NUFFNANG

Wednesday, November 7, 2012

DIA tarik deria sebelah...

Kalau dua-dua belah DIA ambil semula macam mana ? Deria apa tu ? Pendengaran - telinga.. Sebenarnya selepas berpantang adik Afiq, daku mengalami sebu telinga.. Sebabnya termasuk air je masa mandi.. Dan daku lambat bertindak.. En.ayah pernah pesan, kalau telinga termasuk air, jam2 tu jugak masuk semula air dlm telinga kasi penuh dan baru keluarkan semula... Kalau dah terlambat buat, kaedah ni dah tak berkesan. Memula buat biasa je.. Kadang ada la rasa tak selesa. Namun sejak seminggu lebih ni kerap sangat sebunya datang, jadi kurang dengar plak. Sangat tak selesa. Lebih2 bila kita tunduk.. Sakit pun ada berdenyut2.. Bila rasa sakit mula la tangan ni capai pengorek telinga.. Daku mmg jarang nak korek telinga tp bila dah mcm ni korek telinga baru lega dan dengar semula.. TAPI ini adalah tabiat yg buruk. Tak elok korek telinga tau.. Tahi telinga sebenarnya akan keluar dengan sendiri... Anak2 pun jarang daku korek telinga cuma tengok2 kan aje dan bersihkan sekeliling dan di luar lubang telinga..


pic ehsan google

Bayangkan lah sejak lepas pantang dan kini adik afiq dah berumur 1thn 3bln.. Verapa lama simpan sakit da... hihihi. Semalam tak tahan sakit ajak en.ayah pegi KK di Muar yg buka hingga jam 10malam.. Yelah risau juga kot radang ke apa ke kan.. Cek punya cek Doc tanya awak suka korek telinga yer? huhuhu mmg baru2 ni memang kerap sangat la kan sebab dah sakit huhuhu... Doc kasi ubat titis aje.. Jumaat datang semula untuk cuci telinga katanya...
Pic ehsan google
Macam ni la kena cek semalam :D

Bermula malam tadi telinga kiri ku memang tak dengar.. Agak mempengaruhi diri jugak la. Dengar sayup2 ajer dengan hanya telinga kanan yg boleh mendengar.. Titis ubat tiap 8jam. Pagi tadi sempat en.ayah tolong titiskan.. Skrg mmg tak dengar sebelah....
Dok google2 pasal sakit telinga nih, ramai juga yang mengalaminya... Boleh baca link dibawah ni yang sempat daku baca :)



Sebab2 tak elok korek telinga mehh baca link ini pulak

Harap2 Jumaat petang nanti dapat lah daku mendengar dengan kedua2 belah telinga yang ALLAH bagi.. Ini pun terasa macam berat sebelah kepalanya.. mempengaruhi anggota sebelah kiri... Ubat titis yg Doc bagi ditulis Sodium Bicarb... :)) Kalau yg buat kek tuh Soda bicarb yerrr... hihihi jangan tersilap ^_^
 Nanti nak cek telinga aqil jugak lah... hermmmmmm


3 comments:

♥ ROS ♥ said...

Mak ros pun kna gak ni.. G check doctor ckp air dh masuk blakang gegendang telinga.. Doc suh operate tp mak ros xleh sbb nak jumpa pkar lain plak.. Huhuhu.. Harap kak cepat sembuh yer :)

wan nurul hezrina said...

alahai nape ko tak ceritapun arituh??nak kena babab nie..huhu..sakit ek mcm pekak bila masuk airkan?harap2 oklah ekk nnt ko update taw

IntaNBerliaN said...

alahaiiii seriau plak.. dulu sy time kecik2 sellau gak msk air dlm telinga tp nsb time tu mak cpt2 msk air smeula...

saya jenis yg kurg gak korek telinga.. bkn pe, hubby sy ckp taik tu akn kuar sendiri.. doc pun pesan telinga ank jgn korek..

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.