NUFFNANG

Saturday, April 14, 2012

Tak Sabar Nih...


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Alhamdulillah adik2, mak baru je gerak dr KL ke Kluang. Besok singgah rumah daku dan hangkut anak-beranak balik rumah emak. Kecuali en.ayah dok kerja je.
Kdg2 tak suka situasi mcm ni. Ye la kan tiap kali balik kg ke, gi kenduri kendara sedara mara ha btg hidung ayah memang tak ada. Omak ni la angkut dua2 'beg tangan' tu kulur-kilir. Tambah lagi ASYIK aje numpang org kan.. Walau adikbadik hatta sedara mara. Nak wat camno. Bukan kata daku tak pandai bwk keta. Dekat 10thn dh ado je lesen. Cuma xde babyseat utk bebudak berdua tuh. Adik lak nyusu bdn, mau 3-4kali daku benti kat hentian rehat.. Alasan ke nih? Adoo! ;b Hendak seribu daya kan.. Tp apo kan daya ayah masih tak beli2 babyseat..Omak pasrah la..
Malu, segan, tak selesa usah ckp la kan. Yg sgt segan tuh bila ramai yg tanya "Mana bapak budak2 nih".. "Keje".. Itu la jwpn yg paling afdal patut ku jawab. Hermmm tamo lagi la pi mana2 kalo awok xde. Buleh cenggitu?! Bukan apa kesian kang, aQil kerjakan org lain hahaha.. Mau peluh mcm lari satu trek. Penatttt!


Berlengging!!!
Memasing berpeluh dh ni

Agak berapa lama nk bertapa kat umah MakAbah tu ekkk... Hermmm last balik bln 11.. La ni bln 4.. Ye! mmg atok n embah nya rindu sokmo la dgn mereka berdua nih.. Dok la lama sikit bukan selalu boleh balik berjimba kat KL nun.. Hahaha EH! Kampung kat bandar nih!!!
Agak2 bila ayah nak dtg amik? Daku berkira2 jugak nih.Ish! belum pegi lagi dh tnya bila nak balik kan!
Bila dh ada kat KL makanye bersawang kejap la belog daku ni yeh.. 

Okies! Terima kasih sudi membaca
Wassalam...


Owh! Lemak pucuk ubi, sambal tumis, sotong goreng tepung, menu spesel utk mak & adik2 besok sblm bertolak ke KL :)

Anak2ku Sayang

Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Hari ni blajor hurup V ye teman-teman
Sambil nyonyot V boleh tawaf satu rumah nih, masukkan dia dlm bbcoat Yihaa!

Abg pun join

Haaa...
Wajah suci murni je waktu tido


xdok mood plak mau nulih :))
Tak sabar sebenarnya nih.. Tak sabar pasai pa? Tunggu ekk

Wassalam..

Thursday, April 12, 2012

Khasiat Oat

Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Wikipedia:

Sekam Oat adalah sarung bijirin oat. Pengambilannya dipercayai mengurangkan LDL kolesterol ("buruk"), dan berkemungkinan mengurangkan risiko penyakit jantung. Oat juga merupakan bijiran selamat bagi pengidap penyakit celiac (alahan gluten). Bagaimanapun, oat biasanya sering bercampur dengan sejumlah kecil gandum semasa penuaian dan pemprosesan, dengan itu EU secara rasminya menyenaraikan ia sebagai tanaman yang mengandungi gluten. Oat yang berasal daripada Ireland dan Scotland, di mana kurang gandum ditanam, kurang berkemungkinan dicemari melalui cara ini.

Selepas lapuran mengenai bahawa oat mampu membantu mengurangkan kolesterol keluar, "kegilaan bijirin oat" melanda U.S. pada akhir 1980-an, memuncak pada 1989, apabila cip ubi kentang ditambah oat dijual. Gila makanan ini hanya sekejab dan pudar pada awal 1990-an. Popular oatmeal dan keluaran oat lain sekali lagi meningkat selepas keputusan Food and Drug Administration pada Januari 1997 bahawa kebanyakan (oat bran) atau (rolled oats) boleh meletakkan label yang mendakwa bahawa ia mungkin mengurangkan risiko penyakit jantung, apbila digabung dengan diet kurang lemak.

