NUFFNANG

Wednesday, July 11, 2012

Kisah ayah pulok


Gayo bapa mithali dok? ahaks.. Idok la mithali sangat. Takat buleh disuruh tolong-menolong tu baik dah alhamdulillah, tak mengomelll aje mcm bini dia. Msk tak sedap pun bagi dia sedap aje.. Tak pernah & susah sikit nak dengor incik ayah komen tak puas hati itu ini....
Bebaru ni incik ayah gi pasar malam... Dia gi sorang je sebab dah lewat benor kang lauk habis.. Dapat le beli ikan bawal, ikan parang ngan selar untuk stok seminggu atau lebih... Balik2 aje citer kat org umah dia ni... "Susah la beli kat org kita. Bila suruh siangkan ikan aje, akak tu ckp... ala dik, anak makcik ni penat la. Dari tadi asyik siang ikan aje"
"Abg lagi suka beli kat ahSo tu.. siap dia tanya.. U mau beli sayur ka? Takpe pegi cari sayur dulu" Haaa... tak ke baik hati tu.
Agak tak bleh siang ikan sendiri kat umah ke engko nih??
Haaa... itu la tadi dah kata, incik ayah nk membantu. Start daku prgnt anak no2 sampai la ni kami beli ikan mesti siang kat peniaga tu gak. Sebab daku xleh bau ikan.. hanyirrrrr... Incik ayah plak sibuk, penat, letih balik kijo so dia tak sempat nak siangkan.. Bukan kata daku tak pandai nk siang ikan.. Ada juga la jenis ikan yg daku hangkat tgn dulu serender! Beli byk2 suh peniaga siang.. salah ke? Penat? Mmg dah keje dia sebab mmg ada dia sediakan tempat menyiang ikan. Kalau tak nak tak yah la buh gitu....
Lagi sekali ku ckp, incik ayah nak membantu bini dia hok gini la.. ikan dah siap siang, senang org umah nak masak.. Bukan malas okeh! Daku pun xde la terhegeh-hegeh suruh "Beli ikan mesti siap siang ha!"...
"Apa salahnya jaga pelanggan... Pandai ahSo tu jaga pelanggan dia" kata incik ayah... Mmg kalo nk beli ikan kami akan ke tempat ahSo tu dulu.. melainkan ikan dia dah habis @ tak byk pilihan, maka kami beli la kat ahkak lagi satu tu... Mmg ikan dia byk pilihan, org pun ramai... Tapi apa la salahnya......Org dah biasa buat, dia takkan mengeluh. Dah kerja dia... Cintai kerjaya anda ya...


Hok gambo nu... (atas) ayah & M.aQiL dlm pantang.. (bwh) ayah & M.afiQ 4bulan...

2 comments:

IntaNBerliaN said...

hubby sy pun kalu beli ikan, beli yg dah siap siang... ayam pun dah siap potong... sonang koje.. hihii

Rai said...

orang kita memang macam tu.. lagi satu saya paling tak suka bila kita nak beli barang pakai duit rm50.. kadang2 dia tanya..ada duit kecik tak? paling rasa nak lempang bila dia suruh kita pecahkan dulu duit tu baru datang bayar..

kalau kena kat saya memang selamat jalan romeo lah..

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.