NUFFNANG

Wednesday, October 31, 2012

Enty Lekat-Lekit... Peringatan utk SAYA

Alhamdulillah masih hidup dan bernafas di bumi bertuah Allah nih :)

Pertama sekali nak minta maaf.. sejak hari Khamis daku tak bleh jenguk blog tersayang kawan2 sebab masalah teknikal.. Gara2 kabel penyambung antara telefon dan modem rosak! No wonder tiada talian telefon, senyap sunyi jer tapi bila cuba call masuk ada je bunyik tuttt..tuttt dihujung talian.. en.Ayah dah fix the problem, namun tak boleh terima call-in telefon rumah.. Kesian kat akak ipar daku, tak leh gayut dah kikikik... Dah boleh jenguk rakan2 taulan! Seronotttnya!

Kedua... Minta maaf sebab semua KOMEN-KOMEN dari SHIMASALL akan masuk ke komen SPAM blog anda semua... Bukan daku tak jenguk ye.. Mesti baca punya entry korang.. Problem yg ini daku belum settle kan lagi okeh, tak tau nak settle camno... Korang tak komen blog daku pun takpe, janji daku terjah blog kome-kome semua... Mak tak kisah punyer :))))


Selamat berhujung minggu u guys!

*Adik afiq dah mula berdiri dan jalan 2-3 tapak*
Suka naik basikal merah abg aqil walau tolak depan belakang dgn kaki sebelah aje... Tak sampai!!
Boleh bayangkan tak....???? o.O

wW : Rutin wajib..Heaven!


Monday, October 29, 2012

Salam Zulhijjah

Agak fenin sikit bila nak raya nih.. Fenin pasal tak tahu nak masak juadah apa wakakaka..
Ikut daku suka je masak yg simple2, tamo bertungkus-lumus masak macam raya aidilfitri kan.. Tapi apokan dayo, en.Ayah suruh gak masak lauk raya jugakkkk! Dah la waktu membeli lauk-pauk di petang hari khamis. Sampai rumah sedia la bahan apa yg patut sensorang. Bab ketupat dari mula sampai sudah en.Ayah yg uruskan. bab lauk-pauk semua serah kat daku hukhuk.. Bila la mok nak ada anak dara ni , bleh tulon.. Bujengs berdua tu tolon buat iklan boleh la hikhik.. 
Sementara en.Ayah buat ketupat, daku masak rendang 2kg, lodeh, ayam masak merah 2ekor, sambal goreng jawa.. Sambal kacang malesss nak buat ;p. Gitu-gini kan pukul 2pagi gak mok tido. Dapat la tido pat jam sebab ngelat, lodeh ngan sambal goreng tak siap lagi kikikik. Gara2 tempe yg belum jadik lagik tuh kan! Dah siap, kul 7> dah 'munjung' kat jiran sebelah. Tapi tak bagi sekali sambal goreng sebab belum buat jugak hahahaha... Dah mkn ado tenaga baru la buat sambal goreng aci tak?
Gambo lauk xde eh... tak kuasa nak tangkap gambo sebab ala2 tak cukup tido.. pewaiii!

 huiiiii dgn dulang2 sekali dia balun!
:D

 Ooppss sebenarnya abg aQiL tgh kutip gula berwarna-warni yg mok tabur atas conflakes madu..
Sempat la buat kuih raya kan. Dengan kek batik jeee...

 Abg aQiL yg kadang2 je manja ngan mok, banyak manja ngan ayoh!
Sila jgn tenung lama2 sebab pipi mok dah kembang!

 Iklan dari adik afiQ..
get ready!

