NUFFNANG

Thursday, March 31, 2011

~LITTLE FINGERS MARCH 2011 CONTEST~

CONTEST AKSI SI COMEL
DUE : end of March




Rajin eB wat contest. Boleh kata tiap2 bulan la ada. Ku? Haish klu nk wat mesti kena pk hadia yg menarik utk diberi walaupun simple. Tp buat masa ni tak dan lagi hikhik.
Ok kita layan gambar dulu ni.. Dak bertuah ni tak padan ngan laki. Suka ngemas. Tp toys dia kureng sket. Ngemas baju, piuk belanga, tapuware, sok kabar tu dia suka!
Yg penting pensel tak tinggal senang nk lukih kat dinding haha... :D


Apa jadik pas mak dia amek gambo? hihi membebel aje la omak eh. Sambil pok pek tgn pun bersilat melipat baju2 tuh. Haish bertuah punyer anak.

Nama anak: Mohamad Aqil b Johari

Umur: 1thn 7 bln

Nama Mak: Syafizatul Shima Salleh

Tag: Hezrina, Nza

Donat! Siap!

Salam sejahtera semua.. Hari khamis dah.. Akhir bulan mac dah pun.. Sekejapan je. Ku pun dah 20mgu ++ hihi.. Walau penat melayan incik aQiL, tp xpe alang2 ku leh excersize skali haha..Dpt kuar peluh, senam kaki sambil ptg2 bwk dia pi jln jadi la kan, Ni dok terperap je dlm umah. Tapi kalo dak tecik ni keluar dah tamo masuk umah dah adoyai.. sampai kul 7pm lebih pon tamo masuk melalak nk main kehkeh.. Belum2 dh 2kali ku kena kaki kremm tp idok la kuat/sakit sgt cam preggy 1st dulu. Lepas je ku beli horlicks (ganti milo n susu prgnt) setiap hari ku minum, Alhamdulillah xde dh kena kaki kremm nih.. Emm ckp psl ngandung mesti ada nak ngidam2. Ada yg kata ngado2 jer ni haha. Ala manja2 ngan somi xkan xleh ye dak. Ku takat idok la ngidam bukan2. Apa yg nmpk depan mata tu la yg nak mkn, terus je beli. Smlm gi pasar mlm sebab tingin nk mkn buah2an. Beli la pear jambu ngan buah lai. Epal ku tak minat sgt. Tgok ada mangga, xbeli.. man-man la hihi.. Beli tu je pastu balik! Apo la! Tapi jgn xtau kali ni encik somi lak yg byk ngidam tau. Mula2 dulu dia nmpk nenas n siap tnya ku lagi nak mkn nenas tak? Aihh dlm pewot ni baru lagi lom kuat xkan nk mkn nenas huhu.. tp klu tingin leh je mkn.. Dan semalm nak tau apa yg encik somi beli dr kedai? Ha... air sunquick tau!! Botol kecik ajer. Teringin pulak, katanya..Dia sendiri yg perasan "eh saya pulak yg ngidam" hahaha.. Mlm tadi pas diner ku buatkan la satu kole kecik + ais lagi.Ubi goreng pon ada. Ha layan gambar la pulak. Pssttt besar ke pewot ku nih? Baru 5bln!!!!? Jap lagi lunch hour. Kamu semua mangan opo? Hihi.. Ku lom masak. Tingin nak mkn dunat la. Buat la stgh kilo. Dpt la dlm 24biji. Lembut je. Baru siap nih terus tepek gambo.. Alang2 nk edit2 gambo abis 3keping ku mkn wakakaka.. Tengok dunat kak Nza ku pon tingin nak buat jugak nyummm nyummm!.. Rupanya dlm masa yg sama akak ipau ku yg kat kelate tu pun tgh buat dunat jgk. Kesian dia, dh 3x buat dok keras kejung aje hihi.. Dah siap baru dia nak tanya aku resepi wakakaka.. Xpe la ku dh sms resepinyer pon kat dia. Harap len kali jadi lembut ye kak oii.. ni la dunat ku oh dunat. Idok la lawa sgt. sempat ke nak tgu incik somi balik ni.. Kang abes haha.. burok lantak betol.. Reserve tuk somi semangkuk dulu!

AKSI SI CILIK BERBASIKAL




Contest pertama untuk tahun 2011, http://kakyong.com/ bergandingbahu dengan http://syamilamohd.com/

DUE : 28 Feb 2011 hingga 31 Mar 2011
Gambar yg dipertaruhkan
jeng..jeng..jeng...
"
"
"
"
"
"

Haha.. kasut pink, beskal pun pink. Masa ni kat umah atoknye. Kebetulan sepupu bujangku dtg bwk beskal dia. Jadi mak dia ni yg excited nk kasi dia naik beskal. Pink2 sumer tu sepupu dia punyer (sarah madihah) dia pi rembat hikhik. Adoo bujangku in pink bling bling..

