NUFFNANG

Friday, November 30, 2012

November terakhir... kita ke "paygound"

Bulan Disember dah melambai-lambai nak jengukkan diri... Bulan yg istimewa utk yg tersayang... Dan... kejap je umurku meningkat bila tiba bulan Januari... huhuhu.. Elok la tuh sorang hujung tahun sorang awal tahun... anak-anak pakat lahir bulan 8 sama-sama... :D

Awal bulan hari tu daku ada kesahkan tentang sakit telinga. Alhamdulillah lepas dicuci pendengaran lebih clear! Macam clean & clear lah hihihi... Yo'oo aje.. Masa dicuci tu sejukkk aje air masuk telinga. Guna picagari yg BESAR dan ada satu plastik berbentuk jarum diletak kan didepan picagari tersebut.. Lepas 3-4kali di'simbah' air dlm telinga terus kedengaran 'POP'... Jam-jam tu jugak ku dengar hahahaha... "Wah! dah bleh dengar!" Proses yg amat mudah dan sekejap sangat. tak jumpa doc pun ;p.. Tapi kan kesan dari cuci tu kita akan rasa pening2. Ala2 macam baru keluar dari laut dengan ombak yg besar.. pening sangat! duduk rest kejap kasi pening tu hilang. Bila test berdiri dan rasa ok. Boleh jalan ok la tu.. Kesan air tu jugak sampai rumah punyalahhhhh gatai telinga nih! mengerenyam! Lepas pi klinik tu bawak la anak2 pi playground kat tj.Emas la... Tu je tempat yg boleh lepak2 hihi.. Jom layan gambar.. Adik afiq sebenarnya tgh tido. Sampai kat taman mainan ni, keluar kereta. Jejak ke sini baru la afiq celik.. celik mata terus naik rama2 ni sambil sengih hihihi suka!



 Masuk terowong... Sangat berani dak tecik nih

 Abg aqil main gelongsor kecik je.. Yg besar ada lopak air so tak leh main kat situ..
Nampak tak adik kat belakang nun...

 Dia tengah kopius mana satu nak pergi...
Kat sana ayah.. kat sini mok..

Abg? 
Adik main dalam tu baru dia berani masuk...


Wednesday, November 28, 2012

TAKZIAH Wan Nurul

Dikesempatan ini daku ingin menyampaikan... sahabat kita Mummy Nurul telah kehilangan abahnya.. Mummy msg pada pukul 10.37pm... Daku baru je lepas baca blog mummy kata abah koma dan otw dr melaka ke HKL... ALLAH lebih sayangkan abah.. Innalillahi wa innalillahi roji'un... Tabah dan sabarlah sahabatku.. Hulurkan rohnya doa yang terbaik.. Masih teringat-ingat wajah arwah abah.. Kali terakhir berjumpa masa Aidiladha.. Walau abah sakit tapi wajah abah tetap berseri dan bersih... ak sangka itulah kali terakhir dapat melihat wajah abah... Dia seperti mahu memelukku sewaktu mahu pulang tempoh hari... namun dia hanya memeluk adik afiq.. Semoga roh abah tergolong dalam golongan yg baik-baik. Damailah kau di sana...

Minggu lepas pun baru kehilangan isteri sepupu belah en.Ayah... Arwah Kak Ani menghidap kanser payudara dan diabetes yg tinggi.. ALLAH juga sayangkannya... Meninggalkan suami dan 5-6org anak.. yang paling kecil sebaya adik afiq.. 1thn+..

AL-FATIHAH...

Tempat jatuh lagi dikenang...

 ...menunggu masa untuk roboh ke bumi...
..bantuan PPRT tetap tiada khabar berita...

.. dahulunya lebih lebar dan dalam ..
.. ada yg hampir lemas... termasuk daku! ..
.. Kini hanya kelihatan sekangkang lembu..

Tuesday, November 27, 2012

Mistik...

Nak tengok bunga tisu daku singgah la sini >>>>

Kalau balik KL rumah mak mesti cari buku cerita baru ;p Agak kat Muar xde kedai buku ker? Theeee theeee heeheee... Tetiba nampak buku Terbaru & Terindah Dari Mekah dr produksi mastika yg tak pernah diterbitkan dlm majalah mastika.. Seronok baca pengalaman mereka. Malahan ada kisah tentang arwah Bob Kuman.. Balik ke Muar pi kedai runcit ternampak plak buku Mata Tak Berhijab.. Haii nampak sangat la big fan Mastika hak.hak.hak... Seronok membaca pengalaman penulis yg diberi kelebihan tu.
Walaubagaimanapun penulis tak boleh berkomunikasi dgn 'mereka'.. Yg paling seram bab terakhir sewaktu melihat kemalangan jalan raya huhuhuu.. Kalau kita boleh nampak, mau fengsan terus.. Nama penulis Zulkifli Ahmad Idrus 46, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi ( Kewartawanan) UiTM Shah Alam.. Jadi banyak juga la kisah2 rumah & blok di utim dikisahkan oleh penulis... Pasal rumah banglo RM50 pun ada jugak tau :D.. Ceritanya santai je tak menakutkan macam novel hantu betul.. Tapi sangat terkesan.. Ada juga petua yg dia turunkan :) Ehh ehhh promote pulak..

