Lama tak bercerita tentang abg Aqil..
Projek sekarang, daku tengah bertungkus-lumus nak mem'potty train' kan dia kehkehkeh.. Mungkin rasa macam agak lambat, tapi tiada istilah lambat untuk belajar sesuatu. Tinggal nak dgn tak nak aje. Masa Aqil 2thn lebih dah kenalkan sikit2. Tapi dia masih belum mahu bercakap. Dok la tarik2, cuit2 tangan omak eh jer.. kalau tengah sibuk (sibuk menaip! ;p) memang la mok tak perasan kan... dah mem'beser' kat lantai hewhewhew.. So omaknya kejap buat kejap tak hihi (dasar M). La ni dia dah 3thn 1bln. Dia dah pandai.. Tiap masa mok tanya "Abg aqil nak kencing tak?" dia jawab "tak" "betul?" kata mok.. "betul betul betul" jawab dia...
;p
La ni betul tu dia jawab sekali je :).
Nak kencing dia akan ckp " nak encing".. So cepat2 la mok tolong bukak seluar ngan pentot dia tuh (haish! dia tamo buka sendiri!) Siap cakap "cepat!cepat!" hahahaha... Kat toilet mok pakai getah paip tu je dia pun pandai basuh. Tapi mok tetap pantau. Basuh lagi sekali hihi. Selalu dia ngelat tamo pakai pentot kecik dia tau.. Siap milih nak 'pender' kereta.. tamo pender angry bird!
;P
Semalam petang tido pun tak basah tilam. Memalam, kul 10 @ nak tido baru pakai pampes! Pampes XL tu pun dah sempit nak oiiii! habis kulit tepi2 tuh kena pelekat pampes gara2 tak berapa nak muat kan... Tp bangun pagi basah lencun gak seluar dia... Membuang pun masih dlm pampes! grrr! hari tu sekali je dia buang di toilet! Lantai toilet okeh! hihiiii... Tak kisah la nak lama2 nanti pandai la kan..
:D
Bercakap pun dah boleh. Selalu gi rumah orang dah bleh dengar suara dia yg mahal tu dok ber'pot-pet' dan menjerit tahap berdesing telingo! Bila pergi kedai semua dia tanya.. "Ma, ini apa?" bila kita dah jawab pertanyaan dia 3 kali.. masuk soalan ke4 dia akan tunjuk semua dan cakap laju2 ni apa? ni apa? ni apa? ni apa? Aiyooooo bila nak jawab soalan tah nih
;p
Aqil juga ada memori visual dalam kepala dia tau.. Satu hari mok bawak anak2 gi giant. Ayah yellek pi keje. Dalam perjalanan tu Aqil bleh cakap kat mok " Ma! Ma! van! Van cik Tapa!(jiran sebelah umah)" Daku pun tengoklah " Ha'ah la van. Tu bukan van cik Tapa la" Jarak jauhnya dalam satu tiang elektrik..Masa tu jalan agak slow dalam 40/50km/j.. "Van cik Tapa" kata Aqil.. Bila van tu dah dekat.. Ehhh memang betul la tu van cik Tapa! adoiii mok pun tak bleh cam nak oii..Tajam betul mata dak nih. Bila lepak kat pondok depan rumah ni, cik Tapa melayan Aqil.. Bila kereta lalu Aqil pun tanya "Bunyi apa?" "Itu kereta. Ke re ta" kata cik Tapa... Tau tak Aqil jawab apa??? Dia jawab... "Bukanlah! Itu Car!" Adoiiiii! Terkena cik Tapa ye nak
;p
Pe'el dia lagi, masih belum bezakan pertanyaan dan penerangan.. Kalau kita soal dia, dia cakap balik apa yang kita soal tu... baru jawapan huhuhu.. Apa yang kartun cakap pun dia ikut. Bila ekspresi kartun tu macam takut dia cakap kat Ma dia "Ma! Aqil nak takut" Sambil lari nyorok tepi kabinet tv.... *_____*!
(ceh jauh betul cerita dgn tajuk! )
;p
Oh ya! basikal pun Aqil dah pandai kayuh tau! suka mak! hihihi... Bila dah pandai kayuh, adik boleh tumpang naik. Berdiri kat belakang bakul basikal tuh sambil pegang abang dia hihi... cumil! Adik pun suko!
Peace abg Aqil? 3 jari!
4 comments:
takpe abg aqil belajar pelan2..kikiki
hihiii comel je abg aqil ni.. seronokkan tgk perkembangan anak2 ni... :-)
As salam Shima,
Iman pun sama potty train tak pass lagi... Rasanya takyah nak tension sgt kan Shima, ikut mana yg dia mampu nak buat...sb skrg ni musim sejuk asyiklah nak membeseeer je...penat akak... Kat school dia pun xpotty train lagi... Nampak bujang dah Aqil ni... Nampak mcm lg besar dr Iman lak...Pandai kena kan org kan dorang ni...rasa nak gegeeet je...hehehe
acik pun nak takut la :P
malasnya nak potty train damia.. mental mak dia tak sedia lagi nak mengemop kencing budak..
Post a Comment