NUFFNANG

Sunday, September 29, 2013

Pagi Ahad...

Buat pertama kali sejak Ayah bertukar kerja baru, Ayah bercuti pada hari Ahad! Yeay!
Ahad sepatutnya hari cuti tapi en.Ayah terlebih rajin.. Hari ni bawa anak2 berjalan-jalan. Awal pagi dah bangun dan mandi. Pukul 7a.m terus ke kedai makan.. Lama tak pekena mee rebus di warung KakMah. En.Ayah makan lontong+telur rebus+rendang daging, 2 mangkuk mee rebus, air milo, kopi dan teh tarik semuanya berjumlah RM12... Mahal ke murah? Ni kes bayor aje, tp harga semangkuk tu tak tahu berapa hihiiii :)

Dah mamam Ayah bawa anak2 ke playground.. punya jauh gi terjah playground nun di Bukit Gambir,Ledang hihihiiii... Agak2 rumah Kak Nza area sini ekkk? Entah bila kita nak ketemu ye kak Nza :) Ayah saje bawak pusing2 cuci mata sebab kesian kat anak2 terperuk dalam rumah je kan.. Kat taman rumah ku ni dah takde rupa taman kanak2 dah... huhuuu


3 bujengs!
Kami siap bawa kain lap sebab malam tadi hujan. Matahari masih dok dalam awan. Basah la semua permainannya tu...

Abang pun nak jugak..

Afiq siap berdiri ala2 bawak basikal kayuh laju2 hahahahaaa
Ketawa kami suami isteri :)

Lepas tu tujuan nak cari kedai bekam untuk rawat en.Ayah.. Tapi kesemua kedai bekam tak buka lagi.. Kami pergi sampai ke Giant, tjg Agas pun tak buka lagi. Waktu tu dah pukul 10>pagi.. Adakah kami terlalu awal? Atau sebab hari ini hari Ahad? Mereka cuti? Hemmmm Ayah cuma try kerusi urut RM1.. Tak best! katanya hihiiii... Sesambil tu sempat cuci kereta dan beli selipar baru afiq.. Asyik beli selipar aje adik ni hahahahaa... yg hitam dah tertinggal kat rumah atok tehnya di Serkam *_*
Lepas tu nak melawat kwn yg baru dapat baby. Tapi tak kesampaian sebab ku lupa adikku nak datang singgah rumah.. Maka cecepat la balik, masak hihihiii :)

Friday, September 27, 2013

Percubaan.. Cubaan.. 1,2,3...


Jumaat yang barakah
Sebab nak wean-off adik afiq yang dah 2thn 1bln+, Mok ngan Ayah beli botol susu sepesen dengan abang. Suka la abang dapat botol baru kan... Takpe botol abagn yg lama tu pun mok buang guna satu ni aje. Tahun depan nak sekolah dah. Buang pun sebab memang dah lama sangat guna huhuhuuu.
Cari botol yang gambar sama, warna je lain. Haaa... setiap pagi lepas mandi minum berjemaah. Dan selalu la abg yang tukang ngabihkan balance susu adik kehkehkeh... Mok buat 4auns pun tak boleh habis.. Nak bagi sedap letak milo sikit kasi ada kaler ceklat2 sikit huhuuuu.. Sehari 2x gak la buat walaupun tak habis.. Tak membazir pun sebab abg kan ada hihiii...
Walau macam mana pun, nak tido tetap jugak la cari candu dia kan.. Waktu malam usah cerita mmg fully candu ahaks! ahdoiii la adik, bila kah kamu nak melepaskannya secara rela....

Jom ke Facebook Mummyrinazone


Thursday, September 26, 2013

Hobi ; Kegemaran ; DIY ; Seni




Boleh teka tak?
Hobi yang jarang dibuat tapi sangat suka buat bila tiba masanya..

^___^


Wednesday, September 25, 2013

Bibir Pecah; Terketap Gigi

Malang memang tak berbau..