Nama anak: Mohamad Aqil b Johari

Umur anak: 1thn 7bln

Tag: Hezrina

Selamat Hari Ulang Tahun yg ke 5 juga buat Muhammad Amin Fikri

Blog Penaja

banner kakyog’s shoppe

Tuesday, March 29, 2011

JANGAN PANDANG KAMERA!!

1st contest dari "Wajah Rahsia Hati"

Due : 29/04/11

Tag; Hezrina, Marya, Nza


Meh jenguk saper tak pandang kamera

"

"

"

"

"

"

Tendangan Bayi.. Watchaaaaaaaaa!

Kenali Corak Pergerakan Bayi Sumber: Majalah Pa&Ma
Trimester Pertama Bermula daripada awal usia kehamilan hingga penghujung 3 bulan pertama, trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas dan menakjubkan berlaku. Namun, jangan pula menjangka sebarang pergerakan bayi. Ketika ini, bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda mengalaminya. Biarpun begitu, di dalam rahim, ketahuilah dia sudah boleh melonjak tetapi sayangnya, anda tidak mungkin dapat merasainya.


Trimester Kedua Pada trimester ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya menghisap ibu jari, menendang dan menghentam. Sesetengah wanita yang terlalu kurus atau yang pernah hamil sebelum ini mungkin boleh merasai pergerakan pertama bayinya seawal bulan ke-4. (YA! 2nd prgnt tersgt awal rasa baby gerak). Namun, kebanyakan wanita tidak perasan atau mengenal pasti sentakan dan pergerakan pantas di mana ia dapat dirasai seperti angin atau kekejangan otot. Pada bulan ke-5 pula, kebanyakan wanita dapat merasai kegelisahan dan rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti gerakan akrobatik sebaik sahaja ototnya kuat dan kemahiran motornya berkembang. Namun, dia masih kecil untuk melakukan pergerakan tungging terbalik. Apabila anda mula merasai “karate” pertamanya, jangan panik jika ia berlaku semula selepas beberapa jam. Malah ada juga yang merasainya selepas sehari atau dua. Pada tahap ini, saiz bayi masih kecil. Jadi, adalah normal untuk anda tidak merasai pergerakan yang tetap. Walau bagaimanapun, jika anda tidak merasai sebarang pergerakan sehingga pertengahan bulan ke-5, pastikan doktor yang merawat melakukan ujian imbasan ultra bunyi untuk memantau keadaan bayi. Bayi akan mula banyak bergerak setelah usianya mencecah 6 bulan. Pergerakan kakinya lebih mengikut irama dan anda akan mula perasan tepukan kaki si kecil. Disebabkan kesibukan anda menjalani rutin harian, anda mungkin perasan bahawa bayi lebih aktif sebaik anda beristirehat terutamanya di waktu malam. Malah selepas anda mengambil snek pun, dia menjadi aktif apabila kandungan gula dalam darah memberi tenaga tambahan kepadanya. Antara lain, sewaktu anda berasa gemuruh, pengalaman yang sama dapat dirasai kerana adrenalin memberi kesan yang sama kepada bayi.


Trimester Ketiga Pada usia kandungan 7 bulan, rahim semakin sempit. Namun, bayi masih mempunyai ruang untuk berpusing dan melambung. Dia juga semakin kuat. Jadi, tumbukannya benar-benar boleh membuatkan anda terkejut. Perlu anda ingat! Bayi adalah individu. Corak pergerakannya dengan bayi yang lain adalah berbeza. Jadi, jangan bandingkan pergerakannya dengan bayi dalam kandungan wanita yang lain. Malah, anda jangan tertekan jika bayi kurang aktif. Berat bayi yang semakin bertambah pada usianya 8 bulan membuatkan ruang dalam rahim semakin sempit. Pergerakan akrobatiknya semakin berkurangan tetapi anda akan tetap boleh merasai dia menggeliang geliut dan berputar. Pada ketika ini juga, anda mungkin boleh merasai tusukan siku dan lututnya.

Pada usianya 9 bulan, anda tidak dapat merasai tendangan yang menumbuk-numbuk tetapi lebih kepada senggutan dan sepakan hingga menyentak anda daripada apa sahaja yang sedang anda lakukan ketika hal ini berlaku. Malah, anda mungkin akan mengalami kesakitan setiap kali kaki bayi terkena rusuk anda. Untuk melegakannya, ubah posisi atau miringkan pelvik anda.


Pergerakan Di Akhir Kehamilan Pada minggu-minggu terakhir, bayi akan berada di dalam mangkuk pelvis dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi dapat dirasai seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis.


