marker tu yg tak tahan lama adalah markernya... dakwatnya cepat kering uhukkk kena beli white board marker yang lain.. Biasa la anak2 yg guna mana nak tutup balik pen nya kan...

Tengah syok berbual ngan member dlm henpon, tetiba abg aqil datang tunjuk hasil lukisannya...
" Mak, tengok ni.. Aqil lukis ikan jewong.."
Memang nampak ikan jerung kann... pandai tak imaginasi dia tu hihihihi
Tang gigi bawah ajer takde :)

Ingatkan start sekolah haritu nak hantar aqil gi skolah main2, pulak bila ckp kat en.Ayah, kasut, beg, baju tak beli lagi.... dan-dan en.ayah kata tahun depan la hantar T_T huhuhuuhuhuu...
ABC yg ditampal kat dinding rumah ni alhamdulillah dia dah nak baca.. ada setengah2 huruf yang dia tak berapa tahu nak nyebutnya.. contoh huruf F, huruf W dia sebut 'bader-U' hikhik.. Huruf X untuk X-Ray, dia baca X untuk Tulang ekekekeke.... cumil tak? hihihi janji pandai baca kan kan :)


Monday, June 17, 2013

Hadiah ; Kaklong ; Hari Ibu

Bulan Mei ku beri emak & kaklong brooch..

Tak sangka kaklongku beri bukan satu, tapi 3helai tudung kepadaku hihihi
Thank you so much!


 Merah menyala...

Ku dah melaram pun waktu kendarat tempoh hari.. siap kena tegur ngan tetamu.. 
"Kak, org lain pakai tudung hijau, akak sorang je pakai tudung merah"
Alamak iye ke ni? terus usya keliling rakan2 kendarat... memang majoriti pakai tudung hijau, tudung hitam pun ado.. merah? hemmm masuk daku ada 2 org ekekekeke ok la tu kan..
Nak match dgn baju kendarat, tanah warna hitam, corak hijau dan merah hhihihihi..
Teruja jugak 1st time pakai tudung manik gini hakhakhak...


 Yang ini bestttt... Kain lembuttt sgt, tak panas..
Ku suka je tudung corak2 gini hihihi



 Yang ini spesel.. buleh pakai depan belakang sebab ada dua corak hihihi...
Menarikkan.. cuma kain kasar sedikit :)

Model bayor sendiri hahahaha...



Haaa... cantik tak?
Tudung yg cantik ka, orgnya cantik kui.kui.kui.
^_____^

Semalam juga adalah hari jadi kaklong ku yg ke.....ihiks!
Hari jadi anak buah yang ke-5
Juga hari bapa ehhh? Kami sedap2 ajer duduk rumah sebab en.Ayah nak qadak tido hahahaha...
Sampai abgku request "ko kasi hadiah tilam jelah kat dia"
ahaks!
** tilam & katil dua buah tu pon tak terguna..**


Senyum senyum semua yer uolls ^_^

Friday, June 14, 2013

ILMU

" Ilmu yang sedikit lebih baik berbanding ibadat yang banyak. Memadai kefahaman seseorang dengan mengabdikan diri kepada Allah. Dan cukuplah kejahilan bagi seseorang apabila d ia mengagumi pendapatnya sendiri. " (Sabda Rasulullah s.a.w)

" Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir " (Petikan kata-kata : Abdullah bin Abbas)

" Ilmu adalah pengertian dari hasil penelitian, jalan mencapai tujuan, makrifat untuk membuka tabir hakikat, landasan dalam perbuatan dan tindakan, daya fikir dalam mencapai kebenaran dan moto kehidupan yang disinari iman dalam melaksanakan amal bakti kepada Allah ar-Rahman. " (Abu Darda r.a)

" Ilmu itu berasal dari akal, sebagaimana buah-buahan yang berasal pokok, sinar dari matahari dan penglihatan dari mata. " (Imam Al-Ghazali)