Mungkin ada yang dah tahu cerita ni sebab shima ada kongsikan di facebook.
Berlaku pada 14hb yang lepas.. Kisahnya, waktu ni anak2 tengah menonton tv. Shima pula tengah baca surat khabar di meja makan.. Beberapa saat sebelum afiq jatuh memang mata mok ni memandang ke dia. Dia tengah jalan sambil tengok tv dan tersadung bantal kecik.. Dia jatuh je terus terdengar bunyi kuat "Tukkk" Hai la anak, berlari mok ni walau dekat aje.. Afiq dah nangis, terus suruh dia buka mulut tengok gigi atas ok takde patah, tengok gigi bawah haaaa darah dah bergenang-genang dah uhuiii pekat! Bibir aje yang pecah. Ada 4bekas gigi. Memang ngeri la, shima pun sampai macam blur kejap tak tahu nak buat apa. Sebab tak pernah anak2 kena macam ni. Cepat2 ambil sapu tangan dan tekap bibirnya biar darah berhenti.


 Dah diam dah waktu ni


 Tapi asyik nganga aje mulutnya dan jadi kering sebab dia tahan tamo tutup mulut
merengek sikit2. Yang buat shima ngeri bila dia gigit2 bibir yang pecah tu huhuhuuiii
Mok yg rasa pedih, sebal je bibir kan

 Bengkak sikit. Terus tido lepas nanges

 Gambar keesokkan harinya. Dia pun tak ingat sakit dah. Makan makin banyak ada hihiiii

Gambar lusanya.. makin kecik ulsernya

Sekarang dah hilang semua ulser tu. Meninggalkan sikit je parut kecil. Yang paling dalam la tu.. Takpe adik kuat kan :) Apa pun lepas ni kot terkena lagi boleh la cepat2 tuam dengan ais untuk kurangkan bengkak. Boleh juga sapu minyak gamat. Kalau tertelan pun tak apa walau rasanya huiiii memang tak sedap la...

Semalam pulak anak yg jiran jaga abis lebam matanya. Berlaku di rumah waktu naik basikal dan keadaan jalan tak rata, terus dia terjatuh dan matanya menghentam pasu bunga emaknya. Ada la kesan saperuh bulat bawah mata anak kecil yg sebaya afiq tu. Tepi mata hanya digam tak jahit. Ohya! peristiwa bukan berlaku di rumah pengasuh ye tapi rumah parents dia sendiri.. Itu la yang ditekankan malang tak berbau. Dah kena kita terima ajelah dan berusaha untuk lebih memantau. Bukan control tau.. Anak2 ni kalau tak berparut dan berdarah memang tak sah. Sebab semua dia nak tahu dan ambil tahu..

Makan angin...

Situasi sewaktu Syawal ke 4.. Hahaha...
Lokasi : Tambak Pontian

Menghadap angin sepoi-sepoi budi bahasa di waktu panas mentari jam 11pagi. 
Sesi tenang minda dak afiq kerana demam akibat main hujan hihiiii
Makan angin sepoi-sepoi tu je, tiada menu untuk di order sebab baru lepas makan kat rumah...
Best betui dok sini. Kalau dok bawah pokok redup2 tu mau tertido terus. Angin fresh! Ada juga family yang bawa bekal, makan bawah pokok kat sini. Nyaman aje... Tapi ku takde la nak amik gambonya huhuu


 Mok kasi adik dok tengah panas?! ishh ishhh ishhh



 Ayah pulak yang duduk bawah pokok... tak haci ni heheheee

 Lepak dgn makLang


 Siapa nampak speed boat? ^_^

Suka sangat gambar ni ^__^

Tuesday, September 24, 2013

Berbudi Pada Tanah...

Beberapa minggu lepas dah ambil gambar ni. Biasala mesti ceritanya lambat nak ke udara ecehhhh..

Pokok Kunyit
Ok. Memula nak cerita tentang pakcik dan makcik kunyit nih.. Mula2 daku yang tanam. Risau juga nak tanam, maklomlah rasanya tangan en.Ayah lagi sojuk, lagi menjadi.. Apa2 pun sebelum tanam tawakal dan selawat hihihi.. Hidup tak hidup kerja Allah swt.. Tanam sebiji besar kunyit. Lamaaaaaa tunggu ada la lebih 6bulan rasanya , dekat setahun tak?! hahahahaa...Nampak tak punya tak berapa nak sejuk tangan ku ini...
Satu daun pun tak nampak. Sodih dah ni. Lepas tu en.ayah pulak gi tanam lagi.. Tak lama tu dah nampak daunnya naik huhuhuuu... Moknya jugak yang tak hidup.. Agak dalam sangat kot mok tanam.. pujuk en.Ayah hahahahaaa... Tak lama tu naik satu lagi daun di sebelah kunyit yang en.ayah tanam! Yeay! tu mok punya la tu hihiiii... Nak berpasangan jugok la baru dia muncul ekkk... Haa kalau nak tahu en.ayah punya belah kiri uolss dan ku punya belah kanan hihihiii... Masih kecil lagi ni.. Tunggu besar sikit baru boleh sesah daun dia hahahahaa... Kena tanda ngan kayu sebab silap hari bulan hilang kena racun ngan jiran wuwuwuwu.. Hari tu pokok lengkuas habis kena racun.. Dia baru nak tumbuh.... Takpelah takde rezeki.