Percubaan pertama je dia berjaya panjat..
Nasib tak tumbang nak oii
Ini aksi adik afiq bila dia ngamuk @ merajuk... ??? Selalu budak merajuk dok nanges guling2 atau nyorok jauh2 ke kan... La ni pesen baru dia tau! Bila dia merajuk dia jauhkan diri dari mok dan panjat kabinet!
@_@ aiyooo O.o mcm ni pun ada kan... Tak habis2 buat mok senyum-sengih sorang2 kikikikik

Ohya! lauk banyak2 tu bukan daku mkn sorang2 ye.. nasib la mommy Merah & Sofia sekeluarga bgtau nak singgah. Oledi misss u la besties ku! Berdoa juga agar abah(ayah mommy) cepat sembuh. Reserve lauk utk dorang sket. Lain2 kasi kat pekerja indo tempat suami kerja dan kasi kat BIL kat kampung nun... Alhamdulillah habis! syukur! Idok la membazir kan.. Hari Ahad Emak dan adik2 pulak dtg singgah. Masak sambal goreng jugak dan ayam masak kicap :)) Rindu kat Emak jugak!

Monday, October 22, 2012

Sticker .. Perkembangan aQiL

Puas daku mencari sticker bintang-bintang nak kasi sapport abg aqil gi toilet dgn jayanya.. Tapi tak ketemu.. Last2 amik je sticker kereta nih! Skrg waktu siang mmg free diaper la abg aqil nih.. Kalau dia tido ptg daku alas toto kecil dia dgn plastik kehkehkeh.. Zaman daku kecik2 dulu gitu la mak buat kannn... Kalau tak kuyuppppp! Memalam nak tido baru pakaikan diaper.. Nak set jam tgh2 malam dan kejut abg aqil gi toilet????? Harus la ku pikir byk kali nih.. Siang hari dikejut pun nangis, ngamuk mcm nak rakkk! Haduiiii!
Tapi mem'biyak' tetap nak dlm diaper! Haiyooooo... Nanti balik KL umah mak nak cari jamban duduk utk dia hikhik. Maklumlah rumah ku cangkung punyerrrr ;p

Mungkinkah abg aqil terbantut gesanya nak membuang ayor besor gara2 takut dgn lubang J tu?
hihihiiii.. 


Sticker yg menambat hati abg aqil... Dah tampal satu nak lagi tiga!! 
Grrrr!
Geget karang!

Okeh nak tambah lagi cerita... Sejak abg aqil ni dah banyak dan riuh cakapnya.. Kadangkala rasa malas nak layan cakap dia tu lebih lagi daku yg duduk 24jam ngan dia kat rumah hikhik.. Kadangkala seronok bila dia cakap sesuatu yg meggelikan hati kita dan buatku tersenyum, ketawa :D.. Contoh: ikan jerung @ ikan Jerwoong (bahasa aqil). Tgok National Geographic semua dia kata ikan jerung. Kita cakap salah, ikan Paus, dia marah kita balik huhuhu.. Iye kan ajelah nak...
 Satu hari tu pulak en.Ayah tgh sibuk siang siput sedut nak masak sambal.. Aqil dtg dan tengok.. Ayah ini apa? .. Ini siput .. Siput? .. Macam Gary lah ayah ... Daku? Kelakar weiiii. Siap ikan kembung yg ku tgh siang pun dia kata ikan jerung jugak! Iye kan ajeee... Sodap tol mak ko makan ikan jerung! T__T hukhuk.. Utk pengetahuan Gary adalah hewan belaan spongebob tuh! Semua jenis sotong yg dia tgok kat tv dia kata Squidward! akakakaka... Kuat betul pengaruh tv dak nih! Pheeewwww! lap peluh didahi, penat gelak!
Lagi satu yg buat kami suamiisteri gelak bila abg aqil guna perkataan 'Pulak'.. Kdg2 dia dgr kita ckp, eh! jatuh pulak .. Alamak kena langgar pulak ... Dialog abg aqil macam nih ye ... Ayah, tengok! adik langgar lori aqil ngan basikal WAK!... Jatuh lagi WAK! sambil gelak2... Sangat kelakar dia sebut WAK tuh! golihati! Dan dia boleh cakap begitu pjg dgn ayahnya... Ayah, tengok ni lori bajak aqil wane biru wane kunin yang besar ni naik basikal... non-stop hikhik dgn slang pelat dia tuh kita yg dgr ni mmg rasa pjg betul ayat dia tuh.. Ntah berapa patah perkataan ntah kehkehkeh...
Adik afiQ? Dia dah kenal gambar kucing (kesukaannya), burung, dan lori... Semua org dia panggil BAHHHH!