Pergerakan Pertama Kebanyakan wanita akan merasai pengalaman tendangan pertama bayi sekitar minggu ke-13 hingga ke-25. Sesetengahnya dapat merasai bayi bergerak seawal minggu ke-13 hingga ke-16. Pergerakan pertama ini dikenali sebagai quickening. Ia sering digambarkan sebagai getaran. Ia mungkin sukar untuk tentukan sama ada apa yang anda rasai ialah angin atau pergerakan bayi. Namun, lama-kelamaan anda berupaya mengenal pasti corak pergerakannya. Ibu yang pertama kali hamil mungkin tidak dapat merasai pergerakan ini seawal seperti yang dialami oleh ibu hamil beberapa kali. Ketahuilah, ada ibu baru yang langsung tidak berpeluang melalui pengalaman ini sehingga kehamilannya masuk minggu ke-18 hingga ke-20. Apabila kepala bayi “turun” ke dalam pelvis, anda akan terasa “ringan”, disebabkan kurangnya tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk. Pada peringkat ini, anda tidak lagi merasai pergerakan yang biasa dilakukan bayi. Sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak henti-henti di bawah tulang rusuk sama ada di sebelah kiri atau kanan (dipengaruhi oleh posisi bayi).


Carta Tendangan Kebanyakan wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan. Anda perlu merekod pergerakan bayi sehingga jumlahnya mencecah 10 tendangan. Sebaik-baiknya pada waktu yang sama setiap hari. Carta ini membantu anda memahami pola gerakan bayi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, berjumpalah dengan doktor anda dengan segera untuk mengetahui puncanya.

Wednesday, March 23, 2011

Meh teka! siapa bakal lelaki idaman malaya

Hah! incik aQiL ada dlm list bakal lelaki idaman malaya ni~paling bergaya dlm contest anjuran Elissmie la... List tuk gegurl pon ada.. Jom2 tinggal komen vote aQiL weeee~
aQiL dlm list ke3.. No14!! Saper yg teka tepat dpt hadiah juga tawww! Ni ku copy dr blog Elissmie yerp..










Sunday, March 20, 2011

Wanita Hamil & Botol BPA!!

Baru jalan2, bw, jengah2 blog kawan2. Amat tertarik dgn info dari blog Mama Kembar 3.. Copy dari blog Mama ni. Bacalah yer.. Ku pun baru tahu nih! Jengah2 la skali blog MamaKembar3 ya..

Dalam sibuk sibuk golongan mak bapak dok mencari botol susu yang BPA free untuk anak anak guna, golongan ibu mengandung pun should take note jugak yer. Bukan setakat beli botol susu BPA free untuk anak yang bakal lahir tu jer, tapi diri sendiri pun perlu elakkan guna bekas makanan & minuman yang diperbuat daripada bahan yang ada BPA tau.

Sebabnya apabila memanaskan makanan dalam bekas makanan yang diperbuat daripada plastik polycarbonate dan meminum air dari botol yang diperbuat dari BPA, ibu hamil telah mendedahkan janin yang dikandungnya kepada BPA (source). Janin dalam kandungan dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi (source).

In addition, untuk makluman semua, ni nombor kod plastik yang berbahaya kepada manusia (infor dicopy paste dari sini):
"Bekas ataupun botol plastik yang menggunakan nombor kod 1, 3, 6, dan 7 sebenarnya adalah tidak sesuai digunakan berulang kali, malah ada yang tidak sesuai digunakan sebagai bekas ‘bahan makanan’ manusia.

Sebagai contoh, botol susu dengan kod bernombor 6, sekiranya di pasar raya, ada juga pengilang yang meletakkan ‘BPA Free’, tetapi, walaupun jenis ini BPA Free, ia tetap tidak sesuai digunakan untuk botol bayi.

Nombor 6 menggunakan bahan Polystyrene. Bahan ini biasanya digunakan bagi membuat bekas CD, kaset, pembungkusan sabun atau bahan pembasuh dan ’sarang’ telur. Tetapi, pengilang tetap menggunakan bahan ini bagi membuat botol susu bayi!

Bahan bernombor 1 iaitu PET (Polyethylene Terephthalate) pula biasanya digunakan sebagai botol minuman ringan, air mineral, dan bekas bahan kosmetik. Bahan ini adalah bahan ‘pakai buang’. Digunakan sekali sahaja. Justeru, berhati-hatilah kepada mereka yang suka menggunakan botol air mineral berulang kali.

Bahan bernombor 3 pula terang-terangan namanya adalah PVC (Polyvinyl chloride), bukan bahan yang sesuai untuk bahan makanan. Biasanya ia digunakan sebagai getah paip, beg darah dan lain-lain. PVC juga dikenali sebagai ‘Plastik Beracun’ kerana mengandungi bahan toksin yang berbahaya.

