NUFFNANG

Tuesday, March 29, 2011

Tendangan Bayi.. Watchaaaaaaaaa!

Kenali Corak Pergerakan Bayi Sumber: Majalah Pa&Ma
Trimester Pertama Bermula daripada awal usia kehamilan hingga penghujung 3 bulan pertama, trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas dan menakjubkan berlaku. Namun, jangan pula menjangka sebarang pergerakan bayi. Ketika ini, bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda mengalaminya. Biarpun begitu, di dalam rahim, ketahuilah dia sudah boleh melonjak tetapi sayangnya, anda tidak mungkin dapat merasainya.


Trimester Kedua Pada trimester ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya menghisap ibu jari, menendang dan menghentam. Sesetengah wanita yang terlalu kurus atau yang pernah hamil sebelum ini mungkin boleh merasai pergerakan pertama bayinya seawal bulan ke-4. (YA! 2nd prgnt tersgt awal rasa baby gerak). Namun, kebanyakan wanita tidak perasan atau mengenal pasti sentakan dan pergerakan pantas di mana ia dapat dirasai seperti angin atau kekejangan otot. Pada bulan ke-5 pula, kebanyakan wanita dapat merasai kegelisahan dan rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti gerakan akrobatik sebaik sahaja ototnya kuat dan kemahiran motornya berkembang. Namun, dia masih kecil untuk melakukan pergerakan tungging terbalik. Apabila anda mula merasai “karate” pertamanya, jangan panik jika ia berlaku semula selepas beberapa jam. Malah ada juga yang merasainya selepas sehari atau dua. Pada tahap ini, saiz bayi masih kecil. Jadi, adalah normal untuk anda tidak merasai pergerakan yang tetap. Walau bagaimanapun, jika anda tidak merasai sebarang pergerakan sehingga pertengahan bulan ke-5, pastikan doktor yang merawat melakukan ujian imbasan ultra bunyi untuk memantau keadaan bayi. Bayi akan mula banyak bergerak setelah usianya mencecah 6 bulan. Pergerakan kakinya lebih mengikut irama dan anda akan mula perasan tepukan kaki si kecil. Disebabkan kesibukan anda menjalani rutin harian, anda mungkin perasan bahawa bayi lebih aktif sebaik anda beristirehat terutamanya di waktu malam. Malah selepas anda mengambil snek pun, dia menjadi aktif apabila kandungan gula dalam darah memberi tenaga tambahan kepadanya. Antara lain, sewaktu anda berasa gemuruh, pengalaman yang sama dapat dirasai kerana adrenalin memberi kesan yang sama kepada bayi.


Trimester Ketiga Pada usia kandungan 7 bulan, rahim semakin sempit. Namun, bayi masih mempunyai ruang untuk berpusing dan melambung. Dia juga semakin kuat. Jadi, tumbukannya benar-benar boleh membuatkan anda terkejut. Perlu anda ingat! Bayi adalah individu. Corak pergerakannya dengan bayi yang lain adalah berbeza. Jadi, jangan bandingkan pergerakannya dengan bayi dalam kandungan wanita yang lain. Malah, anda jangan tertekan jika bayi kurang aktif. Berat bayi yang semakin bertambah pada usianya 8 bulan membuatkan ruang dalam rahim semakin sempit. Pergerakan akrobatiknya semakin berkurangan tetapi anda akan tetap boleh merasai dia menggeliang geliut dan berputar. Pada ketika ini juga, anda mungkin boleh merasai tusukan siku dan lututnya.

Pada usianya 9 bulan, anda tidak dapat merasai tendangan yang menumbuk-numbuk tetapi lebih kepada senggutan dan sepakan hingga menyentak anda daripada apa sahaja yang sedang anda lakukan ketika hal ini berlaku. Malah, anda mungkin akan mengalami kesakitan setiap kali kaki bayi terkena rusuk anda. Untuk melegakannya, ubah posisi atau miringkan pelvik anda.


Pergerakan Di Akhir Kehamilan Pada minggu-minggu terakhir, bayi akan berada di dalam mangkuk pelvis dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi dapat dirasai seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis.


Pergerakan Pertama Kebanyakan wanita akan merasai pengalaman tendangan pertama bayi sekitar minggu ke-13 hingga ke-25. Sesetengahnya dapat merasai bayi bergerak seawal minggu ke-13 hingga ke-16. Pergerakan pertama ini dikenali sebagai quickening. Ia sering digambarkan sebagai getaran. Ia mungkin sukar untuk tentukan sama ada apa yang anda rasai ialah angin atau pergerakan bayi. Namun, lama-kelamaan anda berupaya mengenal pasti corak pergerakannya. Ibu yang pertama kali hamil mungkin tidak dapat merasai pergerakan ini seawal seperti yang dialami oleh ibu hamil beberapa kali. Ketahuilah, ada ibu baru yang langsung tidak berpeluang melalui pengalaman ini sehingga kehamilannya masuk minggu ke-18 hingga ke-20. Apabila kepala bayi “turun” ke dalam pelvis, anda akan terasa “ringan”, disebabkan kurangnya tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk. Pada peringkat ini, anda tidak lagi merasai pergerakan yang biasa dilakukan bayi. Sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak henti-henti di bawah tulang rusuk sama ada di sebelah kiri atau kanan (dipengaruhi oleh posisi bayi).


Carta Tendangan Kebanyakan wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan. Anda perlu merekod pergerakan bayi sehingga jumlahnya mencecah 10 tendangan. Sebaik-baiknya pada waktu yang sama setiap hari. Carta ini membantu anda memahami pola gerakan bayi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, berjumpalah dengan doktor anda dengan segera untuk mengetahui puncanya.

1 comment:

eB said...

betoi... eB dh banyak & tgk sendiri kes2 yg x kira geraklan baby nih... bahaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.