Sebenarnya bila terbaca buku ni. daku teringat pulak kisah2 masa belajar di uitm Alor Gajah, Melaka dulu.. Daku pernah ternampak satu bola merah. Bola biasa je macam budak2 punya mainan bola sepak tu. Warnanya merah biasa dan tiada nyalaan yg luar biasa.. Waktu tu baru pukul 8mlm lebih. Jadi tak la takut sgt ;p. Ternampak kat tingkap bilik member yg kebetulan mmg dia buka tingkap seluasnya. Bola tu bergerak dari kiri ke kanan. Bila hilang sebalik dinding, daku cepat2 ke bilik member sebelah pulok untuk tengok bola tu.. Tapi xde. Masa tu cuma fikir " oh! kucing tgh main bola agaknya" Tapi lepas tengok bola tu xde dari bilik member sebelah tu terus pikir, ehhh bumbung susur gajah kat bawah tak sampai pun kat tingkat dua ni.. Siap daku jenguk kat bawah nak pastikan yg bumbung susur gajah kat bawah tu mmg paras2 lantai tingkat 1 je... wu.wu.wu.. Idok la rasa seram cuma pelik..Apa agaknya tu.. Tapi daku tak bgtau sesiapa pun. Cuma terus call boipren masa tu bgtahu... En.Ayah la boipren daku tu kikikik ;p..
Pernah juga suatu masa tu daku terdengar bunyi anjing menyalak.. mmg kedengaran luar biasa. Pulak tu malam tu daku nak keluar dating ;p Waktu masih awal malam. Sebelum tu mmg tawakkaltu a'lallah la.. Kat sana nak jln kaki kena naik bukit, gelap pulak tuh! Masuk aje kawasan yg xde lampu jalan, jam2 tu jugak leher ni rasa panassssss je. Seluruh belakang badan pun rasa panas. "Ah! sudah" Terus berhenti melangkah. Tunggu kat tempat yg berlampu. Berharap ada orang yg sudi tumpangkan daku kot2 ada yg berkereta.. Dapat jugak tumpangkan sampai ke pintu pagar utama kan.. Alhamdulillah ada! Selamba badak ku tahan kereta tu yg datang dari blok berdekatan. Ku minta tumpang kat akak tu. Dia sewa kereta kancil merah nak balik Seremban katanya.. Daku ni boleh pulak tak terfikir siapa nama akak tu.. Diammm aje dlm kereta... Terima kasih la ye akak kancil merah. Lepas cari2 juga kot terserempak tapi tahla... memang tak boleh cam rupanya akak tu... Atau daku penakut nak tengok wajah akak tu kot bertukar jadi mende lain...????!
Haaaa seram tak? seram tak? Maap ler daku ni bukan pandai nak nyusun ayat hehehehe.....

Ada juga perasaaan yg menarik.. Peristiwa berlaku pukul 12tgh mlm. Kami baru pulang dari KL. Sampai je rumah en.Ayah suruh daku buka pintu pagar rumah.. Lepas tu daku tunggu la en. Ayah masuk kereta dalam garaj. Masa tu daku terdengar suara org ramai2 tgh bertahmid.. La ilahaillallah.. Bergema mmg mcm ramai la suaranya. Dan suaranya adalah lelaki. Masuk aje rumah buka lampu bagai, keluar balik tak dengar dah.. "hemm awal betul masjid kat sana pasang radio kot" Tapi masa tu pukul 12mlm.. kalau sebelum subuh dorang pasang radio ni takde la pelik sangat. Daku diamkan aje. Sampai la besok pagi baru bgtahu en.Ayah. Lepas dengar tu xde rasa apa2 la. Takut ke apa. Cuma rasa bertuah jugak dpt dgr kan.. En.ayah kata xde pape. Ada yg dtg rumah mlm tu utk tapi disebabkan kami xde kat rumah, 'dorang' pun baliklah...Apa pun kehidupan sebelah memang ada..

Korang ada pengalaman tak? hihih cerita daku yg tak seberapa ni kan.. :)
Semoga terhibur ^_^

Saturday, November 24, 2012

Alhamdulillah. Janji terpatri.

