NUFFNANG

Sunday, September 30, 2012

Lain buah, Lain padang...

Yang pasti 'mereka' tak tumbuh di tengah padang, padang bola hatta padang permainan.. ;)


share dr facebook..

*Anak-beranok beristirehat..Mok dia gak la yg xleh pejam2 mata di petang hari..*
Dapat mkn buah sedap gak nih...

Friday, September 28, 2012

Safari & Bergolak...

10 Safari terbaik dunia hangatkan cinta

1. Bwindi Impenetrable National Park, Uganda
2. Ladakh Camp, India

3. Pantanal, Brazil
4. Afrika Selatan
5. Nagarhole National Park, India
6. Wildlife Park Zoo, Ohio, Amerika Syarikat
7. Night Safari, Singapura
8. Ruaha National Park, Tanzania
9. Maasai Mara Wildlife Reserve, Kenya
10. Okavango Delta, Botswana



10 Destinasi 'Oh! No!'

Negara bergolak berikut merbahaya untuk dikunjungi...

1. Mogadishu, Somalia
2. Kandahar, Afganistan
3. Cite Soleil, Port-au-prince, Haiti
4. Ciudad Juarez, Mexico
5. West Point, Monrovia, Liberia
6. Sana'a, Yeman
7. Rocinha favela, Rio de janeiro, Brazil
8. Kinshasa, Republik Demokratik Congo
9. Port Moresby, Papua New Guinea
10. Harare, Zimbabwe


.::  AstroView Okt2012 ; imej by Yahoo  ::.


10 Pulau terbaik Malaysia

1. Pulau Tioman
Cukup popular di seluruh dunia sejak tahun 1960-an. Pernah menjadi lokasi pengambaran filem South Pacific pada 1958. Majalah TIME turut menyenarai pulau ini sebagai ;pulau terbaik dunia' pada 1970-an.


2. Pulau Perhentian
Pilihan utama bagi para backpackers yang rata-ratanya datang untuk menikmati keindahan semula jadi serta hidupan lautnya.

3.Pulau Langkawi
Siapa yang tak kenal tanah Mahsuri? Banyak aktiviti boleh dibuat disini. Pelbagai kelengkapan dan aktiviti membeli-belah pada kadar murah!

4. Pulau Pinang
Destinasi makanan dan kebudayaan. Selain makanan selatan India, makanan nyonya juga menjadi pilihan. Malah Geogetown telah diisytihar sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.

5. Pulau Labuan
Terletak di antara Sabah dan Sarawak, Labuan menjadi naugan Wilayah Persekutuan. Pulau bebas cukai.

6. Pulau Layang-Layang
Keindahan terumbu karang menjadi tumpuan utama pelancong. Perjalanan mengambil masa 1jam menggunakan pesawat dari Kota Kinabalu. Berada di kepulauan Sparatly antara 10 lokasi menyelam terbaik dunia.


7. Pulau Redang
Dikelilingi pasir memutih. Didiami pelbagai hidupan liar. Gugusan pulau-pulau lain yang terdapat di sekitarnya ialah Lima, Paku Besar, Paku Kecil, Kerengga Besar, Kerengga Kecil, Ekor Tebu, Ling dan Pinang yang menjadi lokasi snorkeling dan scuba.

8. Pulau Sipadan
Jacques Cousteau, seorang penjelajah bawah laut terkenal menggambarkan Sipadan sebagai hasil seni yang tidak pernah disentuh. Menjadi milik Malaysia secara rasmi pada 2002 selepas sekian lama turut dituntut Indonesia.

9. Pulau Rawa
Dimiliki keluarga Diraja Johor terletak 16km dari pantai Semenanjung Malaysia. menjadi tumpuan pelancong Singapura sebagai lokasi berhujung minggu.


10. Pulau Pangkor
Kedudukan geografinya berdekatan Lembah Klang menjadi pilihan warga kota bercuti. Berkeluasan 8km persegi, mempunyai pelbagai kemudahan, penginapan bertaraf 6bintang dan motel diusahakan penduduk tempatan.