Gambar adalah milik group HSFFYB-FB
Daku share utk momi2 yg tak boleh/ tak ada Facebook. Sharing is Caring :))
Ini adalah contoh Oat
PALING BERKHASIAT IKUT TURUTAN
(Oatmeal hilang khasiat ketika melalui proses penipisan - lagi tipis lagi senang masak namun lagi hilang khasiatnya)
pertama : Steelcut Oats (kanan sekali)
kedua : Rolled Oats
ketiga : Quick Cooking Oats
keempat : Instant Oats (paling sedikit khasiat)

Daku pilih RolledOat utk stok kat rumah ni. Tadi dah buat bubur oat+tofu utk afiQ kan. Rasanya pun lebih kenyang drpd instant @ quick cook tau. Lain sikit bau n rasa nya. Pendapat daku ye.. :) Antara yg boleh didapati di supermarket;



Yg ini daku punye. Beli kat econsave. Jenuh jgk mencari. Kat Cosway pun ada packaging biru. Yg penting ada tulis RolledOat @ Organic :) Murah aje. Yg ni RM7++.

Alamakk agak2 nampak tak? Xpe nti klik kasi besar eh. Makanan utk bayi 8 bulan dan ke atas

Contoh2 keluarga pasta. Juga boleh diberi pd bayi umur 8 bulan dan ke atas..
Pernah dgr couscous? Ia pun dlm kategori pasta juga tau.


Utk makluman, daku baru je belajar nak camno pemakanan bayi nih. Cara yg betul, bhn2 yg betul. Kalau dulu buh la segala myk, garam,gula, kata nak kasi ank montok. Tp semua itu salah. Kicap pun klu boleh 2thn keatas baru kasi dia rasa. Cuma kita dah terbiasa. Dah tak boleh pakai istilah "makan garam dulu".. Di WHI TV3 hr tu pun ada keluar psl pemakanan. Dgn tajuk Menu Mati Muda... Kita yg dewasa ni pun haruslah belajar kurangkan gula, garam dan perisa2 lain.
Daku baru nak belajar nih... Memula reject Fastfood la kan.. Tp kalo org dah bagi? apo nak buat ekkk? hahaha.. Tepuk dada tanya selera. Jom belajar mengawal nafsu.. Ehh tetiba :b


Adoiii byknya bebel :D
Okies! Terima kasih membaca.
Wassalam...




Bubur Oat+Tofu

Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas dibumi ALLAH. Seperti yg kita tahu smlm Acheh dilanda gempa. Walaupun amaran tsunami telah ditarik balik, kita harus berwaspada dan berjaga2. Sebagai peringatan;
Alzalzalah: Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[2]
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
[3]
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
[4]
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
[5]
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
[6]
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
[7]
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[8]
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Bubur Oat+Tofu
Bhnnya: Tofu lembut

Rolled Oat 3/4 @ stgh cwn
Cer tgok besor2 kan oat nih. Sat lagi daku citer beza Quick/Instant Oat dgn Rolled oat :)
Lagi bagus pakai yg organik.

Bayam merah (daun shj) diracik halus, ikan bilis (direndam 2-3jam, sangai, blend), Labu, bwg merah kecil.
Daku sejak kawen mmg pki bwg merah kecil@thailand ni. Selera en.Ayah. Mmg leceh nk kupas berbanding bwg besar. Tp la ni buat masak mmg wangi je, dan kurang angin. Bwg besor kan byk angin hukhuk

Masuk semua kecuali bayam n tofu. Daku biasa didihkan air dulu hihi..
Agak2 oat dh empuk masuk tofu, kacau2 masuk bayam. Dah siap! Bau diaaaaaa huiii.

La ni rupa dh dikisar. AfiQ mkn camni la. Omak tak perlu tapis dah tp masih perlu blend ngaaa ngaaa ngaaa ;)
Alhamdulillah Habis!
Rasa dia sedap juga tau. Manis, lemak. Omak pon cuit sikit hihi Cam tak biasa je :D

Okies! Terima kasih membaca.
Wassalam...