Terlepas entry Bedebush gedebush... piknik kecil kami klik >>>> kg.Janda Baik


Ada yg kata daku balik KL sambut raya ke..? ha'aah iyolah tu. Rayo deepavali kan dan awal muharam sekali hihihi.. Alhamdulillah seronok dapat balik rumah Emak Abah. Last ke KL 5bln lepas hew.hew.hew.. Tak ke lama kan.. Rupanya adik aFiq nak belajar berjalan kat rumah atok&embah dia.. Kemain lagi dia jalan terkedek2. Belikan kasut kat sana, semangat dia jalan, malah tak kekok pun jalan sambil pakai kasut hihihi... Awalnya pulang ke KL ingatkan nak suprise emak abah. Last2 kami yang kena suprise.. OTW ke KL emak call kata dorang ada kat Kluang dan akan balik petang ahad. Hahahah habis kena gelak ngan abah. Takpe, adik2 4 org ada menunggu kat rumah tu.. :)).. 3hari pertama sampai adik aFiq sangat cranky! Tamo ngan org. Nangesss aje plus mak2 sedara dia pakat kaco dia sampai nanges hahahaha... Jadi dia agak takut sikit disitu. Tambah lagi waktu tido mmg tak kasi mok lepas punya lah! walau dah tido lena, mok bangun dan mokteh dia yg teman tido jam2 tu jugak dia bangun! wuhuuu... Hari ke 4 di kl barulah dia ok.. 

Balik sebab adik nak bertunang hihiii.. Tu yg balik awal. Maklumlah org kuat wakakakaka.. kuat la sgt kan.. Bila adik survey2 pelamin mini harga 400 keatas.. Lebih baik la buat sendiri kan.. Ahkak mu ni akan tolong. Adik yg beli kain kaler apa dia nak dan hantar jahit. Bab hias2 pelamin tu ahkak ni la yg buat. Siap buat bunga tisu dari kertas crepe :D Percubaan yg menjadi! i loike! Walau ada yg agak remeh sikit tapi siap jugak.. Oh ya kenapa nak berpelamin bagai ni kan. Baru tunang je... Kos pelamin dah pihak lelaki nak sponsor kan... tu yg adik buat. Kalau tak mmg tak perlu.. lagipun rumah kami 2tingkat..  Bila pelamin dah siap, dah macam nak nikoh aje hikhik.. Apa pun semua puas hati :) Kami sekeluarga pakai baju keler pink.. Tak perlu beli baju, pakai je stok baju raya masing2 janji kaler pink hahaha... Yg xde tentunya en.Ayah, adik aFiq dan abg aQil... :D

 inilah jambangan bunga, air tangan hamba ececece... Saper nak order ;p
Daku cucuk kat tempat pohor telur aje. Tp yg ni versi xde telur la. Bunga sahaja. Ada juga yang berkenan tau... sorang amik 3kaler :)))

 Haaa... cun tak pelamin mini kami yg ala2 tak berapa nak mini sgt tuh..
janji simple je dan harga tidak makan beratus2...

 mintak komen sikitttt :D
Masa ni belum letak bantal lagi..

 Lebihan bunga hantaran daku buat bunga bola... Nak cari lantern tp.. tp... ahhh buat sendiri jewlah hikhik.

 Adik ku.. adik bawah daku betul nih..
Ado 4 adik lagi hehehehe...
Tahniah Dina!

 merah menyala.. garang! hihihi

 Lembut je.. Ini adik yg buat sendiri tau, daku tak campur tangan ;p

Mok pun nak ekkkks jugak!
Smile ^_^


Lepas majlis selesai, kemas2 apa yg patut, makan lagi, tapau lagi... Lepas isyak kami gerak balik ke Muar sebab en.Ayah bekerja keesokkan harinya... Makan besarnya? Perancangan dalam bulan 5. Tapi masih dalam perbincangan kedua belah pihak sebab sepupu pun nak buat majlis jugak dlm bulan yg sama... 

Friday, November 23, 2012

Ke kg.Janda Baik la kita... Bedebushhh!

Alhamdulillah kesihatan bertambah baik. 3hari tubuh badan sakit2. Hari ke4 dan seterusnya alhamdulillah dah bleh start buat kerja rumah... Terima kasih Rai, Kak Mar, Yaya Azura & Ina IntanBerlian :Dv. Mok dah sehat hihihi... Yang lambat update, sibuk kemas rumah setelah tidak dikemas seminggu ++ (huikkk!) dan edit gambar yg agak banyak (banyak kerrr ;p) Ni pun tak habis edit lagikkkkk..
Lama betul tak kemas rumah ekkk.. Sebenarnya lepas hadiri kenduri pada 10/11/12 tempoh hari Daku terus pulang ke kampung (bandar sebenarnya) di KL. Lama kat sana, 17/11/12 tgh mlm baru sampai di Muar :)).
Alang2 dah kat sana kaklong ku ngajak pi mandi kat kg.Janda Baik nun.. Daku pun tak pernah pegi. En.Ayah pesan jaga anak baik2 (baik!), jaga diri baik2 (baiklah!). Dia riso maklumlah musim2 hujan ni ikutkan mmg dia tak kasi pegi.. Tapi dah org ajak kan.. merangkap sekali nak merasa naik saga FL 1.6 dia tuh kikikik... Adik2 ada boleh la kaber2 jaga budak2 kecik yg ado tuh. Mmg dah pasang niat harap xde apa2 yg berlaku. Alhamdulillah semuanya ok. Semua seronok. Dan afiQ tak demam! :))
Dah. Yok layan gambar kami, kami, kami ni... tengok sampai puas ye hihihi... Best wooo!