Dalam banyak2 pulau nih.. Yang last sekali la yang mok pernah jejak.. Lelain tu 'nehi' huhuhu... Belum rezeki lagi.. Nantikan selepas ini.. SAFARI terbaik dunia HANGATKAN CINTA! dan 10 destinasi No! No! No!

Thursday, September 27, 2012

Cat & Fish

Cat  :  Subhanallah.. Cantiknya warna engkau ye ikan.. Bersinar-sinar..
Patutlah nama engkau ikan emas. Tak 'kena' makan tapi 
kena buat perhiasan.


Fish  :  Alhamdulillah... Engkau pun comel juga. Tuan sayang engkau, sebab
engkau kan binatang kesayangan Rasulullah dan sahabat
baginda, Abu Hurairah.


Comel aje kann... Kreatif!

.:: iluvislam ::.

Wednesday, September 26, 2012

Aktiviti...

Kanak2 riang gumbira...
Ceria gumbira sebelum demam selesema...
Bersama sepupu main bersama...
Lihat mereka, Emak suka!

cehhhh berpantun kita ye :)))




PEACE MEREKA.....!?
jari telunjuk?
 Hermmmmm






Tuesday, September 25, 2012

Sambungan teganu..

Sambung kisah di Teganu..
Kami cuma 1 malam je disana. Bila jemputan dah balik, kami bergerak pulang pukul 6ptg hari sabtu tu gak. Tak tahu nak membeli belah dimana, maka kami singgah di cherating je untuk beli keropok, sotong kering, keropok ikan yg dah siap sira sambal tuh.. hajat dihati nak beli FM atau keychain.. Tapi en.Ayah tak tau nak cari kat mana huhuhuuu..Dapat keropok tuh pun dah kira okey dah.

 Anak buah.. Hafsah (Adik)

 Pelamin buat sendiri lebih jimat!
Kalau sewa sehari je dah 300...

ehemmm... ado calon menantu tak untuk abgLong yg duduk pakai bajuT tuh?
Adik2nya 2org dah kahwin.. tp abgLong belum lagi.. :D
Katanya bila rumah dah siap baru nak cari hehehehe.. Rumah dlm proses. Insyaallah tahun depan siap la tuh.
MakPak sedara yang dok risau ehhh.. 
:))

 Anak buah juga...Hanna (kakak)

Mempelainya... 
Ni majlis di rumah perempuan..
Cantik pulak konsep warna pink+kelabu..


Masa otw balik, lepas je tol kat depan nu ha kami jumpa kura-kura tengah melintas jalan hihihi... Dalam hati, wah! wujud gak bidalan tuh ekk hihihi tapi kami idok la berhenti.. Lepas tu jumpa pulak musang tengah main2 tengah jalan. Tengah malam masa tu, kami nak ke kampung dulu hantar kakNgah.. Sampai rumah dalam kul 12lebih jugak la.. Pagi tu ayah dah gi keje terus.. Kesian Ayah, tentu letih dan penat...

Gambo raya.. hihihi nak tepek lagi
Diedit & cilok dari sepupu ku nya fB ;p
Gambo mok? disamping afiq yg terlepek dibahu huhuhu..


Teganu kita...

Assalamualaikum semuo.. Lama Omak tak bersiaran, tak berhupdate, tak berceloteh... Tengah kumpul cerita.. eh ado ko? hihihihi... Dok melayan anak2 la dulu dengan penuh kasih sayang. Kalau omak eh dah ngadap pc nih jawabnya anak2 main sendiri tak de kawan gurau2 hihihi.. cehhh ibu mithali la kunon nih.. kuikuikui..

Baru-baru ni.. Jumaat lepas kami sekeluarga bertolak ke Terengganu bertempat di Kerteh. Ke rumah akak ipar ku sempena majlis menyambut menantu.. Majlis perempuan di Penerok,Pontian sebulan yg lepas daku tak dapat nak join sebab adik Afiq tak sihat + en.Ayah pun dah kerja.. Jadi yg jauh nun ni haruslah kami pergi kan kan.. Tp bila pikir2 balik perjalanan tu idok la jauh sgt.. Lepas Kemaman aje. En.Ayah pun bawak slow 80/90 je.. Enjoy the journey.. 3-4x gak berhenti hihihi.. Abg Aqil yg bangun awal tak tido2.. Last2 dah masuk highway LPT baru dia terbongkang selepas puas mok pujuk dia suh tido.. Adik Afiq pulak? Demam untuk kali ke2 belom berapa sihat lagi. Masa dlm perjalanan tu berdoa juga biar adik berfeluh-feluh, biar baik cepat...Riso la kan dah masuk 8 hari tak baik2 lagi demamnya.. Pakej lagi batuk, selesema.. Jerebu kan!

