NUFFNANG

Tuesday, September 24, 2013

Berbudi Pada Tanah...

Beberapa minggu lepas dah ambil gambar ni. Biasala mesti ceritanya lambat nak ke udara ecehhhh..

Pokok Kunyit
Ok. Memula nak cerita tentang pakcik dan makcik kunyit nih.. Mula2 daku yang tanam. Risau juga nak tanam, maklomlah rasanya tangan en.Ayah lagi sojuk, lagi menjadi.. Apa2 pun sebelum tanam tawakal dan selawat hihihi.. Hidup tak hidup kerja Allah swt.. Tanam sebiji besar kunyit. Lamaaaaaa tunggu ada la lebih 6bulan rasanya , dekat setahun tak?! hahahahaa...Nampak tak punya tak berapa nak sejuk tangan ku ini...
Satu daun pun tak nampak. Sodih dah ni. Lepas tu en.ayah pulak gi tanam lagi.. Tak lama tu dah nampak daunnya naik huhuhuuu... Moknya jugak yang tak hidup.. Agak dalam sangat kot mok tanam.. pujuk en.Ayah hahahahaaa... Tak lama tu naik satu lagi daun di sebelah kunyit yang en.ayah tanam! Yeay! tu mok punya la tu hihiiii... Nak berpasangan jugok la baru dia muncul ekkk... Haa kalau nak tahu en.ayah punya belah kiri uolss dan ku punya belah kanan hihihiii... Masih kecil lagi ni.. Tunggu besar sikit baru boleh sesah daun dia hahahahaa... Kena tanda ngan kayu sebab silap hari bulan hilang kena racun ngan jiran wuwuwuwu.. Hari tu pokok lengkuas habis kena racun.. Dia baru nak tumbuh.... Takpelah takde rezeki.

Pokok Serai
Ini tanaman yg pertama kami tanam.. Memula tanam kat pasu. Hidup segan mati tak mahu terus en.ayah pindah ke tanah. Haaa terus hidup segor-bugor hahahahaa.. memang gemok isinya ni. Raya hari tu ramai jugak yang ambil serai ni.. Amik je benda banyak kan.. Memang merinbun daunnya. Tapi cara nak jaga supaya serai ni tak busuk isi dalamnya dan cepat bercambah, daun-daun kering celah rimbun tu kena di buang.. tapi ku ni pun tak berapa nak rajin hahahahaa... Bila nak ambil serai baru la bersihkan sikit-sikit (sikit jerrr :P)

Pokok Kari
Aikkkk! nampak ranting ajerr hahahaha... Sebenarnya pokok ni kami ambil di Pontian, rumah mama. Pokok kari salah satu pokok yang susah jugak nak hidup.. Memang nampak kering tapi dah tumbuh daun baru kat pucuk2 tu tau. Lepas tanam daunnya semua gugur tau. Ku dah risau, tak hidup ke? Tak lama nampak daun baru.. Ok la tu kan.. Kita tunggu lagi dia besar yer...

Pokok Beluncas
Haa... banyak pulak nampak nih, ada pokok lidah buaya, kaktus pun ada hihiii tapi yang tu jiran punya. Ku punya dalam pasu tu. Emak yang kasi benih ni. Senang nak tanam, cucuk batangnya aje macam pokok ubi. Ini kategori ulam jugak. Ulam beluncas. Bau macam daun selasih tapi tak kuat sangat. Mild aje baunya. Shima sendiri belum pernah makan hihihiiii

Serai Wangi
Haaaaa tengok punya 'rajin' tuan tanah ni.. ehhh menumpang aje kehkehkeh
Daun2 kering tu patut dibuang supaya serai boleh tumbuh bagai johan hihihiii. Serai wangi ni ku yang tanam. Ambil di rumah pakcik di Muar. Sedap baunya, ala2 tigerbalm pun ada.. haaaa serai ni besok dah banyak boleh buat mandi bagi segor badan hihiiii.

Ada penunggu pulak..
Nampak tak warna putih kat kayu tu?

Ini pokok pisang serendah emak ku di Kluang. Besar sangat macam pisang berangan saiz AA punyalah..
Pokoknya tinggi shima jer... memang kena bertongkat la kalau tak roboh. Ni buah pertama menjadi. Harap2 ada rezeki merasa pisang serendah ni :)

Tengok tu kemain lagi dia kan.. Tapi ulat ni tak makan pisang. Hanya makan daun pisang ajer.. Ada jugak yang buat umpan mancing kikikik... Gelii...

Ada lagi tanaman yang ku lupa nak snap. Iaitu pokok Belalai Gajah. Biasa dengar pokok Paku Gajah, pokok hiasan tu. Bila search, pokok Belalai Gajah ni boleh mengubati kanser.. uolss boleh google ekk :)

Sebelum tanam segala macam pokok ni, Memula en.ayah tanam ulam daun selom aje..lebihan beli di pasar malam, siap buat ala2 kolam kecik. Daun selom ni macam daun kesom, perlu banyak air.. So ku kena la siram air banyak2 pagi petang hihihi.. Dapat jugakla makan 5-6kali lepastu kecut dah pokoknya tamo hidup plus abis kena keroyok masa kenduri kawen jiran tempoh hari.. Jadi tempat laluan orang rewang, kena pijak la kan wuwuwuwuwu... kalau nak tanam dalam pasu kena cari pasu yang besar sikit la. Tak lama lagi tanah depan rumah kami ni nak naik projek perumahan.. Hai tak best dah tak nampak hijau lagi... Entah bila projek tu nak start.... Harap2 lama lagi hahahaha...

Hemmmmm lepas ni nak tanam apa pulak ye...? Ubi, pisang, limau purut, daun pandan, keson jiran2 dah tanam... daku mintak ajeee akakakakaka.... hemmmm


3 comments:

Rai Ourkizuna said...

best kalau boleh bertanam2 kan... saya pun tangan panas kot.. asyik tak tumbuh je.. hahaha..

chepah ila Hussein said...

Tahniah!
Nanti aku pun nak update jugaklah!
Berbakti pada tanah.

NzA said...

wah, rajinnya brcucuk tanam....dh nmpk hasilnya.

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.