 Damai...

Air paras pinggang je tp laju la.. batu besar2!

Budak2 tecik main pasir yg seco'et ajer tuh..
Main tepi je :))

setting apatah.. hihi



Ada teknik utk tiup & kempiskan pelampung jika ketiadaan PAM :))
Kena picit lubang pelampung tu betul2...
Ooooo ku pun baru tau da.. :)

Adik afiq nanges bila kena masuk pelampung tapi bleh tahan sejuk air bila dok leka main beldi kak Sarah..

Ni 2nd time abg aqil masuk air. Sebelum tu dah kesejukan tahap gigil ketap2 gigi dah. Tu yg terus tak berbaju masuk air semula hahahaha... Jangan tak tahu sambil main air nih, abg bleh pi minum air sungai tu (yg dia ceduk pakai penyiram bunga kak Sarah) dan adik sibuk gigit batu sungai! Agagagagagaga... Alahai anak2 Mok!
Sejibik masing2 tau

 Dari rumah bawak sandwich telur dan nuget pun habis! 

Hujan pulak...

dah salin kulit hihihihi....
Balik, BIL belanja mkn doyan plak huhu..

Lepas tu kami bertungkus-lumus ngemas rumah Mak... Ado majlis sikit... Majlis apa tu? Nanti Daku cerita yerrrr...~ ^_^
Haih! gambo pun dah tunggang terbalik dah.. hak.hak.hak..

Tuesday, November 20, 2012

Banyak labah-labah la...

Cetttttttt! Bersawang! itu la ayat yg selalu ditulis bila blog lama tak di update hihihihi.. Sama la tuan rumah ni kan kan kan... Ai ngaku okeh hikhik. Lebih seminggu coti balik KL umah MakAbah.. La ni balik je ke Muar dilanda angin seluruh anggota badan... Pewai terus! Muntah2 dan cirit-birit dalam masa yang sama... Keracunan makanan kah? Daku sorang je.. Rasanya lebih pada angin! Hari ni ngadap pc 10 minit pun dah pening... Ku tahankan jugak sebab nak merayap rumah kengkawan dulu... Mana yg ku komen (dispam) tu ku dah BW la tuh hihihihi... En.Ayah pun tumbang.. demam. Coti jugak!

 ke mana kami ni?
Tungguuuu nanti daku cerita...

Banyak nak cerita tp masih pening2 lalat lagi nih.. Tapak kaki, tangan pun kebas mcm sesemut tu ajer...

Adik afiq dah jalan pakai kasut hihihi...

Wednesday, November 7, 2012

Topik hangat lagi....

Haiiii la asyik jumpa topik hangat ajer minggu ni... Telingo daku pun hangat jugak... Makin tak kedengaran. Pukul 4 karang titis lagi obat..
Okehh apa yang hangat tu? Yang pasti bukan hangat-hangat tahi hayam okeh :)
Baru minggu lepas kecoh di sebuah kumpulan ibu mnyusu tentang reaksi rancangan Galaksi tv9 mengenai seseorang menyusukan anak di tempat awam.. Macam2 komen kita boleh baca yg pasti ramai ibu2 yg menyusukan bayo tidak bersetuju.. Siapa yg masuk group tu tahu la yer :)) Dan soalan dijawab oleh penerbit rancangan tersebut... Daku copycat la untuk tatapan kawan2 yg tak ada facebook..


Salam semua.

Terima kasih atas maklumbalas anda terhadap Galaksi siaran Jumaat 2hb Nov '12 lepas. Setelah saya meneliti komen tersebut serta mengkaji secara terperinci kandungan siaran tersebut, saya dapati berlaku sedikit salah persepsi dari satu pihak terhadap laporan berkaitan penyusuan anak oleh seorang artis berkenaan (demi utk menjaga aib artis berkenaan tak perlulah kami sebut nama beliau).

Untuk maklumat semua, kami menerima satu aduan dari seorang orang awam yang mengadu kepada kami melahirkan rasa kesal dengan sikap seorang artis yang sedang menyusukan anaknya 'sehingga menampakkan asetnya'. Aduan itu disampaikan kepada co-host Galaksi iaitu Rock Kiah Propa, lalu Rock Kiah melaporkan menerusi panggilan telefon kepada host Galaksi iaitu Ikhwan & wartawan Sya di studio ketika itu.

