NUFFNANG

Tuesday, July 24, 2012

Imarahkan Ramadhan!

Marhaban Ya Ramadhan! Marhaban Ya Ramadhan!



Jom mengimarahkan Ramadhan tahun ini.. Masing2 dah pasang niat untuk memanfaatkan bulan yg penuh barakah ini dengan sebaik2nya.. Alhamdulillah. Daku mmg tak dpt nak berterawih dimasjid. Cukuplah dirumah sahaja.. En.Ayah awal2 dah pesan, tahun ni kita bersederhana shj. Tak perlu ke bazaar ramadhan. Makan apa sahaja yg ada & tak perlu banyak2.. Tp kami pergi juga ke bazar semalam..Terpaksa. Gara2 gas habis, en.Ayah pula pulang lewat pukul 5.. Ada sempat nk masak tak? hihi. Alang2 beli gas, sebelah ada bazar. Singgah la sekejap. Beli air utk abam Aqil yg merengek2 nak air tu. Belikan juga dia kuih karipap seringgit & bihun goreng untuk dia makan. Untuk MaAyah.. kami cuma beli ikan keli pecal 2ekor je. Seekor kami mkn waktu berbuka sorang separuh. Seekor lagi kami kongsi waktu bersahur :)) jimat kan. Ohya! Sayur ayah la baik hati nak masak ptg semalam. Dia masak sayur pucuk manis+keledek masak air.. untuk hilangkan panas badan..Maklumlah cuaca kat Muar ni tgh panas.. Selain tidak ke bazar, Motto ramadhan kali ini juga, daku nak khatamkan Quran hingga akhir ramadhan. Asyik tergantung tak bertali aje.. Thn lepas sibuk berpantang, walau jemaah yassinan wanita di tempatku ni sempat bahagi2kan juzuk tiap2 seorang.. Ku tak dpt habiskan juz yg diberi.. siap pesan kat jiran sebelah tolong habiskan.. Surah yasin aje hihihi... Jadi tahun ni insyaallah nak habiskan sendiri... Boleh juga kawan2 lihat terjemahan disini.
Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu... Juzuk 8...

6 comments:

Masha Meisters said...

insayaallah :) salam ramadhan ye :)

Eliss said...

semoga ramadhan kali ni lebih bermakna dr ramadhan sebelumnya kan. amin

Rosmawani♥ said...

Insyaallah..ros pun byk masak homemade jer :) xska g pasar ramadhan ramai org :(

NzA said...

InsyaAllah, semoga selepas Ramadhan pn kita teruskan amalan yg mulia tu.....

Walaupn bazar ramadan BG bbrapa langkah aje dr rumah ttp akak xpergi pn...thn lepas pn 2X je pergi..malas nk dngar komplen dr anak2 kalau beli mknan.....hehehe...

Yaya Azura said...

niat hati mmg selalau nk jimat..
tp bila kat rumah mak..
ada bnyak mulut..selera lain-lain.pastu m,sg2 pandai gi bazar sendiri..mula la kuih muih tak habis makan..huhu

IntaNBerliaN said...

moga motto shima tu tercapai...

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.