Wednesday, April 11, 2012

Gempa Di Acheh 11/4/2012

Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

PEKANBARU, Indonesia 11 April - Pusat Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (PMKG) di sini mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi dengan kekuatan 8.5 skala Richter berlaku di Aceh hari ini.

"Amaran tsunami akibat gempa yang berpusat di barat daya Simelue, Aceh pada kedalaman 10 km itu meliputi lima wilayah iaitu Aceh, Sumatra Utara, Sumatra Barat, Bengkulu dan Lampung," kata jurucakap PMKG Pekanbaru, Marzuki seperti dilapor Republika Online yang memetik agensi berita Antara.

Jurucakap itu berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 3.38 petang (4.38 waktu Malaysia).

Tp daku rasa gegar kat umah dlm kul 2lebih. Masa tu baru nak makan. Mmg ada penin sikit la.. Tp waktu kejadian pukul 4>... Camno tuh hihihi. Harap semuanya baik2 aje.

Sumber:Utusan Online

20 Perkara yg berubah selepas...


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh
Moning! Morning! Morning! Hui pagi betul dah menepek blog ekk. Ada bende nak research sket tu yg on pc awal. Kalo tak tgh hari ke ptg baru jenguk sini. Maklomlah surirumah. Selesai anak2 br wat keje sambilan omak ekk. Tgok FB pagi ni berkenan plak nk share sesuatu dlm blog. Terima Kasih KakMar.
20 Perkara Yg Berubah Selepas Anda Mempunyai Anak
sumber: Kura-kura.my
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat…;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Amacam? Agak-agak korang sama tak? Hihihi.. Daku? Byk la yg sama dr yg tak sama :)
Yg tak tahan tuh, hari2 aQiL 'pau' ayah dia beli lori! hadoooo
'The anak ayah'

Okies. Terima kasih sudi membaca.
Wassalam...

Kami sekeluarga sarap Oat+Mangga+Pitted prunes hari ni, termasuk afiQ
^___^

Tuesday, April 10, 2012

Masa berlalu..Kau kian membesar...


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh


Abg dan adik.
Sungguh la merindui abg waktu dia masih bayi.. Rasa cepat sgt, sepantas kilat masa berlalu. Bak kelipan mata. Zass abg aQiL dh 2thn 8bulan. Rinduu.. Sebab aQil membesar dgn pantas akibat lahir pun besar kikikik. Bila turn adik lak Omak eh pelik. Kenapa adik mcm tecit jew nih. Rasa nak picit2 sebab gitu je bdn dia. Haip! Patut pelik ngan aqil bukan ngan afiq. Yelor kita pelik sebab dpt aqil mcm dak umur 1bulan. Adik normal je.
Memang rindu sungguh la...
Gambo di atas kiri masa aqil umur 9bln dh ada gigi 2btg kat bwh. Gambo adik lak umur 7bln>.
Tp yg cepat nak berdiri cenggini ialah adik. Rasa2 mcm tumbuh gigi lambat, abg aqil lagi cepat :)
Takpe dik, dpt kaki dulu la baru tumbuh gigi ekk..
Baju merah tu pun ghaser2 adik afiq setawon kot baru leh pakai weee~
Banyak lagi baju2 aqil yg afiq belum bleh pakai. Yelar dia nye baju cari saiz 1-2thn nye masa baru berapa bulan hahaha. Tu yg adik tak leh pakai.. Simpan aje dulu. Besok2 leh pakai. La ni kena gak beli baju jalan yg sesuai utk dia.
Rindu masa aqil kecik...

Okies! Terima kasih sudi membaca.
Wassalam...



Monday, April 9, 2012

Cara intro telur pd bayi


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Memalam nih daku cuma nak share macam mana cara2 nak perkenalkan telur pada bayi. Start pada umur 8 bulan naa...Ni amik dr docs HSFFYB. Group babyfood kat FB ekk.. Kalau baby mkn keluar je bintik2 kat mulut dia tu alergik la tuh.. hihihi.. Apa2 pun kena try n error :)


Cara introduce telur (ikut PPUM - MMRTELUR)

kalau belum intro telur, kena buat secara berperingkat.
- telur kena pastikan betul2 masak
- boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.

