Utusan Melayu Jawi, ms/139
Al-kisah pada suatu hari, seorang pemuda bertanya kepada mahagurunya:
"Wahai tuan guru, tolonglah ajarkan hamba mengenai ilmu ikhlas. Hamba telah sdiakan pen dan kertas!"
"Tuan hamba, tak perlu semua itu. Ayuh ikut aku. Akan aku ajarkan ilmu ikhlas. Tolong bawa guni ini sekali" Arah tok guru.
Alangkah gembiranya si pemuda lantas mengikut gurunya sehingga tiba disebuah kaki bukit. Sebaik berada dikaki bukit itu, si pemuda lantas diminta mengutip ketulan batu kerikil ke dalam guni tadi.
Si pemuda mengikut segala arahan tuan gurunya tanpa banyak soal. Selepas tugas pertama, mereka meneruskan perjalanan menuju destinasi kedua.
Kali ini tuan guru mengarahkan si pemuda melakukan tugas yang sama. Pemuda itu terus mengutip batu dan memasukkan ke dalam guni sehingga penuh.
Seterusnya, mereka berjalan lagi. Anak murid tadi kian mengah dek berjalan ditanah gersang sambil memikul batu yang berat memenuhi guni.
" Wahai tuan guru, ke arah mana tujuan kita selepas ini?"
"Ikut saja aku" Jawab tuan guru.
Tidak lama kemudian mereka melintasi sebuahpasar borong. Ramai sungguh orang disitu. Tok guru lantas mengajak anak muridnya masuk ke pasar tersebut.
"Tok guru, mengapa kita pergi ke pasar?" Soal anak muridnya lagi.
" Nanti kamu akan tahu!" Jawab tok guru bersahaja.
Ketika meneruskan perjalanan di pasar itu, orang ramai mula memuji-muji si anak murid yang memikul guni tadi.
"Wah! tengok tu banyak sungguh barangan mereka borong! Pasti mereka ini kaya-kaya" Kata orang-orang dipasar. "Wah, kayanya mereka!" Kata peniaga yang lain.
Pemuda tadi tidak mengendahkan kata-kata pujian itu sebaliknya dia terus mengekori tok gurunya. Setelah puas berpusing-pusing disekeliling pasar, tok guru mengajak anak muridnya pulang.
"Wahai tok guru, apa yang harus aku buat dengan batu-batu ini?" Tanya muridnya agak pelik.
" Sekarang kamu telah belajar tentang ilmu ikhlas" Jawab tok guru ringkas.
Tok guru lalu menjelaskan tamsilan perbuatan menggendong batu yang telah dilakukan pemuda tadi.
" Batu-batu didalam guni itu ibarat amalan yang tidak ikhlas. Pujian-pujian melangit diberi orang sekeliling, tapi hanya sia-sia sebab batu yang digendong tiada sebarang nilai! Begitulah juga amalan yang tidak ikhlas. Hanya sia-sia belaka sebab tidak bernilai disisi Allah!.
Pemuda itu mengangguk. Secara diam-diam dia mengakui kehebatan dan kebijaksanaan tok gurunya mengajarnya tentang ilmu ikhlas.
"Tapi, cukup ikhlaskah aku selama aku mengendong guni berat berisi batu-batu tadi?" Fikir si pemuda lagi...
6 comments:
As salam Shima,
IKHLAS tidak boleh disebut-sebut... Selamat berpuasa :))
ikhlas, tak nampak dengan mata kasar..
tepuk dada tanya mata hati...
moga kita trgolong dlm golongan yg ikhlas melakukan sesuatu...besar ganjaran yg akn kita dpt nnti...InsyaAllah.
Insyallah moga ade sedetik ikhlas di hati kita :)
susah kan nak tau ikhlas atau tidak.. pada saya kalau buat sesuatu..jgn fikir ikhlas ke tidak ke apa ke..buat je..niat kerana Allah..Allah maha mengetahui.. so walau pun kita pun ragu ikhlas ke tidak..Allah tahu hati kita.. yg terbaik tak payah fikir pun..sbb bila kita rasa kita ikhlas..syaitan dan nafsu akan cuba buatkan kita rasa ujub dan riak..so jadi tak ikhlas jugak..
ikhlas hanya dalam hati=)
Post a Comment