Perlu difahami bahawa laporan tersebut sama sekali BUKAN menyindir, menghina, atau apa sahaja tindakan negatif mengenai perlakuan menyusukan anak, tapi menegur sikap orang tersebut yang seolah sengaja 'menampakkan aset'nya kepada orang ramai yang kebetulan lalu di kawasan itu. Bukankah itu kurang manis?.

Moral dari aduan / paparan itu ialah menyusukan anak walau di mana sahaja bukan suatu perbuatan tak bermoral malah ianya suatu perbuatan mulia. Tapi seeloknya biarlah dilakukan dalam keadaan yang agak terlindung. Kalau pun terpaksa di kawasan ada orang lain, eloknya tutuplah dengan baju atau kain tudung atau seumpamanya agar tidak mengganggu penglihatan orang lain. Itu lebih sopan bukan?. Maklumlah moden macam mana pun kita tetap orang timur.

Mengenai reaksi wajah host yang dikatakan seolah geli atau beraksi jengkel terhadap aduan / laporan itu, reaksi itu sebenarnya tidak ujud. Apa yang terpapar dari reaksi wajah spontan Sya & Ikhwan bila mendengar laporan menerusi panggilan telefon dari Rock Kiah ketika itu ialah reaksi mereka juga kurang bersetuju dan terasa malu dengan perlakuan kurang manis itu. Sekali lagi diingatkan, bukan kurang setuju perbuatan orang itu menyusukan bayinya (breast feeding) tapi kurang setuju bila dia seolah sengaja mendedahkan asetnya sampaikan boleh terlihat oleh si pengadu. Memanglah si pengadu itu juga perempuan, tapi bukankah lebih elok atau manis jika berlindung dari penglihatan walau oleh kaum sejenis?.

Kekeliruan berlaku bila paparan yang membawa mesej 'jangan menyusukan anak sampaikan terdedah aset kepada orang ramai', telah disalah tafsirkan sebagai 'jangan menyusukan anak (breast feeding) kerana perbuatan itu seolah jijik' atau seumpamanya. Kekeliruan ini jadi tambah hangat bila dipaparkan di sini lalu disambut oleh beberapa pihak lain yang sebenarnya tidak menonton, tidak tahu terperinci, cuma tahu samaada dari mulut ke mulut atau cuma menerusi membaca komen ini di sini lalu terus turut bersuara. Sudah tentu ini mengundang kekalutan bukan?. Kekalutan inilah yang perlu kita jernihkan semula.

Jika diteliti semula pada tiap bait ayat oleh samaada Kak Rock Kiah, Ikhwan atau pun Sya ketika paparan itu, langsung tidak ada walau sebaris ayat atau perkataan yang berunsur penghinaan pada breast feeding atau seumpamanya, malah laporan itu disudahi dengan nasihat / teguran supaya perkara 'mendedahkan aset' ini tidak berlaku lagi atau dilakukan oleh orang lain. Tak salahkan kalau kita saling menegur atau mengingati?.

Sebagai penerbit Galaksi utk tahun 2011, 2012 dan seterusnya 2013, saya mahukan Galaksi muncul sebagai sebuah program yang walau sensasi (untuk kepentingan 'rating' program serta memenuhi citarasa penonton) tapi sentiasa menyalurkan teguran & pandangan baik secara tidak langsung, malah sentiasa memberi ruang dan peluang pada kalangan penggiat seni utk meluahkan apa yang kurang selesa dalam karier mereka & persada seni tempatan. Semua ini dilakukan dalam keadaan yang tidak begitu ketara, cuma boleh disedari bagi mereka yang benar teliti sahaja. Itulah apa di sebalik kesensasian Galaksi.

Mengenai saranan satu pihak agar kami meminta maaf secara terbuka mengenai isu ini, saya pula merasakan jika sekiranya benar berlaku kami menghina penyusuan bayi (seperti yang dikatakan), atau ada ayat atau perkataan atau perlakuan dari kami yang sahih ke arah itu umpamanya, memang sudah sewajarnyalah kami memohon maaf secara terbuka. Kami sedia berbuat demikian jika benar ini berlaku. Tapi hakikatnya kami langsung tiada nawaitu atau niat ke arah itu, langsung tidak menghina (seperti yg dikatakan), tidak mengejek atau menyebut ayat atau perkataan atau membuat sebarang perlakuan yang menggambarkan demikian. Apa yang berlaku cuma salah tafsiran atau salah persepsi satu pihak terhadap apa yang dia fahami mengikut pemikiran dia.

Apa pun, saya tetap merasakan bersalaman untuk merapatkan silaturahim sesama kita adalah sesuatu yang baik. Semoga kekliruan atau kesilapan tafsiran ini tidak berulang demi kebaikan kita bersama.