Cara nk intro:
Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja
Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)

Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja 
Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)

Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur 
Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)

Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya 
Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)

Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu



Okies! 
Wassalam...

Puding Oat


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Alhamdulillah daku nak share resepi puding oat seperti yg dinyatakan sebelum ni otey!
Cara yg cukup senang dan mudah. Bukan takat bayi 8bulan je yg bleh makan. Yg keatas sampai NIL pon bleh makan gak. Berkhasiat dan lazat.

Bahan2:
1 biji telur (pastikan baby dah lulus mkn telur)
1/2 cwn susu (Freshmilk 1y+ @ Susu FM @ SusuIbu)
1/4 cwn rolled oat 
Buah2an pilihan

Cara2:
Pukul telur dahulu. Kemudian masuk semua bahan2.
Kukus 15minit & cucuk dgn garfu nk tau dh msk atau belum.

               


Oat tu ku kaut pakai sudu je. Tp next time tolor tu kena buat stgh je larr.. Bau tolor kuat hihi cium afiQ pon bau huwaahahaha. Kalo nak pakai sebiji gak kena lebihkan oat la yek. Ikut citarasa memasing. Lor ni ghuper sebelum dimasak ekk. Daku guna buah epal dan mangga. Malam tadi ayah balik bwk mangga zupp zapp ku ke dapur terus pilih yg masak ranum @ ala2 benyek sikit tu suap pada afiQ. Omak pon samo yo ngap jugok. Hahaha. MANISSSSSS!
Daku boh dlm bekas yg tahan heat dlm oven sebab xde mangkuk kaca, tah apa ke namanya. 
Boleh rujuk sini cth mangkuk kaca tu. Resepi pon dr tuan tanah blog ni gak :)

Dah siap! Owh macam ni jer.. Cam biasa sblm suap kat incikBoss omak la rasa dolu kehkehkeh..
Emm manis buah je. Tp epal tu tak berapa hancur la plak bila ku lenyek2. Maka amik blender dan blend ler apo laie.. Ngappp sama incikBoss. Aumm nyum nyum.
Kalo omak apak nk mkn kena buh susu sket. dlm 1sd teh je @ stgh. Hepp! tak elok mkn manis2 nih hihihi.
Bukan habis pon afiQ mkn. Lebih tu simpan esbok. Biasa ku simpan food baby yg dah msk hnya 24jam. Paling lama 48jam je ekk. Huii kalo sejuk2 ni lagi sedapp gaknye :) Mau omak yg mkn ni

Ni sarap afiQ. Abg aQiL?? Hah dia dah mkn seketui karipap keledek dan ngendeng nasik mok emak dia. Hahaha konyang. Minum susu pon tak habeh. 

Tgh hari plak? Ni dah kul 1547 ketiga2 hero masih belayar entah ke mana. Daku msk kcg pjg goweng sama ikan selar kunin msk singgang yo. Tambah ado sambal blacan tu kan. Laukpauk tok beli lagi. Habeh dah.
Lauk afiQ byk plak ehhh... Menu afiQ lak cuma kcg peas+labu shj. Rebus. Kisar2 halus. Omak rasa.. amik sudu hermm ala2 jamie oliver tu kan. Ado yg kurang nih. Kurang kick! Apo laie amik kurma dlm angka ganjil (kupas kulit) blend sekali lagi. GRrrttt.. Ha baru la sodap!
Sapo yg diet tu leh yo mkn cam gini ha. Konyang perut sebab tekstur kcg peas tu aduhaiii...
Kalo omaknye versi tambah kan dgn daun bwg, bwg putih, kisar. Slurpp!
Versi afiQ nye mmg NO garam2. Dia kecik lagi. Letak kurma sebab nak kasi manis sket.
Bak kata omputih ; Stand Up for REAL FOOD :)


Okies! Terima kasih kerana sudi membaca.
Wassalam...


Pejamcelik dr ngandung smpi afiQ 8bln br 3-4x je mkn fastfood. Syabas utk diriku. Harus tolak tepi terus nih. Zasss!