Pokok Serai
Ini tanaman yg pertama kami tanam.. Memula tanam kat pasu. Hidup segan mati tak mahu terus en.ayah pindah ke tanah. Haaa terus hidup segor-bugor hahahahaa.. memang gemok isinya ni. Raya hari tu ramai jugak yang ambil serai ni.. Amik je benda banyak kan.. Memang merinbun daunnya. Tapi cara nak jaga supaya serai ni tak busuk isi dalamnya dan cepat bercambah, daun-daun kering celah rimbun tu kena di buang.. tapi ku ni pun tak berapa nak rajin hahahahaa... Bila nak ambil serai baru la bersihkan sikit-sikit (sikit jerrr :P)

Pokok Kari
Aikkkk! nampak ranting ajerr hahahaha... Sebenarnya pokok ni kami ambil di Pontian, rumah mama. Pokok kari salah satu pokok yang susah jugak nak hidup.. Memang nampak kering tapi dah tumbuh daun baru kat pucuk2 tu tau. Lepas tanam daunnya semua gugur tau. Ku dah risau, tak hidup ke? Tak lama nampak daun baru.. Ok la tu kan.. Kita tunggu lagi dia besar yer...

Pokok Beluncas
Haa... banyak pulak nampak nih, ada pokok lidah buaya, kaktus pun ada hihiii tapi yang tu jiran punya. Ku punya dalam pasu tu. Emak yang kasi benih ni. Senang nak tanam, cucuk batangnya aje macam pokok ubi. Ini kategori ulam jugak. Ulam beluncas. Bau macam daun selasih tapi tak kuat sangat. Mild aje baunya. Shima sendiri belum pernah makan hihihiiii

Serai Wangi
Haaaaa tengok punya 'rajin' tuan tanah ni.. ehhh menumpang aje kehkehkeh
Daun2 kering tu patut dibuang supaya serai boleh tumbuh bagai johan hihihiii. Serai wangi ni ku yang tanam. Ambil di rumah pakcik di Muar. Sedap baunya, ala2 tigerbalm pun ada.. haaaa serai ni besok dah banyak boleh buat mandi bagi segor badan hihiiii.

Ada penunggu pulak..
Nampak tak warna putih kat kayu tu?

Ini pokok pisang serendah emak ku di Kluang. Besar sangat macam pisang berangan saiz AA punyalah..
Pokoknya tinggi shima jer... memang kena bertongkat la kalau tak roboh. Ni buah pertama menjadi. Harap2 ada rezeki merasa pisang serendah ni :)

Tengok tu kemain lagi dia kan.. Tapi ulat ni tak makan pisang. Hanya makan daun pisang ajer.. Ada jugak yang buat umpan mancing kikikik... Gelii...

Ada lagi tanaman yang ku lupa nak snap. Iaitu pokok Belalai Gajah. Biasa dengar pokok Paku Gajah, pokok hiasan tu. Bila search, pokok Belalai Gajah ni boleh mengubati kanser.. uolss boleh google ekk :)

Sebelum tanam segala macam pokok ni, Memula en.ayah tanam ulam daun selom aje..lebihan beli di pasar malam, siap buat ala2 kolam kecik. Daun selom ni macam daun kesom, perlu banyak air.. So ku kena la siram air banyak2 pagi petang hihihi.. Dapat jugakla makan 5-6kali lepastu kecut dah pokoknya tamo hidup plus abis kena keroyok masa kenduri kawen jiran tempoh hari.. Jadi tempat laluan orang rewang, kena pijak la kan wuwuwuwuwu... kalau nak tanam dalam pasu kena cari pasu yang besar sikit la. Tak lama lagi tanah depan rumah kami ni nak naik projek perumahan.. Hai tak best dah tak nampak hijau lagi... Entah bila projek tu nak start.... Harap2 lama lagi hahahaha...

