Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh
Memalam nih daku cuma nak share macam mana cara2 nak perkenalkan telur pada bayi. Start pada umur 8 bulan naa...Ni amik dr docs HSFFYB. Group babyfood kat FB ekk.. Kalau baby mkn keluar je bintik2 kat mulut dia tu alergik la tuh.. hihihi.. Apa2 pun kena try n error :)
Cara introduce telur (ikut PPUM - MMRTELUR)
kalau belum intro telur, kena buat secara berperingkat.
- telur kena pastikan betul2 masak
- boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.
Cara nk intro:
Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja
Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)
Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja
Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)
Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur
Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)
Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya
Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)
Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu
Okies!
Wassalam...
1 comment:
umur sofia 1 tahun baru sedia nak intro telur.sofia tak makan ayam,daging,ikan bilis n mknan yang alahan pd dia.mkn ikan jer sayuran2.tapi wajib campur kismis n kurma.
Post a Comment