Adehhhhh Adik jgn pilih lori mcm abg lah. Pilih mende lain pulak yer... Mentang2 ayah korang bawak lori, Mok ni je bawak keta kan kan kan ... Obses! Mak stress!


Besok cek-up AFIQ due to berat yg hanya atas pagar masa umur 1tahun... Macam mana nak gumuk dik oiii makan nasi 3kali! Biyaknya 5kali aiyooooo.... Adik blom minat nak mkn nasi sebutir2 tuh lagi.. masih nasi lembik, atau bubur..

Tuesday, October 16, 2012

Makan apa tu..?

Kusyuk betul makan... Berkerut-kerut
yang sebenarnya tengah memilih

Makan ini ajerr.. Sambal kering tempe, ikan bilis dan kentang.. Kalau ada kacang tanah lagi sedap!
Abg aqil memilih kentang ajer.. lelain tu takndak nye..

Buat banyak ni aje hihihihi :Dv
en.Ayah pun dapat rasa sikittt je.. Ada yg tukang perabihkan... siapa tuh?!
Sedap! Puji diri sendiri

Saturday, October 13, 2012

Tak sah kalau tak bertanda...?

Biasalah budak2 tengah naik, tengah nak membesar, dalam proses nak belajar kenal apa yang ada depan mata dia... Lebam, parut, calar-balar usah dikira.. Tp yg serius tuh sila ambil kira ye.. 
Ni la salah satunya.. Apa ke nama lagu tu ekkk....?

"Tukul takal depan pintu
Budak nakal bijak memang begitu"

Apa yang dak kecik ni buat? Disebabkan adik afiq ni masih belum lagi nak jalan sendiri, kadangkala mok ayoh masuk gak dia dlm walker... Dalam dok main2 dengan abgnya, dia nak mencapai pampes abg aqil yg dia buat main kat lantai... Tau la tgn tu agak tidak sampai... tonggeng2 terus la terbalik! ha saper yg kelam-kabut?

Pipi dah merah kena cium 

Baru lepas nanges..
Bukan kena cium lantai, tp terjatuh atas mainan kucing dia tuh..

Selepas beberapa ketika dlm 10-15minit
Hah tgok la abes calar, lebam.. Letak ais tapi dia nanges balik...
Sejuppp ! la mak..

Nak pujuk dia, ajak pi tengok kucing kat belakang rumah... Diam lah dia :D

The next day... ewah omputih plak yerr..
Calar lagik.. lebam dah hilang letak minyak Jerslin

Kalau jatuh dr sini lagi mok haru!
Kerusi ruang tamu. Kerjanya naik turun, naik turun...
Itu belum dia memanjat babycoat nasib mok dah bukak!
Ajar sekali je panjat... wah!wah! terus laju je dia... o.O

Thursday, October 11, 2012

Sambung Kesahh...

Anak2 dah tido.. Mehhh sambung kesah gambo tadi.
Alkisah, minggu lepas en.Ayah kata nak beli tempat bakar @ bbq kan. Tp agak mahal. Tup2 beberapa hari kemudian en.Ayah balik keje sambil bawak mende bawah ni hihi. Siap arang lagi! Owh! siap ikan! Sebab jam tu beli jam tu jugak nak pakai! wahahaha... Beli kat kedai lain, beza harga seploh hengget ko!
Plus en.Ayah seorang yg pandai tawar-menawar.. mulut macam madu!Manisssss...

 Semua Ayah buat sendiri. Mok dan anak2 tolon tengok dan tolon kacau ;p

 Ikan keli.. Pun disiang sendiri oleh en.Ayah! Semangat! Semangat!