Nombor yang sesuai bagi digunakan sebagai bahan botol bayi adalah bahan bernombor 5 atau PP (Polypropelene). Bahan ini biasanya digunakan sebagai botol ubat dan penyedut minuman."



Saturday, March 19, 2011

GIVEAWAY:SSC LUCKY FOLLOWER MAC 2011


Giveaway : SSC Lucky Follower Mac 2011
GA ni akan berlangsung 3 hari sahaja
mulai harini 19 March 2011~ end 21 March 2011 jam 10 malam :)

Penyertaan selepas jam 10 malam automatically disqualified
Seorang lucky follower akan di pilih secara Random
Untuk kali ini Lucky Follower akan menerima hadiah Shawl
Exclusively Gorgeous Patchwork Shawl
(klik link diatas untuk tengok hadiah)

JOM MERIAHKAN!

LUCKY DRAW BY MAK DARA


KLIK BANNER UNTUK JOIN SAMA!
HADIAH WANG TUNAI!
DUE: 31 MAC 2011

Jawapan 2 Penyanyi lagu APA KAU RASA ialah;
Rina
Yanie

Tag;
Hezrina, Lizan, dda ly

Friday, March 18, 2011

MINI CONTEST:PRECIOUS HUMAIRAH IN THE HOUSE



Semperna Opening Sales
PRECIOUS HUMAIRAH IN THE HOUSE
Mama Humairah nak wat Mini Contest.

"MAMA....I LOVE YOU"

CLOSING DATE : 25 MAC 2011
Open to all Ibu, Emak, Mummy, Mama, Bonda, Ummi, Moms ...

Just 5 Step :
1. Buat Sticky Post till 25 Mac 2011 Title "Precious Humairah In The House" and jgn lupa link sekali.
2. Be followers Precious Humairah In The House
3. Letakkan photo 'Mama & Baby' . jgn lupa details : baby's name, date of birth, age.
4. Tag 3 of your friends
5. Leave ur link at comments box

Mama & Baby;


Nama anak: Mohamad Aqil b Johari
D.O.B: 4 Ogos 2009
Umur: 1thn 7bln

Tag: Hezrina, Fieda, Noremy, Lizan

SYAWAL YAFIQ BLOG 1ST GIVEAWAY


Syawal Yafiq Blog 1st GIVEAWAY

KLIK BANNER KALAU NAK JOIN
DUE: 31.03.2011...11:59pm

FM GIVEAWAY'S BEBEH

ANJURAN SPARKLEMANEH


KLIK BANNER KALAU NAK JOIN YERP!
GA ni bermula dari 14 Mac 2011 pukul 9 pagi sehingga 25 Mac 2011 pukul 5 petang
keputusan akan diumumkan pada 28 Mac 2011
Syarat2 nya amatlah mudah..
jom meramaikan majlis.

Dah Beli... :)

Kerisauan seorng emak melanda kerana ank bujang nya masih guna botol cap policarbonate (PC). Lebih2 lagi mmg dh lama dia pki botol ni. Mmg ku tak penah beli botol susu, semuanya hadiah org bagi. Jd bila timbul isu botol susu bayi ni mula la ku kelam-kabut tak hengat. Harap2 xde apa2 kesan pd ankku ni. So far dia jarang sgt sakit, Alhamdulillah. Smlm ku pi giant, muo ngan adik2 sempena cuti sek ni dorang ada dok kt umahku. Tgok2 la skali botol utk aQiL. Ku ingat mahal berpuluh ratus.. Pergi ke kedai Anakku.. Cuma ada jenama Anakku ajer yg lain2 dia tak jual. Cari yg tulis segitiga(5) & PP. Ada cuma tak byk pilihan. Okeh la drpd xde kan. Harga cuma RM8 selepas diskaun. Murah jer.. Tp utk sementara ni ku cuma beli satu ajer.. Nahh.. Anak mak, ni mak kasi botol baru ekekeke.. Sesame street lagi.. Cookie Monster!! Nymmm nyUmmm nYummm :D


Selain tu meh la layankan peel aQiL nih. Dah lama mak dia tak snap2 gambo dia. Ni pun dh simpan wat pekasam haha.. Haih! bujang!bujang! kaulah penghibur hati ku bila ayah xdok kat umah nak..




Wednesday, March 16, 2011

Saper Boring Meh jenguk sini...

Gambar2 ni sumer amik kat AmazingNara.. Sangat best melayan gambar2 nih.. Hilang lesu di kala petang.. Haih! baru siap wat kek gula hangus walau rupanyer lebih pada apam ekekeke... Jom layan..


Comel2 jer kan... Paperart


Ni plak mata pensel.. Sgt kreatif ok!


Kucing comel, Mari Ketiduran

Panda membesar




Sayur-sayuran yg Kiut-Miut










Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.