8bulan sihat dan kuat

Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Syukur ke hadrat illahi kerana diberi peluang menyusu Mohamad afiQ yg dah pun 8bulan. Alhamdulillah suka sgt! Dan susu pun masih mencurah, masih boleh rasa LDR (let down reflex). Walau dah tak pam dah hahaha, stok pon xde simpan. Harap dimurahkan lagi hingga 2-3thn :)

Usya abg aQiL ngan adik afiQ. Aksi ni mmg betol2 dua2 bujengs ni celik mata. Dua2 tuju tmpt menan.Hihi.

Adik afiQ dah duduk tegak n tegap 2-3hari lepas. Sblm ni semgu dok tahan tgn sblh lagi.

Okies. Hari ni menu spesel utk afiQ, Puding Oat+mangga+epal
Nanti daku share ye resepinye..
Si tecik ngamukk :)


Wassalam...

Saturday, April 7, 2012

Homemade Stok Ayam


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Nak share cara buat stok ayam homemade. Bhnya;
sebtg china leek
1btg lobak merah
1bj bwg Hollad/bwg kuning
800-1000gm kaki ayam (daku guna tulang2 aje)
1750ml air
*boleh tambah 2ulas bwg putih*
Caranya senang bak petik jari je.
Potong bhn2 dgn potongan yg besar. Masuk periuk + Air hingga menutupi bhn. Didih hingga masak
 Tak perlu letak garam ye
 Dah siap masak, tapis ye. So dpt la stok yg jernih tuh
Tapi daku rasa syg n membazir maka, keluarkan tulang2 ayam. Yg lain2 blend dan tapis.
Tu yg stok daku kaler oren2 ekk. Dah siap masuk dlm botol camni. Senang nak masuk peti ais kann.
Kot anak2, suami demam boleh je hirup sup ni :)

Stok dah siap, lunch utk aqil n afiq daku buat pasta+puri peas+puri jagung+Labu.
Untuk afiq haruslah blend halus ye. Tp aQil kurenggg sket nk mkn pasta-masta nih. Dia lagi selera mkn nasi!nasi!nasi! campo teluQ dan kicap. Haih!

Untuk menu hari ni... Sarap biskut je. Air xde! hukhukhuk!
Notis pon xde. Cer kalo dia bagi notis, ada je air keluar cehhh
Entah kul berapa la nak ada air nih. Kalo pas zohor xde air maka amik talipon dail nombor ayah kringgg kringgg.. Ayah balik jap bwk pi mkn, lapor dah ;p Boleh cenggitu hihihi

p/s: Adik afiQ dah boleh duduk tegak sejak malam tadi :) Tik!Tik!Tik! lagi 2hari 8bulan
Nanti kita share gamba ekk

Okies. Terima kasih membaca.
Wassalam...

Friday, April 6, 2012

Lempeng Pisang


 Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Okey, entry hari ni nak berkongsi menu2 air tangan daku utk anak2. Maklumlah daku baru belajar bab-bab pemakanan bayi dgn betul.

Ini antara stok yg perlu ada kat umah. Kismis, prunes, kurma, buah2an, oat, dll.
Dah beli 3thn baru nak guna balik slowcooker ni ekk. Nasib okey lagi. La ni daku masak Oat+prune+kismis(ganjil)+pisang. Kalau pki slowcooker ni campak je semua dan tunggu 3-4jam tp kena jaga gak kot air cukup ke idok ekk :) Sonang je. Sementara tu bleh la kemas2 rumah. Kalau atas dapur messy sikit n kdg omak lupo! kusyuk sgt mengemas n layan anak2 ;p
Cenggini la rhopernye yek.

Bila dah siap gini la, tak cantik pon kan hihi. Tp afiq masih mkn yg blend punye otey!
Kalau agak2 blend kasar pon dia tamo mkn, blend la halus2 :)
Boleh habis ni dia mkn 
Kudap2 mkn prune :)

Pagi ni plak abg aQiL yg sarap byk kali. Kat kedai dah mkn bihun goreng, tinggal 2suap je tak habis. Balik umah daku nak buatkan adik afiQ lempeng pisang.
Daku amik kat blog Maghfarah. Byk juga resepi homemade yg mudah diblog beliau.
Bhnnya: 1/2bj telur gred A
1 sd/teh unsalted butter
1 sd/B tpg attar
2bj pisang saiz cute
Campur semua bhn & msk ataks non-stick pan. Siap.