Terima kasih kerana menonton dan memberikan maklumbalas kepada Galaksi. Jadikan Galaksi sebuah program infotaimen tempatan yang walau sensasi & kontroversi tapi menjana persada seni kita.

Yang ikhlas :
NAS AHMAD
Penerbit / Wartawan Galaksi.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=300659883373035&id=164641226974902

Dan hari ni daku ditag seorang sahabat di FB... pun melibatkan MENYUSU BAYI ANDA! Apakah? Jom terjah link ini  >>>> 


UV ko naik ke haper daku tak kisah.. Bukan nak pomot blog ko ekkk sorry... 

Komen daku... Breastfeeding pun dah ada teknologilah! bukan takat henpon, pc, tv ajer.. Kalau pakaian mengikut syariat ISLAM tak akan ada sekelumit kuman pun ang dapat tengok itu bonjol2 dari atas sampai ke bawah! NEHI! haaaa kan dah speking dah... TEPUK DADA TANYA IMAN... Kalau ang nampak bonjol2 tu, cer kaji balik mcm mana gaya ibu itu sendiri... Gambo ang guna mmg tak kena gaya.. Dah sah gambo org bukan Islam dapat la ko tengok buat kesekian kalinya... tak ke hipokrit tu namanya? Siap mention nampak .. tut... itu bukan TERNAMPAK namanya... Itu mmg dah... adessssssss! Post ang pun ang tag SEXIEST kannnn... nampak tak apa tak kena disituuuuu....

DIA tarik deria sebelah...

Kalau dua-dua belah DIA ambil semula macam mana ? Deria apa tu ? Pendengaran - telinga.. Sebenarnya selepas berpantang adik Afiq, daku mengalami sebu telinga.. Sebabnya termasuk air je masa mandi.. Dan daku lambat bertindak.. En.ayah pernah pesan, kalau telinga termasuk air, jam2 tu jugak masuk semula air dlm telinga kasi penuh dan baru keluarkan semula... Kalau dah terlambat buat, kaedah ni dah tak berkesan. Memula buat biasa je.. Kadang ada la rasa tak selesa. Namun sejak seminggu lebih ni kerap sangat sebunya datang, jadi kurang dengar plak. Sangat tak selesa. Lebih2 bila kita tunduk.. Sakit pun ada berdenyut2.. Bila rasa sakit mula la tangan ni capai pengorek telinga.. Daku mmg jarang nak korek telinga tp bila dah mcm ni korek telinga baru lega dan dengar semula.. TAPI ini adalah tabiat yg buruk. Tak elok korek telinga tau.. Tahi telinga sebenarnya akan keluar dengan sendiri... Anak2 pun jarang daku korek telinga cuma tengok2 kan aje dan bersihkan sekeliling dan di luar lubang telinga..


pic ehsan google

Bayangkan lah sejak lepas pantang dan kini adik afiq dah berumur 1thn 3bln.. Verapa lama simpan sakit da... hihihi. Semalam tak tahan sakit ajak en.ayah pegi KK di Muar yg buka hingga jam 10malam.. Yelah risau juga kot radang ke apa ke kan.. Cek punya cek Doc tanya awak suka korek telinga yer? huhuhu mmg baru2 ni memang kerap sangat la kan sebab dah sakit huhuhu... Doc kasi ubat titis aje.. Jumaat datang semula untuk cuci telinga katanya...
Pic ehsan google
Macam ni la kena cek semalam :D

Bermula malam tadi telinga kiri ku memang tak dengar.. Agak mempengaruhi diri jugak la. Dengar sayup2 ajer dengan hanya telinga kanan yg boleh mendengar.. Titis ubat tiap 8jam. Pagi tadi sempat en.ayah tolong titiskan.. Skrg mmg tak dengar sebelah....
Dok google2 pasal sakit telinga nih, ramai juga yang mengalaminya... Boleh baca link dibawah ni yang sempat daku baca :)



Sebab2 tak elok korek telinga mehh baca link ini pulak

Harap2 Jumaat petang nanti dapat lah daku mendengar dengan kedua2 belah telinga yang ALLAH bagi.. Ini pun terasa macam berat sebelah kepalanya.. mempengaruhi anggota sebelah kiri... Ubat titis yg Doc bagi ditulis Sodium Bicarb... :)) Kalau yg buat kek tuh Soda bicarb yerrr... hihihi jangan tersilap ^_^
 Nanti nak cek telinga aqil jugak lah... hermmmmmm


Tuesday, November 6, 2012

Dimana adabnya...

Entry ni 100%  dari puan blog ChepahIlaHussien yg sangat aku tertarik, menarik dan buat kita fikir.. Sila terjah link tersebut ye... Dengan tajuk Trend? Biadap? Takde adab? entahla..