 Abg aqil makan apa?
Posing jap sementara Ayah pi cek angin tayar kereta..

Entah motif apa tangkap gambar nih?
Dah sampai kemaman masa ni...
Tiba2 nampak signboard tulis 'kedai makan sahaja' 

Adik Afiq terlepek..
Keletihan dan kepanasan matahari..

Kami bertolak pukul 10pg.. sempat pi cuci kereta yg masa raya pun tak sempat pi cuci wakakaka.. Sampai rumah akak dlm kul 5ptg.. Keadaan adik afiq agak ok sedikit. Dapat mandi ptg tuh ok dah. Cuma batuk dan selesema tuh ada lagi. Sepupu2nya pun semua demam, batuk, selesema gak huhuhu... Alhamdulillah afiq pun dah sihat :)) Dah boleh tengok senyuman dia, gelak ketawa dia.. Rindu! masa sakit diam seribu bahasa. Yg tahu cuma menangis.. Yg kelakar tuh, bila kita angkat dia suruh tatih berjalan, sanggup dia tahan, angkat dua2 kaki dia tamo jalan dan beratkan badan ekekeke...Bertuah punya anak kan....
Nanti daku share gambo lain ehh... Nampak macam gigi atas depan adik Afiq jarang sikit tau hihihi

Monday, September 17, 2012

Lori abang.. Adik demam

Selalu kita tengok permainan kanak-kanak ialah kereta 'kontrol' kan.. Tak kisah la jenis kecik atau besar. La ni Ayah bawa balik lori 'tank' control pulak untuk abg Aqil! Pehhhh harga? jangan tanya eh korang musti tak cayo! omak pon terkojut tau! huhuhu...
Siap ado lampu lip-lap-lip-lap.. 'Gohead' 'gostan' je la yg dia reti. Satu lagi punat belok kiri kanan dia tak pandai lagi... Kadang2 mok tolong mainkan gak berpusing2 macam gasing da... hehehe ;p Agak susah nak main di ruang yg kecik, sebab adik tecik tu asyik dok pegang aje hewhewhew..
Errrr... menan adik ayah tak beli kah? Non-ado.. adik tak minat lagi. Minat yg khusus la.. Adik minat ngan mok je huhuhu...

Owner lori.. kehkehkeh.. Obses betul abg Aqil dengan segala lori! Kereta kureng. Stok menan dia mmg semuanya adalah lori-lori belako! MakPak sedara dia pun kalau nak bagi mainan, beli lori je.. senang!
"Ma! abang nak main lori tank hijau"
"Mainlah" kata mok ;p
Warna terbaru yang abg Aqil belajar... Pink & coklat ;p (motip?) hihihi...

Adik? masuk malam ni dah 2hari demam. Jangkit dari abg Aqil. Batuk & selesema.. Menenen je memang tak kasi mok bangun dak nih... Aiyooo mak lapar dik tahap gaban huhuhuuuu...
Adik tak pandai sangat nak muntah la.... Jenis kencing & biyak dengan byk kalau demam. Abg Aqil stok muntah selambak kalau demam dan cepat gak baiknya... Masuk ni 2nd time la adik Afiq kedemaman...

Walau demam, tetap joget dengar lagu timmy time ;)

"saya demam.. mata pun dah kuyu ni"
Suaranya pun dah mula serakkkk....

Saturday, September 15, 2012

Perah;Simpan;Beku & Cairkan....