Tp omak derhaka resepi ekk. Pakai 1bj telur, 3sd/B tpg gandum, 1 1/2 bj pisang berangan. Lagi campor oat afiQ yg kat atas tu tak habis dlm piuk :)
Lenyek2 dulu pisangnya dan pastikan bayi dah ikut 4rules day utk telur utk elak alergik :)
Godak2, leser2, terbalik2, angkat dah hidang. Abg aQiL yg mkn byk!! Mmg sedap sebab omak eh pon join sekaki ;p. Adik mkn sekeping je mungkin tekstur agak kasar lagi utk tekak dia walau omak dah picit2,lenyek2 ;(.
Huh! tak pandang dah kirik-kanan dah dia ;p

Nanti daku post cara2 nak buat homemade stok ayam pulak ye. Mudah je tak perlu beli sebab xde MSG, xde garam, dll yg tak elok utk bdn. 

Okies. Terima Kasih sudi membaca.
Wassalam.


***Agak mudah bila nk post & pilih gambar bila dah upgrade blog :)***














Thursday, April 5, 2012

Aiiii apa tajuk aku nak letak nih?

Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Petang2 ni memang time tido dua2 hero daku. Sonang kalo mereka tido sekali, idok la nti sorang tido, sorang jaga mula la mengaco. Kalo adik yg jaga dia suka na tarik rambut ngan semeck down abg dia ekekeke.. Tp abg aqil bijak, bila tau adik usik dia tak nangis/ngamuk pon. Siap dia bangun dan cari tempat tido lain hahahaha :D
Cer kalo adik lak yg tido abg yg jaga... HOH! abg dgn sengaja menguatkan pitching sore dia tuh, sambil lompat2 atas tilam tempat adik dia tidoq. Mau tak berjaga adiknya sambil nanges2 huhuhu.. Omak pon siap sedia la yek :)

Entry ni sebonaeh bukan nak citer psl peel bebudak nih tido. Tp tgh sedap dok diapit bujeng2 sambil nyusu sitecik tuh teringat entry kuiz kak Mar utk awal tahun 2012 hari tu. Soklannye nama seseorang yg paling pelik pernah kita dengar.. Jwpn daku xde, cuma kasi nama sebuah syarikat..
Dalam dok terpikir tu kan.. Bukan kah nama kembar ku itu agak pelik?! Hermmm..
Nama abgku itu Syahrizal Muhamad.. Muhamad di belakang bukan didepan seperti kebiasaannya. Masa kat sekolah cikgu-cikgi selalu tersilap tulis.. Syahrizal bin Mohamad Salleh kann... Hahahaha aduhaiiii Memang jawapan dah basi la ni ye kakMar. Pelik ke? Tak pelik kot hahaha. Aku je yg tgh melayan otak dikala petang... Bukan masuk air ekkk!

Mereka tgh nonton GracieLou & friends :)
Cian adik dok mendongak kehkehkeh

Okies!
Wassalam...

Tuesday, April 3, 2012

Adorable abg aQiL

Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Dah lama tak update perkembangan abg aQiL nih. Yelah sejak dah jadi seorang abang ni kan haa.. Dah lama2 mmg nampak la rupa seorang abg long kan. Masa memula dpt adik genap2 umur abg aQiL 2thn 5hr.. Beza 5hr je ngan adik afiQ dlm bulan yg sama.. Pandai mak bajet ekkk hahaha. Dlm usia begitu mmg susah nak faham apa yg dia ckp. Semuanya 'buu', tunjuk2 aje @ tarik2 tgn kita kalau nk apa2. Daku yg 24/7 duk ngan dia ada la faham sikit2 bahasa anak, tp cer kalo ayah.. Hoh! tak faham, tanya byk kali hahaha. Dah lama2 baru la omak eh bgtau ank awk ckp ini..ini..ini... Owwwh! baru ayah faham ;p. Hermm kdg2 ada masa omak pon tak paham deh!
Jgn risau kalau ank lambat cakap. Yg penting kita sbg ibubapa kena rajin.. errr Omak je rajin ;p. Rajin ckp ngan dia, rajin doa utk dia supaya dia boleh ckp dgn betul. Memang mengambil masa. Bila dah ada adik barulah abg aQil bersemangat sikit hahaha.. Sebabnya omak lagi byk ckp @ bebel lebih drpd biasa wakakakaka =p

