NUFFNANG

Saturday, November 24, 2012

Alhamdulillah. Janji terpatri.

Terlepas entry Bedebush gedebush... piknik kecil kami klik >>>> kg.Janda Baik


Ada yg kata daku balik KL sambut raya ke..? ha'aah iyolah tu. Rayo deepavali kan dan awal muharam sekali hihihi.. Alhamdulillah seronok dapat balik rumah Emak Abah. Last ke KL 5bln lepas hew.hew.hew.. Tak ke lama kan.. Rupanya adik aFiq nak belajar berjalan kat rumah atok&embah dia.. Kemain lagi dia jalan terkedek2. Belikan kasut kat sana, semangat dia jalan, malah tak kekok pun jalan sambil pakai kasut hihihi... Awalnya pulang ke KL ingatkan nak suprise emak abah. Last2 kami yang kena suprise.. OTW ke KL emak call kata dorang ada kat Kluang dan akan balik petang ahad. Hahahah habis kena gelak ngan abah. Takpe, adik2 4 org ada menunggu kat rumah tu.. :)).. 3hari pertama sampai adik aFiq sangat cranky! Tamo ngan org. Nangesss aje plus mak2 sedara dia pakat kaco dia sampai nanges hahahaha... Jadi dia agak takut sikit disitu. Tambah lagi waktu tido mmg tak kasi mok lepas punya lah! walau dah tido lena, mok bangun dan mokteh dia yg teman tido jam2 tu jugak dia bangun! wuhuuu... Hari ke 4 di kl barulah dia ok.. 

Balik sebab adik nak bertunang hihiii.. Tu yg balik awal. Maklumlah org kuat wakakakaka.. kuat la sgt kan.. Bila adik survey2 pelamin mini harga 400 keatas.. Lebih baik la buat sendiri kan.. Ahkak mu ni akan tolong. Adik yg beli kain kaler apa dia nak dan hantar jahit. Bab hias2 pelamin tu ahkak ni la yg buat. Siap buat bunga tisu dari kertas crepe :D Percubaan yg menjadi! i loike! Walau ada yg agak remeh sikit tapi siap jugak.. Oh ya kenapa nak berpelamin bagai ni kan. Baru tunang je... Kos pelamin dah pihak lelaki nak sponsor kan... tu yg adik buat. Kalau tak mmg tak perlu.. lagipun rumah kami 2tingkat..  Bila pelamin dah siap, dah macam nak nikoh aje hikhik.. Apa pun semua puas hati :) Kami sekeluarga pakai baju keler pink.. Tak perlu beli baju, pakai je stok baju raya masing2 janji kaler pink hahaha... Yg xde tentunya en.Ayah, adik aFiq dan abg aQil... :D

 inilah jambangan bunga, air tangan hamba ececece... Saper nak order ;p
Daku cucuk kat tempat pohor telur aje. Tp yg ni versi xde telur la. Bunga sahaja. Ada juga yang berkenan tau... sorang amik 3kaler :)))

 Haaa... cun tak pelamin mini kami yg ala2 tak berapa nak mini sgt tuh..
janji simple je dan harga tidak makan beratus2...

 mintak komen sikitttt :D
Masa ni belum letak bantal lagi..

 Lebihan bunga hantaran daku buat bunga bola... Nak cari lantern tp.. tp... ahhh buat sendiri jewlah hikhik.

 Adik ku.. adik bawah daku betul nih..
Ado 4 adik lagi hehehehe...
Tahniah Dina!

 merah menyala.. garang! hihihi

 Lembut je.. Ini adik yg buat sendiri tau, daku tak campur tangan ;p

Mok pun nak ekkkks jugak!
Smile ^_^


Lepas majlis selesai, kemas2 apa yg patut, makan lagi, tapau lagi... Lepas isyak kami gerak balik ke Muar sebab en.Ayah bekerja keesokkan harinya... Makan besarnya? Perancangan dalam bulan 5. Tapi masih dalam perbincangan kedua belah pihak sebab sepupu pun nak buat majlis jugak dlm bulan yg sama... 

3 comments:

nik ros said...

cantik gubahan bunga tu. suka kombinasi kaler dia :)

Rai Ourkizuna said...

hehehe..saya kalau nak buat seprais kena check awal2 diorang ada plan ke tidak sebelum balik..kalau tak jadi kes cam tu..

orang sekarang tunang pun berpelamin2 kan..meriah sungguh...

IntaNBerliaN said...

cantik pelamin tu.. kreatip jugak shima ni ye :-)

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.