Walau daku dok area yg dikira kampung jugak, perkara mcm ni jarang ku nampak depan mata. Daku takat mkn stok kat warung2, kedai tepi2 jalan tu je.. Kalau restoran tuh takdelah selalo... KFC tu dah dikira restoran gaktu kan..Itu jelah yg biasa ku pergi. Tu pon limit 2-5bln sekali hakhakhak... Yang selalooooo nampak adegan begini di gambar2 yg byk dipost dlm FB. Bukan kata ku jeles ye..  TIDAK sama sekali.. Terfikir sejenak ajer...  Cuma gunakanlah teknologi tu dengan sewajarnya.. Kamon la.. tgn kat gadjet, mata pon kat gadjet nak berbual pon tak de selera eiiiii.. Cuba time memandu ko wat cenggitu tak ke terbabas ko. Diri sendiri takpelah, melibatkan nyawa orang lain memang lebihhh dah ni kan... Ops apa kena mengena lak? Bila telinga dan jari tu dah terarah ke lain, jgn harap la ko nak tumpukan perhatian pada jalan dihadapan...Lebar mana pun semua deria tuh dah tertutup.. Cayolah. Sebab itu juga daku jarang call en.ayah waktu dia tgh memandu.. Walaupon pakai earphone.. Kalau kecemasan harus la call kan aiyakkkkk!

Apa ada kat entry sahabat ku Chepah tu?

Ku ringkaskan luahan hati beliau...

Apa yang aku cuba nak utarakan adalah hal teknologi yang makin lama makin melalaikan manusia tentang peradaban. Bukan sahaja dari perkataan namun dari segi perbuatan.

Kan? Perasan tak?


Cuba korang lihat, tengok dan perhati. Dalam sesebuah restoran akan ada satu atau dua family makan. Dan anda akan lihat anak-anak di tangan dengan segala telefon, tab atau ipad. Ibu bapa? berborak berdua. Kan? Apa guna makan sekeluarga tapi anak-anak masing masing pegang tepon nak update status!

Penting sangat ke update status instead of berborak dengan mak ayah dan bercerita tentang perihal apa yang berlaku dalam hidup anda. Atau berborak kosong saje. Kan?

atau situasi ini...

Datang menziarah saudara mara. Bila saudara sedang berborak...mata dan tangan ada pada tepon! Hoi, kau tau adab tak? Sambil cakap dengan pak sedara ngan mak sedara tapi mata dengan tangan kat tepon. Apakah? Sebok nak update status semua bagai. Huh!


Seriusnya... Daku lebih rela la kejar anak2 yg sibuk main waktu mkn, makan gilir2 dengan en.Ayah jika makan diluar..Bila dok ngadap gajet je org sekeliling mmg dia tak peduli lagi dah.. Jiran tetangga tak kenal dah. Man la makin lama makin kurang nilai adab2 melayu timur. Daku yg ada pc, astro nih pun kira dah rasa canggih dah.. Tepon memahal mmg tak la daku berminat. Minta maap. Walau ado pc depan mata anak2 nih kan NoWay la abg aqil bleh dok lama2 depan pc yer. Big No! Takat tengok yg learning2 punya ok. Tapi lebih byk daku yg ajorkan dia sendiri. Budak ni lagi cepat tangkap apa kita buat dan dia tiru semula... So jauhkanlah dia dari pc nih hahahaha kijam tak ;p... Bukan kata nak kasi bebudak ni buta IT.. Cuma belum sampai masanya...Pelan-pelan la kayuh kan.. Apa pun ini pendapat daku.. Fikir2kan...


Tambah lagi satu... Pelik sungguh org zaman sekarang... Dinding ko dinding dia jugak (bayanglah betapa dekatnya) sebelah2 ponnnnnnnn jadi gaduh, masam2 muka, siap hantar tah apa2 barang syirik! Tak paham aku wehhhh.. SUKA ek tengok penderitaan org lain? Susah bila ada kenduri kendara... Org sebelah pun dia tak ajak @ tak ingin nak ajak... Bukankah boleh mendatangkan fitnah.. Org dok sok-sek sana sini.. Dengar boleh terpengaruh jangan... Sangat sedih! Lebih2 lagi sesama ISLAM.. geleng kepala... istighfar..

Coti sekolah

Hari ni dah Selasa.. kejap lagi pejam2 mata dah start cuti sekolah kan... Ada planning gi memana tak? Musim2 hujan ni kena pikir dua tiga kali, cari tempat yg sesuai.. Jgn pulok gi pantai ye.. Tentu ombak setinggi bangunan 5tingkat (ado ko?) menderu2.. Air terjun pun sama.. Kat gunung Ledang musim hujan ni toksah la pegi.. Air dari atas akan turun menderu2 walaupun hanya hujan gerimis... Laju aje dah mcm air laut dah.. Nak pi mandi pi kolam KLCC ke hikhik.. Situuuu jugak!