 Hahahahsapppp! ;p

 Waduh! Raya haji ni bleh la daku mem'BBQ' kan.. Ada sape2 tahu resepi nak perap BBQ yg enak lagi mengancam? Meh la kongsi! Daku 1st time ni nak memerap BBQ :D

Tutop hidung... Banyak asap la Ma...
Si tukang kipas kepada diri sendiri

 Bakar kat sini je ekk
Bahagian paling blkg rumah @ tempat sidai baju kalau hujan, merangkap stor..
hakhakahk @-@
Ramai betul tukang 'sibuk' termasuk pengambil gambar nih..
en.Ayah geleng kepala je, malas nak layan bini dia nih ;p
(itu pun nak amik gambar ke?)

. Wokehh dah siap! Ado pulak sekor tanggal kepala hihihi...
 Tapi tidaklah secantik ikan salai yg dibeli ditepi jalan kan
Apa yg jadik lepas nih? Ikan dah selamat ku masak lemak cili hapi! Makan pulak dengan bendi celur cicah sambal belacan.. sodap tuh kan!!
en.Ayah ni terkenang ikan keli salai yg diberi sahabatnya masa dia xcdent tempoh hari.
Sahabat beli di Melaka. Terkenang2 yerr...

Ops! Lagi satu nak minta pendapat.. Apa beza ELECTRIK OVEN dengan MICROWAVE OVEN?
Yg mana berbaloi dibeli, gunapakai? Sementara en.Ayah masih buka tawaran untuk beli pembakar ni yg ku tunggu 5tahun lamanya...So nak minta pendapat kawan2.. Maklomlah mmg tak arif sgt dengan gajet dapur yg satu nih kikikik.. Yg chef Sherson Liam pakai tu mahaiiii ya amat... Tp dok pandang2 jugak kan! hihihihi
Nak beli yg sekali dgn dapur gas tuh, xde tempat pulak nak letak...

Gambar dulu... cerita kemudian...

Apakah?
nak bbq ehh...

Sat lagi baru cerita.. nak pi kedai dulu. Masak dulu. Suap anak dulu. Ahahahaaaa...
Ada sesiapa nak masakkan utk saya tak? hihihi...

Tuesday, October 9, 2012

TanjungEmas, Muar

Hari tu sibuk ikut segmen Ayu kan.. La ni nak tepek gambo tempat beristirehat, cuci-cuci mata, joging, makan.. segalanya boleh. Ala2 macam Taman Tasik Titiwangsa la.. Tp yg kat Muar ni, Tanjung Emas.. Ada banyak emas ke? Daku pun tak tahu ;p Lokasi tepi laut..
Kebetulan hari Jumaat en.Ayah pulang awal, lepas zohor bekejar ke bank bayor apa yang patut. Lepas tu en.Ayah bagi signal, nak gi memana tak? Daku pun apo laie.. gi tanjung je lar bawak anak2 main kat playground yg mmg banyakkkkkkk sgt! Toksah rebut2 dah! hihihiiii... en.Ayah pun settt aje. 

 Sebelum tu lokasi wajib, kasi anak2 tengok monyet, beruk pun ado! Kang tak tahu lak macam mana ghuper monyet ;p hikhik. Memang byk kat sini. Jinak jugak. Tapi AWAS, nak kasi mkn tu kasi satu2.. Kalau pegang satu plastik memang dia 'ragut' la dr tangan kita, berebut2 dengan kwn dia nanti dah jadi gaduh pulok kan =P..
Almaklum.. hp pun cikai je. Daku pun dok terperap dalam kereta tamo keluar. Hasil tangkapan gambar pun ala-ala kejauhan aje kan... Sayup-sayup je..

 Ni memang tak kasi org tengok nih hahaha... cuba carik kat mana beruk tu duduk?
Jumpa tak agak-agaknya?
Saje suruh korang eksersize mata hikhik...

 Tempat yg dah jadi kegemaran abg Aqil.. Gelongsor jerr.. Dulu takut nak gi playground tau. Tak excited pun mcm kanak2 lain, cayo tak? Mok jadi pelik sattt... hihii
Sesambil tu belajar, "Ma ni jirapah! Ma, ni tiger, badak, ikan jerwong" hikhik sempat lagi kan
Nanti nak cerita perkara baru yg abg Aqil tahu dan bila dia menggunakannya... :))) next posting okeh!
Insyaallah!

