Update apa ye hari ni... semalam sibuk kata banyak cerita kan ehekkk!
Gambar dan cerita sebelum Syawal.... punyolah lamo.. Tahun ni kami buat menu BURASAK.. menu yang dah 2tahun tak buat.. Kebetulan ada mak-mak buyung yang memang mengidam nak makan burasak... elok sangatlah kami buatkan.. Kalau nak beli jauh nun di Pontian,Johor... Waktu raya memang agak sukar nak beli, sebab orang ramai dah tempah awal2...
Cara membuatnya senang aje. Beras pun tak perlu banyak, cuma santan yang lebih.. Masak nasi dulu macam masak nasi lemak, agak2 lembik @ macam bubur pun tak apa. Lepastu bungkuih dengan daun pisang muda.. yang pucuk tu. Buat lima keping, satukan dalam daun yang besar... Rebus macam ketupat dalam jangka masa masak macam ketupat @ lebih... tak susah pun tinggal lagi leceh nak bungkus 5 keping dan ikatan tali tu memang kena kejap dan kuat. Kalau tak terlerai pulak nanti dan nasinya tak jadi padat...
Dah, jom-jom tengok gambo air tangan en.ayah... Mok sempat la snap kiri kanan walau masa tu tak berapa nak sihat.. Kata nak buh dalam blog kan muahahahahaa.. redha je en.ayah hihiii
beras yg dah dimasak dengan santan+garam
santan semata..
Sampai berurat-urat tangan en.Ayah kerjakan wakakakakaa
Errr tangan dia memang gitu, dah kata buruh kasaran kan..
Paling senang nak cucuk amik darah ke apa... ehhh tetiba ^__^
Rupa yang dah siap.. takde pulak gambar isi dalamnya huhuhuu
Sebungkus ikat tu dalamnya ada 5keping. Biasa dijual sebungkus tu RM5.. Sekeping seringgit la ye..
Makan dengan asam pedas ikan parang kata orang bugis. Nak makan dengan lauk lain pun boleh je apa salahnya. Rasanya macam ketupat, tapi lebih lemak, wangian dari daun pisang muda.. Kalau dapat daun pisang yg betul2 muda ada satu rasa yg lain, memang sedap!
Baru2 ni kaklong ku balik kampung, dapat la mereka memburu burasak yang dijual di Pontian. Habis RM100 jugak la. Mana yang kirim lagi kan... Ohya! walaupun lemak, burasak ni tak muak macam nasi lemak tu tau!
Yang kami buat waktu raya tu dapat juga beri pada kawan en.ayah. Seorang makyong je yg dapat makan, sorang lagi tak dapat... Tu yang kaklong beli baru dapat makan hihiiii
Terus bagi cadangan kat en.ayah, raya tahun depan kita jual burasak nak? Org Muar mesti pelik...
^____^
Nak selit cerita si sarang semut ni jugak dalam satu entry...
Buat dengan dibantu anak2.. Comot satu hal, bila abg letak coklat rice dalam cup, adik pun letak coklat rice dalam cup yang abg dah bubuh... jadi la nampak sesemutnya aje.. sarangnya takde hihihiiii
Rupanya senang sangat nak buat biskut sarang semut ni tau. Lagi mudah dari cornflakes madu, jenuh nak sudukan dalam cup hihihiiii
Errr kalau nak tahu stok kuih ni ado lagi kat ghumah ku hahahahahahaha....
Ok, salam jumaat
senyum selalu
:)
3 comments:
rajin cik suami shima buat kan.. ada orang lelaki tak suka sangat buat masakan yg leceh2 ni..
kalau kat rumah mak ada jugak jiran jiran yang bugis tu hantar burasak.. tapi kami adik beradik tak pandai makan..
sue penah makan sekali je burasak ni...biras sue mak dier buat...
adeh. lapor tgk :)
hepi wiken dear :)
Post a Comment