"Ustaz, apakah ada salah saya, hingga takdirnya saya menerima nasib begini?" tanya ibu itu menyentap kembali perhatian saya kepadanya.
"Salah puan memang ada..." jawab saya.
"Salah saya?" dia tersentak. Riak mukanya semacam tidak percaya.
"Puan seharusnya menyayangi diri dahulu sebelum menyayangi orang lain," jawab saya pendek.
"Bukan orang lain ustaz, anak-anak saya sendiri!"
"Sekalipun kepada anak sendiri."
"Itu mementingkan diri namanya!"
"Tidak! Menyayangi diri sendiri untuk menyayangi orang lain bukan mementingkan diri. Malah itulah sewajarnya kita lakukan," pintas saya. Nampaknya, saya telah 'berjaya' membuat dia melenting, marah dan memberi respons. Itu bagus. Sekurang-kurangnya dia telah keluar daripada zon kemurungan dan sindrom membisu yang dialaminya sekian lama.
"Mengapa demikian?"
"Hanya orang yang ada kasih sayang sahaja mampu memberi kasih sayang. Logiknya, hanya orang yang ada wang, mampu memberi wang," terang saya.
Sekarang dia pula terdiam. Termenung agak lama. Saya biarkan sahaja dia dengan fikiran dan perasaannya.
Baca selanjutnya di sini..
Sayangi Diri Sebelum Menyayangi Orang Lain | iluvislam.com discover the beauty of islam
3 comments:
simptom kekurangan kasih sayang.. ada sesetengah orang tak pandai menghargai diri sendiri..so dia tak pandai nak hargai orang lain.. tapi mungkin jugak sbb selama ni dia tak pernah rasa dihargai.. mcm tu jugak kasih sayang..
eh rasa mcm berbelit pulak..hehehe
Rai: Hahaha takpe Daku pahammm hihihi...
ooo nak kne g terjah br tau kesudahannya ni :-)
Post a Comment