Susu Ibu
Rujukan & Panduan
Ibu tersenyum gembira

Klik untuk pembesaran :)))


Sumber: Grup KIM di FB

Untuk rujukan daku juga dimasa akan datang walau buat masa sekarang hanya Direct Feed saja. Ilmu begini tidak ku gali semasa mengandungkan abg Aqil.. Maklumlah masa tu baru kenal dengan Facebook. Apa pun tak tahu ;p Sekarang ada guna juga FB ni.. Ambil yg mana boleh pakai.. Yang tah apa2 grup tu abaikan je, tak perlu kata apa-apa!

**Suka cium bau mulut baby ;p perbezaan, baby minum susu ibu ni baunya tak mucuk masham sangat macam dak minum susu tepung bau kuat sedikit.. Bau bayi tu ada lagi la cuma idok la 'fresh' macam bayi baru lahir tuh.. Tapi kalau dah namanya BAYI tetap ku cium! Gewammmm okeh hihi.. Abg Aqil pun masih ku peluk cium dia... Walau kengkadang dia buat aksi mcm Mr.Bean selepas dicium sang kekasih... Lap pipi oiii! ceh!**

Thursday, September 13, 2012

Recycle~





Sangat kreatif.... bahan terbuang saje...
Biasanya daku kumpul2 dan jual di kilang recycle.. Dapat lebih sikit la drpd lori yang datang hon hon kat rumah tu ;p hihii.. So belakang rumah mmg dah macam stor.. Yang boleh recycle memang la tak buang.. Kumpul dalam guni..
Percaya tak, penutup/penarik tin susu sekilo berharga ratus ringgit? Tapi jenuh la nak kumpul. Kalau peniaga tu lain la cerita... Kawan pd sepupu daku jual gak hari tu dapat la dalam seratus lebih katanya... Mende kecik tu je... Ahkak sebelah rumah ni mmg dia kumpul. Asingkan tin susu dengan penariknya :))) Tapi dia belum jual lagi... Nak kumpul banyak2 katanya...

..Jom recycle..

*UIAM suruh semua pelajar & pengajarnya naik basikal ke kuliah.. untuk mengurangkan asap dr motor & kereta... Tempat lain bila lagi? Kalau kat Putrajaya tu semua naik basikal camno? Mesti seronok ramai2 bawak basikal kan.. Boleh bersenam sekali. Takyah ada bas ;p..*

Cerita adik

Adik Afiq pulak?Hari ni, gigi atas tu dah nampak lebih jelas dr gambar :)))
Suka makan! Apa kat tgn mok semua dia rampas hohoho... Masih tak suka botol susu ;p
Kalu dia leka main boleh je berdiri sendiri tanpa sedar... Kita tegur mula la dia gelabah ;p merangkak la semula.. Mok pimpin tgn dia suruh tatih kirim salam la dia nak tatih, angkat2 kaki, beratkan badan dengan maksud "Ma, sila dukung adik ye" Manja sangat nih. Anak mak, kata ayahnya... Abis dah abg Aqil jadi anak ayah khenn...
Sangat suka bermain dengan abg Aqil, tapi tahu la abg Aqil jenis suka main sendiri..

Suatu hari ayah balik kerja, abg Aqil tunjuk logo sayap yg ada dibaju ayah.. "Ayah, ayah, burung" kata abg Aqil... Adik dikaki ayah.. minta didukung... dah dukung terus dia tunjuk logo kat baju ayah tu jugok! "aaa..aaa.." kata dia hihihi... (nak jugak kan!) Apa yang abg buat, adik mesti nak ikut..Berebut mainan jgn cakap la.. kecoh rumah ni hihi.. Adik lebih kerap mengomel-omel, nampak org naik kereta je dia Ooop! angkat tangan hihi.. Dia tegur tuh. Suka babai ayah, walau ayah baru nak pakai seluar nak pi keje ;) Sama-sama sambut ayah balik keje depan pintu dengan abg Aqil yg dah jadi tukang buka pintu hahaha...Mok? dorang dulu ke depan dah...
Lagi satu kalau kita tgh gelak-gelak, adik Afiq yg tengah nyusu dengan mata kuyu nak tido tu, dia boleh bangun dan gelak sama "ahaa.. ahaa..." Lepas tu sambung nyusu balik aiyooo...
Memang anak no2 ni lasak sikit, berani! Dalam walker boleh nanges tetiba, rupanya kaki sebelah dah macam akrobatik dah hihihi kes nak memanjat la ni.. (abg aqil tak mcm tu pun dik)..

