NUFFNANG

Wednesday, October 3, 2012

Kuda ke?

Yang sebenarnya adalah basikal biru... Bukan kuda seperti yang disangka..

Disebabkan basikal merah abang dah patah dua di bahagian 'handle' maka dengan tak sabar2, abang asyik tanya ma.. "nak main basikal" "nak main basikal".. Hari2 abang cakap kat ma.. Sampai ma pun tamo jawab ;p huhu.. ma selalu cakap "nanti ayah beli la".. 
Bila ayah balik kerja aje, abang cepat2 sambut ayah.. "ayah, abang nak basikal" "Nanti ayah beli la" kata ayah... besok dan besok lagi abang asyik tanya ayah.. "ayah aqil nak ikut. Jom ayah, beli basikal"
Hari ni ayah tak kerja.. ayah ajak keluar jalan2.. lepas makan, ayah bawak pergi kedai basikal.
Ma suruh ayah beli basikal ala2  BMX tu sebab kaki abang panjang, lutut ni asyik kena kat handle basikal aje sebab abang kan tinggi macam budak usia 5-6tahun.. Tapi ayah takmo beli.. Nanti kesian kat adik tak dapat naik basikal. Jadi ayah beli la basikal biru nih. Ada carrier kat belakang tu. Adik pun boleh naik..
Baru je basikal tu jejak ke luar kedai, abang terus naik! teriak2 ma suruh abang ke tepi sebab abang main tengah jalan raya, punyalah tak sabar nak rasmi kan heheehee..
Sampai rumah, dengan plastik masih belum buka abang tak sabar sungguh nak naik basikal...
Tengoklah aksi abang dgn adik ni..






Abang gembira, adik pun suka :D
Lepas ni jalan2 kat luar rumah tak la ma penat sangat dukung adik aje, abang boleh bawak adik..

Basikal lama? @ basikal merah? Ayah dah hantar patri kat bengkel lori. Dah boleh main. Tapi abang lagi suka basikal biru nih. Yang basikal kecik tu kasi kat adik aje nanti... :)))
Abang main basikal dulu ye... :)) tata.

  Bahagian yg dah siap di welding
*kwn ayah kata, ni 1st time dia welding basikal, basikal toddler pulak tuh! selalu dia welding lori je*
kui kui kui...

Pagi2 bangun tido abang dan adik dah cari basikal!
Happy betul adik jadi penumpang :D

4 comments:

+ e.z + said...

wah ader beskal leh keri-keri... bes la... 1st time tgk :)

Unknown said...

seronok la penumpang..hehehe..

macam mana lah boleh sampai patah dua tu kan..

Unknown said...

As salam Shima,

Eh, lama tak jenguk kamu kan... hiks sorry berlori bkn tak ingat tak sempat je..huk...

Cepat betul Aqil belajar mengayuh, Iman masih tak pandai lagi... Basikal besar tu mcm keras sikit paddle nye tu yg dia mcm susah nak belajar..kalau ade adik mesti bersemangat sikit ye tak? ngeee :))

IntaNBerliaN said...

comel je 2 beradik ni,... :-)

mestilah abg nak yg baru... hihi

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.