NUFFNANG

Friday, September 28, 2012

10 Pulau terbaik Malaysia

1. Pulau Tioman
Cukup popular di seluruh dunia sejak tahun 1960-an. Pernah menjadi lokasi pengambaran filem South Pacific pada 1958. Majalah TIME turut menyenarai pulau ini sebagai ;pulau terbaik dunia' pada 1970-an.


2. Pulau Perhentian
Pilihan utama bagi para backpackers yang rata-ratanya datang untuk menikmati keindahan semula jadi serta hidupan lautnya.

3.Pulau Langkawi
Siapa yang tak kenal tanah Mahsuri? Banyak aktiviti boleh dibuat disini. Pelbagai kelengkapan dan aktiviti membeli-belah pada kadar murah!

4. Pulau Pinang
Destinasi makanan dan kebudayaan. Selain makanan selatan India, makanan nyonya juga menjadi pilihan. Malah Geogetown telah diisytihar sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.

5. Pulau Labuan
Terletak di antara Sabah dan Sarawak, Labuan menjadi naugan Wilayah Persekutuan. Pulau bebas cukai.

6. Pulau Layang-Layang
Keindahan terumbu karang menjadi tumpuan utama pelancong. Perjalanan mengambil masa 1jam menggunakan pesawat dari Kota Kinabalu. Berada di kepulauan Sparatly antara 10 lokasi menyelam terbaik dunia.


7. Pulau Redang
Dikelilingi pasir memutih. Didiami pelbagai hidupan liar. Gugusan pulau-pulau lain yang terdapat di sekitarnya ialah Lima, Paku Besar, Paku Kecil, Kerengga Besar, Kerengga Kecil, Ekor Tebu, Ling dan Pinang yang menjadi lokasi snorkeling dan scuba.

8. Pulau Sipadan
Jacques Cousteau, seorang penjelajah bawah laut terkenal menggambarkan Sipadan sebagai hasil seni yang tidak pernah disentuh. Menjadi milik Malaysia secara rasmi pada 2002 selepas sekian lama turut dituntut Indonesia.

9. Pulau Rawa
Dimiliki keluarga Diraja Johor terletak 16km dari pantai Semenanjung Malaysia. menjadi tumpuan pelancong Singapura sebagai lokasi berhujung minggu.


10. Pulau Pangkor
Kedudukan geografinya berdekatan Lembah Klang menjadi pilihan warga kota bercuti. Berkeluasan 8km persegi, mempunyai pelbagai kemudahan, penginapan bertaraf 6bintang dan motel diusahakan penduduk tempatan.


Dalam banyak2 pulau nih.. Yang last sekali la yang mok pernah jejak.. Lelain tu 'nehi' huhuhu... Belum rezeki lagi.. Nantikan selepas ini.. SAFARI terbaik dunia HANGATKAN CINTA! dan 10 destinasi No! No! No!

4 comments:

syawalsimpsons said...

yang se penah jejak pulau pangkor N tioman je...

Unknown said...

pulau rawa tu boleh pegi ke? sbb katanya kerabat johor punya takut kerabat2 je bulih pegi..huhu..

+ e.z + said...

tringin nk gi sipadan tapi ntah ler biler. hu3

IntaNBerliaN said...

samalah pulau pgkor je pnh g..hihhiii

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.