Dalam diam-diam daku tak dapat hupdate blog @ berkunjung ke rumah teman2.. Aktiviti diisi dengan menonton drama korea di OneHD hahahaha... Ku memang bukan jenis kaki layan drama dari mana2 ceruk dunia yer.. sebab TV tu banyak kasi can kat anak2 je.. Drama melayu terakhir yg ku follow ialah Mimpi Cinderella.. Habis je tu takde nak layan lagi dah! Sila la percaya! Drama seberang memang tak terlayan sebab merapik2 nak terlalu panjang! (byk kije mok nak buat tau!).. Alih-alih TERJEBAK dengan drama korea sebab TERTENGOK 1st episod! Memula tak tau pun ada chanel 393 tu kat tv hahaha... Haru sungguh la kan! Boleh la layan Running Man sekali hahahaha...
Okey cerita yang daku tengok tu tajuk "Stay With Me, My Love"...
Sinopsis - “Stay with Me, My Love” is about a young single mother and her love triangle relationships with the father of her child and her newfound love. Starring Lee So Yeon, Lee Jae Yoon, Ohn Joo Wan, Kim Mi Sook.
Haa..cerita dia memang seronok nak diikuti tau. Takde la stress! dan kita sering tertanya2 apa pulak helah episod akan datang.. Cerita start isnin-jumaat @ 6.30pm-7.45pm.. TAPI tak best la kan tengok maghrib2.. Ulangannya hari yang sama @ 11.30am-12.45pm... Huiii sila masak awal2 ye hihihi... Pagi2 pukul 2.30am pun ado.. tapi tak koser la mok nak tengok jam tu kan..
Isnin ni dah masuk episod 34.. Tapi hok online nih baru episod 19... >>>>> OneHD <<<<<
Comey2 kan mereka hihihi... Suka tengok kereta diorang.. besar-besar! mesti warna putih! hihihi... Tengok je boleh, nak beli bukan takde duit tapi jangan membazir ^__^ pakai je apa yang ada heheheheee....
Ada yang join tak tengok cerita nih? Oh ya! Daku cuma layan satu2 drama ni sahaja, jadi tak boleh la dikategorikan fanatik korean ekk! hihihiii... Ini pun terfikir2 sampai episod berapa la gamaknya. Nasib ayah sporting! dia pon join, kalau terlepas, mok la jadi tukang cerita hahahaha... Hemmm teringat masa zaman Winter Sonata! sanggup en.Ayah beli 2set cd winter sonata tuh!
1 comment:
Akak pun sama gak aritu terlayan korean ni ha pehtu terus tak nak terlibat dah... tak jadi kerja dibuatnya...huhuu... Org korea mmg comei kan! kulit dorang cantik sgt! Mcm telur rebus kupas kulit tp bila dah tua mcm epal tua yg berkedut tu...hikhikhik... *ayat jeles* ;P
Post a Comment