NUFFNANG

Tuesday, November 6, 2012

Coti sekolah

Hari ni dah Selasa.. kejap lagi pejam2 mata dah start cuti sekolah kan... Ada planning gi memana tak? Musim2 hujan ni kena pikir dua tiga kali, cari tempat yg sesuai.. Jgn pulok gi pantai ye.. Tentu ombak setinggi bangunan 5tingkat (ado ko?) menderu2.. Air terjun pun sama.. Kat gunung Ledang musim hujan ni toksah la pegi.. Air dari atas akan turun menderu2 walaupun hanya hujan gerimis... Laju aje dah mcm air laut dah.. Nak pi mandi pi kolam KLCC ke hikhik.. Situuuu jugak!

Apa2 pun daku baru mula nak pack baju anak2.. Nak poie mano? Nak berkampung opss.. ber'bandar' kat rumah makAbah di KL nun... Hajat nak balik sabtu mula cuti sekolah, tetapi ado kenduri plak kat taman nih. Rewang-rewang la kalo tak mmg tak kenal jiran tetangga.. Start jumaat-sabtu. Jadi penanggah sekali (dah tempah pun baju rewang!). 2tahun lepas kaler mcm baju PLKN tuh, tahun ni tanah hitam, bunga hijau merah. Agak cantik jugaklah kan.. Daku buat pesen ala jubah, siap utk menyusu sekali.. Kalo beli mahal bebenor tak kurang rm100 kan.. La ni tak tahu harganya.. Rasa2 kurang rm50. Baju kurung pun baru rm30... Siap tepon mak kata balik ahad @ isnin.. Mak kata jgn lambat sangat hukhuk... Yolah mak..Dah rindu kat cucu dia la tuh.. Raya haji lepas ingat nak angkut abg Aqil balik KL tp mcm lamooooo sgt plak kang rindu kat mokAyoh dia.. ehhh mok pon winduuu jugak nanti.. Adik xde kawan plak kan... So tak jadi la ikut embahnya.

Nak jugak tepek gambo ngan Mummy merah & sofia
Kidnap dari blog mummy Nurul hihihi ;p

Tup2 smlm en.Ayah kata, dia xde trip aje terus chow hantar daku ke KL.. Kono la pack baju hari ni kan. En.ayah mmg camni la.. berdesup, jam2 tu jugak.. Alhamdulillah hari ni cuaca kat Muar panas di pagi hari. Dapatlah keringkan pakaian.. Batu pahat dah banjirrrrr... Gitu-gini mcm tak dapat la gi rewang.... Hari apa nak balik KL tu mmg tak pasti lagi.. Ada apa kat KL? Insyaallah kalau xde aral adik perempuanku akan bertunang.. Adik bawah daku betul... Ado 4 lagi adik hihihi.. Buat kecil2 aje kaum terdekat..

SPM pun dah masuk hari ke2.. baru nak sibuk ucap selamat berjaya buat adikku Ili Yasmin Zahirah.. Adik perempuan bongsu.. nak jugak tepek kat sini.. Moga dilapangkan dada, ditenangkan fikiran dan dapat menjawab soalan dengan baik...

2 comments:

QasehnyaRania said...

mornink shima..
lama ciksu tak singgah sini..

sehat kew?

selamat maju jaya buat adik shima..
bestnya siap ada baju lagi..yg penting kerajsama tu dapt mengeratkan hubungan silaturahim ;)

mummyrinazone beauty said...

si nor pun spm jugak sma2 lah kita doakan..hehe nampak takler gemuk sangat akukan?kan?hikhik

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.