Adik & Abang

Wednesday, September 12, 2012

Ma..Aqil nak takut!

Lama tak bercerita tentang abg Aqil..
Projek sekarang, daku tengah bertungkus-lumus nak mem'potty train' kan dia kehkehkeh.. Mungkin rasa macam agak lambat, tapi tiada istilah lambat untuk belajar sesuatu. Tinggal nak dgn tak nak aje. Masa Aqil 2thn lebih dah kenalkan sikit2. Tapi dia masih belum mahu bercakap. Dok la tarik2, cuit2 tangan omak eh jer.. kalau tengah sibuk (sibuk menaip! ;p) memang la mok tak perasan kan... dah mem'beser' kat lantai hewhewhew.. So omaknya kejap buat kejap tak hihi (dasar M). La ni dia dah 3thn 1bln. Dia dah pandai.. Tiap masa mok tanya "Abg aqil nak kencing tak?" dia jawab "tak" "betul?" kata mok.. "betul betul betul" jawab dia...
;p
La ni betul tu dia jawab sekali je :).
Nak kencing dia akan ckp " nak encing".. So cepat2 la mok tolong bukak seluar ngan pentot dia tuh (haish! dia tamo buka sendiri!) Siap cakap "cepat!cepat!" hahahaha... Kat toilet mok pakai getah paip tu je dia pun pandai basuh. Tapi mok tetap pantau. Basuh lagi sekali hihi. Selalu dia ngelat tamo pakai pentot kecik dia tau.. Siap milih nak 'pender' kereta.. tamo pender angry bird!
;P
Semalam petang tido pun tak basah tilam. Memalam, kul 10 @ nak tido baru pakai pampes! Pampes XL tu pun dah sempit nak oiiii! habis kulit tepi2 tuh kena pelekat pampes gara2 tak berapa nak muat kan... Tp bangun pagi basah lencun gak seluar dia... Membuang pun masih dlm pampes! grrr! hari tu sekali je dia buang di toilet! Lantai toilet okeh! hihiiii... Tak kisah la nak lama2 nanti pandai la kan..
:D
Bercakap pun dah boleh. Selalu gi rumah orang dah bleh dengar suara dia yg mahal tu dok ber'pot-pet' dan menjerit tahap berdesing telingo! Bila pergi kedai semua dia tanya.. "Ma, ini apa?" bila kita dah jawab pertanyaan dia 3 kali.. masuk soalan ke4 dia akan tunjuk semua dan cakap laju2 ni apa? ni apa? ni apa? ni apa? Aiyooooo bila nak jawab soalan tah nih
;p
Aqil juga ada memori visual dalam kepala dia tau.. Satu hari mok bawak anak2 gi giant. Ayah yellek pi keje. Dalam perjalanan tu Aqil bleh cakap kat mok " Ma! Ma! van! Van cik Tapa!(jiran sebelah umah)" Daku pun tengoklah " Ha'ah la van. Tu bukan van cik Tapa la" Jarak jauhnya dalam satu tiang elektrik..Masa tu jalan agak slow dalam 40/50km/j.. "Van cik Tapa" kata Aqil.. Bila van tu dah dekat.. Ehhh memang betul la tu van cik Tapa! adoiii mok pun tak bleh cam nak oii..Tajam betul mata dak nih. Bila lepak kat pondok depan rumah ni, cik Tapa melayan Aqil.. Bila kereta lalu Aqil pun tanya "Bunyi apa?" "Itu kereta. Ke re ta" kata cik Tapa... Tau tak Aqil jawab apa??? Dia jawab... "Bukanlah! Itu Car!" Adoiiiii! Terkena cik Tapa ye nak
;p
Pe'el dia lagi, masih belum bezakan pertanyaan dan penerangan.. Kalau kita soal dia, dia cakap balik apa yang kita soal tu... baru jawapan huhuhu.. Apa yang kartun cakap pun dia ikut. Bila ekspresi kartun tu macam takut dia cakap kat Ma dia "Ma! Aqil nak takut" Sambil lari nyorok tepi kabinet tv.... *_____*!
(ceh jauh betul cerita dgn tajuk! )
;p
Oh ya! basikal pun Aqil dah pandai kayuh tau! suka mak! hihihi... Bila dah pandai kayuh, adik boleh tumpang naik. Berdiri kat belakang bakul basikal tuh sambil pegang abang dia hihi... cumil! Adik pun suko!
Peace abg Aqil? 3 jari!

