NUFFNANG

Tuesday, November 27, 2012

Mistik...

Nak tengok bunga tisu daku singgah la sini >>>>

Kalau balik KL rumah mak mesti cari buku cerita baru ;p Agak kat Muar xde kedai buku ker? Theeee theeee heeheee... Tetiba nampak buku Terbaru & Terindah Dari Mekah dr produksi mastika yg tak pernah diterbitkan dlm majalah mastika.. Seronok baca pengalaman mereka. Malahan ada kisah tentang arwah Bob Kuman.. Balik ke Muar pi kedai runcit ternampak plak buku Mata Tak Berhijab.. Haii nampak sangat la big fan Mastika hak.hak.hak... Seronok membaca pengalaman penulis yg diberi kelebihan tu.
Walaubagaimanapun penulis tak boleh berkomunikasi dgn 'mereka'.. Yg paling seram bab terakhir sewaktu melihat kemalangan jalan raya huhuhuu.. Kalau kita boleh nampak, mau fengsan terus.. Nama penulis Zulkifli Ahmad Idrus 46, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi ( Kewartawanan) UiTM Shah Alam.. Jadi banyak juga la kisah2 rumah & blok di utim dikisahkan oleh penulis... Pasal rumah banglo RM50 pun ada jugak tau :D.. Ceritanya santai je tak menakutkan macam novel hantu betul.. Tapi sangat terkesan.. Ada juga petua yg dia turunkan :) Ehh ehhh promote pulak..

Sebenarnya bila terbaca buku ni. daku teringat pulak kisah2 masa belajar di uitm Alor Gajah, Melaka dulu.. Daku pernah ternampak satu bola merah. Bola biasa je macam budak2 punya mainan bola sepak tu. Warnanya merah biasa dan tiada nyalaan yg luar biasa.. Waktu tu baru pukul 8mlm lebih. Jadi tak la takut sgt ;p. Ternampak kat tingkap bilik member yg kebetulan mmg dia buka tingkap seluasnya. Bola tu bergerak dari kiri ke kanan. Bila hilang sebalik dinding, daku cepat2 ke bilik member sebelah pulok untuk tengok bola tu.. Tapi xde. Masa tu cuma fikir " oh! kucing tgh main bola agaknya" Tapi lepas tengok bola tu xde dari bilik member sebelah tu terus pikir, ehhh bumbung susur gajah kat bawah tak sampai pun kat tingkat dua ni.. Siap daku jenguk kat bawah nak pastikan yg bumbung susur gajah kat bawah tu mmg paras2 lantai tingkat 1 je... wu.wu.wu.. Idok la rasa seram cuma pelik..Apa agaknya tu.. Tapi daku tak bgtau sesiapa pun. Cuma terus call boipren masa tu bgtahu... En.Ayah la boipren daku tu kikikik ;p..
Pernah juga suatu masa tu daku terdengar bunyi anjing menyalak.. mmg kedengaran luar biasa. Pulak tu malam tu daku nak keluar dating ;p Waktu masih awal malam. Sebelum tu mmg tawakkaltu a'lallah la.. Kat sana nak jln kaki kena naik bukit, gelap pulak tuh! Masuk aje kawasan yg xde lampu jalan, jam2 tu jugak leher ni rasa panassssss je. Seluruh belakang badan pun rasa panas. "Ah! sudah" Terus berhenti melangkah. Tunggu kat tempat yg berlampu. Berharap ada orang yg sudi tumpangkan daku kot2 ada yg berkereta.. Dapat jugak tumpangkan sampai ke pintu pagar utama kan.. Alhamdulillah ada! Selamba badak ku tahan kereta tu yg datang dari blok berdekatan. Ku minta tumpang kat akak tu. Dia sewa kereta kancil merah nak balik Seremban katanya.. Daku ni boleh pulak tak terfikir siapa nama akak tu.. Diammm aje dlm kereta... Terima kasih la ye akak kancil merah. Lepas cari2 juga kot terserempak tapi tahla... memang tak boleh cam rupanya akak tu... Atau daku penakut nak tengok wajah akak tu kot bertukar jadi mende lain...????!
Haaaa seram tak? seram tak? Maap ler daku ni bukan pandai nak nyusun ayat hehehehe.....

Ada juga perasaaan yg menarik.. Peristiwa berlaku pukul 12tgh mlm. Kami baru pulang dari KL. Sampai je rumah en.Ayah suruh daku buka pintu pagar rumah.. Lepas tu daku tunggu la en. Ayah masuk kereta dalam garaj. Masa tu daku terdengar suara org ramai2 tgh bertahmid.. La ilahaillallah.. Bergema mmg mcm ramai la suaranya. Dan suaranya adalah lelaki. Masuk aje rumah buka lampu bagai, keluar balik tak dengar dah.. "hemm awal betul masjid kat sana pasang radio kot" Tapi masa tu pukul 12mlm.. kalau sebelum subuh dorang pasang radio ni takde la pelik sangat. Daku diamkan aje. Sampai la besok pagi baru bgtahu en.Ayah. Lepas dengar tu xde rasa apa2 la. Takut ke apa. Cuma rasa bertuah jugak dpt dgr kan.. En.ayah kata xde pape. Ada yg dtg rumah mlm tu utk tapi disebabkan kami xde kat rumah, 'dorang' pun baliklah...Apa pun kehidupan sebelah memang ada..

Korang ada pengalaman tak? hihih cerita daku yg tak seberapa ni kan.. :)
Semoga terhibur ^_^

5 comments:

IntaNBerliaN said...

alahaiiiiii seram plak.. sy xpnh nampak pe2 lg... harap2 jgn nampak lah... tp ms duk asrama pnh kne ganggu.. tp bkn sy sorglah, satu baris blok kat asrama tu je..

Yaya Azura said...

zaman belajar duk hostel mmg banyak kisah mistik..tapi yaya makin tua makin penakut..hehe

Marya Yusof said...

As salam Shima,

Cerita misteri, mistik? Sgt byk dlm poket... hehehe... Pasal bola kat UiTM tu maybe kelip2 tak? ngeeee... akak pun ade gak cite seram kat UiTM ni, masa tu akak dok block Balqis... bgn subuh sblm azan rasanye... mmg kerja buka tingkap bilik luas2 pastu tetiba angin kuat sgt time tu juga akak nampak budak kecik besar Iman/Aqil lari laju berdesup kat bwh... kitorang dok ting 2 masa tu... seram gaklah! Lebih pada terkejut sbnrnye...hehehe... 'dia' main sorok2 barang pun ade gak! Blok K dululah... huhuuu

Rai Ourkizuna said...

adeih..saya mmg takde pengalaman mistik2 ni..mmg jenis tak perasan sangat..tapi alhamdulillah jugak.. takut pengsan kalau terdengar tertengok ke apa kan..hahaha..

Eliss Mie said...

x pernah kena pulak kejadian misteri mcm tu tapi hubby dengan nuha dia mistik sket nampak benda2 tu. ingat lagi pegi loji air hubby ( yg memang hubby selalu cerita psl benda2 tu) tiba2 tengah2 lepak tu, nuha ckp kat eliss, kenapa mulut kakak tu berdarah. dah seriau satu badan. pastu buat2 tak dengar dia tanya. rupanya hubby pun nampak. sabar jer la.

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.