Apa2 pun daku baru mula nak pack baju anak2.. Nak poie mano? Nak berkampung opss.. ber'bandar' kat rumah makAbah di KL nun... Hajat nak balik sabtu mula cuti sekolah, tetapi ado kenduri plak kat taman nih. Rewang-rewang la kalo tak mmg tak kenal jiran tetangga.. Start jumaat-sabtu. Jadi penanggah sekali (dah tempah pun baju rewang!). 2tahun lepas kaler mcm baju PLKN tuh, tahun ni tanah hitam, bunga hijau merah. Agak cantik jugaklah kan.. Daku buat pesen ala jubah, siap utk menyusu sekali.. Kalo beli mahal bebenor tak kurang rm100 kan.. La ni tak tahu harganya.. Rasa2 kurang rm50. Baju kurung pun baru rm30... Siap tepon mak kata balik ahad @ isnin.. Mak kata jgn lambat sangat hukhuk... Yolah mak..Dah rindu kat cucu dia la tuh.. Raya haji lepas ingat nak angkut abg Aqil balik KL tp mcm lamooooo sgt plak kang rindu kat mokAyoh dia.. ehhh mok pon winduuu jugak nanti.. Adik xde kawan plak kan... So tak jadi la ikut embahnya.

Nak jugak tepek gambo ngan Mummy merah & sofia
Kidnap dari blog mummy Nurul hihihi ;p

Tup2 smlm en.Ayah kata, dia xde trip aje terus chow hantar daku ke KL.. Kono la pack baju hari ni kan. En.ayah mmg camni la.. berdesup, jam2 tu jugak.. Alhamdulillah hari ni cuaca kat Muar panas di pagi hari. Dapatlah keringkan pakaian.. Batu pahat dah banjirrrrr... Gitu-gini mcm tak dapat la gi rewang.... Hari apa nak balik KL tu mmg tak pasti lagi.. Ada apa kat KL? Insyaallah kalau xde aral adik perempuanku akan bertunang.. Adik bawah daku betul... Ado 4 lagi adik hihihi.. Buat kecil2 aje kaum terdekat..

SPM pun dah masuk hari ke2.. baru nak sibuk ucap selamat berjaya buat adikku Ili Yasmin Zahirah.. Adik perempuan bongsu.. nak jugak tepek kat sini.. Moga dilapangkan dada, ditenangkan fikiran dan dapat menjawab soalan dengan baik...

Saturday, November 3, 2012

Pernah tak...

... Pada satu saat, terlalu banyak masalah yang datang menimpa kita, tiba-tiba Allah 'datangkan' pula orang yang bermasalah berkongsi cerita, berkongsi masalah, meluah rasa kepada kita sedangkan kita juga perlukan penyelesaian terhadap masalah yang kita hadapi. Pernah tak?

Waktu itu, emosi kita sedikit terganggu. Fikiran kita seakan berserabut. Jadual kita semakin kurang teratur. Namun, kita cuba membantu dengan memberi nasihat, motivasi dan kekuatan kepadanya. Saat itu kata-kata kita bagaikan motivator, counselor berpengalaman, penuh dengan kata-kata positif dan peransang.

Selepas memberi nasihat sedaya yang mampu kepada 'orang tersebut', kita termenung seketika. Kita merasa ada kekuatan wujud dalam diri kita. Rupa-rupanya barulah kita sedar, sebenarnya Allah memberi JALAN untuk kita selesaikan masalah sendiri dengan menyelesaikan masalah orang lain.

Bagaimana?

Ya, dengan memberi nasihat dan cuba mententeramkan orang tersebut, kita sebenarnya cuba menasihati diri sendiri... Cuba memujuk hati bahawa segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita menasihatinya bahawa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Hanya perlu berusaha, bersabar dan bertawakkal.

Tanpa sedar, rupa-rupanya nasihat kita itu juga merupakan 'ubat' hati dan kunci untuk kita membuka jalan dalam menyelesaikan masalah kita sendiri.

Boleh jadi juga, Allah 'datangkan' orang yang bermasalah kepada kita dan kemudian memberi nasihat kepadanya adalah sebagai jalan tengah untuk kita MUHASABAH DIRI dengan mengingati kembali apa yang kita katakan kepada orang tersebut. Lantas kita berkata di dalam hati kita;

"Aku ni pandai saja nasihatkan orang, padahal diri sendiri pun tidak seperti apa yang dikatakan"

Kita terkesan dengan kata-kata kita. Baru lah kita sedar, sebenarnya kita menasihati orang lain juga adalah 'CARA ALLAH' menasihati kita, kerana JIKA ORANG LAIN YANG MENASIHATI KITA, MUNGKIN SAHAJA KITA SUKAR MENERIMANYA.

Subhanallah... sesungguhnya didikan Allah penuh tersirat. Hanya kita sahaja yang kurang memikirkannya.
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.