Hemmmmm lepas ni nak tanam apa pulak ye...? Ubi, pisang, limau purut, daun pandan, keson jiran2 dah tanam... daku mintak ajeee akakakakaka.... hemmmm


Friday, September 20, 2013

Burasak.. air tangan en.Ayah

Alhamdulillah celik mata di pagi Jumaat yang dingin.. Cuaca mendung macam nak hujan.. Kain banyak nak cuci ni.. Tak pe.. kita tunggu tengah hari mana tau matahari nak menyinarkan diri... Walaupun cuaca redup, kadangkala kain yang disidai tak kering juga... lebih lagi pakaian tebal, dan dicelah2 ketiak baju...

Update apa ye hari ni... semalam sibuk kata banyak cerita kan ehekkk!

Gambar dan cerita sebelum Syawal.... punyolah lamo.. Tahun ni kami buat menu BURASAK.. menu yang dah 2tahun tak buat.. Kebetulan ada mak-mak buyung yang memang mengidam nak makan burasak... elok sangatlah kami buatkan.. Kalau nak beli jauh nun di Pontian,Johor... Waktu raya memang agak sukar nak beli, sebab orang ramai dah tempah awal2...

Cara membuatnya senang aje. Beras pun tak perlu banyak, cuma santan yang lebih.. Masak nasi dulu macam masak nasi lemak, agak2 lembik @ macam bubur pun tak apa. Lepastu bungkuih dengan daun pisang muda.. yang pucuk tu. Buat lima keping, satukan dalam daun yang besar... Rebus macam ketupat dalam jangka masa masak macam ketupat @ lebih... tak susah pun tinggal lagi leceh nak bungkus 5 keping dan ikatan tali tu memang kena kejap dan kuat. Kalau tak terlerai pulak nanti dan nasinya tak jadi padat...

Dah, jom-jom tengok gambo air tangan en.ayah... Mok sempat la snap kiri kanan walau masa tu tak berapa nak sihat.. Kata nak buh dalam blog kan muahahahahaa.. redha je en.ayah hihiii

 beras yg dah dimasak dengan santan+garam
santan semata..




 Sampai berurat-urat tangan en.Ayah kerjakan wakakakakaa
Errr tangan dia memang gitu, dah kata buruh kasaran kan..
Paling senang nak cucuk amik darah ke apa... ehhh tetiba ^__^

 Rupa yang dah siap.. takde pulak gambar isi dalamnya huhuhuu
Sebungkus ikat tu dalamnya ada 5keping. Biasa dijual sebungkus tu RM5.. Sekeping seringgit la ye..
Makan dengan asam pedas ikan parang kata orang bugis. Nak makan dengan lauk lain pun boleh je apa salahnya. Rasanya macam ketupat, tapi lebih lemak, wangian dari daun pisang muda.. Kalau dapat daun pisang yg betul2 muda ada satu rasa yg lain, memang sedap!

Baru2 ni kaklong ku balik kampung, dapat la mereka memburu burasak yang dijual di Pontian. Habis RM100 jugak la. Mana yang kirim lagi kan... Ohya! walaupun lemak, burasak ni tak muak macam nasi lemak tu tau!

Yang kami buat waktu raya tu dapat juga beri pada kawan en.ayah. Seorang makyong je yg dapat makan, sorang lagi tak dapat... Tu yang kaklong beli baru dapat makan hihiiii
Terus bagi cadangan kat en.ayah, raya tahun depan kita jual burasak nak? Org Muar mesti pelik...
^____^





Nak selit cerita si sarang semut ni jugak dalam satu entry...
Buat dengan dibantu anak2.. Comot satu hal, bila abg letak coklat rice dalam cup, adik pun letak coklat rice dalam cup yang abg dah bubuh... jadi la nampak sesemutnya aje.. sarangnya takde hihihiiii
Rupanya senang sangat nak buat biskut sarang semut ni tau. Lagi mudah dari cornflakes madu, jenuh nak sudukan dalam cup hihihiiii

Errr kalau nak tahu stok kuih ni ado lagi kat ghumah ku hahahahahahaha....