" Ilmu pengetahuan adalah kawan diwaktu sendirian, sahabat di waktu sunyi, petunjuk jalan kepada agama, pendorong ketabahan di saat dalam kekurangan dan kesukaran. " (Mu'adz bin Jabbal)

" Barang siapa yang tidak menjaga dirinya, maka tidak bergunalah ilmunya. " (Imam Syafii')

" Tanda akal seseorang itu ialah pekerjaannya. Tanda ilmu sesorang itu ialah perkataannya. " (Kata-kata bijak pandai)

Kredit: Iman Bil.2



Thursday, June 13, 2013

Rahsia Muka Manis

Abu Yazid Al-Busthami, seorang pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.

Dengan murung, lelaki itu mengadu, "  Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada ALLAH. orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan ? "

Sang Guru menjawab sederhana, " Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah s.a.w. adalah penduduk duani yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah s.a.w, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya. "

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.

Alhamdulillah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Sikapnya ramah, wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri..

>>> Jom audit diri kita <<<


S.E.N.Y.U.M

(^^,)

Wednesday, June 12, 2013

Rabu - 3 syaaban 1434 - Testing watermark sekaligus!

Assalamualaikum semua... Alahai.. mood berblog dah kelaut tengah dah hihihi... Gambar2 banyak dalam henpon.. mau nak transfer lagik kan.. Cehhh kalau guna facebook laju je dia tepek gambo hihihihiii...
Ala.. takde yg ternanti2 entry daku kottt tapi takpe.. la ni ku nak kasi up gambo kenangan... Sila nikmati memek-memek muka beliau.. Memula syokk main air, kumur-kumur air dalam mulut siap masuk jari nak tahu air dalam mulut tu camno hihihi... Dah happy2 tetiba dengan satu suara teguran dari nenek ( mama ku), terus dia bermemek sedih.. nanges dahhhh... Sebab dia kaco ubat nenek kan... kan..... haaaaaa....












Dengan harapan... " Mak sila la dukung sayer.. sayer sedih ni kena marah ngan nenek"
Alolololooo...
perghhhhh doblas gambo kan.. amikkk

Senang dah pasni nak buh watermark kan.. dah tau la camno nak buat idok la satu-satu nak edit hikhik... Terima kasih buat Eliss untuk entry tutorial photoscape tersebut ^__^

Sunday, June 9, 2013

Coretan dapur

Kisah anak KIV dulu ekekke.. Memang tak habis kalau berkisar cerita anak kan ^_^

Rejab hampir ke penghujungnya... Sedih sebab impian Rejabku tak terlaksana seperti dicita.. Sya'ban menyusul pula.. Diikuti Ramadhan...

Sungguh tak sabar..

Tiba-tiba terjumpa resepi kek buah kukus 

Pernah try?
Mak ku buat tempoh hari daku yg ngabiskan sbb orang lain tak minat, tiba2 ku pulak jadi minat hahahaha
Mungkin hasil air tangan mak, ku dulu tolak tepi jugak kek buah tak minat.. La ni tiba2 jadi sedap hikhikhik

Berangan juga nak buat kek buah kukus nanti ^_^


Wednesday, June 5, 2013

Google+

Ya ampun... lama takde entry.. draf pun takde.. zero hahahaha

3minggu mamaku dirumah. So layan dia dan anak2 jelah selain main candy crush kehkehkeh..
Kenduri kawen lagi selama 3hari.. Tambah bizi bila jadi kendarat bawa anak2 dua orang ni haaa... bleh bayangkan tak camne... 

Apa pun tajuk utamanya hari ini adalah (ecehhhh)
Siapa yang ada GOOGLE + tuh meh la add saya...

Maklomlah, bila komen kat blog kawan2, komen ku selalu terjun masuk tong sampah eh eh masuk SPAM...

So, yang ada google plus izinkanlah daku meng'komen' di situ ajer....

Sekian terima kasih..

Dan jgn lupa share di google plus ye bila update entry ^_^
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.