NUFFNANG

Sunday, March 25, 2012

Wira vs Bajak


Assallamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Wira vs bajak? Apakah?
Aduhhh cubaan demi dugaan.. en.Ayah balik keje terus bgtahu keta kemek, kena langgar.
Sape langgar? Langgar ngan apa? Teruk tak? Hish! tak nyempat2 macam butir peluru keluar kan ;p Mmg la risau sbb bln lepas pon tepi keta calar n kemek sikit masa kitorg masuk supermarket beli brg dan tak sampai 1/2jam pun T____T
Inikan pulak kena hempuk ngan bajak.. Tau tak bajak tu apa? Bajak yg angkat buah sawit kat ramp sawit tu ler hukhuk cer ushaa sket ^____^



Eh eh ini bajak mainan ;p
Hahaha ala2 depan dia cenggini la yg kaler biru tuh
(aQiL mak pinjam sat na)
Stok mainan aqil semuanya lori tau jgn tak tau. Segala jenis lori ada.



Dah siap2 keje daku pun keluar siap bwk kamera. Ya Allah! teruk gak nih kan..
Actually kena bontot bajak tu tau. Yg buat budak indo kat tmpt keje en.ayah. Sedap2 dia gostan bajak terus dilanggarnye, tak nampak.. Padahal keta tu mmg parking tmpt biasa bwh pokok T________T
Dapat mintak maaf aje la duit mmg xde. Berlaku lak depan mata en.ayah sendiri. Nak mintak ganti? Dia pun xde duit. Agak2 boleh tak mintak kat en.boss? Sebab bajak tu boss punya... Huhuhuhu
Sedih tgok en.wira nih. Dah la rupe pun comot sbb tuan tanah tak cuci :p
Rasa2 kalo hujan kuyup tak bonet tuh? Takat nih lampu signal n merah hidup lagi.. Huhuhuhu
Baru 2hr lepas en.ayah tukar tayar motor depan, blkg.. Adehhh tak tahan sedih dan susah hati jugak ni T___T
Takpelah dugaan kami. Sabar! sabar! sabar! Ya Allah bukakanlah pintu2 rezeki dari langit dan bumiMu ini. Bantulah hamba2Mu yg dlm kesusahan.


Okeh. Dah jgn sedih2 lagi. Hari mgu ni kamo2 masak apa utk keluarga?
Menu afiq cuma cauliflower+carrot shj. Dah 2x mkn. Kang kul 6> xtau nk kasi lagi ke tak :)
Lain2 mkn sawi bening, ikan goreng & sambal belacan aje. En.ayah mkn ulam kerdas. Ptg2 ni plak teringin nk buat bubur merah putih. Senang je sbb daku mmg ada stok kelapa n parut kelapa pun ada. Yg sebenarnye nk kasi abg aQil mkn byk sikit. Asyik mkn nasi kosong aje. Apa pun tanak huhu


Nyummm... *telan ayer liuQ na...*


Okies.
Wassalam.

5 comments:

MaryaYusof said...

As salam Shima,

Sabarlah ye, ade rezeki lain nnt tu... Anggaplah sebagai sedekah kerosakan kereta tu... Tak tahu lg nak masak ape... ikan goreng, sawi bening & sambal belacan mmg mantap tu... lapar lah pulak... kalau akak mesti bertambah2 makan...hehehe ;)

Mama Ema said...

agak teruk juga kereta tercedera..mujur tak ada orang dalam kereta tu kan..cubalah try minta dgn bos..mana tahu boleh dapat sikit bantuan..

ShimaSalleh said...

Kak Mar: Apa yg dh terjadi mmg anggap semua tu dah bahagian kita. DIA tahu kita boleh hadapinya. Lama2 nti biasa lah.
Masak bening mmg mkn bertambah kan :D


Mama Ema: Nak claim insurance tp en.ayah kata tak berbaloi sbb kos xsmpi 1k. Rugi.. :(. Tgoklah nti mcm mana. Sbb apa2 keputusan en.ayah yg buat huhuhuu

Rai said...

alahai...kesian punggung wira.. robek dikerjakan..jangan sampai masuk air sudah la..sayang woo.. kereta bukan beli singgit dua.. kalau suami saya mesti ada yang bermandi darah tu..hehehe..

eB ezrin said...

usih teroks tuh. terkedu nengoknyer. :(

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.