Dulu dia pangge lori BIBO ok!
Rupanya daku ajar salah, kalo sebut bombe dia sebut bibo
Nak kena ajar bahasa baku.. BOMBA ok baru dia sebut betul =P

Kalo ada fanclub jentera berat boleh dok abg aQil masuk?
Kalo beli KELETA main kejap je, pandang sblh mata. Adik main pon dia tak kisah. Tp jgn la usik lori2 dia huhuhu.. Ada lori yg org len boleh main, ada yg tidak Hoh! anak ayah betui
Huh! bumbelbee adik afiQ pon hado.. Br 2mgu naik

Sayang adik. Teman adik main. Adik dah boleh duduk walau tak berapa stabil



Skrg dia mmg dh pandai bual2, ckp itu ini, tp nada pelat nya tetap ada. Jgn tak tau ayah dia kecik2 pon pelat sokmo malah sampai dah sekolah berbotol lagi T___T, mana tak tumpah kuahnya kan.. Takpe Mak sabar nih :)
Yg pelik sikit dgn dak aQiL ni dgn kanak2 sebaya dia ialah; Tingginya seperti kanak2 4-5thn (umur br 2thn 8bln), Tidak berminat dgn gula-gula, vitamin tablet dan yg sewaktu dgnnya, Tak excited bila ajak pegi playground @ tak heran (kalo budak lain dh lompat2 siap tamo balik), Pantang org ajak naik motor @ kereta dia akan ikut (bahaya nih), Org kasi apa2 jajan @ makanan dia tak ambil (siap tolak2 ngan tgn), Suka sgt coklat & aiskrim tp sgt susah nak gosok gigi+ubat gigi huhuhu.. Lebih suka main @ buat keje sendiri.

Mmg rasa dia mcm lambat sikit tp xpe sebab dia nk belajar benda baru. Dah pandai kira 1-10 (in english) walau ada yg tertinggal (selalunye no7). ABC belom terror lagi. Sgt suka bila omak eja A aa, Y.A.M yam... Dia sambut AYAM.(mcm upin ipin) Good boy! Omak tukang eja dia tukang sebut, tahu pulak tu. Yg tak tahan "ma lowi ma" Ok la. LO lo RI ri.. LORI hahaha. Bila dah habis, dia eja sendiri yg hanya kedengaran A aa...LORI, A aa.. LORI TRELAR, A aa.. LORI BOX... Aduhai anak semua A aa. Semua Lori phewww! Ni la anak seorang Pilot ;p Ayah pi keje bwk lori treler kan...Jgn tak caya pilot2 yg lain pon anak2 mereka sgt suka dgn kenderaan berat nih hahahaha. Lagi satu pandai tuang air dr jag ke cwn selagi tak penuh! huh.. Jiran2 pon dia dh tau nama.. MakJai (pangge majai), MakRos (pange Aawos), kwn2 dia Danish(anish) ngan Airil(aril). Kira dia tau dh jiran2 keliling. Siap muka tak malu masuk umah org sbb omak tak kasi main luar =p.

Daku mmg nak cari buku2 yg sesuai utk dia. Nak cari kamus bergambar oxford. MOmies2 ada cadangan tak? Tak berapa pandai gak nih nk memilih buku yg sesuai dgn umur dia.. Besok cukup 2thn 8bln :). Adik afiQ pulak 5hr berikutnya cukup 8bln :).. Kalo kata flashkad mmg ada 2kotak kat umah ni. Belajor kejap je sudah nye dia buat main pondok2 ;p. Okeylah sampai sini dulu kisah abg ACIL.. Asyik citer psl adik je kan.. Kasi can lah kat abg pulak :)



Okies!
Wassalam

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.