NUFFNANG

Friday, September 20, 2013

Burasak.. air tangan en.Ayah

Alhamdulillah celik mata di pagi Jumaat yang dingin.. Cuaca mendung macam nak hujan.. Kain banyak nak cuci ni.. Tak pe.. kita tunggu tengah hari mana tau matahari nak menyinarkan diri... Walaupun cuaca redup, kadangkala kain yang disidai tak kering juga... lebih lagi pakaian tebal, dan dicelah2 ketiak baju...

Update apa ye hari ni... semalam sibuk kata banyak cerita kan ehekkk!

Gambar dan cerita sebelum Syawal.... punyolah lamo.. Tahun ni kami buat menu BURASAK.. menu yang dah 2tahun tak buat.. Kebetulan ada mak-mak buyung yang memang mengidam nak makan burasak... elok sangatlah kami buatkan.. Kalau nak beli jauh nun di Pontian,Johor... Waktu raya memang agak sukar nak beli, sebab orang ramai dah tempah awal2...

Cara membuatnya senang aje. Beras pun tak perlu banyak, cuma santan yang lebih.. Masak nasi dulu macam masak nasi lemak, agak2 lembik @ macam bubur pun tak apa. Lepastu bungkuih dengan daun pisang muda.. yang pucuk tu. Buat lima keping, satukan dalam daun yang besar... Rebus macam ketupat dalam jangka masa masak macam ketupat @ lebih... tak susah pun tinggal lagi leceh nak bungkus 5 keping dan ikatan tali tu memang kena kejap dan kuat. Kalau tak terlerai pulak nanti dan nasinya tak jadi padat...

Dah, jom-jom tengok gambo air tangan en.ayah... Mok sempat la snap kiri kanan walau masa tu tak berapa nak sihat.. Kata nak buh dalam blog kan muahahahahaa.. redha je en.ayah hihiii

 beras yg dah dimasak dengan santan+garam
santan semata..




 Sampai berurat-urat tangan en.Ayah kerjakan wakakakakaa
Errr tangan dia memang gitu, dah kata buruh kasaran kan..
Paling senang nak cucuk amik darah ke apa... ehhh tetiba ^__^

 Rupa yang dah siap.. takde pulak gambar isi dalamnya huhuhuu
Sebungkus ikat tu dalamnya ada 5keping. Biasa dijual sebungkus tu RM5.. Sekeping seringgit la ye..
Makan dengan asam pedas ikan parang kata orang bugis. Nak makan dengan lauk lain pun boleh je apa salahnya. Rasanya macam ketupat, tapi lebih lemak, wangian dari daun pisang muda.. Kalau dapat daun pisang yg betul2 muda ada satu rasa yg lain, memang sedap!

Baru2 ni kaklong ku balik kampung, dapat la mereka memburu burasak yang dijual di Pontian. Habis RM100 jugak la. Mana yang kirim lagi kan... Ohya! walaupun lemak, burasak ni tak muak macam nasi lemak tu tau!

Yang kami buat waktu raya tu dapat juga beri pada kawan en.ayah. Seorang makyong je yg dapat makan, sorang lagi tak dapat... Tu yang kaklong beli baru dapat makan hihiiii
Terus bagi cadangan kat en.ayah, raya tahun depan kita jual burasak nak? Org Muar mesti pelik...
^____^





Nak selit cerita si sarang semut ni jugak dalam satu entry...
Buat dengan dibantu anak2.. Comot satu hal, bila abg letak coklat rice dalam cup, adik pun letak coklat rice dalam cup yang abg dah bubuh... jadi la nampak sesemutnya aje.. sarangnya takde hihihiiii
Rupanya senang sangat nak buat biskut sarang semut ni tau. Lagi mudah dari cornflakes madu, jenuh nak sudukan dalam cup hihihiiii

Errr kalau nak tahu stok kuih ni ado lagi kat ghumah ku hahahahahahaha....

Ok, salam jumaat
senyum selalu
:)

4 comments:

Rai Ourkizuna said...

rajin cik suami shima buat kan.. ada orang lelaki tak suka sangat buat masakan yg leceh2 ni..

kalau kat rumah mak ada jugak jiran jiran yang bugis tu hantar burasak.. tapi kami adik beradik tak pandai makan..

syawalsimpsons said...

sue penah makan sekali je burasak ni...biras sue mak dier buat...

eB said...

adeh. lapor tgk :)
hepi wiken dear :)

Rose Azadir said...

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.