Kenapa ye agak lemau nak menulis di blog... Tak minat? malas? tiada idea? hemmmmm atau mungkin nak tinggalkan terus dunia blog ni bila kejap-kejap timbul tenggelam hampir nak karam.. Haaaa macam pantun pulak ye... Blog ni sekadar meluahkan tulisan tanpa suara dan perasaan.. tulissssss je :) Boleh gitu? hihihi
Okey sebab munasabab kenduri kahwin sebelah perempuan tempoh hari Emak Abah tak boleh datang sebab ikut adat jawa lama-lama dulu.. Emak Abah datang waktu nikah sahaja iaitu pada Jumaat, selesai makan, bergambar semua terus la Emak Abah balik ke Kluang terus... Sayu pulak time tu takde nak singgah rumah anak dia ni hukkkhukkk... Hari sabtu waktu persandingan, kami la adik-beradik yang tinggal uruskan semuanya dan pakcik makcik saudara untuk memeriahkan majlis. Bayangkanlah, untung betul kawan2 adik ku kesemuanya dapat makan kat meja beradab hahahaha... Dari belah kami memang tak berapa ramai.. :)
Selesai makan, bergambo tu wajib la kan...
Oh ya, dah namanya negeri Johor, adalah sesi tol.. Adik siap sediakan RM100 untuk tol sahaja.. tapi kami isi seringgit je setiap sampul ^_^ maklumlah kalau banyak tol... nasib ada 2tol aje... kalau 4???? Siap ada balance duit tu bleh simpan buat guna untuk raya besok kan :)
Disamping keluarga perempuan ikut adat orang jawa lama, kedua ibu bapa pihak perempuan pun tak boleh datang ke majlis kenduri belah lelaki jugak la... Tak kisahlah kami ikut je.. kami pun jawa jugak tapi tak ikut jawa lama macam tu.. Untuk pengetahuan, isteri adikku ni juga seorang kembar - dia kakak dan adiknya akan menyusul berkahwin pada akhir tahun nanti insyaallah.. So, kemungkinan nk dapat kembar tu ada pada dia kott hehehehe... adikku dah bawa gen hahahahahaha :D
Okey nanti sambung lagi kisah kenduri sebelah kami pulak sekali dengan Akikah baby baru, dengan izin Allah :)
1 comment:
memang ada sesetengah orang jawa masih kekalkan adat diorang..nasib baik ayah saya tak ikut sangat adat jawa..nangiss..hahaha..
saya pun dah makin malas nak menulis.. acane~~??
Post a Comment