Lindungilah ia.. tutuplah ia...



Tuesday, September 11, 2012

Puncanya b*b*!!!

Tuberculosis, Brucellosis suis, toxoplasma gondii
APAKAH???
Nama diatas mewakili jenis-jenis cacing, kuman dan bakteria.
Penghuni yg hidup subur dalam haiwan bernama KHINZIR atau lebih mesra dipanggil BABI.
Banyak lagi nama-nama yg belum disebut & dikenal pasti tau!
Virus Influenza
- Meragut lebih 20juta manusia seluruh dunia pada tahun 1918
- Virus berpunca drpd kuman yg datang drpd khinzir
Wabak Asian Flu
- Menyerang Hongkong pada tahun 1957
- Meragut lebih 2juta nyawa
- Punca juga drpd khinzir
Penyakit Trichinusis
- Berpunca drpd cacing yg hidup dalam tubuh khinzir
- Oleh kerana tiada penawar, Amerika pernah mengeluarkan amaran tentang bahaya makan daging b*b* kerana mahu mengurangkan risiko jangkitan.
Laporan Virology 1997; Kerongkong b*b* mengandungi sel-sel tertentu yg mampu mengubah kuman dan virus menjadi berbahaya kepada manusia. B*b* adalah tenpat pelbagai kuman dikumpulkan lalu diubah menjadi bentuk berbahaya dalam istilah lain disebut 'mixing vessel'.
Virus drpd haiwan yg biasanya tidak menjangkiti manusia akan bertukar berbahaya apabila bercampur dengan sel dalam b*b*
Seorg tabib zaman dinasti Tang pernah menulis... daging b*b* meransang penyakit lama, menyebabkan kemandulan, sesak nafas dan sakit tulang.
Tiada kuman atau virus yg lahir drpd haiwan INI tidak berbahay kepada manusia.
Firman ALLAH; "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah dan daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yg dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Al-Baqarah:173)
Sekurang-kurangnya kita jelas dari segi saintifik mengapa ia dikatakan HARAM dan berbahaya. Allah hanya berfirman, dan kebenaran-Nya itu sudah terbukti, malah yang membuktikan itu juga kalangan bukan orang Islam....
Gambar: sumber google
Petikan: sumber MASTIKA sept2012

Super Hero kunon!


Thursday, September 6, 2012

Semuanya tentang rambut....

Wajah terkini anak-anak kesayangan hamba :)))
Abg aQil looks soooo A.B.A.N.G kannn...
Setelah berbulan2 memujuk abg aqil gunting rambut dia la ni baru berjaya. Dia kata tamo potong rambut sebab nanti kena kaki, sakit.. Padahal kan dia GELI tau! Alternatif, waktu mandi masuk dlm besen bayi, bawak mainan lori dia mandi sekali dan... zassss! ayah jadi barber.. Kasi nipissssss rambut dia.
Gambar di bawah, gambar adik & abang yg masih berambut panjang... Mereka buli mok... atau sebaliknya? kehkehkeh...
Cumil la adik.. Dlm gambar nampak gedebab berlengging!
haih! camni kah wajah anak perempuan mok besok-besok? ;p
Peace abg aqil!
Tengok cicak..
Bukti rambut abg aqil yg memang merimaskan mok dia!
Tengok la tuh!
Dengan berpeluh-peluh! huhuhuhu...
Mata kuyu, ngantukss...
Mana rambut abg aqil?
Ayah dah potong lah.. Kaki tak sakit pun!
Tau pun! grhhrr geget karang! takut na nak gunting rambut...

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.