 Adik pulak baru je celik mata.. Ketiduran dlm kereta sebelum sampai (tak dpt tgok monyet tadi)
Masih blurrr nih. Dok tengok abg aje apa yang abg buat :)
Lepas tu dah segar sikit, mok ajar dia main gelongsor. Hamboih kemain gelak terkekek-kekek.. Suka sangat! Time abg dia turun slide pun adik yg ketawa! hehehe.. Daku letak je atas slide mcm gambar tu. Lepas tu dia gerak vontot dia ke depan dan Yeay! berjaya slide sendiri.. Mok jaga je kot2 la dia terlepas terus ke tanah hikhik.. memang berani sungguh dak kecik nih! Jalan blom lagi nih! aiyayaya..
Itu belum dia dah pandai panjat kerusi ruang tamu. Turun pun dah pandai, kaki dulu.. bukan kepala dulu haaa kikikik...

 Memujuk abg Aqil tengok ketapi.. Kepala ketapi jerrr..
Dia dulu jalan...

 "Jangan sentuh" hihi
Haaa tak sentuh yg mana tuh?
Yg pasti totap jugak nak vandalisme kan!!
Tgn tu kalau dok dendiam aje tak boleh ek?

 Ni pun dah ada contengan jugak..
"Dia kata jgn sentuh, tapi conteng boleh" kata en.Ayah! Aiyooo loyar burok
(ada contengan liquid paper kat situ, kotttt)

 sengettt... tangkap sendiri dehhh

Air pancut yang... senang kata xde org yg bersihkan.
Ikan memang tiada dalam tuh...
Cuba cari mana abg aqil? hihihihi

Lepas tu pi makan, jalan2, tengok pakcik cari umpun-umpun, lepas tu sambung main slide lagikk hihihi
Dah penat balik... singgah plak pasar malam :))

Monday, October 8, 2012

Nama je SRTSM...

Nama aje surirumah tangga sepenuh masa, tapi bukan tiap masa ada masa nak ngajar anak. Apa orang kata, ajar anak waktu dia teruja! waktu dia betul2 nak tahu.. Haa... bila tu? Tunggu je dan tengok cara dia lain..
La ni salah satu cara daku buat. Daripada flash kad ni dok dia baling2 macam kapal terbang tu kan, daku tampal kat pintu dapur. Sambil kupas apa yang patut kat dapur sambil tu ajar hihi. Sambil sidai baju pun molehhh je ;p Flash kad ni sumbangan pakNgah dia. 2 kotak. Satu kotak simpan lek-lok dulu hahaha... Yg ni pun ado je yg hilang la, koyak la, terbuang la.. terrr ekkk hihihiii..

xhylophone, ribbon, piano, swan, abg aqil tak berapa nak tau.. asyik bertanya lagi..
Adik? Tukang tanggal! haih! Tu yg tampal tinggi sikit hihihiii...

 Ni mok beli utk abg aqil. Best juga buku ni , tulisan pun besar2..
Daku tak balut tau, daku selotep! kulit buku tu depan belakang hahahaha...
Kalau tak hancuqqqq! lebuqqq!

 Gambo Moon terkoyak suda.. Ada 3-4 muka surat yg daku tampal selotep. Sayang!
Anak koyak, mok tukang tampal..

Yang ni dah tertanggal dari kulit! aiyoooo..
Hah! selotep hitam terussss! 

Mana tak koyak... bila budak berdua ni berebut!

 Cehhh.. tu tak kasi can kat adik dia la tu..
Itu belum kira buku yg kulit tebal tuh! Jgn tak cayo buku macam tu lagi cepat lebur! Adik paling suka gigit buku tebal tu, sodap katanya hakhakhak.. Mok simpan je kat rak buku.. Lunyai dah!