Ok, salam jumaat
senyum selalu
:)

Thursday, September 19, 2013

Harta karun dari Sabah, bah

As'salamualaikum.. dah macam chipsmore kejap ada kejap takde hihihiiii... Banyak gambar, banyak cerita, cuma kekangan masa.. Lebih lagi bila abg aqil dah pandai pilih games kereta.. Mak memang takde can nak godek pc huhuhuuu...

Harta karun dari sabah?

Pemberian sayang2 ku.. Memula birasku beri masa balik kampung Syawal tempoh hari... Pemberian brooch ke dua.. Dulu pun waktu syawal juga dia bagi... tiba-tiba jadi segan..

Tak lama tu, anak jiran yang beri. Dia pergi sabah, menghadiri majlis kenduri kahwin kawannya... Bukan brooch je dia bagi, ada kuih-muih.. shima pun tak tahu apa nama kuih tu.. kuih sabah la ye.. Belacan pun ada :) Terima kasih sayang2 ku..



Friday, September 13, 2013

Biskut Oat Coklat Chip

Okehhh meh kongsi resepi chip coklat oat yg ku buat dengan anak2.

Daku ambil di myResepi aje.. Lupa pula nak tulis penamanya.

Biskut Oat Coklat Chip (2balang)

1 cwn Butter
2 cwn Tepung (kurangkan dan lebihkan oat jika suka)
1 sd/kecil Baking Soda
1 sd/k baking powder
1 cwn gula pasir
1 cwn gula perang ( 2cwn gula ni shima kurangkan, dan guna lebih gula perang)
2 1/2 cwn Oat - blender halus
1 cwn badam cincang ( disangai @ dibakar)
12oz coklat chip
1/2 sd/k garam
2 bji telur
9 oz cadbury bar diparut @ coklat rice
1 sd/k esen vanila

cara:

Putar butter dan gula hingga kembang
Masuk telur + esen vanila = putar lagi
Bekas lain - satukan tepung, oat, garam, baking soda, baking powder dan gaul rata
Masukkan adunan tepung dalam adunan butter=gaul sebati
Masuk chip coklat, bar cadbury/coklat rice, badam - gaul rata
Sudukan dlm dulang yg telah digris @ dilapik kertas minyak
Bakar 180' c - 30minit





Aktiviti hero di dapur lagi... cip coklat oat

Salam Jumaat.. Dah lepas zohor dah pun..Anak2 tido boleh update sikit.

Since entry hero2 ni action main senduk dan kuali, hari ni mok kasi chances kat anak2 main tepung... Dari pagi siap anak2 mandi semua, bahan dah ready ayuh kita mengadun..

Sebenonya adunan tepung mok dah siap awal2 (tak aci), mok jugak la yg pegang mesin mixer tu sambil anak2 menjadi penonton setia, bila mok press sikit button turbo maka mereka berdua bertempiaran lari hahahahaaa... Takut katanya huhuhuuuu...

Ada jugak la 10-15minit mereka tolong mok.. Abg aqil tamo tolong sudukan adunan dalam loyang, dia tolong buh coklat chip banyakkkkkk-banyakkkkk hihihiiii...Oh ya! kami buat biskut coklat chips+oat tau hari ni ^__^ Kalau jadi, raya haji nanti nak buat kasi org makan :)))

Pertama kali mok membuatnya ni haaaa....

 Pakai sudu aje... aje burok beno ghopernyerr

 Murah chip coklat.. kerja abg aqil

 Pembantu2 mok
Tengok tu adik afiq nguyah apa dlm molot

 Kerja yg sgt teliti @ lambat
Dia letak cip coklat sebiji-sebiji hihihiiii

 pembantu makan..
Sedap ngunyah cip coklat.. siap nak bawak dok depan tv lagi
hepp heppp

 Cantik tak cip coklat oat saya?
^__^
Tak sangka pulak jadi kembang sungguh!

Last kopek try guna scoop aiskrim
Pehhhh ada la beso tapak tangan ku ni hahahaha
Yang spesel tu simpan dalam botol lain, buat bekal ayah ngunyah dalam lori kikikikk

Nak resepi chip coklat oat ni tak?
Sat lagi daku share yer :)
Daaa.... nyumm nyummm sambil kunyah cip coklat.
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.