 Hah dak kecik ni ada plan nak buat la tu... 
"Adik buat apa?"
Diammm....

 "Hah! adik makan apa tuh?"

Bila mok dia dah maghah, dia pun baling kat bawah meja. Itu pun selepas masuk dalam mulut la ;p
Kertas!
Adik nih pun kutip jugak mcm abg dulu, cuma adik memain dulu baru masuk mulut... Lepas tu tau kalau mok dia maghah! "hah! tamo makan! tamo masuk mulut!" hihihiiii...Mok acah-acah dia, pandai la dia buang sendiri huhuhuuu...
Tabiat baru adik afiq...makan sambil baring! Haiyoh! haiyoh! gewammmmmnya! Ingat macam nenen ke dik? sambil baring... ;p

Ada sesiapa yg boleh tolong hal INI


Dah lama nak tanya....

.... Tapi tak jugak tanya, malu, segan, semua ada la hukhuk...
Tetiap kali buka blog shima @ rakan-rakan lain, sesetengah nya akan keluar IKLAN kecik empat segi di sebelah kiri blog. Normal kah itu? Sesetghnya ada yg iklan 18sx gak huhuuuu...

Lagi satu shima rasa mana2 blog yg shima komen akan masuk SPAM... Ye tak?

Oh ya! gambar2 follower pun daku tak dapat tengok!!!! Kenapa??? Tau2 je angka follower dah naik...

Boleh bgtahu apa masalahnya? Pada blog daku ni ke? Macam mana nak rungkaikan? huhuhuuu memang tak reti sebab ingatkan benda ni biasa je... Ada sesiapa boleh tolong?

Friday, October 5, 2012

Angin petang..

Salam Jumaat!

Aktiviti bila dah ada kudaku lari...Lari lari laju! hakhak.. "Basikal biru la Ma"
Petang-petang haruslah daku bawak kanak-kanak riang ni gi makan angin. Depan rumah aje. Jalan sampai hujung, patah balik dan jalan lagi,patah balik kikikik.. Tamo gi jejauh, kereta walau tak banyak tapi laju2 je mereka. Dalam taman pun nak bawak lelaju tak paham daku oii!! Nak-nak bila petang ni banyak la bebudak balik sekolah kan.. Abg Aqil pun asyik la nak ke tengah aje. Mok suruh dia ikut line putih tepi tu pun boleh tersasar. So lebih baik berhati2 setiap saat :)))

 Dak tecik yg suka memanjat tapi belum juga nak berjalan hikhik..

 Kemain kan... Senyum leborrrr aje
Suka la dapat panjat!
Nasib muka suci comel je kan.. Nak kena geget?
 ;p

 Percubaan 'Peace' setelah di'bentukkan' oleh Mok
Abg aqil naik basikal merah pulak sebab dia kata basikal merah laju..
Eleh dia tamo bwk adik la tu, adik berat kikikik


Sesi cuci mata di petang hari...
Dengan kekanak riang lain di taman


Thursday, October 4, 2012

Bila M besar... L untuk..

Alamak tayang foodz... hihi
Foodz yg dah lama lak tuh. Ini la menu kalau omak eh dah tak tau nak masak apa, lauk habis atau M besar kikikik.. Abg aqil? laju je dia mkn.. kentang aje. Dulu kecik2 mkn je sayur2 tuh, sekarang? hohoho


 say cheese!
teddy bear & munge..
tgh munga tu, carrot ;p
munge pun dah sompek kena cekut ngan adik afiq

dah sudah, pi belajar kat dinding hihihi...
Dah lama mintak ayah mende ni, baru2 ni dapat.. syok la abg aqil kan.. sebab ada gambar L.. untuk Lori hehehe.... Gambar X-ray.. dia cakap tulang.. dah betul la tu kan!
 Bila dah bosan, dia pulak tunjuk, mok la yg kena jawab... aiyaya..

Dah 24jam tak ada air hari ni... Maka makan bubur nasi aje la ye kita anak-anak.. 
Notis 12jam aje.... huhuhu...
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.